Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) melaksanakan bayaran tanpa tunai sepenuhnya bagi semua transaksi pembelian tiket di sektor Lembah Klang, Utara dan Selatan serta Pantai Timur.[1]
Tun Musa Aman melafazkan sumpah sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-11 dalam istiadat di Istana Seri Kinabalu pada 1 Januari 2025. Pelantikan Musa menggantikan Tun Juhar Mahiruddin yang menamatkan perkhidmatannya selepas empat penggal. Musa menerima watikah pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong pada 17 Disember 2024 untuk tempoh empat tahun hingga 31 Disember 2028.[2]
4 pengunjung konsert Pinkfish di Bandar Sunway, Subang maut, dipercayai mengambil ekstasi.[3]
2 Januari - Stesen LRT KLCC ditutup sementara waktu dan penumpang hanya dibenarkan keluar daripada stesen itu pada petang Khamis susulan kepulan asap akibat kebakaran di bilik elektronik.[4]
3 Januari - Pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia menarik diri daripada pembukaan musim Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2025 di Terbuka Malaysia yang dijadualkan bermula di Axiata Arena, Bukit Jalil.[5]
6 Januari - Bekas Perdana Menteri, Najib Razak berjaya mendapatkan kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman bagi suatu perintah untuk memaksa kerajaan atau enam pihak lain menjawab dan mengesahkan kewujudan Titah Adendum.[6]
1 Februari - Pengoperasian Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) akan diperluaskan ke 21 lagi pintu masuk negara, termasuk KLIA, Sabah, Sarawak, Kedah, dan Pelabuhan Klang. Ini akan melibatkan lebih 6,000 pegawai dan anggota, dengan sokongan dari pelbagai agensi seperti Jabatan Imigresen dan JPJ. Perluasan ini bertujuan untuk meningkatkan kawalan keselamatan di pintu masuk negara. Sebelum ini, projek rintis AKPS telah dilaksanakan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin, dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang.
Malaysia dibentuk pada 16 September 1963. Sebelum itu, Malaysia dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu ketika ia merupakan sebuah negeri naungan British sebelum kemerdekaannya.