Koordinat: 44°49′N 20°27′E / 44.817°N 20.450°E
Wilayah Panglima Tentera di Serbia Gebiet des Militärbefehlshabers in Serbien | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1941–1944 | |||||||||
| |||||||||
Status | Negara dibawah pentadbiran tentera Jerman | ||||||||
Ibu negara | Belgrade | ||||||||
Bahasa yang umum digunakan | Jerman Serbia | ||||||||
Kerajaan | Kerajaan tenteraa | ||||||||
Panglima Tentera | |||||||||
• Apr–Jun 1941 | Helmuth Förster | ||||||||
• Jun–Jul 1941 | Ludwig von Schröder | ||||||||
• Jul–Sep 1941 | Heinrich Danckelmann | ||||||||
• Sep–Dis 1941 | Franz Böhme | ||||||||
• 1941–1943 | Paul Bader | ||||||||
• 1943–1944 | Hans Felber | ||||||||
Perdana Menteri (kerajaan boneka) | |||||||||
• 1941 | Milan Aćimović | ||||||||
• 1941–1944 | Milan Nedić | ||||||||
Era Sejarah | Perang Dunia II | ||||||||
• Didirikan | 22 April 1941 | ||||||||
20 Oktober 1944 | |||||||||
Populasi | |||||||||
• 1941[1] | 4,500,000 | ||||||||
Mata wang | Serbian dinar Wang kertas kredit Reich | ||||||||
| |||||||||
Sekarang sebahagian dari | Serbia Kosovo[a] | ||||||||
|
Sebahagian daripada siri tentang |
---|
Sejarah Serbia |
Portal Serbia |
Wilayah Panglima Tentera di Serbia (Jerman: Gebiet des Militärbefehlshabers in Serbien ; Serbia: Подручје Војног заповедника у Србији / Područje vojnog zapovednika u Srbiji ) adalah kawasan Kerajaan Yugoslavia yang diletakkan dibawah kerajaan tentera pendudukan oleh Wehrmacht susulan dari pencerobohan, pendudukan dan pembubaran Yugoslavia pada April 1941. Wilayah ini hanya merangkumi Serbia Tengah, dengan penambahan bahagian utara Kosovo (sekeliling Kosovska Mitrovica), dan Banat. Wilayah ini adalah satu-satunya kawasan Yugoslavia yang dipecahkan di mana penjajah Jerman menubuhkan sebuah kerajaan tentera. Ini disebabkan laluan keretapi utama dan pengangkutan sungai yang melaluinya, dan sumber-sumbernya yang berharga, terutama logam bukan ferus.[3] Pada 22 April 1941, wilayah ini diletakkan dibawah kuasa tertinggi panglima tentera Jerman di Serbia, dengan pentadbiran harian wilayah itu diurus oleh ketua staf pentadbiran tentera. Urusan perintah dan kawal di wilayah taklukan itu tidak pernah disatukan, dan dibuat lebih kompleks dengan pelantikan wakil langsung tokoh kanan Nazi seperti Reichsführer-SS Heinrich Himmler (bagi hal ehwal polis dan keselamatan), Reichsmarschall Hermann Göring (bagi ekonomi), dan Reichsminister Joachim von Ribbentrop (bagi hal ehwal luar negeri). Pihak Jerman menggunakan tentera Bulgaria untuk membantu penjajahan itu, tetapi mereka setiap masa dibawah kawalan Jerman. Beberapa sumber menggambarkan wilayah itu sebagai negara boneka, negeri naungan, "wilayah pentadbiran khas", atau diterangkan sebagai sebuah kerajaan boneka. Panglima tentera di Serbia mempunyai sedikit pasukan garison Jerman dan detasmen polis untuk mengekalkan ketenteraman, tetapi boleh meminta bantuan dari sebuah pasukan pendudukan kor yang kurang lengkap terdiri dari tiga divisyen.
