Koordinat: 3°08′59″N 101°40′45″E / 3.149617°N 101.679116°E
Bangunan Parlimen Malaysia மலேசிய நாடாளுமன்றம் Malaysian Houses of Parliament | |
---|---|
Maklumat umum | |
Jenis | Struktur seni bina |
Gaya seni bina | Modernist |
Lokasi | Kuala Lumpur |
Bandar/pekan | Kuala Lumpur |
Negara | Malaysia |
Koordinat | 3°8′58.62″N 101°40′44.82″E |
Pecah tanah | Disember 1959 |
Pembinaan bermula | September 1962 |
Disiapkan pada | September 1963 |
Dirasmikan pada | 21 November 1963 |
Diubah suai pada | Februari 2004 |
Butiran teknikal | |
Bilangan tingkat | Tower building: 12 Building: 3 |
Reka bentuk dan seni bina | |
Arkitek | Ivor Shipley Jabatan Kerja Raya Malaysia |
sunting · sunting di Wikidata |
Bangunan Parlimen Malaysia ialah sebuah bangunan badan perundangan di bandar raya Kuala Lumpur, Malaysia dan merupakan simbol demokrasi berparlimen serta simbol perpaduan kerajaan persekutuan Malaysia. Lokasinya terletak berhampiran Tugu Peringatan Negara di Taman Tasik Perdana.
Kompleks bangunan Parlimen ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu sebuah bangunan utama 3 tingkat dan sebuah menara setinggi 17 tingkat. Bangunan utama 3 tingkat ini menempatkan dua buah dewan utama iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara manakala sebuah menara setinggi 17 tingkat pula menempatkan pejabat pentadbiran, pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Yang di-Pertua Dewan Negara.
Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama, menyetujui cadangan pembinaan Parlimen pada Disember 1959. Kerja-kerja pembinaan disiapkan pada September 1962, dan perasmian bangunan Parlimen yang baru dijalankan oleh Tuanku Syed Putra Jamalullail, Yang di-Pertuan Agong yang ketiga, pada 21 November 1963. Pembinaan bangunan ini menelan kos perbelanjaan sebanyak RM18 juta.
Lihat juga
- Perdana Putra, bangunan pentadbiran kerajaan persekutuan di Putrajaya