Muzik Cina merangkumi pelbagai tradisi yang berbeza, lazimnya berasal secara khusus daripada salah satu kumpulan etnik negara tersebut. Ia dihasilkan dalam negara, melibatkan orang berketurunan Cina, penggunaan alat muzik tradisional Cina, teori muzik Cina, atau bahasa di China. Ia meliputi bentuk klasik tradisional dan muzik rakyat asli, serta muzik popular rakaman dan bentuk-bentuk yang diinspirasikan oleh budaya Barat.
Dokumen dan artifak arkeologi dari awal sejarah China menunjukkan wujudnya budaya muzik yang berkembang baik seawal Dinasti Zhou (1122–257 SM) yang menetapkan asas bagi perkembangan berterusan muzikologi Cina dalam dinasti-dinasti berikutnya.[1] Ia berkembang menjadi pelbagai bentuk melalui dinasti yang berganti, menghasilkan warisan yang kini menjadi sebahagian landskap budaya Cina. Bentuk tradisional terus berevolusi pada zaman moden, dan sejak beberapa abad yang lalu, bentuk muzik yang diambil dari Barat telah tersebar luas. Muzik Cina hari ini berpaksikan sejarah dan dalam masa yang sama menjadi sebahagian daripada budaya global.
Sejarah

Menurut legenda, pengasas muzik dalam mitologi Cina ialah Ling Lun yang, atas permintaan Maharaja Kuning, mencipta satu sistem muzik dengan membuat paip buluh yang ditala mengikut bunyi burung termasuk burung phoenix. Satu sistem muzik dua belas nada (Shí-èr-lǜ) dicipta berasaskan nada daripada paip buluh itu, dengan paip pertama menghasilkan nada "loceng kuning" (黃鐘), dan satu set loceng yang ditala dicipta berdasarkan paip tersebut.[2]
Sejarah awal


Bukti arkeologi menunjukkan bahawa budaya muzik berkembang di China sejak zaman prasejarah. Penggalian di Kampung Jiahu di Daerah Wuyang, Henan menemui seruling tulang (gudi) bertarikh 9,000 tahun dahulu, dan alat muzik tanah liat yang dipanggil xun yang dipercayai berusia 7,000 tahun telah ditemui di tapak Hemudu di Zhejiang dan Banpo di Xi'an.[3]

Pada zaman Dinasti Zhou, satu sistem rasmi muzik istana dan upacara yang kemudian dikenali sebagai yayue (bermaksud "muzik elegan") telah diwujudkan. Perkataan muzik (樂, yue) dalam bahasa Cina kuno juga boleh merujuk kepada tarian kerana muzik dan tarian dianggap sebagai satu kesatuan, dan maknanya turut meliputi puisi serta bentuk seni dan ritual lain.[4] Perkataan "tarian" ({舞) juga merujuk kepada muzik, dan setiap tarian mempunyai muzik khas yang mengiringinya. Set muzik yang paling penting pada zaman ini ialah "Tarian Muzik Enam Dinasti" (六代樂舞) yang dipersembahkan dalam ritual istana diraja.[5]
Muzik dalam zaman Zhou dianggap sebagai manifestasi kosmologi bunyi semula jadi yang disepadukan dalam susunan alam semesta yin dan yang, dan konsep ini telah memberi pengaruh berkekalan terhadap pemikiran Cina mengenai muzik.[6] Muzik yang "betul" menurut konsep Zhou akan melibatkan alat-alat yang berkait dengan lima unsur alam dan membawa keharmonian kepada alam.
Sekitar atau sebelum abad ke-7 SM, satu sistem penjanaan nada dan skala pentatonik telah dibangunkan berdasarkan teori kitaran kelima.[6]
Falsafah Cina mempunyai pendekatan berbeza terhadap muzik. Bagi Konfusius, muzik yang betul penting untuk pemupukan dan pemurnian diri, dan sistem Confucian menganggap muzik rasmi yayue sebagai alat moral yang membina dan lambang pemerintah baik serta kerajaan yang stabil.[7] Namun sesetengah bentuk muzik popular dianggap merosakkan dari sudut pandang Confucian.[8]
Sebaliknya, Mozi mengecam penciptaan muzik dan dalam risalahnya Menentang Muzik (非樂) beliau berhujah bahawa muzik merupakan pembaziran dan kemewahan yang tidak membawa manfaat serta boleh memudaratkan.[9] Menurut Mencius, seorang pemerintah pernah bertanya sama ada moral sekiranya beliau lebih gemar muzik popular daripada muzik klasik. Jawapannya ialah yang penting pemerintah itu menyayangi rakyatnya.
Pada zaman purba China, status sosial pemuzik jauh lebih rendah berbanding pelukis, meskipun muzik dianggap penting untuk keharmonian dan kelangsungan negara. Hampir setiap maharaja memberi perhatian terhadap lagu rakyat, menghantar pegawai untuk mengumpul lagu-lagu tersebut sebagai catatan budaya masyarakat. Salah satu karya klasik Konfusianisme, Klasik Puisi (Shi Jing), mengandungi banyak lagu rakyat yang bertarikh dari sekitar 800 SM hingga 400 SM.
China Imperial



