Wuxing | |||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Bahasa Cina | 五行 | ||||||||||||||||||||||||||
|


Wu Xing (Cina: 五行; pinyin: wǔxíng),[a] biasanya diterjemahkan sebagai Lima Fasa atau Lima Agen,[2] ialah satu skim konseptual lima serangkai yang digunakan dalam pelbagai bidang tradisional Cina untuk menjelaskan pelbagai fenomena, termasuk hubungan bumi dan langit, pengaruh, serta kitaran yang mencirikan interaksi dan hubungan dalam sains, perubatan, politik, agama, hubungan sosial dan pendidikan dalam budaya Cina.
Kelima-lima agen ini secara tradisional dikaitkan dengan planet klasik: Marikh, Utarid, Musytari, Zuhrah, dan Zuhal seperti yang digambarkan dalam seksyen etimologi di bawah. Dalam astronomi Cina purba dan astrologi Cina yang tersebar ke seluruh Asia Timur, ia mencerminkan urutan planet tujuh hari: Api, Air, Kayu, Logam, dan Tanah.[3][b]
Apabila dalam kitaran generatif "batang langit" seperti yang digambarkan dalam seksyen kitaran dan dalam rajah di atas yang bergerak mengikut arah jam (Kayu, Api, Tanah, Logam, Air).[8] Apabila dalam susunan pemusnah yang berlebihan Kayu, Tanah, Air, Api, Logam, bencana alam, malapetaka, penyakit dan wabak akan berlaku.
Sistem Wu Xing telah digunakan sejak abad kedua atau pertama SM semasa dinasti Han. Ia muncul dalam pelbagai bidang pemikiran awal Cina yang kelihatan tidak berkaitan, termasuk muzik, feng syui, alkimia, astrologi, seni mempertahankan diri, strategi ketenteraan, tilikan I Ching, agama dan perubatan tradisional, berfungsi sebagai asas metafizik berdasarkan analogi kosmik.
Etimologi

Wu Xing pada asalnya merujuk kepada lima planet klasik (daripada paling cerah ke paling malap: Zuhrah, Musytari, Utarid, Marikh, Zuhal), yang bersama dengan Matahari dan Bulan, dikonsepkan sebagai mewujudkan lima daya kehidupan bumi (termasuk yin dan yang). Oleh itu, perkataan ini terdiri daripada aksara Cina yang bermaksud "lima" (五; wǔ) dan "bergerak" (行; xíng). "Bergerak" adalah singkatan kepada "planet", kerana perkataan untuk planet dalam bahasa Cina diterjemahkan sebagai "bintang bergerak" (行星; xíngxīng).[9]
Beberapa Teks Sutera Mawangdui (sebelum 168 SM) juga mengaitkan Wu Xing dengan wude (五德; wǔdé), iaitu Lima Kebajikan dan Lima Emosi.[10][11] Sarjana berpendapat bahawa pelbagai pendahulu kepada konsep Wu Xing telah digabungkan menjadi satu sistem dengan pelbagai tafsiran dalam dinasti Han.[12]
Wu Xing pertama kali diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris sebagai "Lima Unsur", dengan menyamakan konsep ini dengan susunan empat unsur yang bersifat statik dan bentuk dalam falsafah Yunani dan Veda India.[13][14][11] Terjemahan ini masih digunakan secara meluas dalam kalangan pengamal Perubatan tradisional Cina, seperti dalam nama akupunktur Lima Unsur dan terapi meridian Jepun.[15][16]
Namun begitu, analogi ini boleh mengelirukan kerana empat unsur tersebut menekankan bentuk, bahan dan kuantiti, manakala susunan pasca-syurgawi bagi Wu Xing lebih menumpukan kepada proses, perubahan dan kualiti.[17] Sebagai contoh, unsur Wu Xing "Kayu" lebih tepat difahami sebagai "intipati hayat" dan pertumbuhan pokok berbanding bahan fizikal yang sebenar kayu.[18]
Ini mendorong sinolog Nathan Sivin mencadangkan terjemahan alternatif "lima fasa" pada tahun 1987.[19] Namun, istilah "fasa" juga tidak sepenuhnya mencerminkan makna Wu Xing. Dalam beberapa konteks, Wu Xing memang dikaitkan dengan bahan fizikal.[20]Ahli sejarah perubatan Cina, Manfred Porkert, mencadangkan istilah (yang agak canggung) "Fasa Evolutif".[21] Mungkin terjemahan yang paling meluas diterima dalam kalangan sarjana moden ialah "lima agen" atau "lima transformasi".[22][23]
Kitaran
Dalam doktrin tradisional, lima fasa ini saling berkait dalam dua kitaran interaksi: kitaran memajukan atau menjana (生 shēng), juga dikenali sebagai "ibu-anak"; dan kitaran mengatasi atau memusnahkan (克 kè), juga dikenali sebagai "datuk-cucu" (rujuk rajah). Setiap kitaran ini boleh ditafsir dan dianalisis secara ke hadapan atau terbalik. Selain daripada kitaran yang disebut, terdapat juga apa yang dianggap sebagai versi "berlebihan" atau terlalu menjana dalam kitaran pemusnahan.
