Batu Rasyid Batu Rosetta حجر رشيد | |
---|---|
Bahan | Granodiorit |
Saiz | 114.4 × 72.3 × 27.93 sm (45 × 28.5 × 11 in) |
Tulisan | Hierogliph Mesir Purba, tulisan Demotik dan Greek |
Dicipta | 196 SM |
Ditemui | 1799 |
Lokasi terkini | Muzium British |
Batu Rasyid atau Batu Rosetta (Arab: حجر رشيد, rumi: Ḥajr Rasyīd , Perancis: Pierre de Rosette , bahasa Inggeris: Rosetta Stone ) ialah sebuah batu bersurat granodiorit gelap yang mempunyai tulisan yang terdiri daripada dua bahasa; bahasa Mesir dan bahasa Yunani serta tiga salinan bertulis dalam hieroglif, abjad Yunani dan abjad demotik Mesir. Oleh kerana tulisan Yunani diketahui ramai, masyarakat dunia dapat mempelajari bahasa Mesir menerusinya pada abad ke-16 dahulu. Batu ini dinamakan sedemikian kerana ditemui semasa pembinaan Fort Julien berdekatan Rasyid (atau Rosette dalam bahasa Perancis) semasa penaklukan Perancis di Mesir dan Syam zaman Napoleon Bonaparte.
Batu ini diukir pada zaman Raja Ptolemaios V dimahkotakan ketika berusia tiga belas tahun apabila berlakunya kekecohan di Mesir. Pemerintah muda ini menghadapi cabaran untuk menuntut kembali tanah Mesir yang telah ditakluk dan untuk menyatupadukan rakyat semula. Dalam usaha untuk mengembalikan hak undang-undang kepada pemerintah dan mencipta sistem agama diraja, para pendeta Ptolemaios mengeluarkan dekri. Dekri itu ditulis di atas bongkah-bongkah batu dan didirikan di seluruh Mesir. Batu Rosetta ialah salinan dekri ini yang dibuat di bandar Memphis, ditulis pada 196 SM. Orang Yunani gemar menghasilkan barang dengan dwibahasa dan dalam kes ini, kita ada bahasa Yunani dan Mesir.
Batu ini adalah salah satu daripada tiga batu yang khas dibuat bagi raja-raja Ptolemaios III, Ptolemaios IV, dan Ptolemaios V. Tahun Lompat dicatat dalam Batu 1, Batu Kanub (Canopus) untuk Ptolemaios III.
Ada tiga lagi salinan batu tersebut yang ditemui, dan beberapa prasasti Mesir dalam dwi/tribahasa ada dijumpa, termasuklah tiga dekri Ptolemios yang dibuat lebih awal: Dekri Iskandariah dari tahun 243 SM, Dekri Kanub dari tahun 238 SM, dan dekri Ptolemaios IV di Memphis dari lingkungan tahun 218 SM. Ada salinan yang dibuat daripada batu kapur bernama Stele Nubairah tetapi ia ditulis bertindih berkali-kali sehingga ia rosak. Kini, batu bersurat ini tidak lagi unik, tetapi masih telah mainkan peranan penting dalam pemahaman sastera dan budaya Mesir purba.
Butiran
Dalam catatan artifak pengembaraan Perancis ke Mesir, Batu Rosetta disenaraikan sebagai "sebuah batu granodiorit hitam, dengan tiga suratan ... dijumpai di Rasyid [Rosetta]" yang kemudian jatuh ke tangan tentera British pada tahun 1801.[1] Selepas seberapa lama tibanya di London, batu tersebut dilakar dengan kapur untuk membenarkan ukiran batu lebih mudah dibaca, akhirnya ia disalut dengan lapisan lilin karnauba untuk melindunginya daripada dihauskan gesekan sentuhan jari-jari pengunjung muzium.[2] Lilin ini menyebabkan warna batu berubah menjadi hitam legam sehingga ada yang tersalah anggap yang ia batu basalt hitam.[3] Semua ini dibuang semasa pembersihan batu pada tahun 1999, yang menyerlahkan warna abu-abu, kilauan hablur batu, dan juga telerang merah jambu pada sudut kanan atas yang asal.[4] Apabila dibandingkan dengan sampel-sampel batu dari koleksi batu Mesir Klemm, Batu Rosetta menunjukkan persamaan dengan batu yang berasal dari kuari granodiorit di Gabal Tingar di sebelah barat sungai Nil, barat Elefantin di wilayah Aswan; telerang merah jambu ialah ciri penting untuk granidiorit dari wilayah ini.[5]
Ketinggian Batu Rosetta ialah 1,123 milimeter (3 kaki 8 inci) pada sudut tertinggi, berkelebaran 757 mm (2 kaki 5.8 inci), dan berketebalan sebanyak 284 mm (11 inci). Beratnya ialah kira-kira 760 kilogram (1,680 paun).[6] Ia mempunyai tiga buah suratan: suratan teratas ditulis dalam hieroglif Mesir Purba, suratan tengah ditulis dalam tulisan demotik yang berfungsi seakan tulisan ringkas digunakan orang awam, dan yang terbawah pula ditulis dalam bahasa Yunani Purba.[7] Permukaan depannya digilap dan tulisan diukir dengan halus; sisi batu dilicinkan namun muka belakangnya tidak dilicinkan dengan habis, mungkin juga kerana ia tidak akan kelihatan apabila didirikan.[5][8]
