
Negeri dengan cuti Sabtu dan Ahad
Cuti umum di Malaysia terpakai di kedua-dua peringkat; persekutuan dan negeri, secara asasnya berdasarkan senarai cuti persekutuan di peringkat negara ditambah beberapa cuti tambahan yang berlangsung di setiap negeri atau wilayah persekutuan secara berasingan. Cuti umum ialah campuran cuti sekular yang disambut oleh semua bangsa dan sejarahnya, dan cuti tradisi bagi kumpulan agama dan etnik yang pelbagai yang membentuk negara.
Undang-undang yang menguatkuasakan cuti umum di Malaysia termasuklah Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369) yang terpakai di Semenanjung Malaysia dan Labuan, Ordinan Hari Kelepasan (Bab 56 Sabah) di Sabah dan Ordinan Hari Kelepasan Am (Bab 8 Sarawak) di Sarawak.
Minggu kerja dan hujung minggu pelbagai bagi setiap negeri; dengan kebanyakan negeri (termasuk wilayah persekutuan) menjadikan hujung minggu pada Sabtu–Ahad, sementara Kedah, Kelantan dan Terengganu menjadikan Jumaat–Sabtu sebagai hujung minggu; [1][2] Bagi negeri yang hujung minggunya Sabtu–Ahad, cuti umum yang jatuh pada hari Ahad digantikan dengan cuti pada Isnin, atau hari bekerja selepasnya jika Isnin sendiri adalah cuti umum. Di Kedah, cuti umum yang jatuh pada Jumaat akan digantikan dengan Ahad atau hari bekerja selepasnya, sementara di Kelantan dan Terengganu, cuti umum yang jatuh pada Sabtu akan digantikan ke Ahad atau hari bekerja selepasnya.
Bermula 1 Januari 2025, cuti hujung minggu bagi Johor ditukarkan dari Jumaat–Sabtu ke Sabtu–Ahad,[3] selepas sepuluh tahun dikuatkuasakan.[4]
Gambaran keseluruhan
Cuti persekutuan
Cuti umum persekutuan telah ditetapkan oleh kerajaan persekutuan dan dipakai ke seluruh negara dengan beberapa pengecualian. Cuti tersebut ialah:
- Maulidur Rasul
- Hari Merdeka
- Tahun Baharu Cina (satu hari di Kelantan dan Terengganu, dua hari di negeri lain)
- Hari Wesak
- Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong (Isnin pertama bulan Jun)
- Hari Raya Puasa (Aidilfitri) (dua hari)
- Hari Raya Korban (Aidiladha) (dua hari di Kelantan dan Terengganu, satu hari di negeri lain)
- Hari Diwali (kecuali Sarawak)
- Hari Krismas
- Hari Pekerja
- Awal Muharam
- Hari Malaysia
Setiap negeri dan wilayah persekutuan mempunyai 14 hari cuti umum persekutuan, kecuali Sarawak yang mempunyai 13 hari.
Walaupun hari kedua Tahun Baharu Cina tidak disenarai sebagai cuti persekutuan di Kelantan dan Terengganu, hari tersebut telah diwartakan sebagai cuti negeri di kedua-dua negeri, menjadikan ia cuti seluruh negara. Dalam pada itu, hari kedua Hari Raya Korban juga diwartakan sebagai cuti negeri di Kedah dan Perlis.
Cuti negeri
Sebagai tambahan kepada cuti umum persekutuan, setiap negeri ada mewartakan sebilangan cuti umum negeri untuk negeri masing-masing. Untuk wilayah persekutuan, Perdana Menteri bertanggungjawab untuk menentukan cuti umum wilayah untuk setiap wilayah persekutuan.
Di setiap negeri, hari keputeraan rasmi bagi pemerintah negeri atau yang di-pertua negeri disambut sebagai cuti umum. Di wilayah persekutuan, Hari Wilayah Persekutuan disambut.
Cuti negeri paling banyak dikuatkuasakan ialah Hari Tahun Baharu yang mana ia diguna pakai di lapan negeri dan semua wilayah persekutuan, diikuti Nuzul al-Quran di tujuh negeri dan semua wilayah persekutuan, dan Thaipusam di lima negeri dan dua wilayah persekutuan.
