Republik Bulgaria ريڤوبليك بولݢاريا | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Cogan kata:
| |||||
Lagu kebangsaan: Мила Родино (Bulgaria) Mila Rodino (transliterasi) Wahai Tanah Air | |||||
Ibu negara dan bandar terbesar | Sofia 42°41′N 23°19′E / 42.683°N 23.317°EKoordinat: 42°41′N 23°19′E / 42.683°N 23.317°E | ||||
Bahasa rasmi | Bahasa Bulgaria | ||||
Tulisan rasmi | Tulisan Cyril | ||||
Kumpulan etnik (2011) |
| ||||
Kerajaan | Republik berparlimen unitari | ||||
• Presiden | Rumen Radev (Румен Радев) | ||||
Dimitar Glavchev (Димитър Главчев) | |||||
Badan perundangan | Perhimpunan Kebangsaan | ||||
Sejarah penubuhan | |||||
681–1018 | |||||
1185–1396 | |||||
3 Mac 1878 | |||||
5 Oktober 1908 | |||||
Keluasan | |||||
• Jumlah | 110,993.6[1] km2 (42,854.9 bt2) (ke-103) | ||||
2.16[2] | |||||
Populasi | |||||
• Perkiraan 2019 | ▼ 7,000,039[3] (ke-104) | ||||
63/km2 (163.2/sq mi) (ke-118) | |||||
KDNK (PPP) | 2020 | ||||
• Jumlah | ▲ $180.170 bilion[4] (ke-74) | ||||
▲ $26,034[4] (ke-60) | |||||
KDNK (nominal) | 2020 | ||||
• Jumlah | ▲ $70.126 bilion[4] (ke-72) | ||||
▲ $10,133[4] (ke-68) | |||||
Gini (2019) | 40.8[5] sederhana | ||||
HDI (2018) | ▲ 0.816[6] sangat tinggi · ke-52 | ||||
Mata wang | Lev ( BGN ) | ||||
Zon waktu | UTC+2 (EET) | ||||
• Musim panas (DST) | UTC+3 (EEST) | ||||
Arah memandu | right | ||||
Kod panggilan | +359 | ||||
Kod ISO 3166 | BG | ||||
DPT internet | .bg .бг |
Bulgaria (disebut /bʌlˈɡɛəriə/ ( dengar); Bahasa Bulgaria: България, disebut [bəlˈɡarija]; Jawi: بولݢاريا ), secara rasmi digelar Republik Bulgaria (Република България , [Republika Bǎlgarija] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan), [rɛˈpublika bəlˈɡarija]), ialah sebuah negara di Balkan di Eropah tenggara. Ia menyempadani lima buah negara, iaitu:
- Romania di utara (sebahagian besar pada sepanjang Sungai Danube);
- Serbia dan Makedonia Utara di barat; dan
- Greece dan Turki di selatan.
Laut Hitam mentakrifkan takat negara di timur.
Bulgaria merangkumi bahagian-bahagian Moesia, Thrace, dan Macedonia yang merupakan provinsi-provinsi Rom.
Sejarah
Budaya Eropah Lama di wilayah Bulgaria masa ini mula mengeluarkan artifak emas sejak alaf ke-5 SM.[7] Bagaimanapun, identiti kenegaraan dan negara Bulgaria muncul hanya sejak abad ke-7 Masihi. Semua entiti politik Bulgaria kemudian yang kekadang merangkumi hampir semua kawasan Balkan mengekalkan tradisi (nama etnik, bahasa, dan abjad) Empayar Bulgaria Pertama (632/681 – 1018) dan menyebarkan abjad, sastera, dan budayanya kepada orang Slavik serta juga orang-orang yang lain di Eropah Timur. Berabad-abad kemudian, dengan kemerosotan Empayar Bulgaria Kedua (1185 – 1396/1422), kerajaan-kerajaan Bulgaria dikuasai oleh Empayar Uthmaniyyah selama hampir lima abad.