Saling menjana
Kitaran generatif (相生 xiāngshēng) ialah:
- Kayu menyuburkan Api (sebagai bahan api)
- Api menghasilkan Tanah (abu, lava)
- Tanah melahirkan Logam (proses geologi menghasilkan mineral)
- Logam mengumpul, menapis dan membersihkan Air (contohnya pemeluwapan wap air pada logam)
- Air menyuburkan Kayu (air membawa pertumbuhan bunga, tumbuhan dan perubahan semula jadi lain)
Saling mengawal
Kitaran pemusnahan (相克 xiāngkè) ialah:
- Kayu mencengkam (atau menstabilkan) Tanah (akar pokok mencegah hakisan tanah)
- Tanah menahan (atau mengarah) Air (empangan atau tebing sungai)
- Air memadamkan (atau mengawal) Api
- Api mencairkan (atau menapis/membentuk) Logam
- Logam menebas (atau mengukir) Kayu
Keterlaluan
Kitaran pemusnahan yang berlebihan (相乘 xiāngchéng) ialah:
- Kayu menguras Tanah (kekurangan nutrien akibat pertanian berlebihan)
- Tanah menghalang Air (empangan berlebihan)
- Air memadamkan Api
- Api mencairkan Logam (menjejaskan kekuatannya)
- Logam menjadikan Kayu keras dan mudah patah
Melemahkan
Kitaran generatif songsang (相洩/相泄 xiāngxiè) ialah:
- Kayu menguras Air
- Air mengakis Logam
- Logam memiskinkan Tanah (hakisan, perlombongan mineral secara merosakkan)
- Tanah mencekik Api
- Api membakar Kayu (kebakaran hutan)
Melawan
Kitaran pemusnahan songsang atau kurang daya (相侮 xiāngwǔ atau 相耗 xiānghào) ialah:
- Kayu menumpulkan Logam
- Logam menyerap tenaga Api (mengalirkan haba)
- Api menyejatkan Air
- Air mengeruhkan (atau menggoyahkan) Tanah
- Tanah merosakkan Kayu (kayu yang tertimbus akan reput)
Batang Syurga
Pergerakan | Kayu | Api | Tanah | Logam | Air |
---|---|---|---|---|---|
Batang Syurga | Jia 甲
Yi 乙 |
Bing 丙
Ding 丁 |
Wu 戊
Ji 己 |
Geng 庚
Xin 辛 |
Ren 壬
Gui 癸 |
Tahun berakhir dengan | 4, 5 | 6, 7 | 8, 9 | 0, 1 | 2, 3 |
Ming nayin
Dalam tilikan Ziwei, nayin (納音) mengklasifikasikan lima unsur kepada 60 ming (命), atau susunan hidup, berdasarkan sistem ganzhi. Sama seperti zodiak astrologi, ming digunakan oleh tukang tilik untuk menganalisis personaliti individu dan takdir.
Susunan | Ganzhi | Ming | Susunan | Ganzhi | Ming | Unsur |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | Jia Zi 甲子 | Logam laut 海中金 | 31 | Jia Wu 甲午 | Logam pasir 沙中金 | Logam |
2 | Yi Chou 乙丑 | 32 | Yi Wei 乙未 | |||
3 | Bing Yin 丙寅 | Api relau 爐中火 | 33 | Bing Shen 丙申 | Api hutan 山下火 | Api |
4 | Ding Mao 丁卯 | 34 | Ding You 丁酉 | |||
5 | Wu Chen 戊辰 | Kayu hutan besar 大林木 | 35 | Wu Xu 戊戌 | Kayu padang rumput 平地木 | Kayu |
6 | Ji Si 己巳 | 36 | Ji Hai 己亥 | |||
7 | Geng Wu 庚午 | Tanah tepi jalan 路旁土 | 37 | Geng Zi 庚子 | Tanah dinding 壁上土 | Tanah |
8 | Xin Wei 辛未 | 38 | Xin Chou 辛丑 | |||
9 | Ren Shen 壬申 | Logam pedang 劍鋒金 | 39 | Ren Yin 壬寅 | Logam kepingan 金箔金 | Logam |
10 | Gui You 癸酉 | 40 | Gui Mao 癸卯 | |||
11 | Jia Xu 甲戌 | Api gunung berapi 山頭火 | 41 | Jia Chen 甲辰 | Api pelita 覆燈火 | Api |
12 | Yi Hai 乙亥 | 42 | Yi Si 乙巳 | |||
13 | Bing Zi 丙子 | Air anak sungai 澗下水 | 43 | Bing Wu 丙午 | Air langit 天河水 | Air |
14 | Ding Chou 丁丑 | 44 | Ding Wei 丁未 | |||
15 | Wu Yin 戊寅 | Tanah kubu 城頭土 | 45 | Wu Shen 戊申 | Tanah perhentian 大驛土 | Tanah |
16 | Ji Mao 己卯 | 46 | Ji You 己酉 | |||
17 | Geng Chen 庚辰 | Logam putih 白镴金 | 47 | Geng Xu 庚戌 | Logam perhiasan 釵釧金 | Logam |
18 | Xin Si 辛巳 | 48 | Xin Hai 辛亥 | |||
19 | Ren Wu 壬午 | Kayu willow 楊柳木 | 49 | Ren Zi 壬子 | Kayu murbei 桑柘木 | Kayu |
20 | Gui Wei 癸未 | 50 | Gui Chou 癸丑 | |||
21 | Jia Shen 甲申 | Air telaga 泉中水 | 51 | Jia Yin 甲寅 | Air deras 大溪水 | Air |
22 | Yi You 乙酉 | 52 | Yi Mao 乙卯 | |||
23 | Bing Xu 丙戌 | Tanah atas bumbung 屋上土 | 53 | Bing Chen 丙辰 | Tanah gurun 沙中土 | Tanah |
24 | Ding Hai 丁亥 | 54 | Ding Si 丁巳 | |||
25 | Wu Zi 戊子 | Api petir 霹靂火 | 55 | Wu Wu 戊午 | Api matahari 天上火 | Api |
26 | Ji Chou 己丑 | 56 | Ji Wei 己未 | |||
27 | Geng Yin 庚寅 | Kayu konifer 松柏木 | 57 | Geng Shen 庚申 | Kayu delima 石榴木 | Kayu |
28 | Xin Mao 辛卯 | 58 | Xin You 辛酉 | |||
29 | Ren Chen 壬辰 | Air sungai 長流水 | 59 | Ren Xu 壬戌 | Air laut 大海水 | Air |
30 | Gui Si 癸巳 | 60 | Gui Hai 癸亥 |
Aplikasi
Skema Wu Xing digunakan untuk menjelaskan fenomena dalam pelbagai bidang.
Fasa tahun
Kelima-lima fasa ini berlangsung sekitar 73 hari setiap satu dan biasanya digunakan untuk menggambarkan transformasi semula jadi dan bukannya keadaan bentuk.
- Kayu/Musim bunga: tempoh pertumbuhan dan pengembangan; dikaitkan dengan angin.
- Api/Musim panas: tempoh pembuahan dan pembungaan; dikaitkan dengan haba.
