Sarah Suhairi | |
---|---|
Kelahiran | |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon |
Tahun aktif | 2017–kini |
Pasangan | Aswad Anuar (k. 2024) |
Sarah Suhairi (lahir 3 Ogos 2000) merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia.[1][2] Beliau mula dikenali ramai setelah menjuarai sebuah program realiti TV nyanyian terbaru terbitan Astro, Big Stage pada tahun 2018.[3][4][5]
Kerjaya
Kerjaya awal
Sarah mula memperkenalkan bakatnya di media sosial menerusi nyanyian lagu saduran tempatan dan luar negara sebelum mendapat tawaran sebagai artis rakaman. Kemunculan sulung beliau dalam arus perdana adalah menerusi single berjudul "Pedih" hasil ciptaan Room None dan lirik oleh Iman Imran.[6] Video muzik lagu itu sehingga kini telahpun meraih lebih 9.6 juta tontonan di laman Youtube sejak dilancarkan April 2018. Laman rasmi YouTubenya kini mengumpul 81.3 ribu pengikut dengan video lagu saduran paling popular iaitu lagu Solo Jennie Kim yang ditonton lebih dari 1.3 juta tontotan. Persembahan dan bakatnya dalam program realiti Big Stage musim pertama disenangi serta menerima pujian penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, sekaligus dinobatkan sebagai juara sulung pertandingan itu.[7] Beliau juga berbakat dalam rap.[8][9][10] Selepas tamat program realiti Big Stage, beliau mengeluarkan single keduanya yang berjudul "Nyawa & Raga" yang meraih lebih dari 4.7 juta tontonan.
Beliau kemudian berduet bersama Aepul Roza menerusi lagu "Entah Apa".[11] Dalam tahun 2021, beliau muncul dengan 3 single serentak, iaitu "Mungkin", "Kau Yang Bertakhta" dan "Andaikan".[12][13][14]
Single terbaharu beliau, "Pasrah" dikeluarkan pada Januari 2022.[15]
Big Stage (musim 1)
Sarah menyertai pertandingan Big Stage musim pertama dan bersaing bersama rakan-rakan BBNU (Budak Baru Nak Up) bagi menempa nama dalam industri muzik tanah air. Peserta yang terlibat termasuk Sissy Imann, Ariff Bahran, Afieq Shazwan, Andi Bernadee, Tajul Ariff, Syafiq Farhain, Baby Shima, Fara Hezel dan Wani Kayrie.[16][17]
Berikut ialah lagu-lagu yang ditugaskan untuk dipersembahkan oleh beliau ketika konsert mingguan Big Stage:
Konsert | Tema | Lagu | Penyanyi asal | Keputusan |
---|---|---|---|---|
Minggu 1 | Lagu Viral | "Pedih" | Dirinya sendiri | TERSELAMAT |
Minggu 2 | Lit Throwback | "Kesetiaan" | Siti Sarah | TERSELAMAT |
Minggu 3 | Sama-sama Up | "You Are The Reason"
(duet bersama Ismail Izzani) |
Calum Scott | TERSELAMAT |
Minggu 4 | Tapi Bukan Aku | "Ddu-Du Ddu-Du" | Blackpink | TERSELAMAT |
Minggu 5 | Hot List Digital | "Sesungguhnya Aku" | Alif Satar | TERSELAMAT |
Minggu 6 | Lagu Pilihan Siti Nurhaliza | "Sesal Separuh Nyawa" | Alyah | TERSELAMAT |
Minggu 7 (Separuh Akhir) | Road To Final | "Hey Ladies" | Rossa | TERSELAMAT |
"Perjalananku"
(duet bersama Syamel) |
Jamal Abdillah | TERSELAMAT | ||
Minggu 8 (Akhir) | Cover Penentuan & Lagu Baru | "Awan Yang Terpilu" | Ning Baizura | JUARA |
"Nyawa & Raga" (Lagu baru) | Dirinya sendiri |
Diskografi
Single
Tajuk | Tahun |
---|---|
"Pedih" | 2018 |
"Nyawa & Raga" | |
"Rise & Fall" | 2019 |
"Selamat Berhari Raya" (bersama Ariff Bahran) | |
"Bicara Rasa" (bersama Ariff Bahran) | |
"Satu Di Hati" (bersama Ariff Bahran) | 2020 |
"Entah Apa" (bersama Aepul Roza) | |
"Mungkin" | 2021 |
"Kau Yang Bertakhta" | |
"Andaikan" | |
"Pasrah" | 2022 |
"Burn" | |
"SAH" (bersama Alfie Zumi) | 2024 |
"With You" (bersama Aswad Anuar) |