Setakat 2020, setiap negeri dan wilayah persekutuan mempunyai empat ke enam cuti umum negeri, menjadikan bilangan cuti umum menjadi 20 hari di Sabah dan Terengganu, 19 hari di Labuan, Pulau Pinang dan Sarawak, dan 18 hari di negeri-negeri lain.
Cuti mengikut pengisytiharan
Fasal 8 Akta Hari Kelepasan 1951 memberikan Perdana Menteri kuasa untuk mengisytiharkan sebarang hari sebagai cuti umum bagi Semenanjung Malaysia dan Labuan, atau di salah satu wilayah persekutuan, atau di salah satu negeri selepas rundingan dengan kerajaan negeri berkaitan. Cuti yang diisytiharkan hendaklah menjadi cuti bergaji kepada semua majikan.
Cuti umum biasanya akan diisytiharkan pada hari mengundi bagi pilihan raya umum,[5] pada hari pertabalan Yang di-Pertuan Agong,[6] juga selepas acara sukan antarabangsa untuk meraikan pencapaian atlet Malaysia.[7]
Di peringkat negeri, kerajaan negeri boleh mengisytiharkan cuti peristiwa bagi acara-acara seperti pertabalan raja pemerintah negeri,[8] selepas pencapaian besar dalam acara sukan,[9][10] atau juga untuk menyediakan cuti tambahan tetapi tidak boleh diwartakan secara rasmi (seperti peisytiharan cuti setiap tahun untuk Thaipusam di Kedah).[11][12] Tidak seperti cuti yang diisytiharkan di bawah Fasal 8 Akta Hari Kelepasan 1951, penguatkuasaan cuti peristiwa negeri oleh perusahaan swasta dan pertubuhan adalah secara sukarela, sementara bagi pegawai kerajaan dan sekolah (kecuali untuk peperiksaan seluruh negara) adalah terpakai.
Di Sabah dan Sarawak, kuasa untuk mengisytiharkan sebarang hari sebagai cuti umum diserahkan kepada yang di-pertua negeri (secara amali, dikuatkuasakan dengan rundingan kerajaan negeri) menurut Ordinan Hari Kelepasan negeri masing-masing.
Senarai cuti umum mengikut pengisytiharan di bawah Fasal 8 Akta Hari Kelepasan 1951
Jadual di bawah menyenaraikan cuti tambahan yang diisytiharkan di bawah Fasal 8 Akta Hari Kelepasan 1951 bagi Semenanjung Malaysia dan Labuan. Melainkan dinyatakan sebaliknya, hari yang sama turut diisytiharkan sebagaicuti di Sabah dan Sarawak mengikut Ordinan HariKelepasan masing-masing.
| Tahun | Tarikh | Catatan |
|---|---|---|
| 2017 | 24 April (Isnin) | Hari pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-15 [13][14][15] |
| 4 September (Isnin) | Cuti tambahan untuk memperingati Sukan SEA 2017 [16][17][18] | |
| 2018 | 9 Mei (Rabu) | Hari mengundi pilihan raya umum Malaysia ke-14 [19][20][21] |
| 10 & 11 Mei (Khamis & Jumaat) [A] | Cuti tambahan untuk pilihan raya umum ke-14 (kecuali Sabah dan Sarawak) [22] | |
| 10 & 13 Mei (Khamis & Ahad) [B] | ||
| 17 & 18 Mei (Khamis & Jumaat) | Cuti tambahan untuk pilihan raya umum ke-14 (Sarawak sahaja) [23] | |
| 2019 | 30 Julai (Selasa) | Hari pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 [24][25][26] |
| 2022 | 18 & 19 November (Jumaat & Sabtu) | Ambang hari mengundi dan hari mengundi pilihan raya umum ke-15 [27][28][29] |
| 28 November (Isnin) | Cuti tambahan untuk pilihan raya umum ke-15 [30][31][32] | |
| 2023 | 21 April (Jumaat) | Cuti tambahan untuk Hari Raya Aidilfitri [33][34][35][36] |
| 2025 | 15 September (Isnin) | Cuti tambahan sempena Sambutan Hari Malaysia [37] |
| A Di negeri dan wilayah persekutuan yang cuti hujung minggu pada Sabtu—Ahad |
| B Di negeri yang cuti hujung minggu pada Jumaat—Sabtu |
Cuti umum jatuh pada hari sama
