Elica Paujin | |
---|---|
Nama lahir | Angelica Paujin[1] |
Kelahiran | 20 November 1999 |
Berasal dari | Tambunan |
Genre | Pop, balada |
Pekerjaan | Penyanyi |
Instrumen | Vokal, Dance |
Penampilan sulung | melalui karya Araatan (dusun) dan kau lah (melayu) |
Tahun aktif | 2017—kini |
Syarikat pengurusan | chaoss entertainment |
Syarikat rakaman | benn studio |
Pengkarya berkait | butodbassman | benn simon |
Angelica Paujin (lahir 20 November 1999)[2] merupakan seorang penyanyi wanita Sabah dan juara realiti TV, Mentor Milenia 2017 dan Stariser: Mencari Bintang Nusantara edisi perdana 2020.[3][4] Pada tahun 2022, beliau merupakan peserta bagi program realiti Astro iaitu Big Stage musim keempat dan dinobatkan sebagai juara bagi musim tersebut.[5][6]
Beliau ialah seorang yang berketurunan Dusun. Selain Mentor Milenia 2017, beliau pernah memasuki pertandingan Idola Kecil 3 dan bertanding sehingga ke peringkat separuh akhir ketika berusia 11 tahun.
Latar belakang
Elica dilahirkan pada 20 November 1999 dan dibesarkan di Tambunan, Sabah[7] dan merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik. Beliau ialah seorang yang berketurunan Dusun.[2] Selain Mentor Milenia 2017, beliau pernah memasuki pertandingan Idola Kecil 3 dan bertanding sehingga ke peringkat separuh akhir ketika berusia 11 tahun.[8]
Kerjaya
2010: Idola Kecil 3
Konsert | Tema | Lagu (penyanyi asal) | Rank |
---|---|---|---|
Minggu 1 | Bebas | "Gemilang" (Jaclyn Victor) | Selamat |
Minggu 2 | Pop & Balada | "Realiti Dewi" (Alyah) | Selamat |
Minggu 3 | Duet | "Bertamu Di Kalbu" (Jaclyn Victor (duet Hadi) |
3 Tercorot |
Minggu 4 | Indie Rock | "Aurora" (Estranged) | Selamat |
Minggu 5 | Tribute Dato' Siti Nurhaliza | "Percayalah" (Dato' Siti Nurhaliza) | Selamat |
Minggu Separuh Akhir | Road to Final | "Pakai Buang" (Stacy) | Tersingkir |
2017: Mentor Milenia 2017
Elica terpilih untuk menyertai Mentor Milenia 2017 dan berjaya menarik minat Akim untuk menjadikan Elica protégé beliau. Elica berjaya ke peringkat akhir rancangan tersebut dan berdepan empat pesaing iaitu Usop (Muhammad Saiful Naim Muhd Noor), Along (Mohamad Rozaimi Rosli) dan Syeera (Nur Syaheera Abd Aziz).[9]
Berikut ialah lagu-lagu yang ditugaskan untuk dipersembahkan oleh beliau ketika konsert mingguan Mentor Milenia 2017:
Konsert | Lagu (penyanyi asal | Rank |
---|---|---|
Minggu 1 | "Hurt" (Christina Aguilera) | Ke-2 |
Minggu 2 | "Akhirnya Kini Pasti" (Anita Sarawak) | Ke-3 |
Minggu 3 | "Mama Aku Ingin Pulang" (Nike Ardilla) | Pertama |
Minggu 4 | "Obses" (Akim & The Majistret) + "Janji Manismu" (Aishah) | Pertama |
Minggu 5 | "Benci Tapi Rindu" (Diana Nasution) | 2 Tercorot |
Minggu 6 | "Bang Bang" (Ariana Grande, Nicki Minaj & Jessie J) | Ke-2 |
Minggu 7 | "Rindu Bertandang Lagi" (Dato' Hattan) | Ke-3 |
Minggu 8 | "Bosan" (Stacy) | Ke-2 |
Minggu Separuh Akhir | "Bertamu Di Kalbu" (Jaclyn Victor) | 2 Tercorot |
"Secret Love Song" (Little Mix) (duet Akim Ahmad) | ||
Minggu Akhir | "Ceritera Cinta" (Jaclyn Victor & Rio Febrian) (duet Hael Husaini) |
Juara |
"Samar Bayangan" (Nicky Astria) |
2017–2019: Single pertama dan pelancaran lagu-lagu bahasa Dusun
Elica melancarkan single pertama beliau, "Bila Nanti" pada Jun 2017 melalui Paradox Music.[10] Walaubagaimanapun, single tersebut gagal meraih sambutan daripada para peminat.[7] Elica merupakan antara artis kelahiran Sabah yang mengadakan persembahan di Festival Muzik dan Pameran Eko Pelancongan Tambunan yang diadakan pada 25 November 2017 bagi mempromosikan Tahun Melawat Tambunan 2017.[11] Artis yang terlibat termasuk Rosario Bianis, Francis Landong, Esther Applunius Chin, George Lian, Jestie Alexius, dan lain-lain.[11]
