Dara & The Gang ialah sebuah siri drama web televisyen Malaysia 2024 arahan Zul Huzaimy terbitan Wiranusa Corporation Sdn Bhd. Ia dibintangi oleh Shasha Abedul, Erysha Emyra, Arena Wan dan Chubb-E. Drama ini memulakan tayangan perdana di Tonton pada 15 Julai hingga 12 Ogos 2024.
| Dara & The Gang | |
|---|---|
| Genre | Komedi |
Berdasarkan daripada | Dara Gangster And The Gangs karya Amarilis Rahim |
| Ditulis oleh | Dr. Mohd Shahremy Ikmal |
| Pengarah | Zul Huzaimy |
Dibintangi oleh | |
| Lagu pembukaan | "Cari-Cari Cinta" - Puteri Khareeza & Wanie Ooi |
| Negara asal | Malaysia |
| Bahasa | Melayu |
| Bilangan episod | 13 |
| Penerbitan | |
| Penerbit eksekutif | Azlin Rahim |
| Penerbit | Saiful Bahri Alias |
| Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | Wiranusa Corporation Sdn Bhd |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | Tonton |
| Format gambar | |
| Format audio | Dolby Digital |
| Siaran asal | 15 Julai 2024 – 12 Ogos 2024 |
Sinopsis
Kenakalan Dara (Shasha Abedul), Busu (Erysha Emyra) dan Bedah (Arena Wan) ini telah menyebabkan mereka sangat terkenal dalam kalangan orang kampung. Terutamanya Dara, yang mendapat gelaran ‘Dara Gangster’ yang diberikan oleh Wan Saari (Apit Wan Lebo) kerana nampak Dara sedang bermain mercun dan secara tidak sengaja menyebabkan motosikal Pak Imam terbabas ke dalam parit. Sejak insiden itu, nama ‘Dara Gangster’ terus melekat di mulut penduduk kampung!
Namun, kehadiran Rizal (Chubb-E), seorang posmen yang kacak, telah menjadi titik permulaan bagi Dara untuk membuka buku baharu dan berubah perangai menjadi lebih sopan. Kenakalan Dara menarik perhatian Rizal dan tanpa disedari dia telah jatuh hati kepada Dara.
Pelakon
- Shasha Abedul sebagai Dara
- Arena Wan sebagai Bedah
- Erysha Emyra sebagai Busu
- Chubb-E sebagai Rizal
- Natasha Sass sebagai Wan Konah
- Reza Hasbi sebagai Khalil, Abang Dara
- Cat Farish sebagai Pak Mat, Ayah Dara
- Enot sebagai Mak Minah, Ibu Dara
- Kak Girl sebagai Wan Gayah
- Apit Wan Lebo sebagai Wan Saari
- Hamdan Ramli sebagai Pak Majid
- Ana Lopez sebagai Mak Dah
- Mohd Afiq Fikri Firdaus sebagai Pak Jalal
- Ady Mohammad sebagai Ustaz Maliki
- Alya Fadzil sebagai Mak Eton
- Hilman Alef sebagai Kapal
- Firdaus Ghufran sebagai Arman
- Aini Zafirah Sahak sebagai Maryam
- Muhamad Syazreen Haqem sebagai Sood