- Tanah: tempoh kestabilan dan ketenangan antara fasa lain; juga boleh dilihat sebagai lewat musim panas. Ia dikaitkan dengan pemusatan, penyamaan dan kelembapan.
- Logam/Musim luruh: tempoh penyusutan dan tuaian; dikaitkan dengan kekeringan dan kehilangan.
- Air/Musim sejuk: tempoh pengasingan, penstabilan dan kesejukan.
Kosmologi dan feng syui

Seni feng syui (geomansi Cina) berasaskan pada Wu Xing, dengan struktur kosmos yang mencerminkan lima fasa serta bagua (lapan trigram). Setiap fasa mempunyai rangkaian kaitan kompleks dengan aspek alam semula jadi (rujuk jadual): warna, musim, bentuk dan sebagainya saling berkait dalam kitaran.[24]
Sesuatu interaksi atau aliran tenaga boleh menjadi meluas, merosakkan atau melelahkan, bergantung kepada kitaran yang terlibat. Dengan memahami aliran tenaga ini, pengamal feng syui cuba menyusun semula tenaga untuk memberi manfaat kepada klien.[c]
Pergerakan | Logam | Kayu | Air | Api | Tanah | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Trigram hanzi | 乾 | 兌 | 震 | 巽 | 坎 | 離 | 艮 | 坤 |
Trigram pinyin | qián | duì | zhèn | xùn | kǎn | lí | gèn | kūn |
Trigram | ☰ | ☱ | ☳ | ☴ | ☵ | ☲ | ☶ | ☷ |
I Ching | Langit | Tasik | Guruh | Angin | Air | Api | Gunung | Ladang |
Planet (Badan cakerawala) | Zuhrah | Musytari | Utarid | Marikh | Zuhal | |||
Warna | Putih | Hijau | Hitam | Merah | Kuning | |||
Hari | Jumaat | Khamis | Rabu | Selasa | Sabtu | |||
Musim | Luruh | Bunga | Sejuk | Panas | Peralihan | |||
Arah mata angin | Barat | Timur | Utara | Selatan | Tengah |
Peralihan dinasti
Menurut ahli falsafah politik zaman Negara-Negara Berperang Zou Yan (sekitar 305–240 SM), setiap daripada lima unsur mempunyai kebajikan tersendiri (德; dé), yang menunjukkan takdir (運; yùn) sesebuah dinasti; maka peralihan kitaran unsur menunjukkan peralihan dinasti. Zou Yan menyatakan bahawa Mandat Syurga mengesahkan legitimasi dinasti dengan menghantar petanda bertuah dalam warna ritual (putih, hijau, hitam, merah, kuning) yang sepadan dengan unsur dinasti baharu (Logam, Kayu, Air, Api dan Tanah). Bermula dari dinasti Qin, kebanyakan dinasti Cina menggunakan teori Lima Unsur untuk mengabsahkan pemerintahan mereka.[26]
Perubatan Cina
Mengikut teori perubatan Cina, setiap organ badan dikaitkan dengan salah satu daripada Lima Fasa. Adalah dipercayai bahawa adalah lebih mujarab untuk merawat sesuatu organ ketika tempoh waktu tertentu yanf sesuai untuk organ berkenaan. Susunan petikan Lima Fasa, seperti dalam Bo Hu Tong dan catatan Dinasti Han lain, ialah Logam, Kayu, Air, Api, dan Bumi. Menurut teori, rawatan organ badan paling berkesan dalam tempoh empat jam berikut sepanjang hari, bermula dari tempoh 3 – 7 pagi: Organ Logam (see the list below), organ Tanah, organ Api1, organ Air, organ Api2 (the "non-empirical" Pericardium and Triple Burner organs), dan organ Kayu; iaitu susunan petikan secara terbalik (tambahan peambahan Api dan organ bukan empirikal untuk mengisi tempoh empat jam keenam dalam sehari). Kedua-dua susunan ini juga berkaitan dengan susunan planet dari Matahari (Utarid, Zuhrah, Marikh, Musytari, Zuhal; atau Air, Logam, Api, Kayu, dan Tanah). [27]