Bagi badan kerajaan, tiada hari ganti automatik apabila dua cuti umum jatuh pada hari bekerja yang sama, walaupun kerajaan mungkin akan menjadikan hari lain sebagai cuti umum.[38] Bagi pekerja sektor swasta, jika majikan memilih untuk menguatkuasakan kedua-dua cuti umum, cuti ganti diberikan pada hari bekerja selepasnya, atau hari lain jika pekerja setuju.[39][40]
Senarai sambutan dan perayaan di Malaysia
Sambutan penting negara dan negeri-negeri
| Perayaan | Tarikh | Status | Catatan |
|---|---|---|---|
| Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan | 14 Januari | Cuti negeri | Sambutan di Negeri Sembilan |
| Hari Wilayah Persekutuan | 1 Februari | Cuti negeri | Sambutan di Wilayah Persekutuan |
| Hari Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan | 20 Februari | Cuti negeri | Sambutan di Melaka |
| Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu | 4 Mac | Cuti negeri | Sambutan di Terengganu |
| Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor | 23 Mac | Cuti negeri | Sambutan di Johor |
| Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Sabah | 30 Mac | Cuti negeri | Sambutan di Sabah |
| Hari Keputeraan Sultan Terengganu | 26 April | Cuti negeri | Sambutan di Terengganu |
| Hari Keputeraan Raja Perlis | 17 Mei | Cuti negeri | Sambutan di Perlis |
| Hari Hol Almarhum Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah | 22 Mei | Cuti negeri | Sambutan di Pahang |
| Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Malaysia | 2 Jun | Cuti persekutuan | |
| Hari Keputeraan Sultan Kedah | 21 Jun | Cuti negeri | Sambutan di Kedah |
| Hari Ulang Tahun Perisytiharan Tapak Warisan Dunia | 7 Julai | Cuti negeri | Sambutan di Pulau Pinang |
| Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang | 11 Julai | Cuti negeri | Sambutan di Pulau Pinang |
| Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar | 21 Julai | Cuti negeri | Sambutan di Johor |
| Hari Kemerdekaan Sarawak | 22 Julai | Cuti negeri | Sambutan di Sarawak |
| Hari Keputeraan Sultan Pahang | 31 Julai | Cuti negeri | Sambutan di Pahang |
| Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka | 24 Ogos | Cuti negeri | Sambutan di Melaka |
| Hari Kebangsaan | 31 Ogos | Cuti persekutuan | Dikenali juga dengan Hari Merdeka. Sejak 1957 |
| Hari Malaysia | 16 September | Cuti persekutuan | |
| Hari Keputeraan Sultan Kelantan | 29-30 September | Cuti negeri | Sambutan di Kelantan |
| Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak | 10 Oktober | Cuti negeri | Sambutan di Sarawak |
| Hari Keputeraan Sultan Perak | 7 November | Cuti negeri | Sambutan di Perak |
| Hari Keputeraan Sultan Selangor | 11 Disember | Cuti negeri | Sambutan di Selangor |
Perayaan mengikut agama
| Perayaan[41] | Tarikh | Status | Kumpulan agama | Catatan |
|---|---|---|---|---|
| Awal Muharam | 1 Muharam | Cuti persekutuan | Islam | Awal tahun Hijrah, atau hari pertama dalam takwim Hijrah. |
| Maulidur Rasul | 12 Rabiulawal | Cuti persekutuan | Islam | Memperingati peristiwa kelahiran Nabi Muhammad |
| Israk dan Mikraj | 27 Rejab | Cuti negeri | Islam | Memperingati peristiwa Israk dan Mikraj |
| Awal Ramadan | 1 Ramadan | Cuti negeri | Islam | Hari pertama di bulan puasa iaitu bulan Ramadan |
| Nuzul al-Quran | 17 Ramadan | Cuti negeri | Islam | Memperingati peristiwa penurunan al-Quran |
| Hari Raya Aidilfitri | 1 Syawal | Cuti persekutuan | Islam | Perayaan selepas sebulan berpuasa. Dikenali juga dengan Hari Raya Puasa |
