Livonia Ricky Guing | |
---|---|
Kelahiran | |
Pendidikan | Ijazah Sains Kulinari |
Pusat pendidikan | Universiti Teknologi MARA (UiTM) |
Pekerjaan | Pelakon, model, pengacara, penyanyi |
Tahun aktif | 2010–kini |
Livonia Ricky Guing (lahir 19 Februari 1991)[1] merupakan seorang pelakon, model dan pengacara wanita Malaysia. Beliau merupakan juara rancangan realiti TV, Pilih Kasih musim kedua pada 2011.[2]
Kehidupan awal
Beliau dilahirkan pada 19 Februari 1991 di Kuching, Sarawak dan mempunyai adik-beradik seramai lima orang, beliau ialah anak ketiga dalam keluarganya dan berketurunan Bidayuh. Beliau dinamakan sempena sebuah bandar dengan nama sama yang terletak di Michigan, Amerika Syarikat.[3] Livonia merupakan graduan jurusan Sains Kulinari di Universiti Teknologi MARA kampus Kota Samarahan.[4]
Kerjaya
Livonia memulakan kerjaya peragaan dengan menyertai beberapa pertandingan ratu cantik termasuk Miss Malaysia Earth, Miss Universe dan Miss Tourism Queen Inernational. Beliau juga pernah menyertai Pertandingan Ratu Cantik Borneo 2009.[5]
Bakat Livonia mula dikesan oleh pelakon, Rosyam Nor apabila beliau menjadi salah seorang daripada 16 finalis rancangan pencarian bakat baharu bidang lakonan, Pilih Kasih musim kedua, yang turut disertai oleh Jay Iswazir, Bil Azali, Cristina Suzanne dan Lia Natalia.[6] Dengan jumlah undian sebanyak 26.6 peratus, beliau dinobatkan sebagai juara sekaligus menewaskan enam finalis lain.[7]
Beliau mendapat kejayaan meluas dalam bidang lakonan menerusi watak sebagai Violet dalam drama adaptasi novel Isteri Tuan Ihsan yang dianggap sebagai pembakar semangat kepadanya dalam bidang lakonan.[8][9] Kerjaya filem Livonia bermula pada 2017 setelah menerima tawaran dari pengarah Yusof Kelana, bagi membintangi filem biografi, Kanang anak Langkau: The Iban Warrior yang ditayangkan pada 16 Mac; beliau memegang watak sebagai Helan Latai anak Intie.[10]
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Peranan | Pengarah |
---|---|---|---|
2017 | Kanang anak Langkau: The Iban Warrior | Helan Latai anak Intie | Bade Hj. Azmi |
2018 | Bidong: The Boat People | Kien Bi Dong | Yusof Kelana |
Drama
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
2011 | Inspirasi Varsiti | TV1 | |
Antara Maghrib dan Isyak | TV3 | ||
2012 | Mai Chek Mai | TV1 | |
2015-16 | Keluarga Pontimau | TV3 | |
2016 | Isteri Tuan Ihsan | Violet | Astro Ria |
2017 | Cinta Hati Batu | Kristine | TV3 |
Tiada Arah Jodoh Kita | TV3 | ||
Misi Damia Cun | TV1 | ||
Coklat | TV1 |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
2014 | Melodi Perantauan | ||
2015 | Melur vs Rajawali | TV1 | |
Izinku Kembali | TV9 | ||
Ku Kemis Kasihmu | TV2 | ||
2017 | Nasi Dagang Nasi Ayam | TV1 |
Televisyen
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2010 | Pilih Kasih (Musim 2) | Dirinya sendiri, peserta | TV2 | Juara |
2014 | Suka Lattew | Pengacara bersama | Astro Ria | |
2018 | Aura Akuatik | TV1 |
Pencapaian
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2010 | Pilih Kasih | — | Juara |
Rujukan
- ^ Biodata Livonia Ricky Azhan.co (27 November 2017). Diperoleh pada 16 Julai 2018.
- '^ Siti Azira Abd. Aziz (21 Februari 2011). Livonia juara Pilih Kasih musim kedua mSTAR Online. Diperoleh pada 16 Julai 2018.
- ^ "BFF Interview with Livonia Ricky Guing : She Is Making Her Mark on the Acting World". BFF Says. 5 April 2016. Dicapai pada 24 Julai 2016.
- ^ Kerni Puah (28 Februari 2011). "Pilih Kasih 2 winner shuffles between studies and acting". The Star Online. Dicapai pada 24 Julai 2016.
- ^ Georgie Joseph (28 Januari 2017). "Beroleh sinar baru". Harian Metro. Dicapai pada 24 Julai 2017.
- ^ Livonia, juara ‘Pilih Kasih’ tolak watak gedik mSTAR Online (23 Februari 2011). Diperoleh pada 16 Julai 2018.
- ^ Noor Ashreen Ismail (24 Februari 2011). Livonia pilihan Rosyam Nor Diarkibkan 2018-07-24 di Wayback Machine Kosmo!. Dicapai pada 24 Julai 2018.
- ^ Isteri Tuan Ihsan beri semangat baru buat Livonia Ricky Astro Gempak (5 Januari 2017). Dicapai pada 23 Julai 2018.
- ^ Wawann Mohd (13 Mac 2017). Lambat dikenali, Livonia percaya pada rezeki Sinar Harian. Dicapai pada 23 Julai 2018.
- ^ Angelin Yeoh (18 Mac 2017). "Review: Kanang Anak Langkau: The Iban Warrior". Star2. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-12. Dicapai pada 13 Julai 2017.
Pautan luar
- Kelahiran 1991
- Orang hidup
- Orang dari Sarawak
- Roman Katolik Malaysia
- Pelakon wanita Malaysia
- Pelakon wanita Malaysia abad ke-21
- Pelakon televisyen Malaysia
- Pelakon filem Malaysia
- Pengacara televisyen Malaysia
- Pengacara wanita Malaysia
- Peragawati Malaysia
- Alumni Universiti Teknologi MARA
- Peserta Pilih Kasih
- Orang Malaysia berketurunan Bidayuh