Biro Muzik Imperial, yang pertama kali ditubuhkan semasa Dinasti Qin (221–207 SM), telah diperluaskan dengan ketara semasa pemerintahan Maharaja Han Wudi (140–87 SM). Ia diberi tanggungjawab untuk menyelia muzik istana dan tentera, serta menentukan muzik rakyat mana yang diiktiraf secara rasmi.
Dalam dinasti berikutnya, perkembangan muzik Cina turut dipengaruhi oleh tradisi muzik dari Asia Tengah yang turut membawa unsur muzik India.[10][11] Alat muzik dari Asia Tengah seperti pipa telah diterima pakai di China, dan skala muzik Heptatonik India telah diperkenalkan pada abad ke-6 oleh seorang pemuzik dari Kucha bernama Sujiva, meskipun skala ini kemudiannya ditinggalkan.[12][13][10]
Zaman Republik (1912–1949)


Gerakan Budaya Baru pada tahun 1910-an dan 1920-an menghasilkan minat mendalam terhadap muzik Barat. Beberapa pemuzik Cina kembali dari pengajian di luar negara untuk mempersembahkan muzik klasik Barat, serta menghasilkan karya berdasarkan sistem notasi muzik Barat. Kuomintang cuba menaja penyesuaian muzik moden melalui Konservatori Muzik Shanghai walaupun menghadapi krisis politik yang berterusan. Falsafah budaya abad ke-20 oleh tokoh seperti Xiao Youmei, Cai Yuanpei, Feng Zikai dan Wang Guangqi menggesa agar muzik Cina mencapai piawaian tertinggi. Terdapat pelbagai pandangan berbeza tentang piawaian terbaik tersebut.[14]
Orkestra simfoni ditubuhkan di kebanyakan bandar besar dan membuat persembahan di dewan konsert serta melalui radio. Ramai pemuzik menambah elemen jazz dalam muzik tradisional, dengan menggunakan xilofon, saksofon, biola, dan alat muzik lain. Antara pemuzik dan penggubah terkenal dalam era ini ialah Lü Wencheng, Qui Hechou, Yin Zizhong dan He Dasha.
Di Shanghai, satu genre muzik popular yang dikenali sebagai shidaiqu muncul pada tahun 1920-an. Shidaiqu ialah gabungan muzik popular Cina dan Barat, dan Li Jinhui dianggap sebagai pengasas genre ini. Penyanyi terkenal genre ini pada tahun 1930-an dan 1940-an termasuk Zhou Xuan, Li Xianglan dan Yao Lee.
Selepas Forum Yan'an 1942 mengenai Sastera dan Seni, satu kempen besar-besaran dilancarkan di kawasan yang dikuasai Parti Komunis China untuk menyesuaikan muzik rakyat menjadi lagu revolusioner bagi mendidik penduduk luar bandar yang sebahagian besarnya buta huruf mengenai matlamat parti. Bentuk muzik yang dianggap tahyul atau anti-revolusi ditekan, manakala harmoni dan garisan bes ditambah kepada lagu tradisional. Salah satu contohnya ialah The East Is Red, lagu rakyat dari utara Shaanxi yang diubah menjadi lagu kebangsaan. Komposer terkenal dari zaman ini ialah Xian Xinghai yang menggubah Kantata Sungai Kuning, salah satu karya paling dikenali beliau.