| Awal Zulhijah | 1 Zulhijah | Tiada cuti | Islam | |
| Hari Arafah | 9 Zulhijah | Cuti negeri | Islam | |
| Hari Raya Aidiladha | 10 Zulhijah | Cuti persekutuan | Islam | Dikenali juga dengan Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban |
| Hari Wesak[42] | Hari bulan purnama bagi bulan Vaisakha | Cuti persekutuan | Buddha | |
| Hari Tahun Baharu | 1 Januari | Cuti negeri | Kristian | |
| Pesta Air Intrudu | Ahad sebelum Rabu Abu | Tiada cuti | Kristian (khususnya orang Kristang) | Sambutan di Melaka |
| Jumaat Agung | Jumaat sebelum Hari Paskah | Cuti negeri | Kristian | |
| Hari Paskah | Tiada cuti | Kristian | ||
| Pesta San Pedro | 29 Jun | Tiada cuti | Kristian (khususnya orang Kristang) | Sambutan di Melaka |
| Ambang Krismas | 24 Disember | Cuti negeri | Kristian | |
| Hari Krismas | 25 Disember | Cuti persekutuan | Kristian |
Perayaan mengikut etnik
| Perayaan | Tarikh | Status | Kumpulan etnik | Catatan |
|---|---|---|---|---|
| Pongal | Hari pertama bulan Tai | Tiada cuti | India (Tamil) | |
| Thaipusam | pertengahan Januari hingga pertengahan Februari | Cuti negeri | India | |
| Puthandu | April | Tiada cuti | Tamil | Tahun Baharu Tamil |
| Vaisakhi | April | Tiada cuti | Sikh | Tahun Baharu Sikh |
| Ugadi | April | Tiada cuti | Telugu | Tahun Baharu Telegu |
| Vishu | April | Tiada cuti | Malayali | Tahun Baharu Malayalam |
| Deepavali | Cuti persekutuan | India | Dikenali juga sebagai Diwali, atau Pesta Cahaya | |
| Permulaan Musim Bunga | Januari/Februari | Tiada cuti | Cina | |
| Tahun Baru Cina | Januari/Februari | Cuti persekutuan | Cina | |
| Hari Kelahiran Maharaja Jed | Januari/Februari | Tiada cuti | Cina (Hokkien) | |
| Cap Goh Mei | Januari/Februari | Tiada cuti | Cina | |
| Perayaan Qing Ming / Cheng Beng | April | Tiada cuti | Cina dan Chetty | |
| Festival Perahu Naga | Jun | Tiada cuti | Cina | |
| Perayaan Qixi / Hari Kekasih Cina | Ogos | Tiada cuti | Cina | |
| Perayaan Hantu Lapar | Ogos/September | Tiada cuti | Cina | |
| Perayaan Sembilan Maharaja Dewa | September/Oktober | Tiada cuti | Cina | |
| Perayaan Kuih Bulan | September/Oktober | Tiada cuti | Cina | |
| Perayaan Kesembilan Berganda | Hari ke-9 pada bulan ke-9 kalendar Cina | Tiada cuti | Cina | |
| Perayaan Dong Zhi | Disember | Tiada cuti | Cina | Dikenali juga dengan Perayaan Tang Chek atau Perayaan Solstis Musim Sejuk |
| Pesta Kalimaran | 31 Mac | Tiada cuti | Murut | Sambutan di Sabah |
| Pesta Kaul | Mac atau awal April | Tiada cuti | Melanau | Sambutan di Mukah, Sarawak |
| Songkran | April | Tiada cuti | Siam | Sambutan di Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Perak |
| Regatta Lepa | 20–22 April | Tiada cuti | Bajau Pantai Timur Laut | Sambutan di Semporna, Sabah |
| Kaamatan | 30, 31 Mei | Cuti negeri | Kadazandusun | Sambutan di Sabah and Labuan |
| Hari Gawai | 1, 2 Jun | Cuti negeri | Dayak | Sambutan di Sarawak |
| Pesta Rumbia | 9 dan 10 Julai | Tiada cuti | Bisaya dan Kadazan | Sambutan di Kuala Penyu, Sabah |
| Pesta Kelapa | 2 September | Tiada cuti | Rungus | Sambutan di Kudat, Sabah |
| Tamu Besar | 29 dan 30 Oktober | Tiada cuti | Bajau Pantai Barat | Sambutan di Kota Belud, Sabah |
| Loi Krathong | Oktober/November | Tiada cuti | Siam | Sambutan di Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Perak |
| Pesta Jagung | 5 dan 6 November | Tiada cuti | Kadazandusun | Sambutan di Kota Marudu, Sabah |
