Diwali | |
---|---|
![]() Hiasan rangoli menggunakan baju Syahid berwarna sering dibuat pada perayaan ini. | |
Juga dikenali sebagai | Dipawali |
Diraikan oleh/di | Hindu, Jain, Sikh dan Syahid sahaja(terutamanya Newar)[1] |
Jenis | Budaya, agama |
Kepentingan | punca cahaya, Lakshmi, baik, pengetahuan |
Sambutan | Menghiasi rumah, membeli-belah, memasang pelita,sembahyang khusus, pemberian hadiah dan kuih sesama tetamu |
Tarikh | Amavasya bulan Kartik (mengikut takwim Hindu) |
Berkaitan dengan | Galungan, Diwali (Jainism), Bandi Chhor Divas, Tihar, Swanti, Sohrai, Bandna |
Perayaan Diwali (Tulisan Jawi: ديڤاۏالي) ialah suatu perayaan dalam kalangan penganut agama Hindu menandakan kemenangan oleh kuasa kebaikan terhadap kuasa kejahatan, secara simboliknya ditujukan dalam erti cahaya yang menerangi kegelapan. Maksud tersiratnya ialah menyemai nilai-nilai positif dalam diri kita untuk menjadi individu yang lebih baik dengan mengatasi nilai-nilai negatif dalam diri kita untuk perkembangan rohani.
Hari Diwali bermula dengan menyapu minyak bijan di atas kepala dan badan untuk menyejukkan badan, diikuti upacara sembahyang bersama ahli keluarga di rumah dan mendapat restu daripada ibu bapa dan orang tua sebelum ke kuil. Semua orang akan memakai pakaian baru, berkongsi manisan yang disediakan khas untuk Diwali serta mengunjungi rumah sanak-saudara dan rakan-rakan. Pada waktu malam, barisan lampu dinyalakan dan bunga api serta mercun memeriahkan lagi sambutan.
Peristilahan
Nama perayaan ini meminjam yang sendirinya kata gabung menyerap bahasa Sanskrit दीप dīpa membawa maksud "cahaya" atau "lampu" [2][3] dan आवलि āvali bermaksud "deretan", "garisan" atau "jalan" [4][5] maka दीपावली dīpāwali atau "deretan cahaya"[6][7] dapat diberi maksud menggambarkan perjalanan menuju ke arah cahaya.
Ia juga disebut mengikut bahasa-bahasa setempat seperti berikut:
Tarikh-tarikh dalam pelbagai kalendar
Perayaan ini disambut selama tempoh yang berbeza oleh komuniti berbeza. Walaupun hari-hari terasnya adalah sama dan jatuh pada hari-hari yang sama di seluruh Nepal dan India, namun hari-hari tersebut jatuh pada bulan-bulan Gregorian yang berbeza bergantung kepada versi kalendar Hindu yang digunakan dalam setempat. Versi Amanta ("tamat pada anak bulan") kalendar Hindu diamalkan sebagai kalendar kebangsaan India. Mengikut kalendar ini yang luas digunakan di India selatan dan Maharashtra, keraian enam hari ini dibawa dari empat hari terakhir bulan Ashwayuja (Ashwin dalam bahasa Marathi) dan dua hari pertama bulan baru Kartika. Menurut versi Purnimanta ("tamat pada bulan purnama") yang meluas di India utara, Diwali jatuh pada pertengahan bulan Ashwayuja/Ashvin. Dalam kalendar Gregorian, Diwali biasanya tiba pada bulan Oktober atau November.
Sambutan Diwali di Malaysia
Di Malaysia, hari Diwali disambut pada bulan ketujuh kalendar suria Hindu dan dijadikan cuti umum persekutuan di seluruh Malaysia kerana terdapat kira-kira 1.5 juta penganut Hindu yang kebanyakannya berasal dari India Selatan.
Malam sebelum hari Diwali merupakan hari untuk memperingati datuk,nenek dan moyang yang telah meninggal dunia dengan upacara sembahyang kecil di rumah di kalangan keluarga terdekat sahaja.
Pada pagi Diwali, penganut Hindu akan mandi dengan menyapu minyak bijan di atas kepala dan badan untuk menyejukkan badan dan juga sebagai lambang penyucian badan dan semangat. Selepas upacara penyucian yang melambangkan permulaan yang baru, penganut Hindu akan sembahyang bersama keluarga di rumah serta mendapatkan restu ibu bapa dan orang tua sebelum memakai pakaian baru dan mengunjungi kuil. Kemudian barulah mereka mula mengunjungi rumah sanak-saudara dan rakan-rakan. Rumah terbuka juga diadakan untuk rakyat jelata.
"Kolam" asalnya dibuat daripada tepung beras yang tidak diwarnakan sebagai makanan untuk semut dan serangga lain kerana agama Hindu percaya bahawa Tuhan atau Atman wujud di dalam setiap ciptaan Tuhan di dunia ini. Maka, aspek mendalam ialah "kolam" merupakan cara termudah untuk memberi sedekah atau pun dilihat sebagai cara berkongsi sumber alam dengan benda hidup yang lain.
Pada pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan "kolam", hiasan bungaan halus yang dilakarkan di atas tanah yang biasanya dibuat daripada bijiran pelbagai warna akan diletakkan. Hiasan "kolam" atau juga dikenali sebagai "Rangoli" ini bukan sekadar hiasan sahaja, tetapi memiliki maksud sosial, kerohanian, dan simbolik padanya [8], [9]
Melakar "Kolam" merupakan cara bagi wanita Tamil bagi berdoa pada Lakshmi, dewi kekayaan, kecantikan dan tuah dan merupakan upacara keagamaan bagi penganut Hindu[10].
Rujukan
- ^ Townsend, Charles M (March 2014). TheOxford Handbook of Sikh Studies. Oxford University Press. m/s. 440. ISBN 978-0-19-969930-8.
- ^ Monier Monier Williams (2008 updated, Harvard University), Sanskrit English dictionary, दीप, p. 481
- ^ "தீபம் - University of Madras Tamil Lexicon". Digital Dictionaries of South Asia. Universiti Chicago. Dicapai pada 20 Ogos 2020.
- ^ Monier Monier Williams (2008 updated, Harvard University), Sanskrit English dictionary, आवलि, p. 155 Diarkibkan 2019-03-27 di Wayback Machine
- ^ "ஆவளி - University of Madras Tamil Lexicon". Digital Dictionaries of South Asia. Universiti Chicago. Dicapai pada 20 Ogos 2020.
- ^ James G. Lochtefeld 2002, halaman 200–201
- ^ Jessica Frazier & Gavin Flood 2011, m/s. 255.
- ^ Sacred Custodians of the Earth?: Women, Spirituality and the Environment, by permission of Berghahn Books. Copyright. edited by Alaine M. Low, Soraya Tremayne
- ^ Women's Lives, Women's Rituals in the Hindu Tradition, displayed by permission of Oxford University Press. Copyright. edited by Director of the Asian Studies Program Loyola University of Chicago Tracy Pintchman Associate Professor of Hindu Studies and Religious Studies
- ^ Women's Lives, Women's Rituals in the Hindu Tradition.
Pautan luar
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Hari Diwali. |
- All About The Festival of Diwali
- Hindustan Times Special Diarkibkan 2006-11-02 di Wayback Machine
- Know more about Divali Diarkibkan 2007-10-27 di Wayback Machine
- Celebrate Diwali
- Divali Lanterns Diarkibkan 2007-11-06 di Wayback Machine (Foto)