Sissy Imann | |
---|---|
Kelahiran | Sissy Imann binti Mohammad Kamil 24 Oktober 1995 |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon, pengacara |
Tahun aktif | 2014–kini |
Kerjaya muzik | |
Genre | Pop |
Instrumen | Vokal |
Syarikat rakaman | FMC Music Faithful Music |
Sissy Imann Mohammad Kamil (Jawi: سيسي ايمان محمد کميل; lahir 24 Oktober 1995) merupakan seorang penyanyi, pelakon dan pengacara wanita Malaysia. Beliau terkenal menerusi lagu "Mungkin Kamu".[1] Selain itu, beliau turut mengambil bahagian dalam rancangan Big Stage musim pertama.[2][3]
Kehidupan awal
Sissy Imann dilahirkan pada 24 Oktober 1995 di Kuala Lumpur. Beliau juga merupakan lulusan jurusan Pendidikan Muzik di Institut Pendidikan Guru (IPG) Ilmu Khas, Cheras dan mempunyai ijazah Sarjana Muda Perguruan.[4]
Kerjaya
Bakatnya dikesan di YouTube oleh AG Coco sebelum terbit kerjasama antara mereka untuk album pertama. Selain itu, beliau juga berkebolehan bermain pelbagai instrumen muzik seperti gitar, piano, biola dan bes.[5]
Namanya melonjak naik menerusi lagu "Mungkin Kamu". Video muzik lagu itu sehingga kini telahpun meraih lebih 750,000 tontonan di YouTube.[6]
Selain menyanyi dan berlakon, Sissy juga merupakan guru vokal.[7]
Sissy menyertai pertandingan Big Stage dan bersaing bersama rakan-rakan BBNU (Budak Baru Nak Up) bagi menempa nama dalam industri muzik tanah air. Peserta yang terlibat termasuk Sarah Suhairi, Ariff Bahran, Afieq Shazwan, Andi Bernadee, Tajul Ariff, Syafiq Farhain, Baby Shima, Fara Hezel dan Wani Kayrie.[8][9]
Kerjaya lakonan beliau bermula dengan membintangi drama Tolong Aku Doktor Cinta lakonan Hafreez Adam, Puteri Aishah dan Nina Iskandar.[10]
Pada 27 Mac 2019, Sissy muncul dalam rancangan The House bersama Sarah Suhairi dan Wani Kayrie yang akan disiarkan di Astro Ria.[11] Bermula pada Ogos 2019, beliau menjadi pengacara baru rancangan Muzik Muzik memggantikan Daiyan Trisha yang telah tamat kontrak selepas 6 bulan.[12][13]
Big Stage (musim 1)
Berikut ialah lagu-lagu yang ditugaskan untuk dipersembahkan oleh beliau ketika konsert mingguan Big Stage:
Konsert | Tema | Lagu | Penyanyi asal | Keputusan |
---|---|---|---|---|
Minggu 1 | Lagu Viral | "Mungkin Kamu" | Dirinya sendiri | TERSELAMAT |
Minggu 2 | Lit Throwback | "Semoga Abadi" | Misha Omar | TERSELAMAT |
Minggu 3 | Sama-sama Up | "Drama"
(duet bersama Ara Johari) |
Ning Baizura, Nikki Palikat & Yanie | TERSELAMAT |
Minggu 4 | Tapi Bukan Aku | "Senggol-senggolan Cubit-cubitan" | Mas Idayu | TERSINGKIR |
Diskografi
Tahun | Tajuk lagu | Catatan |
---|---|---|
2014 | "Mungkin Kamu" | OST Eksperimen Cinta |
"Benar Ku Tak Bohong" | ||
2015 | "Entah Apa Rasa" | |
2017 | "Jatuh" | OST Papa Nak Menantu |
2019 | "Pesanan Ayahanda" | |
"Sudahlah (Meow!)" | ||
2020 | "Bisa Mencinta" | |
2021 | "Bebas" | OST Perisik Cinta Tak Diundang |
"Namaku Padamu" |
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2022 | Autumn in Wales | Mira | Filem pertama |
