Terdapat beberapa cuti umum di Azerbaijan. Cuti umum telah dikawal dalam perlembagaan Azerbaijan SSR buat kali pertama pada 19 Mei 1921. Ia kini dikawal oleh Perlembagaan Azerbaijan.[1]
Hari cuti
Cuti utama
Tarikh | Nama | Nama Azeri | Nota |
---|---|---|---|
1–2 Januari | Hari Tahun Baharu | Yeni il | 2 hari |
20 Januari | Hari Syahid | Qara Yanvar | Peringatan Januari Hitam (1990), peristiwa tentera Soviet memasuki Baku.[2] |
8 Mac | Hari Wanita | Qadınlar günü | Sehari |
20–24 Mac | Festival Musim BUnga | Novruz | 5 hari |
9 Mei | Hari Kemenangan menentang Fasisme | Faşizm üzərinə qələbə günü | Peringatan kemenangan Soviet menentang Jerman Nazi ketika Perang Dunia Kedua. |
28 Mei | Hari Kemerdekaan | Müstəqillik Günü | Penubuhan Republik Demokratik Azerbaijan (1918) |
15 Jun | Hari Penyelamatan Negara | Azərbaycan xalqının Milli Qurtuluş günü | Pelantikan Heydar Aliyev ke Baku menjadi ketua Azerbaijan (1993). |
26 Jun | Hari Angkatan Bersenjata Azerbaijan | Azərbaycan Respublikasının Silahlı Qüvvələri günü | Peringatan penubuhan Angkatan Bersenjata Azerbaijan pada 1918. |
8 November | Hari Kemenangan | Zəfər Günü | Peringatan kemenangan Azerbaijan dalam perang Nagorno-Karabakh 2020 serta Pertempuran Shusha. |
9 November | Hari Bendera Negara | Dövlət Bayrağı günü | Peringatan pengisytiharan bendera Azerbaijan pada 1918.[3][4] |
31 Disember | Hari Solidariti Orang Azerbaijan Antarabangsa | Dünya Azərbaycanlılarının Həmrəyliyi günü | Peringatan perobohan sempadan Azerbaijan dengan Iran pada 1989 oleh Barisan Popular Azerbaijan, dengan inspirasi daripada perobohan Tembok Berlin. |
Berubah-ubah | Aidilfitri | Ramazan Bayramı | 2 hari |
Berubah-ubah | Aidiladha | Qurban Bayramı | 2 hari |
Perayaan lain
Hari kebangsaan di Azerbaijan yang merupakan hari bekerja adalah berikut:
- 30 Januari – Hari adat Azerbaijan
- 2 Februari – Hari Belia di Azerbaijan[5]
- 11 Februari – Hari Perkhidmatan Hasil
- 26 Februari – Hari peringatan pembunuhan beramai-ramai Khojaly
- 5 Mac – Hari Budaya Fizikal dan Sukan
- 23 Mac – Hari Kementerian Alam Sekitar dan Sumber Asli
- 28 Mac – Hari Keselamatan Negara
- 10 April - Hari Pembina
- 10 Mei – Pesta Bunga
- 2 Jun – Hari Penerbangan Awam
- 5 Jun – Hari Penambakan
- 18 Jun – Hari Hak Asasi Manusia
- 20 Jun - Hari Sektor Gas
- 2 Julai – Hari Polis Azerbaijan
- 9 Julai - Hari pekerja perkhidmatan diplomatik
- 22 Julai – Hari Akhbar Kebangsaan di Azerbaijan
- 1 Ogos – Hari bahasa dan abjad Azerbaijan
- 2 Ogos - Hari kebangsaan pawagam Azerbaijan
- 15 September – Hari Ilmu
- 18 September – Hari Muzik Negara
- 20 September – Hari Minyak Azerbaijan / Hari Pekerja Minyak[6]
- 27 September – Hari Peringatan
- 1 Oktober – Hari pendakwa di Azerbaijan[7]
- 13 Oktober – Hari Kereta Api Azerbaijan
- 18 Oktober – Hari Pemulihan Kemerdekaan
- 6 November – Hari Pekerja Baku Metro
- 12 November – Hari Perlembagaan
- 17 November – Hari Kebangkitan Kebangsaan
- 22 November – Hari Keadilan Azerbaijan
- 6 Disember – Hari Kementerian Komunikasi dan Teknologi Maklumat Azerbaijan
- 12 Disember - Hari Peringatan Heydar Aliyev
- 16 Disember – Hari Kementerian Situasi Kecemasan Azerbaijan
Hari keagamaan
Hanya cuti Ramadan dan Qurban kekal sebagai hari keagamaan tidak bekerja di Azerbaijan kerana negara itu sangat sekular dan tidak beragama.[8][9] Penduduk agama di negara ini, terutamanya di Nardaran dan beberapa kampung dan wilayah lain menyambut Hari Asyura, hari berkabung Syiah dalam kalendar Islam. Minoriti agama di negara ini – terutamanya Kristian Ortodoks dan Yahudi – juga meraikan hari keagamaan yang terkenal dalam kepercayaan mereka.[10] Walaupun cuti Novruz berakar dari agama Zoroastrianisme, hampir semua orang Azerbaijan meraikannya sebagai cuti musim bunga.
Rujukan
- ^ "Constitution of Republic of Azerbaijan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-02-24. Dicapai pada 2012-06-03.
- ^ Esslemont, Tom (20 January 2010). "BBC News – Azerbaijan remembers Martyrs' Day". BBC Online. Dicapai pada 20 January 2012.
- ^ "Azerbaijan marks National Flag Day". Today.az. November 9, 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada November 11, 2012. Dicapai pada November 14, 2012.
- ^ "Azerbaijan sets National Flag Day". Today.az. Dicapai pada 2010-05-22.
- ^ 2 February-Youth Day in Azerbaijan
- ^ "Azerbaijan marks Oil Workers' Day". news.az. Dicapai pada 2019-10-23.
- ^ "Azərbaycan :: Baş səhifə". www.azerbaijans.com. Dicapai pada 2019-10-23.
- ^ "South Travels – Azerbaijan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-01. Dicapai pada 2012-06-03.
- ^ GALLUP WorldView – data accessed on 17 january 2009
- ^ Azerbaijan's Udin ethnic minority celebrates Easter.
Pautan luar
- Cuti Azerbaijan (dalam bahasa Inggeris)