Syada Amzah | |
---|---|
Nama lahir | Nursyuhada binti Amir Amzah |
Kelahiran | Kuala Lumpur, Malaysia | 14 Januari 1998
Genre | Pop |
Pekerjaan | Penyanyi |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 2008–kini |
Syarikat rakaman | Greyscale (SA) Sdn Bhd |
Nursyuhada binti Dato' Amir Amzah (lahir 14 Januari 1998) merupakan seorang penyanyi Malaysia. Beliau juga merupakan adik kepada penyanyi terkenal yang mencipta nama di negara China iaitu Shila Amzah. Syada merupakan anak bongsu daripada empat adik-beradik.
Kerjaya
Pada tahun 2008, Syada Amzah yang berusia 10 tahun ketika itu, Syada memulakan kerjaya hiburannya dengan menyertai rancangan realiti Idola Kecil di TV9 dan berjaya ke peringkat akhir seterusnya menduduki tempat ke 4 bersama sama dengan rakan seperjuangannya yang lain yang pernah menyertai IK sebelum ini seperti penyanyi yang kini meningkat naik iaitu Haqiem Rusli, Afieq Shazwan, Azzam Sham & Irfan Haris. Namun tahun demi tahun, Syada Amzah menyepi seketika dari bidang nyanyian demi menumpukan pengajiannya di Kolej Poly-Tech Mara di Bangi. Syada juga aktif membuat lagu saduran di laman sosialnya.
Big Stage (musim 2)
Syada Amzah telah terpilih untuk menyertai rancangan realiti di Malaysia iaitu Big Stage 2 di saluran Astro Ria.[1] Peserta yang terlibat termasuk Fieya Julia, Aziz Harun, Adzrin, Han-byul dan ramai lagi.
Minggu | Tema | Lagu | Penyanyi asal | Keputusan |
---|---|---|---|---|
Minggu 1 | Lagu Sendiri & Cover | "Dinda" | Kugiran Masdo | SELAMAT |
Minggu 2 | Hype Beat | "Rockabye" | Clean Bandit ft. Anne-Marie & Sean Paul | SELAMAT |
Minggu 3 | Glocal Hits | "Pulang" | Insomniacks | SELAMAT |
Minggu 4 | Duominasi bersama Haqiem Rusli |
"Dengarkanlah" | Amy Mastura & Glenn Fredly | SELAMAT |
Minggu 5 | Cannot Brain | "Sembilu" | Ella | TERSINGKIR |
Bakat
Mempunyai bakat nyanyian yang baik seperti kakaknya Shila Amzah. Selain itu, dia juga sering menggunakan tanda pagar #cadasings untuk video lagu cover di laman Instagram dan Twitter.
Rujukan
- ^ Asyraf Roslan (7 Ogos 2019). "Big Stage buka gelanggang untuk peserta serantau, termasuk BBNU Korea Selatan". Astro Awani. Dicapai pada 31 Ogos 2019.