Unsur | Kayu | Api | Tanah | Logam | Air |
---|---|---|---|---|---|
Planet | Musytari | Marikh | Zuhal | Zuhrah | Utarid |
Sifat Mental | Kepekaan | Kreativiti | Kejelasan | Gerak hati | Kespontanan |
Emosi negatif | Kemarahan | Pengujaan berlebihan | Kebimbangan | Kesedihan | Ketakutan |
Emosi positif | Kesabaran | Keriangan | Sayang | Keberanian | Ketenangan |
Zang (organ yin) | Hati | Jantung/perikardium | Limpa/pankreas | Paru-paru | Ginjal |
Fu (organ yang) | Pundi hempedu | Usus kecil/San Jiao | Perut | Usus besar | Pundi kencing |
Organ deria | Mata | Lidah | Mulut | Hidung | Telinga |
Anggota badan | Tendon | Denyut | Otot | Kulit | Tulang |
Bendalir | Air mata | Peluh | Ludah | Hingus | Kencing |
Jari | Telunjuk | Hantu | Ibu jari | Manis | Kelingking |
Deria | Penglihatan | Pertuturan | Rasa | Bau | Pendengaran |
Rasa | Masam | Pahit | Manis | Sengit | Masin |
Bau | Tengik | Hangus | Wangi | Reput | Busuk |
Hayat | Lahir | Muda | Dewasa | Tua | Ajal |
Astrologi Cina
Astrologi Cina berasaskan interaksi lima unsur dengan dua belas bintang zodiak Cina, agar menghasilkan kitaran bintang 60 tahun.
Unsur | Kayu | Api | Tanah | Logam | Air |
---|---|---|---|---|---|
Batang Samawi | Jia 甲 Yi 乙 |
Bing 丙 Ding 丁 |
Wu 戊 Ji 己 |
Geng 庚 Xin 辛 |
Ren 壬 Gui 癸 |
Tahun lahir berakhir dengan | 4, 5 | 6, 7 | 8, 9 | 0, 1 | 2, 3 |
Contohnya, A labih pada tahun 1953, iaitu tahun Ular. Oleh sebab tahun lahir si A berakhir dengan angka 3, maka unsurnya ialah Air; oleh itu, si A lahir pada tahun Ular Air.
Muzik
Huainanzi dan bab Yueling (月令; Yuèlìng) dalam Kitab Adat membuat hubungan berikut:
Pergerakan | Kayu | Api | Tanah | Logam | Air |
---|---|---|---|---|---|
Warna | Qing (hijau dan biru) | Merah | Kuning | Putih | Hitam |
Arah Artik | timur | selatan | tengah | barat | utara |
Nada asas Skala pentatonik | 角 | 徵 | 宮 | 商 | 羽 |
Pinyin nada | jué | zhǐ | gōng | shāng | yǔ |
Solfege | mi atau E | sol atau G | do atau C | re atau D | la atau A |
- Qing ialah perkataan warna Cina yang merangkumi hijau dan biru. Dalam bahasa Mandarin moden, terdapat perbezaan antara dua warna ini, tetapi dalam bentuk lama bahasa Cina dan banyak bahasa lain, tiada pembezaan antara hijau dan biru.[28]
- Dalam muzik moden, pelbagai skala lima atau tujuh nada (seperti skala major) ditakrif dengan memilih lima atau tujuh frekuensi daripada set dua belas nada separuh dalam tala sama tempera. Sistem tala shi'er lü dalam muzik Cina kuno paling hampir dengan sistem tala Pythagoras dari Yunani purba.[29]
Seni bela diri
Sebagai konsep falsafah yang berpengaruh, terdapat beberapa seni bela diri Cina serta gaya Asia Timur lain yang menggabungkan konsep lima fasa ke dalam sistem mereka.
Taici melatih dan menekankan lima kualiti asas sebagai sebahagian daripada strategi keseluruhannya.[30]
Lima Langkah (五步; wǔ bù) ialah:
- Lǎo Jìnbù (老進步) – sentiasa melangkah ke depan
- Juébù Tuìbù (絕不退步) – jangan sekali-kali berundur
- Yòupàn (右盼) – lihat kanan
- Zuǒgù (左顧) – awas kiri
- Zhōngdìng (中定) – tiang tengah, titik atau paksi neutral, kekalkan imbangan dan kestabilan.