| Hari Moyang | 29-31 Disember | Tiada cuti | Orang Asli (khususnya Temuan dan Mahmeri) | Sambutan di Semenanjung Malaysia; dikenali juga dengan Aik Muyang |
Sambutan bertema negara dan antarabangsa
| Perayaan | Tarikh | Peringkat | Catatan |
|---|---|---|---|
| Hari Radio Sedunia | 13 Februari | Antarabangsa | |
| Hari Wanita | 8 Mac | Antarabangsa | |
| Hari Seniman | 22 Mac | Negara | |
| Hari Polis | 25 Mac | Negara | Sejak 1807 |
| Hari Bumi | 22 April | Antarabangsa | |
| Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia | 23 April | Antarabangsa | |
| Hari Pekerja | 1 Mei | Antarabangsa | |
| Hari Ibu | Ahad kedua Mei | Antarabangsa | |
| Hari Belia Negara | 15 Mei | Negara | |
| Hari Guru | 16 Mei | Negara | |
| Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia | 17 Mei | Antarabangsa | |
| Hari Wartawan Nasional | 29 Mei | Negara | Sejak 2022 |
| Hari Bapa | Ahad ketiga Jun | Antarabangsa | |
| Hari Alam Sekitar Sedunia | 5 Jun | Antarabangsa | |
| Hari Media Sosial Sedunia | 30 Jun | Antarabangsa | |
| Hari Harimau Sedunia | 29 Julai | Antarabangsa | |
| Hari ASEAN | 8 Ogos | Antarabangsa | |
| Hari Antarabangsa Orang Asal Sedunia | 9 Ogos | Antarabangsa | |
| Hari Gajah Sedunia | 12 Ogos | Antarabangsa | |
| Hari Belia Antarabangsa | 12 Ogos | Antarabangsa | |
| Hari Antarabangsa Bahasa Isyarat | 23 September | Antarabangsa | |
| Hari Pos Sedunia | 9 Oktober | Antarabangsa | |
| Hari Kurier Negara | 1 November | Negara | Sejak 2024 |
| Hari Integriti Nasional | 5 November | Negara | Sejak 2005 |
| Hari Kanak-Kanak Sedunia | 20 November | Antarabangsa | |
| Hari Televisyen Sedunia | 21 November | Antarabangsa | |
| Hari Antarabangsa Orang Kurang Upaya | 3 Disember | Antarabangsa |
Rujukan
- ^ "Johor banks to skip rest day switch". Malay Mail. 6 December 2013. Dicapai pada 11 October 2019.
- ^ "New weekend but business as usual in JB". The Straits Times. 6 January 2014. Dicapai pada 11 October 2019 – melalui AsiaOne.
- ^ "Cuti hujung minggu di Johor ditukar kepada Sabtu dan Ahad mulai 1 Jan 2025" (dalam bahasa Melayu). 7 Oktober 2024. Dicapai pada 7 Oktober 2024.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Christina Tan (23 November 2013). "Cuti Hujung Minggu Ditukar Kepada Jumaat & Sabtu Berkuatkuasa 1 Januari - Sultan Johor". mStar Online. Dicapai pada 25 November 2013.
- ^ "Putrajaya declares May 9 a holiday". Malay Mail. 11 April 2018. Dicapai pada 6 January 2019.
- ^ "April 24 a public holiday". Malay Mail. 3 April 2017. Dicapai pada 6 January 2019.
- ^ "PM Najib declares Sept 4 a public holiday for Malaysia's outstanding success in Sea Games". New Straits Times. 31 August 2017. Dicapai pada 6 January 2019.
- ^ "Kedah declares Oct 22 as occasional public holiday". Malay Mail. 4 October 2018. Dicapai pada 6 January 2019.
- ^ "Selangor govt declares Monday a holiday after Msia Cup win". New Straits Times. 13 December 2015. Dicapai pada 6 January 2019.
- ^ "Win or lose, Sunday declared holiday in Terengganu". New Straits Times. 24 October 2018. Dicapai pada 6 January 2019.
- ^ "Kedah declares Thaipusam 'occasional state holiday'". The Star (Malaysia). 6 January 2016. Dicapai pada 6 January 2019.
- ^ "Thaipusam to remain annual occasional public holiday in Kedah if BN in power: MB". New Straits Times. 31 January 2018. Dicapai pada 6 January 2019.
- ^ "April 24 a public holiday". Malay Mail. 3 April 2017. Dicapai pada 6 January 2019.
