Hari Kebangsaan Malaysia | |
---|---|
Official name | Hari Merdeka |
Also called | Merdeka, Hari Kebangsaan, Hari Kemerdekaan |
Observed by | Malaysia |
Type | Kebangsaan |
Significance | Menandakan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu |
Date | 31 Ogos 1957 |
Frequency | tahunan |
Related to | Hari Sarawak, Hari Sabah & Hari Malaysia. |
Hari Kemerdekaan Malaysia, juga dikenali sebagai Hari Kebangsaan atau Hari Merdeka, disambut di seluruh Malaysia pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1782 sehingga tahun 1957. Hari kebangsaan merupakan peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran dengan mengadakan perarakan warna warni, nyanyian, pertunjukan pentas, pertandingan dan pelbagai lagi pertunjukan yang diadakan di tempat-tempat yang ditetapkan setiap tahun.
Kemeriahan Hari Kebangsaan dapat dirasakan bermula menjelangnya pukul 12.00 malam di mana bunga api yang berwarna-warni bergemerlapan di udara. Begitu juga acara perbarisan yang diwakili oleh pelbagai agensi turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana hari tersebut. Hari kebangsaan disambut paling meriah di Kuala Lumpur terutama di Dataran Merdeka.
Sambutan hari kebangsaan secara besar-besaran juga dibuat di Putrajaya. Bangunan- bangunan perniagaan, rumah kediaman dan kereta-kereta akan memasang dan mengibarkan bendera Malaysia, Jalur Gemilang, dan ini menyemarakkan lagi suasana perayaan. Hari kebangsaan merupakan hari cuti umum di Malaysia.
Sejarah
Penubuhan Malaysia terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara/Sabah, Sarawak dan Singapura dijadualkan diisytiharkan secara rasmi pada 31 Ogos 1963, bersamaan ulang tahun ke-6 kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu membuat tinjauan umum di Borneo Utara dan Sarawak.[1] Bagaimanapun, Borneo Utara dan Singapura masih lagi mendapat kemerdekaan daripada British pada 16 September 1963. Sarawak telah merdeka sebulan lebih awal pada 22 Julai 1963.
Pembentukan Malaysia kemudian diisytiharkan pada 16 September 1963, dan disambut sebagai Hari Malaysia. Sambutan kemerdekaan besar-besaran tetap diadakan pada 31 Ogos, tarikh asal kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, manakala Hari Malaysia cuma menjadi cuti umum di Sabah. Bagaimanapun, mulai 2000-an terdapat sedikit ketidakpuasan hati di Malaysia Timur yang mendakwa sambutan hari kebangsaan pada 31 Ogos terlalu bertumpuan Semenanjung Malaysia.[2][3] Pada 2009, kerajaan memutuskan bahawa bermula 2010, Hari Malaysia 16 September disambut sebagai cuti umum persekutuan bersama-sama dengan Hari Merdeka pada 31 Ogos.[4] Manakala bermula 2015, Menteri Ahmad Shabery Cheek menyatakan sambutan hari kemerdekaan mungkin disambut tanpa menyebut bilangan tahun agar tidak meminggirkan penduduk Sabah dan Sarawak.[5]
Tetamu
Tetamu kehormat luar termasuk:
- Anggota keluarga diraja
- Raja dan Ratu Thailand
- Putera Mahkota dan Puteri Jepun
- Duke dan Duchess Gloucester (mewakili Ratu)
- Putera William dari Gloucester
- Ketua Kerajaan
- Perdana Menteri Afrika Selatan, Johannes Gerhardus Strijdom
- Perdana Menteri India, Jawaharlal Nehru
- Perdana Menteri Pakistan, Huseyn Shaheed Suhrawardy
- Perdana Menteri Vietnam, Phạm Văn Đồng
- Perdana Menteri Sri Lanka, Solomon Bandaranaike
- Perdana Menteri Burma, U Nu
- Perdana Menteri Kemboja, Sim Var
- Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Foster Dulles (mewakili Presiden AS Dwight D. Eisenhower)
- Perwakilan dari jajahan Britain yang lain
- Gabenor Hong Kong, Sir Alexander Grantham
- Ketua Menteri Singapura, Lim Yew Hock
- Bekas anggota pentadbiran jajahan Britain
- Sir Gerald Templer (bekas Pesuruhjaya Tinggi Britain di Persekutuan Tanah Melayu) dan Lady Templer
- Lady Gurney (isteri bekas Pesuruhjaya Tinggi Britain di Persekutuan Tanah Melayu Sir Henry Gurney)
- Lady Gent (isteri bekas Pesuruhjaya Tinggi Britain di Persekutuan Tanah Melayu Sir Edward Gent)
- Pesuruhjaya Tinggi dari negara-negara Komonwel lain
- Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Persekutuan Tanah Melayu, Arthur Redpath Menzies
- Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Persekutuan Tanah Melayu, Tom Critchley
- Pesuruhjaya Tinggi New Zealand ke Persekutuan Tanah Melayu, Foss Shanahan
Tema
Berikut merupakan tema-tema Hari Kebangsaan dari tahun 1970 sehingga kini.
Tahun | Tema |
---|---|
1970 | Muhibah dan Perpaduan |
1971 | Masyarakat Progresif |
1972 | Masyarakat Adil |
1973 | Masyarakat Kebudayaan Malaysia |
1974 | Sains dan Teknologi Alat Perpaduan |
1975 | Masyarakat Berdikari |
1976 | Ketahanan Rakyat |
1977 | 20 Tahun Bersatu Maju |
1978 | Kebudayaan Seni Perpaduan |
1979 | Bersatu Berdisiplin |
1980 | Berdisiplin Berbakti |
1981 | Berdisiplin Berharmoni |
1982 | Berdisiplin Giat Maju |
1983 | Bersama ke Arah Kemajuan |
1984 | Amanah Asas Kejayaan |
1985 | Nasionalisme Teras Perpaduan |
1986 | Bangsa Tegas Negara Teguh |
1987 | Setia Bersatu Berusaha Maju |
1988-1989 | Bersatu |
1990 | Berjaya |
1991 | Wawasan 2020 |
1992 | Wawasan Asas Kejayaan |
1993 | Bersatu Menuju Wawasan |
1994 | Nilai Murni Jayakan Wawasan |
1995 | Jatidiri Penggerak Wawasan |
1996 | Budaya Penentu Kecapaian |
1997 | Akhlak Mulia Masyarakat Berjaya |
1998 | Negara Kita Tanggungjawab Kita |
1999 | Bersatu Ke Alaf Baru |
2000-2006 | Keranamu Malaysia |
2007 | Malaysiaku Gemilang |
2008 | Perpaduan Teras Kejayaan |
2009 | 1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan |
2010 | 1Malaysia Menjana Tranformasi |
2011 | 1Malaysia. Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera. |
2012 | 1Malaysia. Janji Ditepati [6] |
2013 | Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku |
2014 | Malaysia... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta [7] |
2015-2016 | Sehati Sejiwa [8] |
2017 | Negaraku Sehati Sejiwa [9] |
2018 | Sayangi Malaysiaku [10] |
2019 | Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih |
2020-2021 | Malaysia Prihatin |
2022 | Keluarga Malaysia, Teguh Bersama [11] |
2023 | Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan [12] |
2024 | Malaysia Madani: Jiwa Merdeka [13] |
Galeri
-
Hari Kebangsaan Malaysia, diraikan di Sabah.
-
Papan tanda tema Hari Kebangsaan 2024 di Dataran Putra, Putrajaya
Lihat juga
Rujukan
- ^ A marriage that was doomed from the start. New Straits Times. 4 Ogos, 2007.
- ^ "Keadilan's plans for Merdeka" Diarkibkan 2007-09-26 di Wayback Machine, Daily Express, 29 Ogos 2007.
- ^ Aznam, Suhaini, "Celebrating Malaysia Day", 24 September 2007.
- ^ Malaysia Day now a public holiday, says PM Diarkibkan 2014-07-02 di Wayback Machine The Star, 19 Oktober 2009
- ^ "No more mentioning number of years". Daily Express. 9 September 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-09-09. Dicapai pada 9 September 2014. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ '1Malaysia Janji Ditepati' tema Hari Kemerdekaan ke-55 Utusan
- ^ Malaysia... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta tema Hari Kemerdekaan Utusan
- ^ [1] Utusan
- ^ 'Negaraku Sehati Sejiwa' tema Hari Kebangsaan 2017
- ^ "'Tema Dan Logo Hari Kebangsaan 2018". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-27. Dicapai pada 2018-07-27.
- ^ ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ jadi tema Hari Kebangsan tahun ini
- ^ Tekad Perpaduan Penuhi Harapan, tema Hari Kebangsaan
- ^ "Malaysia Madani: Jiwa Merdeka tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024". astroawani.com. 5 Jun 2024.
Pautan luar
- (Melayu) Gambar logo di Jabatan Penerangan Malaysia. Diarkibkan 2012-03-18 di Wayback Machine
- Malaysia Merdeka: Malaysia Independence Day Portal Diarkibkan 2015-10-09 di Wayback Machine
- [Tema dan Logo Hari Kebangsaan 2017]
- [[2]]