Tan Sri Abdul Khalid Awang Osman PSM, PPM (P) | |
|---|---|
| Ahli Parlimen Malaysia bagi Kota Star Utara | |
| Dalam jawatan 1959–1969 | |
| Didahului oleh | Kontituensi baharu |
| Digantikan oleh | |
| Majoriti | 2,663 (1959) 4,925 (1964) |
| Ahli Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu bagi Kelantan Selatan | |
| Dalam jawatan 1955–1959 | |
| Didahului oleh | Kontituensi baharu |
| Digantikan oleh | Kontituensi dimansuh |
| Majoriti | 14,571 |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 1925 Kedah |
| Meninggal dunia | 13 Februari 1986 (umur 60–61) |
| Parti politik | |
| Ibu bapa | Awang Osman bin Mohammad Arshad (bapa) |
Tan Sri Abdul Khalid bin Awang Osman (1925 - 13 Februari 1986) merupakan ahli politik Perikatan/ UMNO di Malaysia. Beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1959 bagi kawasan Kota Star Utara, negeri kedah (1958-1964). Ketika itu Perdana Menteri Malaysia ialah Tunku Abdul Rahman dan Timbalan Perdana Menteri ialah Tun Abdul Razak Hussein. Pilihan raya ini adalah yang pertama selepas merdeka 31 Ogos 1957. Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959 ini cukup hebat kerana diadakan berperingkat-peringkat , bermula dari negeri Perlis hingga Kelantan. Ketika itu Sabah dan Sarawak belum menyertai / membentuk Malaysia. Kerusi Parlimen bertambah dari 52 (1955) kepada 104 kerusi (1959). Perikatan menang 74 kerusi dan pembangkang menang 30 kerusi.
Anugerah
Kematian
Pada 13 Febuari 1986, Abdul Khalid Awang Osman telah meninggal dunia disebabkan serangan jantung di Kedah. [1]
Rujukan
- ^ "Ex-envoy dies". The Straits Times, 14 February 1986, Page 6.