Panglima tentera Jerman di Serbia melantik dua kerajaan awam boneka Serbia untuk menjalankan tugas-tugas pentadbiran sesuai dengan arahan dan pengawasan Jerman. Pentadbiran pertama adalah Kerajaan Komisioner yang ditubuhkan pada 30 Mei 1941. Kerajaan Komisioner adalah agen asas rejim pendudukan, tetapi tidak mempunyai kuasa. Pada akhir Julai 1941, satu pemberontakan bermula di dalam wilayah yang diduduki, dan dengan cepat dipenuhi oleh gendarmerie Serbia, pasukan polis dan keselamatan Jerman, bahkan juga pasukan infantri kawasan simpanan. Untuk mengatasi pemberontakan ini, yang melibatkan komunis-pimpinan Partisan Yugoslavia dan monarkis Chetnik, sebuah kerajaan boneka kedua ditubuhkan. Kerajaan Salvation Nasional dibawah Milan Nedić menggantikan Kerajaan Komisioner pada 29 Ogos 1941. Walaupun mendapat sokongan,[4] rejim ini tidak popular dengan majoriti orang Serbia.[5] Ia gagal mengubah arus namun, dan pihak Jerman terpaksa membawa masuk divisyen-divisyen barisan hadapan daripada Perancis, Greece bahkan juga Barisan Timur untuk menghalang pemberontakan itu. Bermula dari akhir September 1941, Operasi Uzice menyingkirkan puak Partisan daripada wilayah taklukan, dan pada Disember, Operasi Mihailovic memecahkan puak Chetnik. Penentangan diteruskan pada skala kecil sehingga tahun 1944, diikuti dengan pembunuhan balas dendam yang kerap, dan pernah waktu ketika melibatkan hukuman mati terhadap 100 orang tebusan bagi setiap rakyat Jerman yang dibunuh.
Rejim Nedić tiada status dalam undang-undang antarabangsa, tiada lebihan kuasa yang diberikan oleh pihak Jerman, dan hanya merupakan alat pemerintahan Jerman. Walaupun tentera Jerman memimpin dan mengarah Penyelesaian Terakhir di Serbia serta memonopoli pembunuhan orang Yahudi, mereka telah dibantu secara aktif oleh kolaborator berbangsa Serbia.[6] Kem tahanan Banjica di Belgrade dikendalikan bersama oleh rejim Nedic dan tentera Jerman. Satu kawasan dimana pentadbiran boneka melaksanakan inisiatif dan mencapai kejayaan adalah penerimaan dan penjagaan ratusan ribu pelarian berbangsa Serb daripada bahagian lain Yugoslavia yang berpecah. Sepanjang penjajahan, Banat adalah rantau autonomi, dulu bertanggungjawab bagi kerajaan boneka di Belgrade, tetapi secara praktiknya ditadbir oleh kaum minoriti Volksdeutsche (etnik Jerman). Manakala Kerajaan Komisioner diterhadkan penggunaan gendarmerie, kerajaan Nedić diberi kuasa untuk membesarkan angkatan bersenjata, iaitu Pengawal Negara Serbia, untuk melaksanakan arahan, tetapi mereka segera diletakkan dibawah kawalan Pemimpin Kanan SS dan Polis, dan pada dasarnya berfungsi sebagai auksiliari Jerman sehingga pengunduran Jerman pada Oktober 1944. Pihak Jerman juga membesarkan beberapa pasukan auksiliari tempatan yang lain untuk pelbagai tugas dalam wilayah tersebut. Untuk menjaga lombong-lombong Trepča dan jalan keretapi Belgrade-Skopje, pihak Jerman membuat perjanjian dengan kolaborator Albania di hujung utara Kosovo yang menghasilkan autonomi wilayah yang berkesan dari kerajaan boneka Belgrade, yang kemudian memformalkan perjanjian Jerman. Kerajaan Salvation Nasional kekal memerintah sehinggalah pengunduran Jerman semasa menghadapi penyerangan Belgrade dari Tentera Merah, Tentera Rakyat Bulgaria dan Partisan. Semasa penjajahan, pihak berkuasa Jerman membunuh hampir keseluruhan orang Yahudi yang tinggal dalam wilayah jajahan, dengan menembak mati kaum lelaki sebagai pembalasan dendam yang dilakukan pada tahun 1941, dan membunuh kaum wanita dan kanak-kanak pada awal tahun 1942 dengan menggunakan van gas beracun. Selepas perang, beberapa orang pemimpin utama Jerman dan Serbia di wilayah jajahan itu telah dibicarakan dan dihukum mati kerana jenayah perang.
Lihat juga
- Pendudukan Austria-Hungari ke atas Serbia, iaitu pendudukan tentera Austria-Hungari terhadap Kerajaan Serbia semasa Perang Dunia I.