Langkah-langkah ini bukan keadaan yang berubah dalam taici.
Xingyi Quan menggunakan lima unsur sebagai metafora untuk menggambarkan lima tenaga berbeza. Tenaga ini halus sifatnya, jadi pelajar akan memulakan dengan lima teknik asas beserta langkah kaki untuk memahami konsep di sebalik setiap tenaga. Dalam jangka panjang, sebarang teknik boleh digabungkan dengan sebarang jenis tenaga, tetapi ia memerlukan kemahiran bertahap.
Dalam Xingyi Quan, penghayatan lima tenaga melalui tiga peringkat asas: Tenaga jelas, tenaga halus, tenaga misteri.
Pergerakan | Tumbukan | Cina | Pinyin | Arah | Bentuk | Tindakan Halus | Tenaga | Rasa |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Logam | Membelah | 劈 | Pī | Ke bawah | Tumbukan atau tapak tangan menetak ke hadapan, tangan menarik ke bawah dan belakang, tulang belakang menunduk | menyeret ke bawah | tenaga memadat | Menjatuhkan (menyentap ke bawah) |
Air | Mengerudi | 鑽 / 钻 | Zuān | Ke atas | Tumbukan naik seperti air bertekanan, tangan ke bawah dan ke belakang | berputar | tenaga relaks | Mengejut (menyentap atas dan bawah serentak) |
Kayu | Menghentak | 崩 | Bēng | Ke hadapan | Tumbukan lurus | menyusup | tenaga linear | Menembus (meluaskan ke depan) |
Api | Menumbuk | 炮 | Pào | Ke belakang | Tumbukan dilempar ke hadapan dengan badan terbuka | melempar | tenaga timbal balik | Melancarkan (mengangkat dan membalas) |
Tanah | Menyeberang | 橫 / 横 | Héng | Mendatar | Tumbukan mendatar, memusing dan membajak ke depan | memutar | tenaga kilas | Bertembung (memusing dan menghentam) |
Lima Haiwan dalam seni bela diri Shaolin merupakan peluasan teori Wu Xing kerana sifat mereka mewakili tenaga fasa dalam kerajaan haiwan. Haiwan-haiwan tersebut ialah:
- Harimau – Api (ganas dan kuat)
- Monyet – Logam (membongkok)
- Ular – Air (anjal dan fleksibel)
- Bangau – Angin (mengelak dan tangkas)
- Belalang Sembah – Tanah (stabil dan berakar)
Wu Xing Heqidao (Gogyo Aikido 五行合气道) ialah seni kehidupan yang berakar dalam teori Konfusianisme, Taoisme, dan Buddhisme. Ia menumpukan pada penerapan keamanan dan kajian kesihatan, bukannya pertahanan diri atau aksi fizikal. Ia menekankan penyatuan antara minda, tubuh dan persekitaran melalui teori fisiologi yin dan yang serta lima unsur dalam perubatan tradisional Cina. Gerakan, latihan dan ajarannya membangunkan, mengarah dan menyelaraskan qi.[31][32]
Gogyo
Istilah Jepun untuknya ialah gogyo (Jepun: 五行, romanisasi: *gogyō*). Pada abad ke-5 dan ke-6 (Zaman Kofun),[33] Jepun mengadaptasi pelbagai disiplin falsafah seperti Taoisme, Buddhisme Cina dan Konfusianisme menerusi biksu dan pengamal perubatan dari China yang membantu membentuk sistem Onmyōdō.
Ini berbeza dengan teori Godai yang lebih berasaskan bentuk dan diperkenalkan ke Jepun melalui India dan Buddhisme Tibet.[34]
Teori-teori ini telah diamalkan secara meluas dalam akupunktur Jepun dan perubatan tradisional Kampo.[35][36]
Lihat juga
Bibliografi
- Feng Youlan (Yu-lan Fung), A History of Chinese Philosophy, volume 2, p. 13
- Joseph Needham, Science and Civilization in China, volume 2, pp. 262-23
- Maciocia, G. 2005, The Foundations of Chinese Medicine, 2nd edn, Elsevier Ltd., London
Rujukan
- ^ Hayashi, Makoto; Hayek, Matthias (2013). "Pengenalan Penyunting: Onmyodo dalam Sejarah Jepun". Japanese Journal of Religious Studies: 3. doi:10.18874/jjrs.40.1.2013.1-18. ISSN 0304-1042.