Mulai Mac 2018, beliau bernaung di bawah pengurusan Rhythm & Rhyme Entertainment.[7] Pada Oktober 2018, Elica terpilih untuk mewakili Malaysia ke Festival K-Pop Dunia Changwon 2018 dalam kategori vokal.[4] Single kedua Elica yang berentak K-pop, "Kau Lah!" dilancarkan pada November 2018.[7] Elica melancarkan lagu-lagu berbahasa Dusun. Salah satu single beliau, Araatan telah dinobatkan Juara Lagu Popular (JLP) Kadazan Dusun Murut (KDM) 2019.[12]
2020-kini: "Stariser: Mencari Bintang Nusantara" dan Big Stage
Pada April 2020, Elica terpilih sebagai salah satu daripada enam finalis satu rancangan realiti hiburan nusantara, "Stariser : Mencari Bintang Nusantara" edisi perdana 2020 dan seterusnya dinobatkan sebagai juara keseluruhan rancangan tersebut. Beliau yang mempertaruhkan lagu "Haram" berjaya membawa pulang wang kemenangan RM10,000.[3]
Berikut ialah lagu-lagu yang dipertaruhkan oleh Elica untuk pertandingan "Stariser : Mencari Bintang Nusantara" edisi perdana 2020:[13]:
Persembahan dan Keputusan "Stariser : Mencari Bintang Nusantara" | |||||
---|---|---|---|---|---|
Episod | Lagu | Artis | Keputusan # | ||
Battle Round 2 | "Jampi" | Hael Husaini | Mara ke Grand Finale | ||
Grand Finale | "Haram" | Hael Husaini | Pemenang
|
Pada tahun 2022, Elica terpilih sebagai salah seorang daripada 11 peserta Big Stage musim keempat dan telah dinobatkan sebagai juara. Menewaskan empat peserta lain, beliau meraih hadiah wang tunai RM100,000 dan trofi.[14]
Berikut ialah lagu-lagu yang ditugaskan untuk dipersembahkan oleh beliau ketika konsert mingguan Big Stage:
Persembahan dan Keputusan Big Stage musim 4 | |||||
---|---|---|---|---|---|
Konsert | Tema | Lagu | Penyanyi asal | Keputusan | |
Minggu 1 | Game On | "Samar Bayangan" | Nicky Astria | 5 | |
Minggu 2 | Hypebeat | "Impikan" | Dolla | 1 | |
Minggu 3 | Playlist 2000 | "Behind These Hazel Eyes" | Kelly Clarkson | 2 | |
Minggu 4 | Go Viral! | "Bagaimana Kalau Aku Tidak Baik-Baik Saja" | Judika | 2 | |
Minggu 5 | This Is Siti Nurhaliza | "Ku Milikmu" | Siti Nurhaliza | 1 | |
Minggu 6 | Rotasi 36T | "Rindu" | Hetty Koes Endang | 6 | |
Minggu 7 (Separuh Akhir) | Flex & Battle Mashup | "Anggapan Mu" | Ziana Zain | 4 | |
"Hukum Karma & Pelesit Kota" (battle Yazmin Aziz) | Wings & Search | ||||
Minggu 8 (Akhir) | Ultimatum Solo & Duet | "Cinta" | Marsha Milan Londoh | JUARA | |
"Believer"
(duet bersama Hael Husaini) |
Imagine Dragons |
Diskografi
Single
- Sebagai artis utama
Tahun | Judul Lagu | Album | Nota |
---|---|---|---|
2017 | "Bila Nanti" | Bukan album single | |
2018 | "Kau Lah!" | ||
2019 | "Araatan" (Benci) | Lagu dalam Bahasa Dusun di bawah benn studio | |
"Hilang" | Single di bawah Jozel Entertainment.[15] | ||
2020 | "Momuhobo" (Bernafas) | Lagu dalam Bahasa Dusun di bawah benn studio.[16] | |
"Percaya Aku" | Single terbitan MPH Sdn Bhd & Benn's Studio.[17] | ||
2021 | napasan | single dibawah benn studio | |
2022 | uhupai oku | ||
2024 | oh huminodun | single dwibahasa di bawah Chaoss entertainment | |
oh huminodun (dusun version) | |||
Queen | Single berbahasa English di bawah chaoss entertainment |
- Sebagai duet atau artis jemputan
Tahun | Judul Lagu | Album | Nota |
---|---|---|---|
2019 | "Agabku" (Niatku) | Bukan album single | Menampilkan Rosario Bianis. Lagu dalam Bahasa Dusun. |
2020 | "Sabah Bangkit" | Bersama S.B.H menampilkan Fareed K-Clique, Noki K-Clique, Tuju K-Clique, Velvet Lawrence Aduk, Marsha Milan, Rich Estranged, MKNK, Brie, Andrea, Elle & Sipsofcola.[18] | |
"AKU FAIYA" | Bersama BRYFRHN, YUNK-G dan SkyonSax.[19] | ||
2021 | Sonsodo | Single Duet Bersama Arddley Nicholas | |
