Kelab Bola Sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merupakan sebuah pasukan bola sepak di Malaysia. Pasukan ini diuruskan oleh Angkatan Tentera Malaysia. Pasukan ini merupakan satu pasukan dalam Liga Super Malaysia, iaitu liga tahap pertama dalam pertandingan Liga Malaysia. Bagi musim 2013, pasukan ini bersaing dalam Liga Super Malaysia setelah menjuarai Liga Perdana Malaysia pada musim sebelumnya. Pada musim 2019, pasukan ini telah dijenamakan semula sebagai Kelab Bola Sepak Angkatan Tentera, bersempena ulang tahun penubuhan kelab yang ke-100. Untuk musim 2020-2021 pasukan ini bermain dalam Liga Super . Iaitu peringkat divisyen 1 dalam liga Malaysia.
Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.