Pulau Tiga adalah sebuah pulau yang tidak dihuni oleh manusia yang terletak di Laut China Selatan, dekat pesisir pantai barat Sabah, Malaysia.
Pulau ini wujud dalam peta Borneo oleh Petrus Plancius, pada tahun 1594 dengan label Pulo Tigao.. bukan terbentuk pada 21 September 1897 ketika gempa bumi yang melanda Mindanao menyebabkan letusan gunung berapi dekat Borneo.
Pulau Tiga terkenal sebagai lokasi pengambaran rancangan TV realiti Survivor yang pertama. Pulau ini tidaklah begitu terkenal berbanding dengan pulau Sipadan dan pulau Layang-Layang yang juga terletak di Sabah.
Habitat pulau ini amat sesuai untuk ular laut. Di daratan pulau ini terdapat lopak-lopak lumpur gunung berapi. Lopak lumpur gunung berapi ini amat baik untuk merawat penyakit kulit .