Eropah taklukan Jerman merujuk kepada negara-negara berdaulat Eropah yang diduduki sepenuhnya atau sebahagian dan diduduki secara awam (termasuk negara boneka) oleh angkatan tentera dan kerajaan Jerman Nazi di pelbagai masa antara tahun 1939 dan 1945, semasa dan sebelum Perang Dunia II, secara umum ditadbir oleh rejim Nazi, dibawah kediktatoran Adolf Hitler.[1] Wehrmacht Jerman menduduki benua Eropah bermula dari:
- sejauh timur ke bandar Mozdok di Kaukasus Utara di Kesatuan Soviet (1942–1943)
- sejauh utara ke desa Barentsburg di Svalbard di Kerajaan Norway
- sejauh selatan ke pulau Gavdos di Kerajaan Greece
- sejauh barat ke pulau Ushant di Republik Perancis
Diluar Eropah pula, tentera Jerman menguasai kawasan Afrika Utara di Mesir, Libya, dan Tunisia pada masa antara tahun 1940 dan 1945. Para saintis tentera Jerman mendirikan pangkalan stesen cuaca Schatzgräber di utara jauh ke Alexandra Land di Franz Josef Land – dikatakan sebahagian dari Asia. Stesen cuaca Jerman juga beroperasi di Amerika Utara (Greenland: Holzauge, Bassgeiger , Pangkalan Edelweiss ). Selain itu, kapal-kapal Kriegsmarine Jerman beroperasi di semua lautan dunia sepanjang peperangan.
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Beberapa negara yang diduduki Jerman memasuki Perang Dunia Kedua sebagai Sekutu United Kingdom atau Kesatuan Soviet. Ada yang terpaksa menyerahkalah seperti Czechoslovakia; lain-lain seperti Poland (diserang pada 1 September 1939)[1] telah dikalahkan dalam peperangan dan kemudian ditakluki. Dalam beberapa kes, kerajaan buangan yang sah, dalam kes-kes lain kerajaan buangan telah dibentuk oleh rakyat mereka di negara-negara Berikat yang lain. Negara-negara terpilih diduduki oleh Nazi Jerman adalah secara rasmi berkecuali. Namun, yang lain adalah bekas sahabat Kuasa Paksi, dan telah diduduki oleh tentera Jerman pada peringkat perang seterusnya, seperti Finland,Sepanyol Dan Hungary.
Negara-negara taklukan
[sunting | sunting sumber]Negara-negara taklukan meliputi semua atau sebahagian besar dari yang berikut:
Kerajaan-kerajaan buangan
[sunting | sunting sumber]Kerajaan Sekutu dalam buangan
[sunting | sunting sumber]Kerajaan Paksi dalam buangan
[sunting | sunting sumber]Kerajaan dalam buangan | Ibunegara dalam buangan | Garis masa dalam buangan | Penakluk |
---|---|---|---|
Kerajaan Bulgaria | Vienna, Empayar Jerman Raya | 16 September 1944 – 10 Mei 1945 | Kerajaan Beraja Bulgaria |
Negara Perancis | Sigmaringen, Empayar Jerman Raya | 1944 – 22 April 1945 | Kerajaan Sementara Republik Perancis |
Kerajaan Hungary | Vienna, Empayar Jerman Raya
|
28/29 Mac1945 – 7 Mei 1945 | Republik Czechoslovakia |
Kerajaan Romania | Vienna, Empayar Jerman Raya | 1944–1945 | Kerajaan Romania |
Majlis Negara Montenegro | Zagreb, Negara Merdeka Croatia | Musim Panas 1944 – 8 Mei 1945 | Kerajaan Yugoslavia |
Republik Slovakia | Kremsmünster, Empayar Jerman Raya | 4 April 1945 – 8 Mei 1945 | Republik Czechoslovakia |
Kerajaan berkecuali dalam buangan
[sunting | sunting sumber]Kerajaan dalam buangan | Ibunegara dalam buangan | Garis masa dalam buangan | Penakluk |
---|---|---|---|
Republik Demokratik Belarusia | Prague, Republik Czechoslovakia (1923–1938) Prague, Republik Czecho-Slovak Prague, Jerman Reich/Empayar Jerman Raya |
1919 – kini | Jerman Reich/Empayar Jerman Raya Komisariat Reich Timur |
Republik Estonia | Stockholm, Kerajaan Sweden (1944 – 20 Ogos 1991) |
17 Jun 1940 – 20 Ogos 1991 | Komisariat Reich Timur |
Republik Rakyat Ukraine | Warsaw, Republik Poland (1920–1939) Prague, Jerman Reich/Empayar Jerman Raya |
1920 – 22 Ogos 1992 | Jerman Reich/Empayar Jerman Raya Kerajaan Hungary |
Republik Sepanyol dalam Pengasingan | Paris (1939-1940, 1946-1977)
Bandar Mexico (1940-1946) |
4 April 1939 - 1 Julai 1977 | Republik Sepanyol |
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Drang nach Osten (Mara ke Timur")
- Lebensraum ("Ruang Kehidupan")
- Neuordnung ("Order Baru")
- Areas annexed by Nazi Germany
- Pan-Germanism
- Greater Germanic Reich
- Reorganization of occupied dioceses during World War II
- Tembok Atlantik
- Perang Dunia II Kancah Eropah
- Senarai kem tahanan Nazi-Jerman
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Encyclopædia Britannica, German occupied Europe. World War II. Retrieved 1 September 2015 from the Internet Archive.
- Map of Europe in 1942
- http://www.worldwar2history.info/war/Allies.html
- http://www.bbc.co.uk/history/events/germany_advances_through_europe
- http://www.holocaustresearchproject.org/nazioccupation/
Albania · Amerika Syarikat · Australia · Belanda · Belarus · Brazil · Bulgaria · Burma · China · Czechoslovakia · Denmark · Estonia · Filipina · Finland · Greece · Hungary · India · Iraq · Ireland · Italy · Jepun · Jerman · Kanada · Latvia · Lithuania · Luxembourg · Manchukuo · Malaya · Mesir · New Zealand · Norway · Perancis · Poland · Romania · Slovakia · Afrika Selatan · Kesatuan Soviet · Sepanyol · Sweden · Thailand · Turki · Ukraine · United Kingdom · Yahudi · Yugoslavia
Templat:Nazi Germany occupations Templat:German administrative territories