Stele asal
Batu Rosetta ini adalah sebahagian daripada sebuah stele yang lebih besar. Tiada cebisan lain dapat ditemui di tapak Batu Rosetta dijumpai.[9] Ketiga-tiga suratan yang ditulis tidak lengkap kerana batu ini ternyata cacat. Suratan yang teratas dengan hieroglif telah mengalami kerosakan yang paling teruk. Hanya 14 baris sahaja yang dapat dilihat; akan tetapi, semua baris juga ada pecah pada bahagian kanan, dan 12 pada belah kiri. Suratan tengah pula terpelihara dengan baik; ia mengandungi 32 baris walaupun 14 daripadanya rosak sedikit pada belah kanan. Suratan terbawah pula yang mengandungi tulisan Yunani mempunyai 54 baris, dan 27 baris masih sempurna; yang selebihnya pula cacat kerana ada sedikit bahagian yang pecah pada bahagian kanan bawah pada batu.[10]
Walaupun Batu Rosetta ini hanyalah secebis daripada stele asal, kepanjangan teks dan saiz sebenar ia boleh dianggarkan dengan membandingkan stela-stela yang mirip ia. Contohnya dekri dari Kanub, yang didirikan pada tahun 238 SM semasa zaman pemerintahan Ptolemaios III, berketinggian 2,190 mm (7.19 kaki) dan berkelebaran 820 mm (32 inci), dan mempunyai 36 baris hieroglif, 73 baris demotik, dan 74 dalam Yunani. Teks-teks tersebut hampir sama panjang.[11] Dengan ini, dianggarkan kira-kira 14 atau 15 baris hieroglif tiada pada suratan bahagian atas, dan menjumlahkan sebanyak 300 mm (12 inci).[12] Juga, ada kemungkinan juga ia mempunyai gambaran raja dengan dewa-dewi dan suria bersayap, seperti dalam Stele Kanub. Semua ini, digabung dengan simbol hieroglif untuk "stela" pada batu itu sendiri:
|
(rujuk senarai simbol Gardiner), menunjukkan bahawa stela ini mempunyai bahagian atas yang melengkung.[7][13] Ketinggian stele asal dianggarkan kira-kira 149 cm (4 kaki 11 inci).[13]
Pentafsiran catatan batu
Sebelum penemuan kembali batu ini dan penguraiannya, bahasa Mesir kuno dan aksaranya tidak dapat dibaca ataupun dipahami sejak runtuhnya Empayar Romawi. Penggunaan aksara hieroglif menjadi semakin terspesialisasi bahkan pada akhir zaman Firaun; pada abad ke-4 Masihi, hanya sedikit orang Mesir yang bisa membacanya. Penggunaan hieroglif untuk monumen-monumen sudah berakhir setelah semua kuil pagan ditutup pada tahun 391 oleh Kaisar Romawi Theodosius I; inskripsi terakhir yang telah ditemukan bertanggal 24 Ogos 394 dari Philae dan dikenal dengan sebutan Graffito Esmet-Akhom.[14]
Tidak seperti huruf Yunani ataupun Latin, hieroglif tetap terlihat seperti gambar, dan para penulis klasik juga menegaskan perbedaan ini. Pada abad kelima, imam Horapollo menulis Hieroglyphica yang menjelaskan hampir 200 glif. Karyanya dianggap terandalkan, tetapi juga mengandung beberapa kesalahan. Akibatnya, karya ini menghambat upaya untuk memahami tulisan Mesir.[15] Sejarawan Arab di Mesir pada abad kesembilan dan kesepuluh kemudian juga cuba mengurai hieroglif Mesir. Dzun-Nun al-Mishri dan Ibnu Wahsyiyyah adalah dua sejarawan pertama yang pertama kali mempelajari hieroglif dengan membandingkannya dengan bahasa Qibti yang digunakan oleh para imam Kristen Mesir pada masa tersebut.[16][17] Kajian hieroglif ini dilanjutkan oleh para ahli Eropa, terutama oleh Johannes Goropius Becanus pada abad ke-16, Athanasius Kircher pada abad ke-17, dan Georg Zoëga pada abad ke-18, tetapi upaya-upaya ini tidak membuahkan hasil.[18] Penemuan Batu Rosetta pada tahun 1799 memberikan informasi penting yang sebelumnya sudah hilang. Informasi ini secara bertahap ditemukan oleh berbagai ahli, hingga pada akhirnya Jean-François Champollion berhasil menguraikan inskripsi Batu Rosetta yang dijuluki "teka-teki Sfinks" oleh Kircher.[19]
Tulisan Yunani