Pasca-Revolusi
1949–1999
Zaman kegemilangan shidaiqu dan Tujuh bintang nyanyian utama berakhir apabila Parti Komunis China (PKC) mengecam muzik pop Cina sebagai Muzik kuning (iaitu pornografi).[16] Golongan Maois menganggap muzik pop sebagai kemerosotan seni di tanah besar China. Pada tahun 1949, Kuomintang berpindah ke Taiwan, dan Republik Rakyat China ditubuhkan. Lagu-lagu revolusioner menjadi tumpuan utama yang dipromosikan oleh kerajaan. Dalam era Revolusi Kebudayaan, golongan Maois menolak semua genre lain dan memaksa muzik revolusioner menjadi satu-satunya genre yang diterima; kesan propaganda menyebabkan genre ini hampir mendefinisikan muzik China tanah besar. Proses ini masih berterusan hingga kini, namun ada usaha oleh para sarjana dan pemuzik (termasuk dari luar negara) untuk menghidupkan kembali muzik lama.
Selepas Protes Dataran Tiananmen 1989 dan pembunuhan beramai-ramai, satu gaya muzik baharu yang dikenali sebagai Angin Barat Laut dengan tempo pantas diperkenalkan oleh para penunjuk perasaan sebagai bentuk penentangan terhadap kerajaan. Gaya ini berkembang menjadi rock Cina, yang kekal popular sepanjang tahun 1990-an. Namun begitu, muzik di China sangat dikawal oleh kerajaan kerana TV, media dan dewan konsert utama semuanya dimiliki oleh PKC. Kerajaan umumnya tidak menyokong muzik rock Cina dengan mengehadkan pendedahan dan siaran muzik ini.[17] Akibatnya, genre ini tidak pernah benar-benar mencapai arus perdana sepenuhnya.
2000–kini
Acara tahunan seperti Festival Muzik Moden Midi di Beijing menarik puluhan ribu pengunjung. Terdapat juga "Festival Muzik Gunung Salji" di Wilayah Yunnan pada tahun 2002.
Hari ini, muzik rock tertumpu hampir sepenuhnya di Beijing dan Shanghai, dengan pengaruh yang terhad ke atas masyarakat Cina secara keseluruhan. Wuhan dan Sichuan kadangkala dianggap sebagai pusat budaya muzik rock juga. Ini mencerminkan perbezaan budaya, politik dan sosial yang ketara antara China, dunia Barat, mahupun antara kawasan dalam China sendiri. Walaupun muzik rock telah wujud di China selama beberapa dekad, detik penting yang meletakkan genre ini di peta antarabangsa adalah apabila Cui Jian membuat persembahan bersama The Rolling Stones pada tahun 2003 ketika beliau berumur 42 tahun.
China kini juga menjadi destinasi utama artis rock dan pop Barat; ramai artis luar telah mengadakan jelajah konsert di China dan mengadakan beberapa persembahan sepanjang beberapa dekad kebelakangan ini, termasuk Beyoncé, Eric Clapton, Nine Inch Nails, Avril Lavigne, Linkin Park dan Talib Kweli.[18]
Muzik Tradisional

Instrumental
Alat muzik secara tradisional diklasifikasikan kepada lapan kategori yang dikenali sebagai bayin.[19] Muzik tradisional di China dimainkan secara solo atau dalam ensembel kecil yang terdiri daripada alat berdawai dipetik dan digesek, seruling, serta pelbagai simbal, gong dan gendang. Skala muzik Cina adalah berdasarkan skala pentatonik. Seruling buluh dan guqin adalah antara alat muzik tertua dari China; alat muzik secara tradisinya dibahagikan kepada kategori berdasarkan bahan pembuatannya: kulit haiwan, labu, buluh, kayu, sutera, tanah/liat, logam, dan batu. Orkestra Cina secara tradisinya terdiri daripada alat berdawai digesek, tiupan kayu, alat berdawai dipetik dan alat perkusi. Di bawah pemerintahan Xi Jinping, Setiausaha Agung Parti Komunis China sekarang, alat muzik tradisional telah mengalami kebangkitan semula yang disokong oleh negara.[20]
- Alat muzik:
- Tiupan kayu
- dizi, xiao, suona, sheng, paixiao, guan, hulusi, bawu, xun
- Perkusi
- Gesekan
- erhu, zhonghu, dahu, banhu, jinghu, gaohu, gehu, yehu, cizhonghu, diyingehu, leiqin
- Petik dan pukul