- ^ Theobald, Ulrich (2011) "Teori Yin-Yang dan Lima Agen" dalam ChinaKnowledge.de - Sebuah Ensiklopedia Sejarah, Sastera dan Seni Cina
- ^ Ensiklopedia Cina Cihai (辭海), di bawah entri "kalender tujuh benda langit" (七曜曆, qī yào lì), menerangkan "kaedah merekod hari mengikut tujuh benda langit [七曜 qī yào]." China lazimnya mengikut urutan: Matahari, Bulan, Marikh, Utarid, Musytari, Zuhrah, dan Zuhal. Tujuh hari membentuk satu minggu, yang diulang dalam kitaran. Kaedah ini -- berasal dari Babylon purba (atau Mesir purba menurut satu teori), digunakan oleh Rom pada abad pertama Masehi, dan kemudian disebarkan ke negara lain -- telah wujud di China pada abad ke-4 M. Ia juga dibawa ke China oleh golongan Manikean pada abad ke-8 dari negara Kang (康) di Asia Tengah (terjemahan dari Bathrobe's Days of the Week in Chinese, Japanese & Vietnamese, plus Mongolian and Buryat (cjvlang.com)).
- ^ Akupunktur & Moksibusi Klinikal. Sains & Teknologi Tianjin. 1996. ISBN 9787543309425.
- ^ Deng Yu; Zhu Shuanli; Xu Peng; Deng Hai (2000). "五行阴阳的特征与新英译" [Ciri dan Terjemahan Baru Bahasa Inggeris bagi Wu Xing dan Yin-Yang]. Chinese Journal of Integrative Medicine. 20 (12): 937. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-16.
- ^ Deng Yu et al; Terjemahan Baharu Sistem Fraktal Zang Xiang, Chinese Journal of Integrative Medicine; 1999
- ^ Deng Yu et al, Set Fraktal TCM 中医分形集, Journal of Mathematical Medicine, 1999, 12(3), 264-265
- ^ Duveen, Joan (2022). Mengaplikasikan batang dan cabang akupunktur dalam amalan klinikal: dualiti dinamik dalam perubatan Cina klasik. London ; Philadelphia: Singing Dragon. ISBN 978-1-78775-370-9. OCLC 1308434289.
- ^ Dr Zai, J. Taoism and Science: Cosmology, Evolution, Morality, Health and more. Ultravisum, 2015.
- ^ Nathan Sivin (1987), Perubatan Tradisional dalam China Moden, m.s. 72.
- ^ a b Dechar, Lorie (2006). Lima Roh: Akupunktur Alkimia untuk Penyembuhan Psikologi dan Rohani (dalam bahasa English). New York: Lantern Books. m/s. 20–360. ISBN 1590560922.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Littlejohn, Ronnie. "Wuxing (Wu-hsing)". Internet Encyclopedia of Philosophy (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-04-30.
- ^ Rohmann, Chris (2002). The Dictionary of Important Ideas and Thinkers. London: Arrow. m/s. 112. ISBN 978-0-09-941568-8.
- ^ Nathan Sivin (1987), Perubatan Tradisional dalam China Moden, m.s. 73.
- ^ Hicks, Angela; Hicks, John; Mole, Peter (2010). Five Element Constitutional Acupuncture (ed. Kedua). Elsevier Health Sciences. ISBN 978-0-7020-4448-9. Dicapai pada 4 Ogos 2023.
- ^ Birch,Ida, Stephen,Junko (1998). Japanese Acupuncture. A Clinical Guide. Paradigm Publications. ISBN 9780912111421.
- ^ Nathan Sivin (1995), "Sains dan Perubatan dalam Sejarah Cina", dalam bukunya Science in Ancient China (Aldershot, England: Variorum), teks VI, m.s. 179.
- ^ 千古中医之张仲景 [Kayu dan Logam sering digantikan dengan udara]. Lecture Room, CCTV-10.