Tulisan Yunani di batu ini menjadi titik awal untuk mengurai keseluruhan inskripsi di batu ini. Para ahli di Barat banyak yang menguasai bahasa Yunani Kuno, tetapi mereka tidak mengenal istilah-istilah khusus dalam konteks pemerintahan yang digunakan di Mesir pada masa Keyunanian; papirus-papirus berbahasa Yunani dalam jumlah yang besar masih belum ditemukan pada saat itu. Oleh sebab itu, para ahli mengalami kesulitan dalam upaya untuk menerjemahkan isinya. Terjemahan teks ini dari bahasa Yunani Kuno ke bahasa Inggeris disampaikan secara lisan oleh Stephen Weston di pertemuan Society of Antiquaries pada April 1802.[20][21]
Sementara itu, dua salinan litografik yang dibuat di Mesir didapat oleh Institut de France di Paris pada tahun 1801. Gabriel de La Porte du Theil kemudian mulai mengerjakan proses penerjemahan ke dalam bahasa Yunani, tetapi tak lama kemudian beliau dipindahtugaskan oleh Napoleon. Hasil kerjanya yang belum selesai diserahkan kepada Hubert-Pascal Ameilhon. Ameilhon menjadi orang pertama yang menerbitkan terjemahan teks Yunani batu pada tahun 1803; beliau menghasilkan terjemahan ke dalam bahasa Latin dan Perancis dengan maksud agar isinya bisa disebarluaskan.[H] Di Cambridge, Richard Porson cuba mencari tahu teks Yunani di pojok kanan bawah yang hilang. Beliau melakukan proses reka ulang, dan hasilnya kemudian disebarkan di kalangan Society of Antiquaries bersama dengan cetakan inskripsinya. Pada saat yang sama, Christian Gottlob Heyne di Göttingen membuat terjemahan baru ke dalam bahasa Latin yang lebih terandalkan daripada Ameilhon, dan terjemahan ini diterbitkan pada tahun 1803.[G] Terjemahan ini dicetak ulang oleh Society of Antiquaries dalam edisi khusus jurnal Archaeologia tahun 1811 bersama dengan terjemahan Weston yang sebelumnya belum diterbitkan, narasi Kolonel Turner, dan dokumen-dokumen lainnya.[H][22][23]
Tulisan demotik
Pada saat Batu Rosetta ditemukan, diplomat dan cendekiawan Swedia Johan David Åkerblad sedang meneliti sebuah aksara dari Mesir yang masih belum begitu dipahami, yang kelak disebut aksara demotik. Åkerblad menyebutnya "Qibti kursif" kerana beliau yakin bahawa aksara tersebut digunakan untuk menuliskan salah satu bentuk bahasa Qibti (yang merupakan keturunan langsung dari bahasa Mesir Kuno), walaupun aksara tersebut sangat berbeda dengan aksara Qibti. Tokoh Orientalis Perancis Antoine-Isaac Silvestre de Sacy membahas aksara ini dengan Åkerblad saat beliau menerima salah satu cetakan litograf pertama Batu Rosetta dari Menteri Dalam Negeri Perancis Jean-Antoine Chaptal pada tahun 1801. Beliau menyadari bahawa teks yang ada di bagian tengah Batu Rosetta dituliskan dalam aksara "Qibti kursif" ini. Beliau dan Åkerblad lalu mulai bekerja dengan fokus pada teks bagian tengah ini, dengan dugaan sementara bahawa aksara tersebut adalah aksara alfabetis (yang tiap hurufnya melambangkan satu konsonan atau vokal, tak seperti hieroglif) . Mereka cuba menemukenali tempat-tempat munculnya nama Yunani di teks tersebut dengan membandingkannya dengan teks Yunaninya. Pada tahun 1802, Silvestre de Sacy melaporkan kepada Chaptal bahawa beliau berhasil menemukenali lima nama ("Aleksandros", "Aleksandreia", "Ptolemaios", "Arsinoe", dan gelar Ptolemaios "Epifanis").[C] Sementara itu, Åkerblad mencatat keberadaan 29 huruf (lebih dari setengahnya kemudian terbukti benar) yang telah beliau temukenali berdasarkan nama-nama Yunani yang disebutkan di teks demotiknya.[D][20] Namun, mereka tidak berhasil mengurai aksara-aksara lainnya, yang kelak terbukti tidak murni bersifat alfabetis, tetapi juga ideografis (tiap karakternya melambangkan gagasan) dan simbol-simbol lain.[24]
-
Karakter demotik versi Johan David Åkerblad dibandingkan dengan alfabet Koptik (1802)
-
Tiruan teks demotik di Batu Rosetta
Tulisan hieroglif
Silvestre de Sacy akhirnya tak lagi meneruskan upayanya untuk mengurai inskripsi di batu ini, tetapi beliau masih dapat memberikan sumbangsih ilmiah yang lain. Pada tahun 1811, setelah berdiskusi dengan seorang siswa Cina mengenai aksara Mandarin, Silvestre de Sacy mulai mempertimbangkan masukan dari Jörgen Zoega pada tahun 1797 bahawa nama-nama asing di inskripsi hieroglif Mesir mungkin ditulis secara fonetik. Ia juga mengingat kembali bahawa pada tahun 1761, Jean-Jacques Barthélemy menggagas kemungkinan bahawa aksara-aksara yang tertulis dalam tanda yang disebut cartouche merupakan sebuah nama. Maka dari itu, ketika Thomas Young (setiausaha urusan luar negeri Royal Society of London) menulis surat kepadanya mengenai Batu Rosetta pada tahun 1814, Silvestre de Sacy menjawab bahawa dalam upaya untuk membaca teks hieroglif, Young mungkin perlu mencari cartouche yang berisikan nama Yunani dan cuba menemukenali aksara-aksara fonetik yang ada.[25]