Single promosi
Tajuk | Tahun | Catatan |
---|---|---|
"Dong Dong Qiang" | 2022 | Lagu Tahun Baharu Cina. Bersama Ayie (Floor 88), Harry Khalifah, Lia Aziz, Beby Acha dan Adilia Hilda.[18] |
Filemografi
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2019 | Sis Cuba | Nora | TV3 (Sunsilk) |
|
2020 | Salam Squad 2.0 | Cikgu Rubiah | Astro Ceria | |
2022 | Pak Kodi 5G (Musim 3) | Sarah | TV3 |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2019 | Geng Big Stage Beraya | Melur | Astro Ria |
Televisyen
Tahun | Tajuk | Sebagai | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2018 | Big Stage (musim 1) | Peserta | Astro Ria | Juara |
2019 | The House | Dirinya sendiri | bersama Sissy Imann dan Wani Kayrie | |
2020 | Immortal Songs Malaysia | Peserta | TV3 | |
MPop! | Pengacara | TV3/TV9 |
Anugerah dan pencalonan
Tahun | Anugerah | Pencalonan kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2018 | Big Stage | JUARA | |
2019 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 | Artis Baharu Wanita Popular | Tercalon |
Penyanyi Wanita Popular | Tercalon | ||
Anugerah Instafamous Hurr.Tv | Muca Instafamous | MENANG |
Rujukan
- ^ "Sarah tetap dambakan ilmu". Kosmo!. 23 Disember 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-01. Dicapai pada 25 Mac 2018.
- ^ "Sarah enggan dibayangi". Kosmo!. 19 November 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-20. Dicapai pada 27 Mac 2019.
- ^ Norhayati Nordin (18 Mac 2019). "Sarah Suhairi buru impian ketepi gosip". Harian Metro. Dicapai pada 11 Mei 2019.
- ^ Muhamad Fairoz Azizan (24 September 2018). "Sarah Suhairi juara Big Stage". Berita Harian. Dicapai pada 11 Mei 2019.
- ^ Nurfarhana Muhamed (9 Julai 2019). "Angan-angan jadi kenyataan". Utusan Malaysia. Dicapai pada 18 Julai 2019.
- ^ Nur Asyikin Mayudin (21 April 2018). "Kalau 'Pedih' dapat sambutan, lupakan dulu pelajaran - Sarah Suhairi". mStar Online. Dicapai pada 20 Jun 2018.
- ^ Wawann Mohd (25 Mac 2019). "Sarah Suhairi mahu hentikan gosip". Sinar Harian. Dicapai pada 11 Mei 2019.
- ^ Syahirah Mokhtazar (9 November 2018). "#Showbiz: Sarah Suhairi aims to be Malaysia's first hijab-wearing rapper". New Straits Times. Dicapai pada 11 Mei 2019.
- ^ Zaidi Mohamad (14 Mac 2019). "Sarah Suhairi jadi 'rapper'". Berita Harian. Dicapai pada 20 Jun 2019.
- ^ Zaidi Mohamad (9 November 2018). "Sarah mahu dikenali sebagai penyanyi rap bertudung". Berita Harian. Dicapai pada 20 Jun 2019.
- ^ Norhayati Nordin (23 Disember 2020). "Syukur masih menyinar". Harian Metro. Dicapai pada 29 Julai 2021.
- ^ Nur Emira Saizali (17 Julai 2021). "Biarlah lambat panas - Sarah Suhairi". Kosmo!. Dicapai pada 29 Julai 2021.
- ^ Farihad Shalla Mahmud. "Sarah lambat 'panas'". Berita Harian.
- ^ Arif Fadli Mohd Sori (23 Mac 2021). "Sarah Suhairi tak mahu kekal selesa". Utusan Malaysia. Dicapai pada 29 Julai 2021.
- ^ Norhayati Nordin (24 Januari 2022). "Single baharu pengubat duka". Harian Metro. Dicapai pada 26 Januari 2022.
- ^ Nur Asyikin Mayudin (24 Julai 2018). 10 artis muda berentap dalam pertandingan realiti baharu 'Big Stage' mStar Online. Dicapai pada 25 Julai 2018.
- ^ Nor Azurin Ali (23 September 2018). Sarah Suhairi juara Big Stage pertama Kosmo!. Dicapai pada 1 Oktober 2018.
- ^ Yee Xiang Yun (19 Januari 2022). "Malay CNY song hits right note" (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. Dicapai pada 22 Januari 2022.