- ^ Nathan Sivin (1987), Perubatan Tradisional dalam China Moden (Ann Arbor: Pusat Kajian Cina, Universiti Michigan) m.s. 73.
- ^ Nappi, Carla (2009). The Monkey and the Inkpot: Natural History and Its Transformations in Early Modern China. Cambridge, Massachusetts: Harvard University Press. m/s. 172. ISBN 978-0-674-03529-4. Dicapai pada 4 Ogos 2023.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaNappi2
- ^ Unschuld, Paul N. (2003). Huang Di Nei Jing Su Wen: Alam, Pengetahuan, dan Imajan dalam Teks Perubatan Cina Kuno. Berkeley: University of California Press. m/s. 84. ISBN 978-0-520-23322-5. Dicapai pada 4 Ogos 2023.
- ^ Unschuld, Paul U., penyunting (2016). Nan Jing: klasik persoalan sukar: dengan ulasan pengarang Cina dan Jepun dari abad ketiga hingga kedua puluh. Oakland, California: University of California Press. ISBN 978-0-520-29227-7.
- ^ Carta Lima Unsur Cina Diarkibkan 2007-09-28 di Wayback Machine
- ^ "陰陽五行思想對生涯規劃的啟示". Institut Sosiologi, Universiti Nanhua.[pautan mati kekal]
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaWu 2006
- ^ See 5 Xing in Citation Order.
- ^ Mair, Victor (4 Oktober 2019). "Grue and bleen: the blue-green distinction and its implications". Language Log. Dicapai pada 4 Ogos 2023.
- ^ Joseph C.Y. Chen (1996). Early Chinese Work in Natural Science: A Re-examination of the Physics of Motion, Acoustics, Astronomy and Scientific Thoughts, hlm. 96–97. ISBN 962-209-385-X.
- ^ Chen, Yuan (2014). "Diskursus Legitimasi dan Teori Lima Unsur dalam China Imperial". Journal of Song-Yuan Studies. 44 (1): 325–364. doi:10.1353/sys.2014.0000. S2CID 147099574.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaWu 20063
- ^ Jain, Dr Rajesh (2020-02-13). "Apakah manfaat meditasi?". Diabetes Asia Health Magazine (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-04-08.
- ^ Watanabe, Kenji; Matsuura, Keiko; Gao, Pengfei; Hottenbacher, Lydia; Tokunaga, Hideaki; Nishimura, Ko; Imazu, Yoshihiro; Reissenweber, Heidrun; Witt, Claudia M. (2011). "Traditional Japanese Kampo Medicine: Clinical Research between Modernity and Traditional Medicine—The State of Research and Methodological Suggestions for the Future". Evidence-Based Complementary and Alternative Medicine. 2011: 513842. doi:10.1093/ecam/neq067. ISSN 1741-427X. PMC 3114407. PMID 21687585.
- ^ "Asal usul Godai Myōō". Buddhistdoor Global (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-06-17.
- ^ Baracco, Luciano (2011-01-01). National Integration and Contested Autonomy: The Caribbean Coast of Nicaragua. Algora Publishing. ISBN 978-0-87586-823-3.
- ^ "《赵城金藏》研究" (dalam bahasa Chinese).CS1 maint: unrecognized language (link)[pautan mati kekal]
Pautan luar
- Acupuncture Text Book Corrections Diarkibkan 2008-04-04 di Wayback Machine Corrections to English translation errors in textbooks
- Five Elements Diarkibkan 2008-04-30 di Wayback Machine Malaysia I Ching Net
- Five Element Information Diarkibkan 2011-02-15 di Wayback Machine Five Element interrelationships, concordances and causative factors.
- Chinese Zodiac Chart Find your Chinese Zodiac sign based on your date of birth.
- Traditional Chinese Medicine (TCM) Diarkibkan 2008-03-25 di Wayback Machine A model of transition from the traditional elements
- The American School of Classical Feng Shui
- Five Elements of Feng Shui Diarkibkan 2007-09-29 di Wayback Machine The Five Elements of Feng Shui and Their Interactions
- Chinese Five Elements Information on the Chinese Five Elements from Northern Shaolin Academy
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/>
yang berpadanan disertakan