Young mengikuti saran tersebut, dan dua hasil penelitiannya membuka jalan bagi upaya untuk menguraikan hieroglif di Batu Rosetta. Dalam teks hieroglif tersebut, beliau menemukan aksara fonetik "p t o l m e s" (berdasarkan transliterasi saat ini: "p t w l m y s") yang dipakai untuk menulis nama Yunani "Ptolemaios". Beliau juga menyadari bahawa aksara tersebut menyerupai aksara yang tertulis dalam aksara demotik. Beliau lalu mencatat 80 kemiripan antara teks hieroglif dan demotik. Temuan ini sangat penting kerana kedua-dua aksara tersebut sebelumnya diduga sangat berbeda. Dengan ini beliau dapat menerka bahawa aksara demotik tidak sepenuhnya bersifat fonetik, tetapi juga terdiri dari aksara-aksara ideografik yang berasal dari hieroglif.[I] Temuan Young disoroti dalam artikel "Mesir" yang beliau tulis untuk Encyclopædia Britannica pada tahun 1819.[J] Namun, beliau tidak berhasil menguraikan lebih dari itu.[26]
Pada tahun 1814, Young mulai bertukar surat dengan Jean-François Champollion, seorang guru di Grenoble yang telah menghasilkan berbagai karya penyelidikan mengenai Mesir Kuno. Champollion melihat salinan inskripsi hieroglif dan Yunani di obelisk Filae pada tahun 1822. William John Bankes telah mencatat keberadaan nama "Ptolemaios" dan "Kleopatra" di inskripsi tersebut.[27] Dengan menggunakan temuan ini, Champollion berhasil menemukenali aksara fonetik k l e o p a t r a (transliterasi saat ini: q l i҆ w p 3 d r 3.t).[28] Dengan ini beliau dapat mereka ulang alfabet yang terdiri dari aksara hieroglif fonetik yang dijelaskan dalam suratnya yang terkenal, "Lettre à M. Dacier", yang dikirim pada tahun 1822 kepada Bon-Joseph Dacier, Sekretaris Académie des Inscriptions et Belles-Lettres di Paris; temuan ini kemudian diterbitkan oleh Académie tersebut.[K] Dalam catatan tambahannya, Champollion menyatakan bahawa aksara fonetik serupa tampaknya juga muncul dalam nama Yunani maupun Mesir; hipotesis ini terbukti benar pada tahun 1823 setelah beliau berhasil menemukenali nama firaun Ramses dan Thutmose yang tertulis di cartouche di kuil Abu Simbel. Inskripsi hieroglif yang jauh lebih tua ini disalin oleh Bankes dan kemudian dikirim kepada Champollion oleh Jean-Nicholas Huyot.[M] Semenjak itu, penyelidikan Batu Rosetta menjadi terpisah dari upaya penguraian hieroglif Mesir, kerana Champollion menggunakan banyak teks lain untuk mereka ulang tata bahasa Mesir Kuno dan menyusun kamus hieroglif yang diterbitkan setelah kemangkatannya pada tahun 1832.[29]
Penelitian selanjutnya
Penelitian terhadap Batu Rosetta kini lebih berfokus pada upaya untuk memahami tulisannya secara lebih menyeluruh dan juga konteksnya. Hal ini dilakukan dengan membandingkan ketiga-tiga jenis tulisan di batu ini. Pada tahun 1824, ahli sejarah klasik Antoine-Jean Letronne menjanjikan terjemahan harfiah baru dari tulisan Yunaninya untuk digunakan oleh Champollion. Sebagai imbalan, Champollion berjanji akan mengkaji segala hal yang kelihatannya saling bertentangan di ketiga-tiga jenis tulisannya. Setelah kematian Champollion secara mendadak pada tahun 1832, rancangan hasil kajiannya tidak dapat ditemukan, sehingga penyelidikan Letronne pun terhenti. François Salvolini, mantan murid dan asisten Champollion, meninggal pada tahun 1838. Hasil kajian Champollion dan rancangan-rancangan lainnya yang hilang ditemukan di antara berkas-berkas yang dimiliki oleh mantan murid tersebut. Temuan ini secara tidak sengaja menunjukkan bahawa tulisan Salvolini mengenai batu ini (yang diterbitkan tahun 1837) merupakan hasil jiplakan dari kajian Champollion.[O] Letronne akhirnya berhasil menyelesaikan tafsir tulisan Yunani di Batu Rosetta dan juga menyelesaikan terjemahan ke dalam bahasa Perancis (pertama kali terbit tahun 1841).[P] Pada awal dasawarsa 1850-an, ahli Egiptologi Jerman Heinrich Brugsch dan Max Uhlemann menerbitkan terjemahan Latin yang didasarkan pada tulisan demotik dan hieroglif di Batu Rosetta.[Q][R] Terjemahan bahasa Inggeris kemudian diterbitkan pada tahun 1858, dan terjemahan ini merupakan buah karya tiga anggota Philomathean Society di Universiti Pennsylvania.[S]
