Ernie Zakri | |
---|---|
ارني زكري | |
![]() Ernie semasa penggambaran kulit album Aura | |
Kelahiran | Nur Ernie Shahirah binti Zakri 23 Jun 1992 |
Pendidikan | Ijazah Muzik |
Pusat pendidikan |
|
Pekerjaan | |
Tahun aktif | 2009–sekarang |
Pasangan | Syamel (k. 2021) |
Anak-anak | 1 |
Ibu | Rafiaah Mohamed |
Bapa | Zakri Ahmad |
Saudara | Ziana Zain (ibu saudara) Anuar Zain (bapa saudara) |
Kerjaya muzik | |
Genre | Balada, Pop & R&B |
Alat muzik | Vokal |
Syarikat rakaman | FMC Music Rocketfuel Entertainment Universal Music Malaysia |
Kegiatan berkaitan | Tomok, Syamel |
Nur Ernie Shahirah Zakri (lahir 23 Jun 1992) merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia. Beliau merupakan juara pertandingan Bintang RTM edisi 2009.[1][2] Pada tahun 2018, beliau bersama rakan duet Syamel, memenangi anugerah Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu ke-32.[2][3] Selain itu, beliau merupakan bekas guru muzik di Akademi Muzik Bentley di Mutiara Damansara, Petaling Jaya.
Kehidupan awal
Ernie Zakri dilahirkan di Kuala Lumpur.[4] Beliau mendapat pendidikan di SMK (P) Methodist, Kuala Lumpur, kemudian memperoleh ijazah Muzik di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Shah Alam.[4][5] Beliau juga memegang Ijazah Muzik di Universiti Malaya (UM).[6] Ibu Ernie, Rafiaah Mohamed merupakan sepupu kepada dua penyanyi tersohor negara, Ziana Zain dan Anuar Zain.[nota 1][7] Bapa Ernie, Zakri Ahmad merupakan pemain dram kumpulan Kilat.[4]
Kerjaya
Setelah menjuarai pertandingan Bintang RTM 2009[1], kerjaya Ernie sebagai penyanyi tanah air seolah senyap buat seketika walaupun setelah beliau menerbitkan album berjudul "Sinaran" pada tahun 2011[8]. Nama Ernie menjadi popular menerusi program Duo Star dengan gandingan Syamel[9].
Selain fokus dalam mengusahakan kerjayanya sebagai penyanyi, Ernie juga merupakan seorang guru vokal. Sehingga kini, kelas vokal anjurannya mendapat sambutan baik termasuklah juga daripada rakan artis yang pernah mengikuti kelas vokalnya. Antara rakan artis yang juga merupakan pelajar beliau termasuklah Siti Nordiana, Siti Sarah Raisuddin, Amira Othman dan Azza Elite.[10] Pada tahun 2015, Ernie muncul dengan single "Takkan Pudar" hasil ciptaan Akir dari kumpulan Hyper Act, ia menjadi lagu tema drama "Hati Perempuan" di TV3.[11]
Ernie juga telah diberi kepercayaan dalam menjadi pelatih dan guru vokal untuk peserta program Big Stage anjuran Astro[12]. Ernie pernah berlakon dalam satu telefilem istimewa Aidilfitri di samping Tomok[13]. Berikutan kejayaan kerjasama mereka, duo ini mengeluarkan single duet kedua mereka, "Takkan Terlerai" pada April 2019.[14]
Beliau juga terpilih untuk meminjamkan suara Bawang Merah dan Bawang Putih dalam filem animasi, "Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal".[15] Ernie memulakan kerjaya lakonan menerusi drama "Suri Katriana" yang disiarkan di Astro Prima.[16] Pada November 2019, singlenya Ku Bersuara terpilih sebagai finalis Anugerah Juara Lagu ke-34.[17][18][19]
Pada Julai 2020, Ernie melancarkan single terbaharunya, "Boneka".[20] Lagu ini ialah hasil nukilan oleh Omar K, Firdaus Rahmat dan Iqie Hugh, berkisarkan tentang kekuatan seseorang individu selepas putus cinta dengan pasangannya. Ini menjadi muzik video pertamanya di mana beliau mula memakai hijab.[21][22][23]
Pada Mac 2021, Ernie berjaya mara ke Anugerah Juara Lagu ke-35 dengan membawa lagu Gundah yang ditulis dan dihasilkan oleh Ernie sendiri bersama Sharon Paul dan Ernie memenangi anugerah Vokal Terbaik.
