Piala Presiden ialah sebuah persaingan bola sepak amatur di Malaysia untuk pemain di bawah-21. Sejak awal, pada tahun 1985, Piala Presiden telah menjadi kejohanan yang besar untuk pemain di bawah-21 dan bawah 23. Pada tahun 2009, format pertandingan telah diubah dengan hanya pemain di bawah-20 yang layak untuk diisi untuk kejohanan. Pada tahun 2015 format pertandingan itu kembali kepada format asal dengan pemain bawah 21 dan tiga pemain umur ke atas layak untuk bermain.[1] Untuk musim 2020, pertandingan ini dibatalkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akibat Pandemik COVID-19.