Pertanyaan yang masih menjadi bahan perdebatan saat ini adalah tulisan mana yang menjadi versi standar dari inskripsi di Batu Rosetta. Pada tahun 1841, Letronne cuba menunjukkan bahawa tulisan Yunaninya (yang dibuat oleh pemerintah Mesir di bawah Wangsa Ptolemaios) merupakan versi aslinya.[P] Sementara itu, ahli Egiptologi Britania John D. Ray menulis bahawa "hieroglif merupakan aksara yang paling penting di batu ini: aksara tersebut ada di situ untuk dibaca oleh para dewa, dan imam mereka yang paling terpelajar".[30] Philippe Derchain dan Heinz Josef Thissen berpendapat bahawa ketiga-tiga versi ini ditulis secara bersamaan, sementara Stephen Quirke merasa maklumat ini merupakan "peleburan yang rumit dari tiga tradisi tekstual yang penting".[31] Richard Parkinson merasa bahawa versi hieroglifnya menyimpang dari formalisme kuno dan kadang-kadang menggunakan bahasa yang lebih mirip dengan laras bahasa demotik yang lebih umum digunakan dalam percakapan sehari-hari oleh para imam.[32] Fakta bahawa ketiga-tiga tulisan di batu ini tidak dapat disamakan secara kata-per-kata dapat menjelaskan mengapa proses penguraiannya lebih sulit daripada yang diperkirakan.[33]
Persaingan
Sebelum penjiplakan yang dilakukan oleh Salvolini terbongkar, tuduhan-tuduhan plagiarisme telah dilontarkan dalam sejarah upaya penguraian Batu Rosetta. Sumbangsih Thomas Young diberikan atribusi oleh Champollion dalam Lettre à M. Dacier tahun 1822, tetapi para kritikus Britania pada masa itu menganggap bahawa Champollion tidak sepenuhnya mengakui sumbangsih Young. James Browne (penyunting Encyclopædia Britannica yang menerbitkan artikel Young pada tahun 1819), misalnya, secara awanama menerbitkan sejumlah artikel tinjauan di Edinburgh Review pada tahun 1823 yang memuji hasil karya Young dan melayangkan tuduhan plagiarisme kepada Champollion.[34][35] Artikel-artikel ini diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis oleh Julius Klaproth dan diterbitkan dalam bentuk buku pada tahun 1827.[N]
Penulisan Young yang diterbitkan tahun 1823 juga menegaskan kembali sumbangsih yang telah beliau berikan terhadap upaya penguraian.[L] Kematian Young (1829) dan Champollion (1832) tidak mengakhiri perdebatan ini. Dalam tulisannya mengenai Batu Rosetta pada tahun 1904, E. A. Wallis Budge memberikan sorotan khusus terhadap sumbangsih Young.[36] Pada awal dasawarsa 1970-an, para pengunjung British Museum dari Perancis mengeluh kerana gambar Champollion lebih kecil daripada Young di panel keterangan, sementara pengunjung British mengeluhkan hal yang sebaliknya. Nyatanya kedua-dua gambar ini memiliki ukuran yang sama.[37]
Petikan suatu sisi batu
Dalam pemerintahan orang muda yang mewarisi ayahandanya, penguasa mahkota, yang cemerlang, yang mengasaskan Mesir dan cenderung kepada Tuhannya, menandingi musuhnya, yang mengembalikan ketamadunan hidup rakyat, penguasa Keraian Tiga Puluh Tahun, juga sebagai Ptah yang agung, yang diberi kemenangan oleh Ra, raja yang hebat bagi kerajaan Negeri Atas dan Bawah, Kelahiran Dewa-dewa Philopator, yang diakui oleh Ptah, yang dimenangkan oleh Ra, imej hidup Amun, Anak Ra, PTOLEMAIOS, HIDUP SELAMANYA, DIKASIHI PTAH, dalam tahun kesembilan, apabila Aetos anak kepada Aetos menjadi paderi Alexandria, dan Dewa-dewa Soter, dan Dewa-dewa Adelphoi, dan Dewa-dewa Euergetai, dan Dewa-dewa Philopator, dan Dewa Epiphanes Eucharitos; Pyrrha anak perempuan Philinos menjadi Anthloporos Berenike Euergetis, Areia anak perempuan Diogenes menjadi Kanephoros Arsinoe Philadelphos; Irene anak perempuan Ptolemy Paderi Arsinoe Philopator; bulan keempat Xandikos, menurut orang Mesir: Mekhir ke-18.