Kehidupan peribadi
Pada tahun 2020, beliau mula bertudung selepas mengumumkan penampilan terbaharunya di Instagram.[24] Pada 16 Ogos 2020, beliau bertunang dengan rakan penyanyi, Syamel[25] dan berkahwin pada 26 Mac 2021.[26]
Vokal
Profil vokal
Ernie Zakri memiliki jenis suara Lyrical Soprano iaitu suara yang berada di kawasan julat vokal yang tinggi hingga ke not (E6) . Beliau sering meraih pujian kerana penggunaan teknik vokal yang sihat dan seimbang. Beliau juga mampu menyanyikan not-not tinggi didampingi getaran vibrato yang stabil seperti yang didemonstrasikan dalam lagu "My All". Tidak kurang daripada itu beliau mahir memanipulasikan variasi dinamik dalam nyanyian. Oleh itu, beliau mendapat jolokan "Ariana Grande Malaysia" di kalangan netizen. Beliau juga mahir dalam nyanyian klasikal opera seperti dalam lagu Malaysia Prihatin, Ernie Zakri merupakan penyanyi asal lagu ini yang mana ia menjadi lagu tema Hari Kebangsaan yang Ke-63. Beliau juga sering menyanyikan lagu-lagu klasikal opera yang terkenal seperti Phantom Of The Opera. Beliau juga digelar sebagai "Queen of Headvoice Malaysia".
- Jenis suara: Lyrical Soprano
- Julat vokal: (D3 - C6 - F6 - C#7)
- Julat vokal yang disokong: (F3 - F5 - C#6)
- Not-not tinggi:
Jenis not | Persembahan |
---|---|
C#6 | Ku Bersuara (AJL34) |
C6 | Aku Cinta (AJL32) |
D6 | Aura (AJL39) |
E6 | Jangan Marah |
A5 | Ikut Rentakku |
F5 | Gundah (AJL35) |
- Not rendah: Eb3 - Misteri
Kolaborasi
Sepanjang kerjayanya, beliau telah berkolaborasi dengan ramai artis Malaysia, namun lebih dikenali menerusi gandingannya bersama Syamel.
Gandingan terbaharu beliau adalah bersama Hafiz Suip dengan lagu duet Berakhirlah Pencarianku.[27]
Diskografi
Album studio
Tajuk | Butiran album |
---|---|
Sinaran |
|
Aura |
|
Single
Tahun | Tajuk Lagu | Kolaborasi | Penulis Lirik | Komposer | Album | Catatan |
---|---|---|---|---|---|---|
2011 | "Mahu Ingin Bercinta" | — | Zamzoy | Intan Shaharudin | Sinaran | |
"Rindu Bukan Teman" | — | Dangsuria Shahadrian | Azlan Abu Hassan | |||
2012 | "Khalimah Janji" | Aiman Hakim Ridza | Buddhi Hekayat | Manusia Putih | Single bukan album | |
2015 | "Takkan Pudar" | — | Frozen | Akir HyperAct | ||
"Ini Yang Ku Mahu" | — | Amzar Viral | DJ Fuzz | |||
2016 | "Jangan Marah" | — | Viral | |||
2017 | "Aku Cinta" | Syamel | OST drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati | |||
2018 | "Misteri" | — | Gouffran & Sang Hitam | OST drama Dian | ||
"Ku Bersuara" | — | Syamel, Omar K, Blaine Bakri & John Jeevasingham | ||||
2019 | "Buai Laju-laju" | — | Les Copaque Production Sdn. Bhd. | OST filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal | ||
"Sinar Mata Hati" | — | Slenfadzil | Helen Yap | OST drama Suri Katriana | ||
"Takkan Terlerai" | Syamel | Ernie Zakri & Fedtri Yahya | Sharon Paul, Ernie Zakri & Syamel | OST filem Jebat | ||
"Seru Hari Lebaran" | Siso Kopratasa | S. Atan | ||||
2020 | "Gundah" | — | Ernie Zakri & Sharon Paul | |||
"Boneka" | — | Omar K, Iqie Hugh & Firdaus Rahmat | OST drama Bougainvillea | |||
2021 | "Goodbye Hello" | Syamel | Ernie Zakri, Syamel, Faizal Tahir & Mike Chan | |||
"Berakhirlah Pencarianku" | Hafiz Suip | Dato' A. Aida | Ikhwan Fatanna & Wan Saleh | |||
2022 | "Korban" | — | Ernie Zakri | |||
"Astana" | — | Omar K, Shazriq Azeman, Ernie Zakri & Syamel | ||||
"Hal Hebat" | Govinda | Ade Govinda | ||||
2023 | "Suasana Hari Raya" | — | Akbar Khan | Sharifah Aini | ||
"Jemput Raya" | — | John Jeevasingham, Shazriq Azeman & Omar K | ||||
"Sirna" | — | Slenfadzli & Ernie Zakri | Sharon Paul | OST filem Sumpahan Jerunei | ||
