Sungai Nil سوڠاي نيل | |
---|---|
Lokasi | |
Negara | |
Bandar-bandar utama | Jinja, Juba, Khartoum, Kaherah |
Ciri-ciri fizikal | |
Sumber | Nil Putih |
• koordinat | 02°16′56″S 29°19′53″E / 2.28222°S 29.33139°E |
• ketinggian | 2,400 meter (7,900 ka) |
Sumber kedua | Nil Biru |
• lokasi | Tasik Tana, Habsyah |
• koordinat | 12°02′09″N 037°15′53″E / 12.03583°N 37.26472°E |
Muara | Laut Mediterranean |
• lokasi | Delta Nil, Mesir |
• koordinat | 30°10′N 31°09′E / 30.167°N 31.150°E |
• ketinggian | Aras laut |
Panjang | 6,650 kilometer (4,130 bt) |
Saiz lembangan | 3,349,000 km2 (1,293,000 bt2) |
Lebar | |
• maksimum | 2.8 kilometer (1.7 bt) |
Kedalaman | |
• purata | 8–11 meter (26–36 ka) |
Aliran | |
• lokasi | Aswan, Mesir |
• minimum | 530 m3/s (19,000 ka3/s) |
• purata | 2,633 m3/s (93,000 ka3/s) |
• maksimum | 7,620 m3/s (269,000 ka3/s) |
Aliran | |
• lokasi | Kaherah, Mesir |
• minimum | 500 m3/s (18,000 ka3/s) |
• purata | 2,000 m3/s (71,000 ka3/s) |
Aliran | |
• lokasi | Delta Nil, Mesir |
• purata | 1,584 m3/s (55,900 ka3/s) |
Ciri-ciri lembangan | |
Sistem sungai | Nile basin |
Anak sungai | |
• kiri | Nil Putih |
• kanan | Nil Biru, Atbarah |
Sungai Nil (Arab: نهر النيل ,; Bahasa Mesir Kuno iteru; bahasa Qibti ⲫⲓⲁⲣⲟ piaro atau phiaro, bahasa Nobiin: Áman Dawū[1]) ialah sebatang sungai utama yang mengalir ke utara di benua Afrika; ia sungai terpanjang benua tersebut. Sungai Nil umumnya pernah dianggap sebagai sungai yang terpanjang di dunia[2][3] namun kajian terbaharu lebih menyatakan sungai Amazon mempunyai tambahan jarak yang sedikit lebih.[4][5]
Sungai Nil mempunyai dua cawangan yang utama, iaitu Sungai Nil Biru dan Sungai Nil Putih. Sungai Nil Biru ialah punca untuk kebanyakan air dan tanah subur Sungai Nil, tetapi Sungai Nil Putih ialah cawang yang lebih panjang antara kedua-dua cawang ini. Sungai Nil Putih berpuncakan kawasan tasik-tasik besar di Afrika Tengah, dengan titik punca terpencilnya di Rwanda Selatan ( dan mengalir ke utara merentasi Tanzania, Tasik Victoria, Uganda, dan bahagian selatan Sudan, manakala Sungai Nil Biru berpunca di Tasik Tana, Habsyah, dan mengalir masuk ke Sudan dari tenggara. Kedua-dua cawang ini bertemu berhampiran dengan Khartoum, ibu negara Sudan.
Bahagian utara Sungai Nil mengalir hampir pada keseluruhannya merentasi gurun, dari Sudan masuk ke Mesir, sebuah negara yang tamadunnya bergantung kepada sungai ini sejak dari zaman purba lagi. Kebanyakan penduduk Mesir dan kesemua kotanya, kecuali kota-kota yang terletak berhampiran dengan pantai, terletak di sepanjang lembah Nil di utara Aswan; hampir semua tapak kebudayaan dan sejarah Mesir Kuno terletak di sepanjang tebing sungai ini.
Sungai Nil tamat di sebuah delta yang mengalir masuk ke Laut Mediterranean.
Etimologi perkataan Sungai Nil
Perkataan "Nil" (bahasa Arab: 'nīl) datangnya daripada perkataan Greek, Neilos (Νειλος), yang membawa pengertian "lembah sungai". Dalam bahasa Mesir kuno, Sungai Nil dipanggil iteru yang bermaksud "sungai besar", dan dilambangkan dengan hieroglif yang ditunjukkan di kanan (secara harfiahnya, itrw). [6] Dalam bahasa Kubti, perkataan piaro (Sahidik) atau phiaro (Bohairik) yang bermaksud "sungai" (secara harfiahnya, p(h).iar-o bermaksud "terusan agung") datangnya daripada nama purba yang sama.
Lihat juga
Rujukan
- ^ Reinisch, Leo (1879). Die Nuba-Sprache. Grammatik und Texte. Nubisch-Deutsches und Deutsch-Nubisches Wörterbuch Erster Theil. Zweiter Theil. m/s. 220.
- ^ "Nile River". Encyclopædia Britannica. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 April 2015.
- ^ Liu, Shaochuang; Lu, P; Liu, D; Jin, P; Wang, W (1 March 2009). "Pinpointing the sources and measuring the lengths of the principal rivers of the world". Int. J. Digital Earth. 2 (1): 80–87. Bibcode:2009IJDE....2...80L. doi:10.1080/17538940902746082. S2CID 27548511.
- ^ Amazon Longer Than Nile River, Scientists Say Diarkibkan 15 Ogos 2012 di Wayback Machine
- ^ "How Long Is the Amazon River?". Encyclopedia Britannica. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 December 2018. Dicapai pada 24 December 2018.
- ^ Laman web Glyphdoctors: Apakah panggilan orang Mesir Kuno untuk Sungai Nil? Dicapai pada 17 Oktober 2006 - log masuk diperlukan atau masuk sebagai Tetamu)
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Sungai Nil. |
- Gambar foto Sungai Nil di Uganda Diarkibkan 2008-03-16 di Wayback Machine
- Bibliografi Sumber-sumber Air dan Undang-undang Antarabangsa Diarkibkan 2011-02-09 di Wayback Machine – sila lihat "Sungai Nil". Perpustakaan Peace Palace
- Maklumat dan peta tentang Legeh Nil Diarkibkan 2005-03-05 di Wayback Machine
- Geologi dan Sejarah Sungai Nil Diarkibkan 2006-05-09 di Wayback Machine
- Laman web eAtlas Water Resources: Peta Lembangan Nil Diarkibkan 2007-11-05 di Wayback Machine
- Fakta mengenai Sungai Nil
- Laman web EarthFromSpace: Delta Nil
- Galeri gambar foto pelayaran pesiaran antara Luxor dan Aswan Diarkibkan 2006-03-28 di Wayback Machine
- Esei: Sungai Nil Yang Sukar Dimengerti pada Permulaan Milenium Baru Diarkibkan 2005-10-29 di Wayback Machine
- Paleogeografi Sungai Nil Diarkibkan 2009-01-04 di Wayback Machine
- Laman web Google Maps: Sungai Nil
- Ngarai Eonile: "Ngarai Agung" yang amat besar sedalam 8,200 kaki di bawah Kaherah, Mesir Diarkibkan 2007-04-02 di Wayback Machine (dicapai pada 21 Oktober 2006)
- Persembahan slaid PowerPoint Diarkibkan 2007-12-03 di Wayback Machine – banyak maklumat hidrologi