Vokal muzik Cina secara tradisional dinyanyikan dengan suara nipis, tidak bergaung atau dalam falseto, dan biasanya dimainkan secara solo dan bukannya berkumpulan. Semua muzik tradisional Cina adalah melodik dan bukan harmonik. Muzik vokal Cina mungkin berkembang daripada puisi dan ayat yang dinyanyikan. Karya instrumental seperti erhu atau dizi popular dan boleh didapati di luar China, tetapi muzik pipa dan zheng yang lebih tradisional lebih digemari di China. Guqin dianggap alat muzik yang paling dihormati di China, walaupun sedikit orang mengenali atau pernah melihat dan mendengarnya dimainkan. Zheng paling popular di Henan, Chaozhou, kawasan Hakka dan Shandong. Pipa, sejenis lute, dipercayai berasal dari Semenanjung Arab pada abad ke-6 dan diubahsuai mengikut citarasa Cina, paling digemari di Shanghai dan kawasan sekitarnya.
Muzik budaya Han
Kaum etnik Han membentuk kira-kira 92% daripada populasi China. Muzik kaum Han terdiri daripada muzik heterofoni, di mana para pemuzik memainkan variasi garis melodi yang sama. Alat muzik perkusi mengiringi kebanyakan muzik, tarian, ucapan, dan opera. Muzik rakyat Han mempunyai banyak aspek dari segi makna, emosi dan tonaliti. Genre ini, dalam ertikata tertentu, serupa dengan bahasa Cina. Hubungan ini wujud melalui tona, gelongsoran dari tona tinggi ke rendah atau sebaliknya, atau gabungan kedua-duanya. Persamaan ini menjadikan alat muzik sangat penting untuk menguasai teknik kedua-dua tangan kiri dan kanan (tangan kiri untuk mencipta tonaliti pada tali, tangan kanan untuk memetik atau menggesek), terutamanya dalam tradisi klasik (sasterawan).[21] Kadangkala nyanyian dimasukkan ke dalam muzik untuk mencipta harmoni atau melodi yang mengiringi alat muzik tersebut. Perasaan rakyat Han dinyatakan melalui elemen puitis dan tempo perlahan yang menenangkan, menyampaikan emosi yang menghubungkan pemain dan pendengar. Muzik rakyat Han juga menggunakan kesunyian untuk mengubah makna, menghasilkan bunyi mirip puisi.