"The Best" | — | Firdaus Rahmat, John Jeevasingham & Shazriq Azeman | Aura | |||
"Ayuh" | Kmy Kmo, Aman RA & Malique | Malique & Tripdisz | Single bukan album | OST filem Polis EVO 3 | ||
"Sampai Tua" | Syamel | Faizal Tahir, Mage, Pique, Glowrush, Syamel & Ernie Zakri | ||||
"Masing Masing" | Ade Govinda | Ade Govinda & Nabila V | Ade Govinda | Aura | OST drama Indonesia Luka Cinta | |
2024 | "Aura" | — | Ernie Zakri, John Jeevasingham & Firdaus Rahmat | |||
"LUV" | Sabronzo | Alawn, ALYSA, Ernie Zakri, Shin Hyuk, John Jeevasingham & Kirsten Collins | Single bukan album | |||
"HAHAHAHAHari Raya" | — | Ajay Amai, Ernie Zakri & Mage | ||||
"Jangan Hilang Percaya" | — | Syamel & Jiwa | Aura | |||
2025 | "Surreal Experiences" | Lil’ J, Nicole, Reza, Davesh & Thamiera | — | Single bukan album | Lagu tema Tahun Melawat Malaysia 2026 | |
"Nostalgia" | — | Allan Andersn | ||||
"Kisah Penuh Kecewa" | Anggi Marito | Clara Riva, Ernie Zakri & S/EEK | Ernie Zakri & S/EEK | |||
"Dansa" | — | Ernie Zakri & John Jeeves |
Nota: Lagu yang berwarna kuning adalah lagu yang telah bertanding di Anugerah Juara Lagu manakala warna hijau merujuk kepada lagu hari perayaan
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2019 | Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal | Bawang Merah & Bawang Putih | Suara & filem pertama |
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2019 | Suri Katriana | Suri | Astro Prima | Drama lakonan pertama beliau |
2021 | Kalau Dah Berbini | Siti | Astro Warna | |
2024 | Luka Cinta | Dirinya sendiri | SCTV | Drama Indonesia, penampilan khas |
Televisyen
Tahun | Tajuk | Sebagai | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2009 | Bintang RTM | Peserta | TV2 | |
2016 | Duo Star | Astro Ria | bersama Syamel | |
2018 | Big Stage (musim 1) | Guru Vokal | Astro Ria | |
2019 | Mentor Milenia 2019 | Mentor | TV3 | |
J.K.K (Musim ke-5) | Mira | Episod 7: "Kampung Contoh" | ||
2020 | Immortal Songs: Lagu Lama Menyengat Semula | Peserta | Episod 7 - Lagenda Fauziah Latiff | |
2021 | Shuk Nak Tanya 2 | Artis Jemputan | Awesome TV | |
Havoc Nak Raya | TV3 | |||
2022 | Sepahtu Reunion Live 2022 | Eika | Astro Warna | Episod "Tolong Jagakan Dia" |
2023 | Konsert Minggu Ini | Dirinya sendiri | TV2 | Episod: "Syamel dan Ernie" |
TVS LIVE | TVS | Episod: "Ernie Zakri dan Huza Tahir" | ||
2025 | Ernie Zakri & Friends | TV2 |
Audiosiar
Tahun | Tajuk | Saluran | Catatan |
---|---|---|---|
2022 | "PODCAST BERSAMA ERNIE ZAKRI, SEBALIK LAGU KORBAN, KONSERT BERSAMA SYAMEL & HAL HEBAT" | Budiey Channel | |
2023 | "Studio Sembang - Bintang Bersuara Ft. Ernie Zakri" | ATHQ Media | |
"Syamel Kuat Menyakat Kampung Ernie Zakri di Klang" | SINAR | bersama Syamel | |
"Ernie Zakri Pernah Berangan Nak Jadi Pramugari (SHOW DALAM BILIK)" | ohbulanofficial | ||
2024 | "Podcast Collab Paling Ikonik: #AJL38 X TikTok Malaysia" | TV3MALAYSIA OFFICIAL | bersama Aina Abdul, sempena AJL38 |
"Aina Minat Ernie Waktu Zaman Sekolah #AJL38" | SEISMIK TV | ||
"CartaERA40" | ERA | ||
"Exclusive Interview With Ernie Zakri Tentang Masing-Masing, Rumahtangga & Music!" | OUTSIDEIN Podcast | ||
"Podcast ABPBH36 Ep4: Disuruh minum air longkang untuk laris, Ernie Zakri kenang detik jadi penyanyi" | Berita Harian Online | sempena ABPBH36 |
Anugerah dan pencalonan
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan | Ruj. |
---|---|---|---|---|---|
2018 | Anugerah Juara Lagu ke-32 | Vokal Terbaik | "Aku Cinta" (bersama Syamel) | Menang | [2] |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 | Artis Kolaborasi Duo/Berkumpulan Popular | Dirinya sendiri (bersama Syamel) | Menang | [28] | |