Nota
- ^ Kosovo merupakan sebuah subjek yang menjadi pertikaian antara Republik Kosovo dan Republik Serbia. Republik Kosovo mengistiharkan kemerdekaan secara unilateral pada 17 Februari 2008, tetapi Serbia berterusan mendakwa ia adalah sebahagian daripada wilayah berdaulatnya. Dua buah kerajaan ini mula menormalkan hubungan pada tahun 2013, sebagai sebahagian daripada Persetujuan Brussels. Kosovo menerima pengakuan rasmi sebagai sebuah negara merdeka daripada 111 daripada 193 Negara anggota Pertubuhan Bangsa Bersatu Pertubuhan Bangsa Bersatu.
Petikan
- ^ Lemkin 2008, m/s. 248.
- ^ Tomasevich 2001, m/s. 175–177.
- ^ Tomasevich 2001, m/s. 64.
- ^ MacDonald, David Bruce (2002). Balkan holocausts?: Serbian and Croatian victim-centred propaganda and the war in Yugoslavia. Manchester: Manchester University Press. m/s. 142. ISBN 0719064678.
- ^ MacDonald, David Bruce (2007). Identity Politics in the Age of Genocide: The Holocaust and Historical Representation. Routledge. m/s. 167. ISBN 978-1-134-08572-9.
- ^ Raphael Israeli (4 March 2013). The Death Camps of Croatia: Visions and Revisions, 1941–1945. Transaction Publishers. m/s. 31–32. ISBN 978-1-4128-4930-2. Dicapai pada 12 May 2013.
Rujukan
Buku
- Argyle, Christopher (1980). Chronology of World War II. New York: Exeter Books. ISBN 0-89673-071-9.
- Askey, Nigel (2013). Operation Barbarossa: the Complete Organisational and Statistical Analysis, and Military Simulation. 2A. United States: Lulu Publishing. ISBN 978-1-304-45329-7.
- Bailey, Ronald H. (1980). Partisans and Guerrillas. 12. New York: Time-Life Books. ISBN 978-0-7835-5719-9.
- Benz, Wolfgang (1999). The Holocaust: A German Historian Examines the Genocide. New York: Columbia University Press. ISBN 978-0-231-11215-4.
- Browning, Christopher H. (2004). The Origins of the Final Solution: The Evolution of Nazi Jewish Policy, September 1939 – March 1942. University of Nebraska Press. ISBN 978-0-8032-5979-9.
- Browning, Christopher (2014). The Origins of the Final Solution. London, England: Cornerstone Digital. ISBN 978-1-4481-6586-5.
- Bugajski, Janusz (2002). Political Parties of Eastern Europe: A Guide to Politics in the Post-Communist Era. Armonk: Sharpe. ISBN 1-56324-676-7.
- Byford, Jovan (2011), "The Collaborationist Administration and the Treatment of the Jews in Nazi-occupied Serbia", dalam Ramet, Sabrina P.; Listhaug, Ola (penyunting), Serbia and the Serbs in World War Two, London: Palgrave Macmillan, m/s. 109–127, ISBN 978-0230278301
- Byford, Jovan (2012). "Willing Bystanders: Dimitrije Ljotić, "Shield Collaboration" and the Destruction of Serbia's Jews". Dalam Haynes, Rebecca; Rady, Martyn (penyunting). In the Shadow of Hitler: Personalities of the Right in Central and Eastern Europe. London: I.B.Tauris. ISBN 978-1-84511-697-2.
- Ćirković, Simo C. (2009). Ko je ko u Nedićevoj Srbiji 1941–1944 (dalam bahasa SerboCroatia). Belgrade: IPS MEDIA. ISBN 978-86-7274-388-3.
- Cohen, Philip J. (1996). Serbia's Secret War: Propaganda and the Deceit of History. College Station, Texas: Texas A&M University Press. ISBN 0-89096-760-1.
- Cox, John (2002). The History of Serbia. The Greenwood Histories of the Modern Nations. Westport: Greenwood Publishing Group. ISBN 978-0-313-31290-8.
- Deroc, Milan (1988). British Special Operations Explored: Yugoslavia in Turmoil 1941–1943 and the British Response. East European Monographs. New York: Coloumbia University Press. ISBN 978-0-88033-139-5.
- Dobrich, Momcilo (2000). Belgrade's Best: The Serbian Volunteer Corps, 1941–1945. New York: Axis Europa Books. ISBN 978-1-891227-38-7.
- Gutman, Israel (1995). Encyclopedia of the Holocaust. 2. New York: Macmillan Publishing. ISBN 9780028645278.