2023 | Torimoonku | Single Duet Bersama Rosario Bianis | |
2023 | Racun | Single Duet Bersama Dem lepak Boyz |
Muzik video
Tahun | Judul Lagu | Pengarah | Nota |
---|---|---|---|
2018 | "Kau Lah!" | - | YouTube chanel rythm&rhyme entertaiment |
2019 | "Araatan" (Benci) | Jevf Shen | YouTube chanel Jevf Shen |
2020 | "Momuhobo" (Bernafas) | Benn Simon[20] | YouTube chanel benn studi |
"Sabah Bangkit" | - | Terbitan KGE Studio.[18] | |
"AKU FAIYA" | Bryan Kouju | Terbitan NuBornMusic.[19] | |
2022 | uhupai oku | einstein majanil | YouTube channel elica paujin |
2023 | torimoonku | einstein majanil | YouTube channel elica paujin |
2024 | oh huminodun | einstein majanil | YouTube chanel elica paujin |
Queen | einstein majanil | YouTube chanel elica paujin |
Anugerah dan pencalonan
Tahun | Anugerah | Kategori | Karya tercalon | Keputusan | Rujukan |
---|---|---|---|---|---|
2017 | Mentor Milenia 2017 | - | - | Pemenang
|
[9] |
2019 | Juara Lagu Popular (JLP) Kadazan Dusun Murut (KDM) | - | "Araatan" (Benci) | Menang | [12] |
2020 | Stariser : Mencari Bintang Nusantara | - | - | Pemenang
|
[3] |
2022 | Big Stage 2022 | - | - | Pemenang
|
|
2023 | separuh akhir muzik-muzik 38 | - | Racun | Kalah |
Rujukan
- ^ Kemalia Othman (8 Mei 2017). "Elica Mahu Balik Sabah Buat Kenduri". mstar.com.my. Dicapai pada 19 Februari 2019.
- ^ a b Sairul Zamri (9 Mei 2017). "Biodata Elica". EncikShino.com. Dicapai pada 19 Februari 2019.
- ^ a b c "Menang RM10,000, Elica Paujin Juara Stariser 2020!". Amri Hassan. Gempak.com. 19 April 2020. Dicapai pada 2 September 2020.
- ^ a b Harap tuah menyebelahi saya - Elica. Harian Metro. 3 Julai 2018.
- ^ Sairul Zamri Misrani (19 Januari 2022). "Big Stage 2022 kembali, Tegar, Jerung Merah antara yang bertanding". Kosmo!. Dicapai pada 20 Januari 2022.
- ^ Fatin Farhana Ariffin (28 Mac 2022). "Elica Paujin juara Big Stage 2022". Berita Harian. Dicapai pada 28 Mac 2022.
- ^ a b c d Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaklonstacy
- ^ Muhammad Azrul Mohd. Radi (9 Mei 2017). "Kejutan Elica di Mentor". Utusan Melayu. Dicapai pada 19 Februari 2019.
- ^ a b Budiey (3 Mei 2017). "Usop, Along, Syeera & Elica Mara Ke Konsert Akhir Mentor Milenia 2017". Budiey.com. Dicapai pada 20 Februari 2019.
- ^ "Bila Nanti - Single". 13 Jun 2017. Dicapai pada 20 Februari 2019.
- ^ a b "Festival Muzik dan Pameran Eko Pelancongan bakal meriahkan Tambunan 25 Nov ini". New Sabah Times. 18 November 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 November 2017. Dicapai pada 14 Mac 2019.
- ^ a b Alfred Petrus. "BEN SIMON UNGGULI JUARA LAGU POPULAR KDM 2019, RANGKUL TIGA KEMENANGAN". Sabah News Today. Dicapai pada 24 Mei 2019.[pautan mati kekal]
- ^ "Jadi Juara di Ajang Stariser 2020, Elica Paujin : Emosi Muncul Dari Hati". Gempak ID. Gempak.com. 19 April 2020. Dicapai pada 2 September 2020.
- ^ Najiy Jefri (28 Mac 2022). "Elica dinobatkan juara Big Stage 2022". Harian Metro. Dicapai pada 28 Mac 2022.
- ^ Benn Studio. "Hilang-Elica Paujin". Dicapai pada 17 November 2019.
- ^ Benn Studio (17 Mei 2020). "MOMUHOBO - ELICA PAUJIN". Dicapai pada 18 Mei 2020.
- ^ MPH Studio Official (20 November 2020). "Percaya Aku - Elica Paujin (Official Audio)". Dicapai pada 22 November 2020.
- ^ a b Anne Grace Savitha (10 September 2020). "'Sabah Bangkit': Stars rally for youth empowerment in the Land Below the Wind (VIDEO)". Dicapai pada 11 September 2020.
- ^ a b NuBorn Music Malaysia (8 Oktober 2020). "AKU FAIYA - ELICA PAUJIN / BRYFRHN / YUNK - G / SKYONSAX [Official Music Video]". Dicapai pada 9 Oktober 2020.
- ^ Benn Studio (30 Ogos 2020). "MOMUHOBO - ELICA PAUJIN (Official Music Video)". Dicapai pada 2 September 2020.