Dato' Kok Wee Kiat Dato' Seri Ketam (Sel); AMN; OMRI (Itali); OBOH (Chile); LLB (Hons) (Singapura) | |
---|---|
Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri I Malaysia | |
Dalam jawatan 1986–1990 | |
Didahului oleh | Muhyiddin Yassin |
Digantikan oleh | Chua Jui Meng |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Selandar, Melaka | |
Dalam jawatan 1986–1990 | |
Didahului oleh | Konstituensi baharu |
Digantikan oleh | Fong Chan Onn |
Maklumat peribadi | |
Parti politik | BN-MCA |
Bidang pengkhususan | Peguam |
Dato' Kok Wee Kiat[1] kini adalah Pengerusi and Pengarah Enviro-LIFT Services Sdn Bhd. Beliau juga adalah bekas Ahli Parlimen Selandar, Melaka dan Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri Malaysia dari 1986 hingga 1990.[2]
Pendidikan
Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Undang Undang dari University of Singapore. Kemudian menyambung pengajian pasca ijazah di Osgoode Hall Law School, Toronto, Kanada.
Kerjaya
Beliau telah menjadi pengamal undang-undang komersil dari Januari 1965 hingga Disember 2000. Pada 1968, beliau telah bertugas di Pierson, Ball & Dawd
Politik
Beliau adalah bekas Ahli Parlimen Selandar, Melaka dan merupakan bekas Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri dari 1986 hingga 1990.[3]
Perniagaan
Selain daripada mempunyai perniagaan keluarga, beliau juga menjadi Ahli Lembaga Pengarah kepada beberapa buah syarikat tempatan dan asing termasuklah Bank of Nova Scotia, Bata Malaysia Berhad, Makro Malaysia, Alcom Malaysia, UCB Malaysia dan Alam Sekitar Malaysia.
Aktiviti Kemasyarakatan
Beliau adalah Penaung Bersama Majlis Perniagaan Malaysia-Kanada dan Pengarah Majlis Perniagaan Malaysia-Belanda. Beliau juga adalah Presiden Kehormat Majlis Perundingan Pembangunan Perniagaan di Malaysia. Beliau juga adalah Pengerusi Majlis Kawalan Kualiti Alam Sekitar Malaysia.
Anugerah
- Dato' Seri Ketam (Selangor) yang membawa gelaran Dato'[4]
- Ahli Mangku Negara (AMN)
- Commendatore del Lavoro (Italy)[5]
- Order Bernado O'Higgins (Gran Official) (Chile)