Datuk Ir. Donald Lim Siang Chai ialah ahli politik Malaysia berketurunan Cina. Beliau merupakan mantan Timbalan Menteri Kewangan (2010-2013), mantan Timbalan Menteri Pelancongan (2006-2008), mantan Timbalan Menteri Penerangan (2003-2006), mantan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan selama tiga penggal (1995-2008) dan mantan Senator (2010-2013).
Datuk Ir. Donald Lim Siang Chai | |
---|---|
Timbalan Menteri Kewangan | |
Dalam jawatan 2010–2013 | |
Didahului oleh | Chor Chee Heung |
Digantikan oleh | Ahmad Maslan |
Timbalan Menteri Pelancongan | |
Dalam jawatan 2006–2008 | |
Menteri | Tengku Adnan Tengku Mansor |
Didahului oleh | Ahmad Zahid Hamidi |
Digantikan oleh | Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib |
Timbalan Menteri Penerangan | |
Dalam jawatan 2003–2006 | |
Menteri | Mohd Khalil Yaakob (2003-2004) Abdul Kadir Sheikh Fadzir (2004-2006) |
Didahului oleh | Mohd Khalid Yunus Zainuddin Maidin |
Digantikan oleh | Ahmad Zahid Hamidi Chia Kwang Chye |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Petaling Jaya Selatan | |
Dalam jawatan 1995–2008 | |
Didahului oleh | Kawasan dicipta daripada Puchong dan Petaling Jaya |
Digantikan oleh | Hee Loy Sian |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 1959 (69 tahun) |
Parti politik | Persatuan Cina Malaysia |
Politik
Dalam Pilihan raya umum 1999, Donald Lim menang di Petaling Jaya Selatan . Beliau meenewaskan Dr. Syed Husin Ali (PRM) dan S. Selvanathan (Bebas).
Sekali lagi beliau menang di PJ Selatan dengan mengalahkan Sivarasa Rasiah - (Keadilan) pada 2004. Donald Lim (BN/MCA) menang ,mendapat 35,054 undi dengan majoriti 21,371 . Sementara Sivarasa kalah teruk, hanya mendapat 13,638 undi.
Dalam Pilihan raya umum 2008, beliau ditewaskan oleh Hee Loy Sian- (PKR) di parlimen Petaling Jaya Selatan dengan majoriti 5706 undi. Hee Loy Sian memperolehi 28,598 undi berbanding Donald Lim memperolehi hanya 22,892 undi. Apabila beliau tewas pada 2008, beliau dilantik sebagai Senator dan terus menyandang jawatan Timbalan Menteri Kewangan (2 Jun 2010 - 1 Jun 2013).[1]
Isu dan kontroversi
- Pada 21 Ogos 2012, beliau menyatakan bahawa jika Selangor dan negeri-negeri lain di negara ini dikuasai atau kekal di bawah pemerintahan BN, ia tidak akan menjadi negara Islam.Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor menganggap kenyataan Pengerusi MCA Selangor ini amat keras dan keterlaluan serta jelas berbaur anti Islam. Setakat ini belum ada pemimpin UMNO bangkit mengecam pemimpin MCA tersebut. Sebelum ini , ada pihak terlalu kuat menghentam DAP yang dikatakan anti Islam sehingga ada kenyataan menyatakan haram mengundi DAP dalam pilihanraya umum.[2]
Rujukan
- ^ Donald Lim
- ^ "BM-Premium A IPBM-Premium B IPBM-Premium C IPAmaran keras MCA: Di mana suara ulama Umno, mufti". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-08-21. Dicapai pada 2012-08-21.
- [[1]] Blog Donald Lim