- Haynes, Rebecca; Rady, Martyn (2011). In the Shadow of Hitler: Personalities of the Right in Central and Eastern Europe. I.B. Tauris. ISBN 978-1-84511-697-2.
- Hehn, Paul N. (1979). The German Struggle Against Yugoslav Guerillas in World War II. New York: Columbia University Press.
- Klajn, Lajčo (2007). The Past in Present Times: The Yugoslav Saga. New York: University Press of America. ISBN 978-0-7618-3647-6.
- Krakov, Stanislav (1963). Генерал Милан Недић [General Milan Nedić] (dalam bahasa Serbia). Munich, West Germany: Iskra. OCLC 7336721.
- Kroener, Bernard R.; Müller, Rolf-Dieter; Umbreit, Hans, penyunting (2000). Germany and the Second World War, Volume 5: Organization and Mobilization of the German Sphere of Power. Part I. Wartime Administration, Economy, and Manpower Resources 1939-1941. 5. New York, New York: Oxford University Press. ISBN 978-0-19-822887-5.
- Kroener, Bernard R.; Müller, Rolf-Dieter; Umbreit, Hans, penyunting (2003). Germany and the Second World War, Volume 5: Organization and Mobilization of the German Sphere of Power. Part II. Wartime Administration, Economy, and Manpower Resources 1942-1944/5. 5. Oxford, New York: Oxford University Press. ISBN 978-0-19-820873-0.
- Lauterpacht, Elihu; Greenwood, C. J.; Oppenheimer, A. G., penyunting (1999). International Law Reports. 112. Cambridge: Cambridge University Press. ISBN 978-0-521-64242-2.
- Lemkin, Raphael (2008). Axis Rule in Occupied Europe. London: Lawbook Exchange. ISBN 9781584779018.
- Lumans, Valdis O. (1993). Himmler's Auxiliaries: The Volksdeutsche Mittelstelle and the German National Minorities of Europe, 1933–1945. Chapel Hill: University of North Carolina Press. ISBN 978-0-8078-2066-7.
- Manoschek, Walter (1995). "Serbien ist judenfrei": Militarische Besatzungspolitik und Judenvernichtung in Serbien 1941/42 (dalam bahasa Jerman) (ed. 2nd). Munich: Oldenbourg Verlag. ISBN 9783486561371.
- Margolian, Howard (2000). Unauthorized Entry: The Truth about Nazi War Criminals in Canada, 1946–1956. Toronto: University of Toronto Press.
- Milazzo, Matteo J. (1975). The Chetnik Movement & the Yugoslav Resistance. Baltimore: Johns Hopkins University Press. ISBN 978-0-8018-1589-8.
- Milosavljević, Olivera (2006). Potisnuta istina – Kolaboracija u Srbiji 1941–1944 (PDF) (dalam bahasa SerboCroatia). Belgrade: Helsinki Committee for Human Rights in Serbia.
- Mojzes, Paul (2011). Balkan Genocides: Holocaust and Ethnic Cleansing in the 20th Century. Plymouth: Rowman and Littlefield Publishers. ISBN 9781442206632.
- Norris, David A. (2008). Belgrade: A Cultural History. Oxford, New York: Oxford University Press. ISBN 978-0-19-970452-1.
- Pavlowitch, Stevan K. (2002). Serbia: The History behind the Name. London: Hurst & Company. ISBN 9781850654773.
- Pavlowitch, Stevan K. (2008). Hitler's New Disorder: The Second World War in Yugoslavia. New York: Columbia University Press. ISBN 9780231700504.
- Ramet, Sabrina P. (2006). The Three Yugoslavias: State-Building and Legitimation, 1918–2005. Bloomington: Indiana University Press. ISBN 978-0-253-34656-8.
- Ramet, Sabrina P.; Lazić, Sladjana (2011). "The Collaborationist Regime of Milan Nedić". Dalam Ramet, Sabrina P.; Listhaug, Ola (penyunting). Serbia and the Serbs in World War Two. London: Palgrave Macmillan. m/s. 17–43. ISBN 978-0230278301.
- Savković, Miroslav (1994). Kinematografija u Srbiji tokom Drugog svetskog rata 1941–1945 (dalam bahasa SerboCroatia). Belgrade: Ibis.
- Shepherd, Ben (2012). Terror in the Balkans: German Armies and Partisan Warfare. Cambridge: Harvard University Press. ISBN 978-0-674-04891-1.
- Stein, George H. (1984). The Waffen SS: Hitler's Elite Guard at War, 1939–45. Ithaca, New York: Cornell UP. ISBN 0-8014-9275-0.