Perang Rusia-Turki yang berlangsung antara 1877 hingga 1878 menyebabkan pengasasan semula negara Bulgaria sebagai sebuah pemerintahan raja perlembagaan pada 1878, dengan Perjanjian San Stefano menandakan kelahiran Negara Bulgaria Ketiga. Dengan persengketaan sosial dirancang di tengah-tengah Empayar Uthmaniyah, kerajaan Aleksandar Malinov dan Putera Ferdinand dari Bulgaria mengisytiharkan kedaulatan penuh negara Bulgaria di ibu negara kuno, Veliko Tarnovo.[8]
Pada 1945, selepas Perang Dunia II, Bulgaria menjadi sebuah negara komunis serta sebahagian Blok Timur. Todor Zhivkov menguasai politik Bulgaria selama 33 tahun antara 1956 sehinggalah 1989. Pada 1990, selepas Revolusi 1989, Parti Komunis menyerahkan kuasanya dan Bulgaria beralih kepada sistem demokrasi dan kapitalisme pasaran bebas lalu mengamalkan sistem berparlimen di dalam sebuah republik berperlembagaan satuan.
Sebagai salah satu anggota Kesatuan Eropah, NATO, dan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Bulgaria mempunyai Indeks Pembangunan Manusia yang tinggi sebanyak 0.834 dan ditempatkan nombor 56 di dunia pada tahun 2006.[9] Pada 2008, Freedom House menyenaraikan Bulgaria sebagai "bebas", dan memberikannya skor 1 (tertinggi) untuk hak politik serta skor 2 untuk kebebasan awam.[10]
Lihat juga
- Senarai raja Bulgaria
- Sejarah Bulgaria Komunis
- Gerakan penentang Bulgaria semasa Perang Dunia II
- Universiti Amerika Bulgaria
- Lihat juga Daftar negara
Rujukan
- ^ Penin, Rumen (2007). Природна география на България [Natural Geography of Bulgaria] (dalam bahasa Bulgaria). Bulvest 2000. m/s. 18. ISBN 978-954-18-0546-6.
- ^ "Field listing: Area". The World Factbook (dalam bahasa Inggeris). CIA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-01-31. Dicapai pada 9 Oktober 2018.
- ^ "Population on 1 January". ec.europa.eu/eurostat. Eurostat. Dicapai pada 14 Januari 2020.
- ^ a b c d "World Economic Outlook Database, October 2019". IMF.org. Tabung Kewangan Antarabangsa. Dicapai pada 18 Januari 2020.
- ^ "Gini coefficient of equivalised disposable income – EU-SILC survey". ec.europa.eu (dalam bahasa Inggeris). Eurostat. Dicapai pada 30 Mac 2020.
- ^ "Human Development Report 2019" (dalam bahasa Inggeris). UNDP. 10 Disember 2019. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-05-23. Dicapai pada 10 Disember 2019.
- ^ "The Thracian tomb in Kazanluk". Digsys.bg. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-27. Dicapai pada 2009-01-02.
- ^ Crampton, R.J., Bulgaria, 2007, pp.174, Oxford University Press
- ^ Human development index trends, Human development indices by the United Nations. Retrieved on June 7, 2009
- ^ Bulgaria country report for 2008, freedomhouse.org
Pautan luar
- History art and music in Bulgaria
- Bulgaristanda Eğitim
- Sejarah Esensial Bulgaria dalam Tujuh Halaman
Bandar di Bulgaria |
---|
Aitos | Asenovgrad | Blagoevgrad | Botevgrad | Burgas | Dimitrovgrad | Dobrich | Dupnitsa | Gabrovo | Gorna Oryahovitsa | Gotse Delchev | Harmanli | Haskovo | Karlovo | Karnobat | Kazanlak | Kardzhali | Kyustendil | Lom | Lovech | Montana | Nova Zagora | Panagyurishte | Pazardzhik | Pernik | Petrich | Pleven | Plovdiv | Razgrad | Rousse | Samokov | Sandanski | Sevlievo | Shumen | Silistra | Sliven | Smolyan | Sofia (ibu negara) | Stara Zagora | Svishtov | Targovishte | Troyan | Varna | Veliko Tarnovo | Velingrad | Vidin | Vratsa | Yambol |
- Sumber CS1 bahasa Bulgaria (bg)
- Rencana yang mengandungi teks bahasa Bulgaria
- Ralat templat Lang dan lang-xx
- Rencana dengan pengenalan kawasan MusicBrainz
- Rencana dengan pengenalan UKPARL
- AC dengan 28 elemen
- Bulgaria
- Republik
- Demokrasi liberal
- Negara di Eropah
- Negara dan wilayah berbahasa Turki
- Negara dan wilayah berbahasa Slavik