Reichskommissariat Belgien-Nordfrankreich | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1944–1944 | |||||||||||
| |||||||||||
Status | Reichskommissariat Jerman Nazi | ||||||||||
Ibu negara | Brussels | ||||||||||
Bahasa yang umum digunakan | Jerman (pentadbiran) Belanda Perancis | ||||||||||
Kerajaan | Pentadbiran awam | ||||||||||
Reichskommissar | |||||||||||
• 1944 | Josef Grohé | ||||||||||
Era Sejarah | Perang Dunia II | ||||||||||
• Dekri Führer | 12 Julai 1944 | ||||||||||
• Pembebasan Bersekutu | September 1944 | ||||||||||
• Pengilhakan untuk Jerman | 15 Disember 1944 | ||||||||||
Mata wang | Belgian franc | ||||||||||
Kod ISO 3166 | BE | ||||||||||
| |||||||||||
Sekarang sebahagian dari | Belgium Perancis |
Reichskommissariat Belgium dan Utara Perancis (Jerman: Reichskommissariat Belgien-Nordfrankreich ) adalah rejim pentadbiran awam (Zivilverwaltung) Jerman Nazi yang memerintah keseluruhan taklukan Belgium dan bahagian utara taklukan Perancis pada separuh masa kedua 1944 dalam Perang Dunia II.
Reichskommissariat menggantikan kerajaan tentera sebelumnya, iaitu Pentadbiran Tentera di Belgium dan Utara Perancis, ditubuhkan di wilayah yang sama pada Mei 1940.
Pada 18 Julai 1944, Gauleiter Gau Cologne-Aachen, Josef Grohé, telah dinamakan Reichskommissar wilayah itu, dikenali sebagai Reichskommissariat Belgien und Nordfrankreich atau Reichskommissariat für die besetzte Gebiete von Belgien und Nordfrankreich.[1][2] Ia meliputi wilayah Nord-Pas-de-Calais di Perancis dan juga Belgium kecuali Eupen-Malmedy yang digabungkan terus ke dalam Jerman Reich.
Tentera Wehrmacht di kawasan itu telah diperintah oleh Wehrmachtbefehlshaber Belgien-Nordfrankreich Martin Grase (18 Julai 1944 - 16 September 1944).
Wilayah ini kebanyakannya dibebaskan oleh Pihak Bersekutu pada September 1944, selepas pendaratan Normandy, jadi masa kewujudan wilayah itu tidak lama. Susulan dari pembebasannya, wilayah ini diilhak terus secara retrospektif ke dalam Jerman (tidak lagi dibawah de facto kawalan Jerman) sebagai tiga Reichsgaue yang berasingan: Reichsgau Flandern, Wallonien dan Daerah Brussels.
Lihat juga
- Zon pendudukan lain negara Perancis taklukan Nazi:
- Reichskommissariat lain di Barat Eropah:
Rujukan
- ^ Rolf Jehke. "Reichskommissariat Belgien und Nordfrankreisch". Territorial.de. Dicapai pada 2015-03-09.
- ^ Kroener, Müller & Umbreit (2003) Germany and the Second World War V/II, p. 29
Bacaan lanjut
- De Jonghe, Albert (1972). Hitler en het politieke lot van België, 1940-1944. De vestiging van een Zivilverwaltung in België en Noord-Frankrijk. Antwerp: Uitgeverij De Nederlandssche Boekhandel.