2020 | Anugerah Juara Lagu ke-34 | Finalis | "Ku Bersuara" | Finalis | [17][18] |
Anugerah MeleTOP Era 2020 | Penyanyi MeleTOP | Dirinya sendiri (untuk "Ku Bersuara") | Tercalon | [29] | |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 | Penyanyi Wanita Popular | Dirinya sendiri | Tercalon | ||
2021 | Anugerah Juara Lagu ke-35 | Vokal Terbaik | "Gundah" | Menang | [30] |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 | Penyanyi Wanita Popular Xiaomi | Dirinya sendiri | Tercalon | ||
2022 | Anugerah Juara Lagu ke-36 | Terbuka | "Boneka"[nota 2] | Tercalon | [31] |
Anugerah MeleTOP Era 2021 | Penyanyi Popular Era | Dirinya sendiri (untuk "Gundah" & "Boneka") | Tercalon | ||
Video MeleTOP | "Boneka" | Tercalon | |||
Anugerah Industri Muzik ke-23 | Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Wanita) | "Sinar Mata Hati" | Menang | [32] | |
Lagu Pop Terbaik | "Goodbye Hello" (bersama Syamel) | Menang | |||
Lagu Terbaik | Menang | ||||
Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Dalam Lagu | Tercalon | ||||
"Berakhirlah Pencarianku" (bersama Hafiz Suip) | Tercalon | ||||
2023 | Anugerah Juara Lagu ke-37 | Terbuka | "Korban" | Finalis | [33] |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 | Penyanyi Wanita Popular | Dirinya sendiri | Tercalon | ||
2024 | Anugerah Juara Lagu ke-38 | Terbuka | "Astana" | Finalis | [34] |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 | Lagu Paling Boom Popular | "Masing Masing" | Menang | [35] | |
SCTV Awards 2024 | Soundtrack Sinetron Paling Ngetop[nota 3] | Menang | [36] | ||
ContentAsia Award | Best Original Song for An Asian TV Series/Programme or Movie | "Ayuh" | Menang | ||
Festival Filem Malaysia ke-33 | Lagu Tema Terbaik | Tercalon | |||
2025 | Anugerah Juara Lagu ke-39 | Vokal Terbaik | "Aura" | Menang | [37] |
Gempak Most Wanted Awards 2024 | Video Muzik Tergempak 2024 | "Masing Masing" | Tercalon | ||
2025 Music Awards Japan | Best Song Asia | Tercalon | [38] | ||
Best of Listeners' Choice: International Song[nota 4] | Tercalon | ||||
Anugerah Melodi Terhangat 2025 | Selebriti Muzik Paling Onz & Terhangat | Dirinya sendiri | Tercalon | [39] | |
Selebriti Ikon Terhangat | Tercalon | ||||
Selebriti Couple Goal Terhangat | Dirinya sendiri (bersama Syamel) | Tercalon | |||
Anugerah Industri Muzik ke-24 | Kulit Album/Single Terbaik | Aura | Tercalon | [40][41] | |
Rakaman Album Terbaik | Tercalon | ||||
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) | "Aura" | Tercalon | |||
Rakaman Lagu Terbaik | Menang | ||||
Lagu Pop Terbaik | Tercalon | ||||
Video Muzik Terbaik | "Ayuh" | Tercalon | |||
Runut Bunyi Terbaik Di Dalam Filem atau Drama | Tercalon | ||||
Kolaborasi Artis Tempatan Bersama Artis/Komposer Luar Negara Terbaik | Masing Masing" (bersama Ade Govinda) | Menang | |||
Lagu Paling Tinggi Distrim | Menang | ||||
Lagu Inggeris Tempatan Terbaik | "The Best" | Tercalon | |||
Anugerah MeleTOP Era 2025 | Lagu MeleTOP | "Aura" | Tercalon | ||
Penyanyi MeleTOP | Dirinya sendiri (untuk "Aura") | Tercalon | |||
Vokal MeleTOP | Tercalon | ||||
Grup/Duo MeleTOP | Dirinya sendiri (bersama Ade Govinda) | Tercalon | |||
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-37 | Penyanyi Wanita Popular | Dirinya sendiri | Tercalon |
Nota: Anugerah dan pencalonan yang diwarnakan merupakan bilangan penyertaan Anugerah Industri Muzik dan Anugerah Juara Lagu
Catatan
Rujukan
- ^ a b Mohamad, Zaidi (9 Februari 2017). "Ernie Zakri berguru dengan dua anak Pak Zain". Berita Harian. Dicapai pada 1 September 2018.