DEKRI. Telah dikumpulkan Ketua Paderi dan Junjungan Mulia dan sesiapa yang memasuki tempat peringatan suci untuk mendekati para dewa, dan Pembawa Kipas dan Lembaran Suci dan semua paderi dari kuil di seluruh tanah yang ingin menjumpai raja di Memphis, untuk keraian yang ilhamnya oleh PTOLEMAIOS, HIDUP SELAMANYA, DIKASIHI PTAH, DEWA EPIPHANES EUCHARITOS, pemerintahan yang dia warisi melalui ayahandanya, mereka dikumpulkan di kuil Memphis pada hari yang mengisytiharkan:
Raja PTOLEMAIOS, HIDUP SELAMANYA, DIKASIHI PTAH, DEWA EPIPHANES EUCHARITOS, anak Raja Ptolemy dan Ratu Arsinoe, Dewa-dewa Philopator, menjadi penaja kepada kuil dan penghuninya, sepertimana semua itu adalah perkaranya, menjadi dewa yang terbit dari dewa dan dewi seperti Horus anak Isis dan Osiris, yang menggantikan ayahandanya Osiris, baik hati terhadapa dewa-dewa, menganugerahkan duit dan jagung kepada kuil-kuil dan menguruskan banyak untuk memakmurkan Mesir, dam mengasaskan kuil-kuil, baik hati dengan sepenuh maknanya; pulangan dan cukai yang dikenakan di Mesir suatu yang dibayarnya dan yang lainnya diringankan, demi rakyat dan yang lain yang bakal menikmati kemakmuran dalam pemerintahannya; dan
bahawa baginda telah membayar hutang kepada kerajaan yang banyak bilangannya yang dihutangi oleh Mesir dan kerajaan yang lainnya; dan
bahawa sesiapa yang dipenjara dan yang dikenakan tuduhan dalam masa yang lama, dibebaskan dari tuduhan; dan
bahawa baginda telah memerintahkan agar dewa-dewi perlu menikmati pendapatan kuil secara berterusan dan diberi elaun tahunan, dalam bentuk jagung dan duit, sepertimana juga pendapatan yang ditujukan kepada dewa-dewi dari hasil tanaman dan dari kebun-kebun dan harta-harta lain kepunyaan dewa-dewa dalam masa ayahandanya; dan
bahawa baginda memerintahkan juga, dengan restu para paderi, mereka tidak perlu lagi membayar cukai untuk penyertaan ke kalangan paderi berbanding apa yang telah dijanjikan untuk mereka ketika pemerintahan ayahanda baginda hingga tahun pertama pemerintahan baginda; dan menyelesakan ahli paderi dari perjalanan bertahun ke Iskandariah; dan
bahawa baginda memerintahkan yang tarikan bagi tentera laut tidak perlu lagi; dan cukai ke atas kain linen yang baik yang perlu dibayar oleh kuil kepada kerajaan ialah dua pertiga; dan apa-apa sahaja yang diabaikan pada masa dahulu telah baginda menyimpannya dalam keadaan baik, dijaga bagaimana tugas tradisi perlu disembah sebaiknya kepada para dewa; dan sepertimana perlunya keadilan terhadap semua, seperti Thoth yang agung dan hebat; dan ditakdirkan sesiapa yang kembali dari tahap perwira, dan mana-mana yang tidak gemar akan pembuangan pada hari-hari yang terganggu, perlu, dalam kembalinya mereka dibenarkan menjawat jawatan lamanya; dan
bahawa baginda menyediakan tentera bertunggang dan tentera berjalan serta kapal untuk menentang sesiapa yang menceroboh Mesir melalui laut dan darat, menyumbangkan dalam jumlah yang banyak duit dan jagung sekiranya kuil dan sesiapa di dalam tanah ini beradadalam keselamatan; dan telah pergi ke Lycopolis di Busirite, yang telah diduduki dan dipertahankan untuk menentang satu pertahanan dengan simpanan senjata dan segala kelengkapan lain yang dilihat tidak memberi kesan kini ternyata dikehendaki oleh orang yang tidak berguna, yang telah menyebabkan kerosakan teruk terhadap kuil dan semua rakyat Mesir, dan akan menentangnya, baginda mengepungnya dengan bukit-bukit, parit-parit dan kubu yang dikembangkan; apabila Nil melimpah pada tahun kelapan pemerintahan baginda, yang lazimnya membanjiri tanah tanaman, baginda menghalangnya, dengan mengempanginya di banyak tempat keluarnya terusan dengan membelanjakan banyak wang, dan menyiapkan tentera bertunggang dan tentera berjalan untuk menjaganya, dalam jangka masa yang pendek baginda mennghantar bandar itu dengan ribut dan menghancurkan orang yang tidak berguna yang berada di dalamnya, seperti juga Thoth dan Horus, anak Isis dan Osiris, yang pernah mengawal kekacauan di daerah yang sama; dan kepada yang mengepalai kekacauan ketika masa ayahanda baginda dan sesiapa yang mengganggu tanah ini dan bersalah pada kuil, baginda datang ke Memphis untuk membalas dendam untuk ayahanda dan kerajaan baginda, dan menghukum mereka semua seperti yang patut diterima, ketika baginda tiba untuk melaksanakan upacara yang dicadangkan kerajaan; dan
bahawa baginda melaksanakan apa yang sepatutnya kerajaan lakukan di kuil pada tahun kelapan, bukan jumlah yang sedikit akan jagung dan duit; begitu juga denda bagi kain linen yang baik yang tidak diserahkan kepada kerajaan, dan bagi yang dihantar, upah tertentu untuk pengesahan mereka, pada waktu yang sama; dan baginda juga membebaskan kuil dari cukai sukatan bijirin bagi setiap ukuran tanah suci dan sepertimana sebalang wain bagi bagi setiap ukuran tanah subur; dan
bahawa baginda menganugerahkan kepada Apis dan Mnevis dan kepada haiwan suci yang lain di Mesir kerana baginda lebih bertimbang rasa berbanding raja-raja sebelumnya dan segala harta mereka; dan untuk pemakaman mereka, baginda memberi apa yang dikira mewah dan bagus, dan apa yang biasa diberikan untuk tempat peringatan suci mereka, dengan korban dan perayaan beserta upacara seperti biasanya, dan baginda mengekalkan kemuliaan kuil dan Mesir mengikut undang-undang; dan baginda menghiasi kuil Apis dengan kerja-kerja yang mewah, menghabiskan untuk itu emas dan perak dan batuan berharga, bukan bilangan yang sedikit; dan
bahawa baginda mendermakan kuil-kuil, tempat-tempat peringatan suci dan altar-altar, dan baginda memperbaiki bagi yang memintanya, yang mempunyai semangat pemurahan dewa dalam hal keagamaan; dan
bahawa selepas diminta bagnda memperbaharui kuil yang paling mulia semasa pemerintahannya, begitu juga mendatang; dalam membalas apa yang para ewa berikannya iaitu kesihatan, kemenangan dan kuasa, dan segala perkara baik, dan baginda bersama putera-puteri bakal mengekalkan kerajaan selamanya.
