Kampung Datuk Keramat
Keramat | |
---|---|
Kampung | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur |
Poskod | 54000 |
Kod kawasan | +603 |
Lokasi Kampung Datuk Keramat di Peta Google |
Kampung Datuk Keramat, atau lebih dikenali sebagai Keramat di kalangan orang tempatan, ialah sebuah perkampungan yang besar di kawasan pilihan raya Titiwangsa, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.
Asal nama kampung ini ialah Tangga Cina (diberi nama sempena kehadiran tangga batu yang menghala ke kubur peneroka Kuala Lumpur, Yap Ah Loy dipuncak Bukit Setiawangsa oleh buruh beberapa orang India yang di gelar "Tanggaci"). Ia mula dijadikan kawasan penempatan dan perkampungan pelbagai etnik Melayu, saperti Jawa, Bawean, Bugis, Minangkabau dan lain-lain sekitar awal tahun 1920-an. Nama Kampong Tangga Cina terdaftar dalam daftar nama kampung bawah tadbir urus Kuala Lumpur Municipality (KLM) sewaktu era "tandas angkut" sehingga ditukar nama menjadi Kampung Datuk Keramat semasa KLM bertukar menjadi Majlis Tempatan Kuala Lumpur. Nama Kampung Datuk Keramat (KDK) menjadi sinonim kerana terdapat satu makam pada kubur tertua dan kekerapan komuniti India Muslim mempraktiskan buat kenduri membayar nazar dimakam kubur tertua tersebut yang dianggap keramat di pinggiran kawasan Pasar Keramat. Kini makam tersebut tidak dibenarkan lagi untuk dijadikan tempat bernazar. Demikian rentetan bagaimana nama "kampung" ini terpilih dan berterusan menjadi tumpuan kediaman masyarakat majmuk disebabkan lokasinya yang strategik ditengah-tengah bandar.
Kawasan Kampung Datuk Keramat asalnya tempat melombong bijih timah dan sebahagian daripada dataran bijih yang bersambung dengan Kampung Kuala Ampang dan Bukit Belachan (Kampung Lembah Jaya) dan Ampang New Village. Kampung Datuk Keramat terbahagi dua, Keramat Luar, dan Keramat Dalam.
- Keramat Luar bersebelahan dengan Jalan Kent dan Simpang Flat, menjadi penempatan pertama "Rumah RIDA", sebuah perkampungan tersusun oleh Jabatan Pembangunan Luar Bandar, kerajaan pusat Perikatan masa itu. Kawasan Keramat Luar berakhir di jalan yang pisahkan oleh jalan antara sekolah rendah dengan Pasar Keramat.
- Keramat Dalam bermula dari Pasar sehingga ke Jalan Jelatek, Keramat Hujung dan Bukit Keramat.
Kampung Datuk Keramat kini merangkumi timur laut pusat bandar Kuala Lumpur dan bersempadan dengan daerah Ampang dan Pandan di negeri Selangor. Sungai Klang menganjur lebih kurang dari timur laut ke barat dan bertindak sebagai pemisah semula jadi antara Keramat dengan Ampang. Keramat dilayani oleh tiga stesen aliran laju Transit Aliran Ringan, iaitu Stesyen Jelatek, Dato' Keramat dan Damai, dalam jajaran Aliran Kelana Jaya.
KDK hanya 10 minit dari Kampung Baru jika memandu, dan sememangnya merupakan kawasan orang Melayu walaupun baru-baru ini, terdapat banyak orang asing, terutamanya orang-orang Arab yang tinggal di sini. Aznil Nawawi, pengacara ternama di Malaysia, juga berasal dari sini.
Kemudahan asas
Pendidikan
Tempat beribadat
Poskod
Poskod yang digunakan di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan ialah 54000.[1]