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2019 | Tolong Aku Doktor Cinta | Tania | TV2 | Drama pertama |
Kariah Cak Pong | Cik Tiara | TV3 | ||
Cinta Belum Tamat Tempoh | Aween Lee | Astro Ria |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2019 | Misi Penculikan Cinta | Cinta Farhani | TV3 | sempena Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL) |
Geng Big Stage Beraya | Dahlia | Astro Ria | ||
2020 | Lagu Untuk Suri | Suri | TV3 | |
Man Santan | Siti | TV2 | ||
2022 | Misteri Lain Macam | Cici | TV3 |
Televisyen
Tahun | Tajuk | Sebagai | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2018 | Big Stage (musim 1) | Peserta | Astro Ria | |
2019 | The House | Dirinya sendiri | bersama Sarah Suhairi & Wani Kayrie | |
Malam Kenangan Mengusik Jiwa | Artis Jemputan | TV2 | ||
2020 | Studio Big Stage (musim 3) | Pengacara | Astro Ria | bersama Neeta Manishaa |
2021 | Lounge AJL35 | TV9 | bersama Muaz Mohamed | |
All Together Now Malaysia (musim 1) | Juri | Astro Ria | ||
Idola Kecil Di Rumah | Pengacara | TV9, TV3 |
||
2021–2022 | Muzik Muzik | TV3 | bersama Alif Satar & Muaz Mohamed | |
2022 | Anugerah Juara Lagu ke-36 | Pengacara segmen lounge & karpet merah | ||
Getaran Jiwa | TVS | bersama Jiggy Masin | ||
Famili Duo (Musim 2) | Peserta pasangan selebriti | TV3 | bersama Naim Daniel | |
All Together Now Malaysia (musim 2) | Juri | Astro Ria | ||
2024 | Retro@RTM | Pengacara | TV1 |
Rujukan
- ^ Norhayati Nordin (11 Februari 2018). Sissy jual bakat Harian Metro. Dicapai pada 3 Oktober 2017.
- ^ Ifqdar Rahman (4 Ogos 2018). Sissy Imann gerun dianggap pencabar terkuat Utusan Malaysia. Dicapai pada 5 Oktober 2018
- ^ Najiy Jefri (21 Ogos 2018). Menyanyi, mengajar keutamaan Sissy Harian Metro. Dicapai pada 22 Ogos 2018.
- ^ Sissy Imann balas budi orang tua. kosmo. Dicapai pada 16 Ogos 1995.
- ^ Kenneth Chaw (15 Julai 2019). Singer Sissy Imann took years to get her big break Star2. Dicapai pada 18 Julai 2019.
- ^ Lagu Cepat Popular Mudahkan Sissy Imann Dikenali Ramai mStar Online (20 September 2015). Dicapai pada 25 September 2015.
- ^ Sissy Imann tangguh hasrat jadi guru Berita Harian. Dicapai pada 16 Ogos 2019.
- ^ Nur Asyikin Mayudin (24 Julai 2018). 10 artis muda berentap dalam pertandingan realiti baharu 'Big Stage' mStar Online. Dicapai pada 25 Julai 2018.
- ^ Ifqdar Rahman (4 Ogos 2018). Sissy Imann gerun dianggap pencabar terkuat Utusan Malaysia. Dicapai pada 5 Ogos 2018.
- ^ Tak kisah dikata kemaruk popular - Sissy Imann. harian metro. Dicapai pada 16 Ogos 2019.
- ^ Sissy Imann 'judge' kawan baik, bongkar perangai Sarah Suhairi, Wani Kayrie mstar. Dicapai pada 14 Jun 2019.
- ^ Sudirman Mohd Tahir (25 Julai 2021). "Sissy Imann hos baru Muzik Muzik 36". Harian Metro. Dicapai pada 29 Julai 2021.
- ^ Siti Athirah Dzulkifly (27 Julai 2021). "Pengacara baru Muzik Muzik, Sissy Imann percaya diri". Utusan Malaysia. Dicapai pada 29 Julai 2021.