DENGAN NASIB YANG BAIK: Dekri telah dimaktubkan oleh paderi dari semua kuil di bumi ini untuk meningkatkan kemuliaan Raja PTOLEMAIOS, HIDUP SELAMANYA, DIKASIHI PTAH, DEWA EPIPHANES EUCHARITOS, sepertimana ayahanda dan bonda baginda Dewa-dewi Philopator, dan leluhur-leluhur baginda, Euergatai yang Agung dan Dewa-dewa Adelphoi dan Dewa-dewa Aoter dan menetapkan tempat paing terkenal dari semua kuil akan imej RAJA PTOLEMAIOS YANG BERKEHIDUPAN, DIKASIHI PTAH, DEWA EPIPHANES EUCHARISTOS, yang akan dipanggil ‘PTOLEMAIOS, pembela Mesir’, juga bakal ditegakkan prinsip dewa kuil, kurniakan baginda kemenangan mutlak, semua akan memakai gaya Mesir; dan para paderi perlu menyembah imej itu tiga kali sehari, dan memakaikan mereka pakaian suci, dan melaksanakan penghormatan yang biasa seperti yang diberikan kepada para dewa pada perayaan Mesir; dan untuk mengasaskan Raja PTOLEMAIOS, DEWA EPIPHANES EUCHARITOS, anak kepada Raja Ptolemy dan Ratu Arsinoe, Dewa-dewa Philopator, tugu dan tempat peringatan suci keemasan di setiap kuil , dan bagi menyiapkannya di dalam bilik bersana peringatan suci yang lain; dan dalam perayaan yang hebat ketika tempat-tempat peringatan suci diarak, tempat peringatan suci DEWA EPIPHANES EUCHARITOS perlu diarak bersam. Dan, oleh kerana beliau senang diketarakan kini dan seterusnya, akan diadakan tempat peringatan suci sepuluh mahkota raja, yang akan ditambah ular tedung sepertimana semua mahkota di tempat peringatan suci lain dihiasi ular tedung, di tengah semua itu akan ada dua mahkota yang baginda pakai ketika baginda ke kuil di Memphis untuk mengadakan upacara mengutarakan kerajaan; dan tempat-tempat peringatan suci akan ditempatkan di atas permukaan petak mengelilingi mahkota-mahkota itu, selain hal makhkota, simbol emas bernombor lapan menandakan itu ialah tempat peringatan raja yang cuba membezakan Negeri atas dan Bawah. Dan kerana hari ini ialah 30 haribulan Masore, iaitu hari yang disambut ulangtahun keputeraan raja, seperti juga 17 haribulan Paophi iaitu hari baginda mewarisi takhta ayahanda baginda, mereka mengadakan hari ini dalan penghormatan seperti hari-hari kenamaan di kuil, kerana semua itu adalah sumber restu untuk semua;
kemudiannya didekrikan bahawa perayaan perlu di dalam kuil seluruh Mesir pada hari tersebut, setiap bulan, padanya perlu korban dan minum dan semua upacara biasa pada perayaan lain dan pemberian perlu diberi kepada pendeta yang berkhidmat di kuil. Dan satu perayaan perlu diberi untuk Raja PTOLEMAIOS, HIDUP SELAMANYA, DIKASIHI PTAH, DEWA EPIPHANES EUCHARITOS, setiap tahun di seluruh Mesir dari 1 haribulan Thoth selama lima hari, yang mereka peru memakai bungaan dan kelopak daun dan mengadakan upacara korban da minum dan penghormatan yang lain, dan paderi setiap kuil akan dipanggil paderi DEWA EPIPHANES EUCHARITOS sebagai tambahan kepada nama para dewa yang mereka beri khidmat; dan orang perseorangan perlu dibenarkan mempunyai perayaan dan menyediakan tempat peringatan suci yang disebut tadi di rumah mereka; mengadakan perayaan ini setiap tahun, agar diperingati semua rakyat Mesir untuk membesar dan memuliakan DEWA EPIPHANES EUCHARITOS, seorang raja, menurut undang-undang.
Dekri ini hendaklah dicatat di atas batu catatan keras dalam huruf suci, asli dan Yunani dan disediakan bagi setiap kuil yang berada di kedudukan pertama, kedua-dua dan ketiga-tiga bersebelahan imej raja agung.[38]
Rujukan
- ^ Bierbrier, M. L. (1999). "The acquisition by the British Museum of antiquities discovered during the French invasion of Egypt". In Davies, W. V (ed.). Studies in Egyptian Antiquities. (Penerbitan Muzium British). m.s. 111–113.