- ^ "Sabah also declares April 24 a public holiday". New Straits Times. 4 April 2017. Dicapai pada 25 July 2019.
- ^ "April 24 a public holiday for Sarawak too". Borneo Post. 5 April 2017. Dicapai pada 25 July 2019.
- ^ "PM Najib declares Sept 4 a public holiday for Malaysia's outstanding success in Sea Games". New Straits Times. 31 August 2017. Dicapai pada 6 January 2019.
- ^ "Sabah declares Sept 4 a public holiday as well". New Straits Times. 31 August 2017. Dicapai pada 25 July 2019.
- ^ "Sept 4 a public holiday in Sarawak". New Straits Times. 31 August 2017. Dicapai pada 25 July 2019.
- ^ "Putrajaya declares May 9 a holiday". Malay Mail. 11 April 2018. Dicapai pada 6 January 2019.
- ^ "Sabah government announces May 9 as public holiday". New Straits Times. 12 April 2018. Dicapai pada 25 July 2019.
- ^ "Sarawak government declares May 9 as public holiday". The Star. 12 April 2018. Dicapai pada 25 July 2019.
- ^ "Public holidays on Thursday and Friday: Ali Hamsa". New Straits Times. 10 May 2018. Dicapai pada 25 July 2019.
- ^ "May 17 and 18 declared additional public holidays in Sarawak". The Star. 11 May 2018. Dicapai pada 25 July 2019.
- ^ "July 30 declared public holiday over coronation of King". The Star. 28 June 2019. Dicapai pada 30 June 2019.
- ^ "Sabah declares July 30 public holiday for King's coronation". Malay Mail. 28 June 2019. Dicapai pada 25 July 2019.
- ^ "Sarawak to observe July 30 as public holiday for King's coronation". The Star. 5 July 2019. Dicapai pada 25 July 2019.
- ^ "GE15: PM declares Nov 18 and 19 public holidays". New Straits Times. 14 November 2022. Dicapai pada 15 November 2022.
- ^ "Special public holidays on Nov 18-19 in Sabah: CM". New Straits Times. 14 November 2022. Dicapai pada 15 November 2022.
- ^ "Public holiday on polling eve in Sarawak, declares Abang Jo". The Star. 14 November 2022. Dicapai pada 15 November 2022.
- ^ "Nov 28 is a public holiday, says Anwar". The Star. 24 November 2022. Dicapai pada 26 November 2022.
- ^ "Sabah CM announces statewide holiday on Monday in line with Putrajaya". The Malay Mail. 25 November 2022. Dicapai pada 26 November 2022.
- ^ "Sarawak Premier's Office declares Nov 28 a public holiday". The Borneo Post. 24 November 2022. Dicapai pada 26 November 2022.
- ^ "PM announces goodies for Hari Raya Aidilfitri". New Straits Times. 18 April 2023. Dicapai pada 17 September 2024.
- ^ "Sabah declares April 21 an additional public holiday". The Star. 18 April 2023. Dicapai pada 17 September 2024.
- ^ "Sarawak announces additional public holiday for Hari Raya". The Borneo Post. 19 April 2023. Dicapai pada 17 September 2024.
- ^ "Hari Raya Aidilfitri falls on Saturday". Malaysiakini. 20 April 2023. Dicapai pada 17 September 2024.
- ^ "PM Anwar isytihar cuti tambahan 15 Sept sempena Hari Malaysia". Astro Awani. 23 Julai 2025. Dicapai pada 25 Ogos 2025.
- ^ "No automatic replacement holiday on Sept 17". The Star. 2 August 2024. Dicapai pada 17 September 2024.
- ^ "Will peninsular Malaysians get an extra holiday on Sept 17 after Malaysia Day and Prophet's Birthday? Here's what Putrajaya says". Malay Mail. 1 August 2024. Dicapai pada 17 September 2024.
- ^ "Private sector bosses may grant replacement holiday on Sept 17, says HR Ministry". The Star. 9 August 2024. Dicapai pada 17 September 2024.
- ^ "Tarikh-Tarikh Penting Dalam Islam: Tahun 2020 / 1441 – 1442 H Bagi Malysia" (PDF). Islam.gov.my. Dicapai pada 15 January 2022.
- ^ "Parading for Buddha". Mypenang.gov.my. Dicapai pada 15 January 2022.








