Fieya Julia | |
---|---|
Nama lahir | Nur Syafiyah binti Sejali |
Kelahiran | Kuching, Sarawak, Malaysia | 11 Oktober 1999
Genre | Pop, balada |
Pekerjaan | Penyanyi & Penyampai Radio |
Instrumen | Vokal Guitarist |
Tahun aktif | 2018–kini |
Syarikat rakaman | Aries Music |
Pengkarya berkait |
|
Nur Syafiyah Sejali[1] atau lebih dikenali sebagai Fieya Julia (lahir 11 Oktober 1999) merupakan seorang penyanyi, penggubah lagu, penulis lirik dan penyampai radio wanita Malaysia.[2][3] Nama Julia diambil sempena nama arwah ibu beliau. Beliau terkenal dengan single pertamanya, Perasaanku yang menjadi lagu tema drama Semua Salahku di TV3. Pada tahun 2019, beliau merupakan salah seorang peserta Big Stage musim kedua.
Kehidupan awal
Fieya dilahirkan dan dibesarkan di Kuching, Sarawak dan merupakan anak bongsu daripada tiga beradik.[1] Ibunya meninggal dunia pada 2004 akibat barah ketika Fieya baru berusia 5 tahun, manakala bapanya merupakan seorang pesara tentera.[4]
Kerjaya
Fieya mula menyanyi pada usia 11 tahun dan pernah menyertai Bintang Kecil RTM Peringkat Negeri Sarawak pada 2010.[1] Bakat Fieya mula digilap dengan memuat naik video nyanyian semula artis popular di YouTube sejak 2012. Video nyanyian semula beliau mendapat tontonan lebih 300,000 di YouTube.[1] Pada pertengahan Mei 2018, Fieya dilamar untuk bernaung di bawah pengurusan Aries Music.[1]
Big Stage (musim 2)
Pada tahun 2019, Fieya Julia telah terpilih sebagai peserta Big Stage 2 yang menampilkan peserta yang hebat dari dalam negara mahupun di luar negara termasuk Irfan Haris, Syada Amzah, Kucaimars, Aziz Harun, Han Byul, Chaleeda dan ramai lagi.[5][6] Fieya bersama-sama dengan Kucaimars gagal mara ke pentas akhir dan tersingkir di konsert minggu ketujuh,[7][8][9] berikut ialah senarai persembahan beliau dalam Big Stage:
Minggu | Tema | Lagu | Penyanyi asal | Keputusan |
---|---|---|---|---|
Minggu 1 | Lagu sendiri/cover | "Perasaanku" | Dirinya sendiri | TERSELAMAT |
Minggu 2 | Hype Beat | "Jahat" | Stacy | TERSELAMAT |
Minggu 3 | Glocal Hits | "Pudar" | Indah Ruhaila | TERSELAMAT |
Minggu 4 | Duominasi | "Haram" (bersama Sufian Suhaimi) | Hael Husaini & Dayang Nurfaizah | TERSELAMAT |
Minggu 5 | Cannot Brain | "Sang Saka Biru" | Joe Flizzow, Altimet, SonaOne & Alif | TERSELAMAT |
Minggu 6 | Lagu Pilihan Dato' Sri Siti Nurhaliza | "Kamu Dan Kenangan" | Maudy Ayunda | TERSELAMAT |
Minggu 7 | Road To Final | "Chandelier" | Sia | TERSINGKIR |
Kehidupan peribadi
Pada Ogos 2021, beliau tampil mengenakan tudung sambil mengatakan "penat dengan hidup sebelum ini".[10] Beliau mengakui dirinya menjadi lebih tenang selepas mengenakan hijab.[11]
Diskografi
Single
- Penampilan solo
Tahun | Single | Album | Nota |
---|---|---|---|
2018 | "Perasaanku" | Single | Lagu tema drama Semua Salahku |
2019 | "Seperti Ini" | ||
"Jangan Gila" | Big Stage 2019 | ||
2020 | "Penantian" | Single | |
2021 | "Halusinasi" | Lagu ciptaan sepenuhnya oleh Fieya Julia sendiri | |
2022 | "Hari Raya Untuk Semua" | Lagu raya ciptaan sepenuhnya oleh Fieya Julia sendiri |
- Penampilan bersama penyanyi lain
Tahun | Single | Bersama | Album | Nota |
---|---|---|---|---|
2019 | "Assalamualaika Ya Rasulullah 2019" | Luqman Faiz | Single | |
2020 | "Suasana Hari Lebaran" | Sufian Suhaimi, Luqman Faiz, Aiman Tino, Fara Hezel dan Yazid Izaham[12] | ||
2021 | "Segalanya Telah Berakhir" | Yazid Izaham | Nyanyian semula lagu tahun 1999 oleh Eddie Hamid | |
2022 | "Mahligaimu Dari Airmataku" | Luqman Faiz | Nyanyian semula lagu tahun 1996 oleh Lestari | |
"Erti Sempurna" | Danial Chuer |
Rujukan
- ^ a b c d e Ramlah Zainal (10 September 2018). "Ubah nasib keluarga". Harian Metro. Dicapai pada 31 Ogos 2019.
- ^ Zaidi Moahamad (24 Jun 2020). Fieya Julia lambat panas Berita Harian. Dicapai pada 4 Oktober 2020.
- ^ Singer Fieya Julia steers clear of gossip The Star Online. 7 Ogos 2020. Dicapai pada 4 Oktober 2020.
- ^ Ridzuan Abdul Rahman (2 Oktober 2019). 'Kalau boleh nak berlakon pula' – Fieya Harian Metro. Dicapai pada 3 Mei 2020.
- ^ Big Stage kembali, BBNU Korea Selatan jadi tumpuan. mstar. Dicapai pada 9 Ogos 2019.
- ^ Asyraf Roslan (7 Ogos 2019). "Big Stage buka gelanggang untuk peserta serantau, termasuk BBNU Korea Selatan". Astro Awani. Dicapai pada 31 Ogos 2019.
- ^ Zulaikha Yusof (30 September 2019). Big Stage 2019: Fieya & Kucaimars gagal ke final... Ini kedudukan peserta dan markah keseluruhan konsert separuh akhir! Astro Gempak. Dicapai pada 4 Oktober 2019.
- ^ Aqmar Mustaza (29 September 2019). Impian Feiya Julia, Kucaimars ke final lebur Sinar Harian. Dicapai pada 4 Oktober 2019.
- ^ Budiey (29 September 2019). Fieya Julia, Kucaimars tersingkir di Semi Final Big Stage 2019 Sensasi Selebriti. Dicapai pada 4 Oktober 2019.
- ^ Sairul Zamri Misrani (15 Ogos 2021). "Dah penat dengan hidup sebelum ini - Fieya Julia". Kosmo!. Dicapai pada 16 Ogos 2021.
- ^ Qarami Hashim (15 Ogos 2021). "Lama pasang niat, akhirnya Fieya Julia nekad bertudung - "Gambar freehair dalam telefon pun saya delete tak mahu simpan"". mStar. Dicapai pada 14 September 2021.
- ^ Zaidi Mohamad (6 Mei 2020). "Paduan suara enam penyanyi". Berita Harian. Dicapai pada 6 Mei 2020.