Puteri Khareeza mula menunjukkan minatnya terhadap bidang muzik pada usia 7 tahun dan pernah mengambil bahagian dalam pertandingan Bintang Kecil anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada tahun 2008. Beliau melancarkan single solo pertamanya, "Duka Sebalik Tawa" pada Jun 2022 dan menjadi rakaman rasmi pertamanya sejak mula bergiat aktif dalam industri muzik. Lagu ini dipilih sebagai runut bunyi untuk drama Melur Untuk Firdaus lakonan Meerqeen dan Anna Jobling. Selain itu, beliau turut bergiat aktif bersama kumpulan Venus yang mana beliau merupakan vokalisnya. Kumpulan ini terkenal menerusi lagu "Sakitnya Hati" dan "Maafkan Aku".
Puteri Khareeza ialah salah seorang daripada 10 peserta Idola Kecilmusim ketiga yang turut disertai oleh Harris Alif, Hadi Mazlan dan Elica Paujin.[4] Beliau dinobatkan sebagai naib juara di belakang Harris yang merangkul gelaran juara. Berikut ialah senarai persembahan beliau di Idola Kecil 3:
Pada tahun 2021, Puteri Khareeza digandingkan bersama Pasya Fauzi sebagai pasangan duetnya dalam Lagu Cinta Kitamusim ketiga.[5] Mereka dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga sekaligus memenangi wang tunai sebanyak RM20,000. Berikut ialah senarai persembahan beliau bersama Pasya dalam Lagu Cinta Kita 3:
Pada tahun 2023, Puteri Khareeza terpilih sebagai salah seorang daripada 13 peserta Big Stagemusim kelima. Berikut ialah lagu-lagu yang ditugaskan untuk dipersembahkan oleh beliau ketika konsert mingguan Big Stage: