Wilayah Montenegro taklukan Jerman | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1943-1944 | |||||||||
Bendera | |||||||||
Ibu negara | Cetinje | ||||||||
Kerajaan | Pendudukan tentera | ||||||||
Wakil Besar Jerman | |||||||||
• 1943-1944 | Wilhelm Keiper | ||||||||
Ketua Majlis Pentadbiran Nasional | |||||||||
• 1943-1944 | Ljubomir Vuksanović | ||||||||
Era Sejarah | Perang Dunia II | ||||||||
8 September 1943 | |||||||||
• Pendudukan Jerman | 12 September 1943 | ||||||||
• ZAVNOCGB | 14 Jun 1944 | ||||||||
• Pengunduran Jerman | 15 Disember 1944 | ||||||||
| |||||||||
Sekarang sebahagian dari | Montenegro Serbia |
Wilayah Montenegro taklukan Jerman adalah kawasan Gabenorat Montenegro Itali yang diduduki oleh tentera Jerman pada September 1943, selepas Peletakan Senjata Cassibile; di mana Kerajaan Itali menyerahkalah dan menyertai Pihak Bersekutu. Tentera Itali berundur dari Gabenorat, dan dari negara jiran Albania. Tentera Jerman menduduki Montenegro, sekali dengan Albania, dan wilayah itu kekal dibawah pendudukan Jerman sehingga tentera Paksi berundur pada Disember 1944.
Pendudukan kawasan itu ditadbir oleh Wilhelm Keiper selaku wakil besar. Pada awalnya beliau menjadi subordinat kepada "Panglima Tentera Albania dan Montenegro" Theodor Geib sehingga musim bunga 1944. Selepas itu, markas kawasan Montenegro Keiper menjadi bebas dan diletakkan terus dibawah Panglima Tertinggi Tenggara Eropah Alexander Löhr. Ljubomir Vuksanović menjadi Ketua Majlis Pentadbiran Nasional pada Oktober 1943, dan secara rasmi dilantik pada November tahun yang sama.
Pihak Jerman dan kolaborator tempatan mereka di Montenegro berperang dengan Partisan Yugoslavia. Selepas askar Jerman berundur dari Montenegro dan berpindah ke Austria, pemimpin fasis Sekula Drljević cuba mewujudkan kerajaan buangan di Negara Merdeka Croatia (NDH), yang merupakan protektorat kuasi Jerman. Drljević juga menubuhkan Tentera Nasional Montenegro, sebuah angkatan tentera yang dibentuk olehnya dan pemimpin fasis Croatia Ante Pavelić. Namun, kerajaan buangannya, dikenali sebagai "Majlis Negara Montenegro", telah dibubarkan selepas kejatuhan kerajaan NDH.
Montenegro kemudian diambil alih oleh Josip Tito dari Partisan Yugoslavia, dan menjadi sebahagian dari Persekutuan Demokratik Yugoslavia.
Rujukan
- Roberts, Walter R. (1987). Tito, Mihailović and the Allies: 1941–1945. New Brunswick, New Jersey: Duke University Press. ISBN 978-0-8223-0773-0.
- Tomasevich, Jozo (1975). War and Revolution in Yugoslavia, 1941–1945: The Chetniks. Stanford, California: Stanford University Press. ISBN 978-0-8047-0857-9.
- Tomasevich, Jozo (2001). War and Revolution in Yugoslavia, 1941–1945: Occupation and Collaboration. Stanford, California: Stanford University Press. ISBN 978-0-8047-3615-2.