- Tasovac, Ivo (1999). American Foreign Policy and Yugoslavia, 1939–1941. College Station, Texas: Texas A&M University Press. ISBN 978-0-89096-897-0.
- Thomas, Nigel; Mikulan, Krunoslav (1995). Axis Forces in Yugoslavia 1941–45. New York: Osprey Publishing. ISBN 978-1-85532-473-2.
- Tomasevich, Jozo (1969). "Yugoslavia During the Second World War". Dalam Vucinich, Wayne S. (penyunting). Contemporary Yugoslavia: Twenty Years of Socialist Experiment. University of California Press. m/s. 59–118.
- Tomasevich, Jozo (1975). War and Revolution in Yugoslavia, 1941–1945: The Chetniks. Stanford: Stanford University Press. ISBN 978-0-8047-0857-9.
- Tomasevich, Jozo (2001). War and Revolution in Yugoslavia, 1941–1945: Occupation and Collaboration. Stanford: Stanford University Press. ISBN 978-0-8047-3615-2.
- Udovički, Jasminka; Ridgeway, James (1997). Burn This House: The Making and Unmaking of Yugoslavia. Duke University Press. ISBN 0-8223-1997-7.
- Weitz, Eric D. (2009). A Century of Genocide: Utopias of Race and Nation. Princeton, New Jersey: Princeton University Press. ISBN 978-1-40082-550-9.
- Wolff, Robert (1974). The Balkans in Our Time. Cambridge: Harvard University Press. ISBN 978-0-393-09010-9.
Jurnal
- Hehn, Paul N. (1971). "Serbia, Croatia and Germany 1941–1945: Civil War and Revolution in the Balkans". Canadian Slavonic Papers. University of Alberta. 13 (4): 344–373. doi:10.1080/00085006.1971.11091249. JSTOR 40866373.
- Portmann, Michael; Suppan, Arnold (2006). "Serbien und Montenegro im Zweiten Weltkrieg (1941 – 1944/45)". Österreichische Osthefte (dalam bahasa Jerman). Zeitschrift für Mittel-, Ost- und Südosteuropaforschung. 47: 265–296. ISSN 0029-9375.
- Janjetović, Zoran (2012). "Borders of the German occupation zone in Serbia 1941–1944" (PDF). Journal of the Geographical Institute Jovan Cvijic. Serbian Academy of Sciences and Arts. 62 (2): 93–115. doi:10.2298/IJGI1202093J.
- Trifkovic, Gaj (2015). "The Key to the Balkans: The Battle for Serbia 1944". The Journal of Slavic Military Studies. 28 (3): 524–555. doi:10.1080/13518046.2015.1061825. S2CID 141603073.
Laman web
- Đaković, Tanja Nikolić (12 July 2008). "Milan Nedić i knez Pavle ponovo dele Srbiju". Blic (dalam bahasa SerboCroatia).
- Niehorster, Dr. Leo (2015a). "Armed Forces Commander South East Commanding General in Serbia 22 June 1941". Dr. Leo Niehorster. Dicapai pada 31 May 2015.
- Niehorster, Dr. Leo (2015b). "Infantry Division (15th Wave) 22 June 1941". Dr. Leo Niehorster. Dicapai pada 1 June 2015.
- Niehorster, Dr. Leo (2015c). "12th Army LXVth Special Corps Command 22 June 1941". Dr. Leo Niehorster. Dicapai pada 31 May 2015.
Bacaan lanjut
- Klemenčič, Matjaž; Žagar, Mitja (2004). The Former Yugoslavia's Diverse Peoples: A Reference Sourcebook. Santa Barbara: ABC-CLIO. ISBN 1-576-07294-0.
- Pavlowitch, Stevan K. (1985). Unconventional Perceptions of Yugoslavia 1940–1945. New York: Columbia University Press. ISBN 9780880330817.
- Prusin, Alexander (2017). Serbia Under the Swastika: A World War II Occupation. University of Illinois Press. ISBN 978-0-252-04106-8.
- Brborić, Ivan (2010). "Ministarski savet Milana Nedića decembar 1941 – novembar 1942" (PDF). Istorija 20. Veka (dalam bahasa SerboCroatia). 28 (3): 169–180.
- Kerkez, S. Đ. (2011). "Policy of German-quisling's forces toward peasantry in occupied Serbia" (PDF). Baština (30): 81–103.