- ^ a b c Mohd Tahir, Sudirman (14 February 2018). "Ernie, Syamel power!". Harian Metro. Dicapai pada 18 January 2020.
- ^ Zulhilmi Jalil (2 Disember 2018). "Ernie mahu jadi diri sendiri". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-04. Dicapai pada 2021-03-25.
- ^ a b c GP, Mustazah (6 January 2019). "Biodata dan latar belakang Ernie Zakri". iluminasi.com. Dicapai pada 18 January 2020.
- ^ "Saya rasa janggal ajar Siti Nordiana - Ernie Zakri". Astro Awani. 7 January 2018. Dicapai pada 18 January 2020.
- ^ Mohamed, Raja Nurfatimah Mawar (9 February 2020). "'Ernie tak fikir siapa hebat dan dahsyat'". Berita Harian. Dicapai pada 12 February 2020.
- ^ Razal, Kamaruddin (27 Januari 2017). "Ernie Zakri Tak Guna Nama Ziana & Anuar Zain Untuk Popular". Gempak.com. Dicapai pada 1 September 2018.
- ^ KARIM, HARYATI. "Tuah tujuh tahun Ernie Zakri". KOSMO!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-29. Dicapai pada 1 September 2018.
- ^ AWALUDIN, NURUL FADILA. "Kelangsungan kerjaya Ernie Zakri". KOSMO!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-29. Dicapai pada 1 September 2018.
- ^ Atak, Feride Hikmet (14 Julai 2016). "Karier nyanyian kurang menyerlah, Ernie hampir putus asa". Berita Harian. Dicapai pada 1 September 2018.
- ^ "Lagu latar popularkan Ernie". Utusan Malaysia. 5 Mei 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-05-05. Dicapai pada 26 Mac 2016.
- ^ Rahman, Ifqdar (6 Ogos 2018). "Ernie Zakri tinggalkan FMC Music sah milik Astro". Utusan. Dicapai pada 1 September 2018.
- ^ Nordin, Norhayati (6 Ogos 2017). "Ernie seronok fokus karier". Harian Metro. Dicapai pada 1 September 2018.
- ^ Badrul Hashim (12 April 2019). "Ernie & Syamel Lancar Single Duet Kedua, Takkan Terlerai". Gempak. Dicapai pada 18 January 2020.
- ^ Dennis Chua (14 June 2019). "#Showbiz: Voicing out her talent". New Straits Times. Dicapai pada 18 January 2020.
- ^ Azlina Mazli (9 October 2019). ""Saya sangka job ini kacang saja" - Ernie Zakri rasa tertipu, menyesal terima tawaran berlakon". mstar.com.my. Dicapai pada 18 January 2020.
- ^ a b "12 Lagu Yang Mara Ke Pentas AJL34". eh.com.my. 29 November 2019. Dicapai pada 18 January 2020.
- ^ a b Serimah Mohd Sallehuddin (11 February 2020). "'Kebolehan Hafiz tiada pada penyanyi lain'". Berita Harian. Dicapai pada 12 February 2020.
- ^ Nor Azurin Ali (19 November 2018). "Ernie Zakri luah rasa dalam lagu". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-20. Dicapai pada 26 Mac 2019.
- ^ Budiey (27 Julai 2020). "Ernie Zakri lantang bersuara dalam Boneka". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 16 September 2020.
- ^ "Ernie Zakri tampil bertenaga dengan imej berbeza menerusi Boneka". Kopiplanet. 28 Julai 2020. Dicapai pada 16 September 2020.