- ^ Parkinson, R. B., Diffie, W., Fischer, M., Simpson, R. S. (1999). Cracking Codes: the Rosetta Stone and decipherment. m.s. 23. Percetakan Universiti California. ISBN 978-0-520-22306-6.
- ^ Taylor, R. & Taylor, A. (1847). Synopsis of the Contents of the British Museum. British Museum. m.s. 113–114.
- ^ Miller, E.; et al. (2000). "The Examination and Conservation of the Rosetta Stone at the British Museum". Dalam Roy, A., Smith, P. (ed.). Tradition and Innovation. Penerbitan Muzium British. m.s. 128–132.
- ^ a b Middleton, A. & Klemm, D. (2003). "The Geology of the Rosetta Stone". Journal of Egyptian Archaeology. m.s. 207–208.
- ^ The Rosetta Stone Diarkibkan 2012-10-16 di Wayback Machine – The British Museum
- ^ a b Ray, J. D. (2007). The Rosetta Stone and the Rebirth of Ancient Egypt. m.s. 3. Percetakan Universiti Harvard. ISBN 978-0-674-02493-9.
- ^ Parkinson et al. (1999). m.s. 28.
- ^ Parkinson et al. (1999). m.s. 20.
- ^ Budge, E. A. Wallis (1913). The Rosetta Stone. Muzium British. m.s. 2–3
- ^ Budge, E. A. Wallis (1894). The Mummy: chapters on Egyptian funereal archaeology. Percetakan Universiti Cambridge. m.s. 106.
- ^ Budge (1894). m.s. 109.
- ^ a b Parkinson et al. (1999). m.s. 26.
- ^ Ray (2007) hlm. 11
- ^ Parkinson et al. (1999) hlm. 15–16
- ^ El Daly (2005) hlm. 65–75
- ^ Ray (2007) hlm. 15–18
- ^ Ray (2007) hlm. 20–24
- ^ Powell, Barry B. (2009-05-11). Writing: Theory and History of the Technology of Civilization (dalam bahasa Inggeris). John Wiley & Sons. m/s. 91. ISBN 978-1-4051-6256-2.
- ^ a b Budge (1913) hlm. 1
- ^ Andrews (1985) hlm. 13
- ^ Budge (1904) hlm. 27–28
- ^ Parkinson et al. (1999) hlm. 22
- ^ Robinson (2009) hlm. 59–61
- ^ Robinson (2009) hlm. 61
- ^ Robinson (2009) hlm. 61–64
- ^ Parkinson et al. (1999) hlm. 32
- ^ Budge (1913) hlm. 3–6
- ^ Dewachter (1990) hlm. 45
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaRay3
- ^ Quirke and Andrews (1989) hlm. 10
- ^ Parkinson (2005) hlm. 13
- ^ Parkinson et al. (1999) hlm. 30–31
- ^ Parkinson et al. (1999) hlm. 35–38
- ^ Robinson (2009) hlm. 65–68
- ^ Budge (1904) vol. 1 hlm. 59–134
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamafocus47
- ^ Simpson, R. S. (1996). The Rosetta Stone: Translation of the demotic text [Batu Rasyid: Terjemahan teks demotik]. Dicapai dari www.britishmuseum.org. Diarkibkan di web.archive.org pada 31 Ogos 2012.
- Sumber utama
- Bierbrier, M. L. (1999). "The acquisition by the British Museum of antiquities discovered during the French invasion of Egypt". In Davies, W. V (ed.). Studies in Egyptian Antiquities. (Penerbitan Muzium British).
- Budge, E. A. Wallis (1894). The Mummy: chapters on Egyptian funereal archaeology. Percetakan Universiti Cambridge.
- Budge, E. A. Wallis (1913). The Rosetta Stone. Muzium British.
- Middleton, A. & Klemm, D. (2003). "The Geology of the Rosetta Stone". Journal of Egyptian Archaeology. 89: 207–216.
- Miller, E.; et al. (2000). "The Examination and Conservation of the Rosetta Stone at the British Museum". Dalam Roy, A., Smith, P. (ed.). Tradition and Innovation. Penerbitan Muzium British. m.s. 128–132.
- Parkinson, R. B., Diffie, W., Fischer, M., Simpson, R. S. (1999). Cracking Codes: the Rosetta Stone and decipherment. Percetakan Universiti California. ISBN 978-0-520-22306-6.
- Ray, J. D. (2007). The Rosetta Stone and the Rebirth of Ancient Egypt. Percetakan Universiti Harvard. ISBN 978-0-674-02493-9.
- Taylor, R. & Taylor, A. (1847). Synopsis of the Contents of the British Museum. British Museum.
Pautan luar
- Maklumat Tentang Batu Rosetta [Blog] – The British Museum.
- Batu Rosetta di Muzium British – The British Museum (t.t.). Diarkibkan dari asal pada 16 Januari 2015.
- Terjemahan teks dalam bahasa Inggeris. Diarkibkab dari asal pada 31 Ogos 2012
- Huruf Champollion – The British Museum (t.t.). Diarkibkan dari asal pada 19 Januari 2012.
- How the Rosetta Stone works [Apa itu Batu Rosetta] – Howstuffworks.com
- History uncovered in conserving the Rosetta Stone [Sejarah memelihara Batu Rosetta] [Blog] – The British Museum. (t.t.). Diarkibkan dari asal pada 23 September 2015.