Opera Cina
Opera Cina merupakan seni pentas menyeluruh yang menggabungkan kesusasteraan, muzik, tarian, seni mempertahankan diri, akrobatik, lakonan dan bentuk seni lain. Kemahiran asasnya ialah chang (唱, menyanyi), nian (念, membaca), zuo (做, beraksi}}), dan da (打, berlawan}}). Watak dibahagikan kepada sheng (生, watak lelaki utama), dan (旦, watak wanita utama), jing (净, watak dengan lukisan muka), chou (丑, watak badut).[22] Muzik opera Cina terdiri terutamanya daripada nyanyian (nyanyian vokal dan sela) dan iringan alat muzik.[23]
Aksen dalam opera Cina berbeza mengikut wilayah, namun mempunyai persamaan. Empat aksen utama zaman moden ialah aksen Kunshan, aksen tinggi (Yiyang), aksen Pihuang, dan aksen Bangzi.[24]
Aksen Kunshan: Popular di Jiangsu, Kunshan. Diperbaharui oleh Wei Liangfu pada zaman Dinasti Ming. Suara aksen lembut dan halus. Berkembang kepada Kun Selatan dan Kun Utara. Kun Selatan popular di Jiangnan dan utara Zhejiang, berunsur sastera dan menggunakan lima nada. Kun Utara popular di Beijing dan Baoding, lebih dramatik dan menggunakan tujuh nada.[24][23]
Aksen tinggi: Bermula di Yiyang, Jiangxi pada akhir Dinasti Yuan. Contohnya opera Sichuan, Xiang, Gan, dan siping Fujian. Hanya menggunakan iringan perkusi, tanpa orkestra, menggunakan lima nada.[24][23]
Aksen Bangzi: Juga dikenali sebagai "Xiqin" atau "Luantan", dinamakan kerana penggunaan kayu keras bangzi. Berasal dari barat laut China. Gaya tinggi dan lantang, bersifat dramatik dan kasar. Jenis opera termasuk Qin, Jin, Henan dan Bangzi Hebei.[24][23]
Aksen Pihuang: Terhasil dari gabungan kawasan tenggara dan barat laut China. Menggabungkan "Xipi" dan "Erhuang". Jenis opera utama ialah Opera Peking (Beijing), Opera Han (Hubei), Opera Kantonis (Guangdong), Opera Gui (Guangxi) dan Opera Yunnan.
Pautan luar
- (Perancis) Audio clips: Traditional music of the China. Musée d'Ethnographie de Genève. Accessed November 25, 2010.
- moder Cpop music Accessed June, 2014.
- BBC Radio 3 Audio (45 minutes): Shanghai tea-houses. Accessed November 25, 2010.
- BBC Radio 3 Audio (45 minutes): Chinese opera in Beijing. Accessed November 25, 2010.
- BBC Radio 3 Audio (45 minutes): Buddhist harvest celebrations. Accessed November 25, 2010.
- BBC Radio 3 Audio (45 minutes): The Uighur people of Xinjiang. Accessed November 25, 2010.
- BBC Radio 3 Audio (45 minutes): Music of the Hani and Yi People. Accessed November 25, 2010.
- BBC Radio 3 Audio (45 minutes): The Uyghur people and the muqam. Accessed November 25, 2010.
- BBC Radio 3 Audio (45 minutes): Silk and Bamboo music, the gugin and Pingtan music. Accessed November 25, 2010.
- An article about Chinese music from the classical literati tradition
- Listen to traditional Chinese music
- (Jepun) 中国古典テキストデータベース(中国思想史研究室) Diarkibkan 2007-07-21 di Wayback Machine Archive of some Classical Chinese texts about Music theories.
- Traditional Chinese Music Top 10 traditional Chinese music with videos
- HQ-Videos: Traditional Chinese Pipa Songs 陽春白雪 (White Snow in the Spring Sunlight) and 小月儿高 (The Moon is High)
- "A Complete Study of the Chinese Zither" from 1670
- ^ "Chinese Music: History, Instruments, Types, Modern Music". China Educational Tours (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-11-13.
- ^ Sterckx, Roel (2000). "Transforming the Beasts: Animals and Music in Early China". T'oung Pao. 86 (1/3): 1–46. doi:10.1163/15685320051072672. JSTOR 4528831.
- ^ Jin Jie (3 Mac 2011). Chinese Music. Cambridge University Press. m/s. 4. ISBN 978-0-521-18691-9.
- ^ Faye Chunfang Fei, penyunting (2002). Chinese Theories of Theater and Performance from Confucius to the Present. University of Michigan Press. m/s. 3. ISBN 978-0-472-08923-9.
- ^ Jin Jie (3 Mac 2011). Chinese Music. Cambridge University Press. m/s. 11–12. ISBN 978-0-521-18691-9.
- ^ a b Don Michael Randel, penyunting (2003). The Harvard Dictionary of Music (ed. 4th). Harvard University Press. m/s. 260–262. ISBN 978-0-674-01163-2.
- ^ Bresler, Liora (2007). International Handbook of Research in Arts Education. Springer. m/s. 85. ISBN 978-1-4020-2998-1.
- ^ Dorothy Ko; JaHyun Kim Haboush; Joan R. Piggott, penyunting (2003). Women and Confucian Cultures in Premodern China, Korea, and Japan. University of California Press. m/s. 85. ISBN 978-0-520-23138-2.
- ^ Faye Chunfang Fei, penyunting (2002). Chinese Theories of Theater and Performance from Confucius to the Present. University of Michigan Press. m/s. 10–13. ISBN 978-0-472-08923-9.
- ^ a b A History of Sino-Indian Relations: 1st Century A.D. to 7th Century A.D. oleh Yukteshwar Kumar. m.s. 76 ISBN 978-8176487986
- ^ Journal of Music in China, Jilid 4, m.s. 4
- ^ India and China: Interactions through Buddhism and Diplomacy: A Collection of Essays by Professor Prabodh Chandra Bagchi. m.s. 210 ISBN 978-9380601175
- ^ History of Civilizations of Central Asia disunting oleh UNESCO
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaJones - ^ Patricia Ebrey (1999), Cambridge Illustrated History of China, Cambridge: Cambridge University Press, m.s. 148.
- ^ Broughton, Simon. Ellingham, Mark. Trillo, Richard. [2000] (2000) World Music: The Rough Guide. Rough Guides Publishing Company. ISBN 1-85828-636-0.
- ^ [perlu rujukan]
- ^ Sisario, Ben (25 November 2007). "For All the Rock in China". New York Times. Dicapai pada 11 Jun 2013.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaharvard2 - ^ "Parti Komunis China mengkooptasi muzik kuno". The Economist. 2 September 2023. ISSN 0013-0613. Dicapai pada 2023-09-02.
- ^ "Traditional Chinese music - an introduction to classical (Literati) tradition and its relation to Chinese calligraphy and painting".
- ^ Wilson, Thomas A. "Types of Roles in Beijing Opera". Asian Studies. Hamilton College. Dicapai pada 18 Februari 2024.
- ^ a b c d Akademi Opera Cina, penyunting (1959). 中國古典戲曲論著集成 [Koleksi Huraian Opera Klasik Cina] (dalam bahasa Chinese). Beijing: Institut Penyelidikan Opera Cina. OCLC 10543580. CSBN 10069.27.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ a b c d Liao, Ben (2004). 中国戏曲史 [Sejarah Opera China] (dalam bahasa Chinese) (ed. 1st). Shanghai: Shanghai People's Press. ISBN 7-208-05327-8.CS1 maint: unrecognized language (link)