- ^ "Ernie Zakri bawa penampilan dan rentak berbeza dalam 'Boneka'". FEMAG Online. 28 Julai 2020. Dicapai pada 26 September 2020.
- ^ Fendi Ghafar (25 Julai 2020). "Gaya pelik Ernie curi tumpuan". Suara.TV. Dicapai pada 8 November 2020.
- ^ Zaidi Mohamad (24 Mac 2020). Ernie Zakri bertudung Berita Harian. Dicapai pada 18 September 2020.
- ^ Nur Asyikin Mayudin (16 Ogos 2020). Tahniah! Ernie Zakri kini tunang Syamel, rancang nikah tahun depan - "Doa yang baik-baik buat kami" mStar Online. Dicapai pada 18 September 2020.
- ^ Ernie kini milik Syamel, selamat bernikah pagi Jumaat
- ^ Tahir, Sudirman Mohd (2021-07-16). "Paduan dua vokal hebat". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-08-15.
- ^ Zulaikha Yusof (8 Oktober 2018). "Keputusan pemenang ABPBH 2018 Anugerah Bintang Popular BH 31". gempak.com. Dicapai pada 18 January 2020.
- ^ Mustazah GP (3 March 2020). "Senarai Calon Top 5 Anugerah Meletop Era 2020". iluminasi.com. Dicapai pada 4 March 2020.
- ^ "Aina Abdul tewas Vokal Terbaik di tangan Ernie Zakri... Lagu 'Gila' julang trofi AJL35 - Hiburan | mStar". www.mstar.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2021-03-15. Dicapai pada 2025-08-15.
- ^ Mahmud, Farihad Shalla (2022-03-06). "Syamel ganti Ernie nyanyi Boneka". Berita Harian (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-08-15.
- ^ AZMI, MOHAMMAD SHAHEMY (2022-09-12). "Genggam trofi AIM umpama mimpi – Ernie Zakri". Kosmo Digital. Dicapai pada 2025-08-15.
- ^ Khairil (2023-01-31). "AJL 37: Berhasrat Genggam Trofi Vokal Terbaik, 'Korban' Tanggungjawab Besar Ernie Zakri". XTRA (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-08-15.
- ^ Ilyasha, Amirul (2023-12-17). "Jangan Mati Rasa Itu, Astana & Darah Antara 12 Lagu Ke AJL38" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-08-15.
- ^ Sallehuddin, Serimah Mohd (2024-10-11). "ABPBH 36: 'Masing Masing' kolaborasi Ernie Zakri, Ade Govinda dinobat Lagu Paling Boom Popular". Berita Harian (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-08-15.
- ^ Shahrin (2024-11-21). "Lagu Masing-Masing Ernie Zakri Menang Anugerah Di Indonesia" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-08-15.
- ^ Jefri, Syafil Syazwan (2025-02-22). "Permulaan terindah 2025". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-08-15.
- ^ "Ernie Zakri Cipta Sejarah Lagi, Lagu Masing-Masing Tercalon Dalam Music Awards Japan! - Remaja". www.remaja.my. 2025-03-14. Dicapai pada 2025-08-16.
- ^ Rostam, Affan (2025-07-17). "Saingan sengit Aina, Ernie pada AMT 2025". Berita Harian (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-08-15.
- ^ SAIDI, NUR AL-FAIRUZA SYARFA NOR (2025-08-14). "Aina, Ernie, Dayang ungguli 9 pencalonan AIM24". Kosmo Digital. Dicapai pada 2025-08-15.
- ^ Chua, Dennis (2025-09-14). "#SHOWBIZ: Aina, Ernie win big in AIM24". NSTP (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-08-15.
Pautan luar
- Ernie Zakri di Facebook
- Ernie Zakri di X
- Ernie Zakri di Instagram
Didahului oleh Dayang Nurfaizah (29, 30, 31) Hafiz Suip (34) |
Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu 32 (bersama Syamel), 35, 39 |
Diikuti oleh: Masih menyandang Misha Omar (33) Aina Abdul (36), (37), (38) |
- Nama pengguna X sama seperti Wikidata
- Kelahiran 1992
- Orang hidup
- Orang dari Kuala Lumpur
- Penyanyi wanita Malaysia
- Orang Malaysia berketurunan Melayu
- Muslim Malaysia
- Peserta Bintang RTM
- Penyanyi berbahasa Melayu
- Alumni Universiti Teknologi MARA
- Alumni Universiti Malaya
- Artis FMC Music
- Artis Universal Music Malaysia