Persekutuan Rusia
| |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Lagu kebangsaan: "Gosudarstvennyy Gimn Rossiyskoy Federatsii" "Lagu Negara Persekutuan Rusia" | |||||
Wilayah Rusia yang diiktiraf ditunjukkan dalam warna hijau gelap; wilayah yang dituntut dan dipertikaikan ditunjukkan dalam warna hijau muda.[a]
| |||||
Ibu negara dan bandar terbesar | Moskow 55°45′N 37°37′E / 55.750°N 37.617°E | ||||
Bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan | Rusia | ||||
Bahasa kebangsaan yang diiktiraf | Lihat Bahasa-bahasa Rusia | ||||
Kumpulan etnik (2010) | |||||
Agama |
| ||||
Demonim | Orang Rusia | ||||
Kerajaan | Republik berperlembagaan separa presiden parti dominan persekutuan | ||||
• Presiden | Vladimir Putin (Владимир Путин) | ||||
Mikhail Mishustin (Михаил Мишустин) | |||||
• Yang di-Pertua Majlis Persekutuan | Valentina Matviyenko (Валенти́на Матвие́нко) | ||||
• Yang di-Pertua Duma Negara | Vyacheslav Volodin (Вячеслав Володин) | ||||
Vyacheslav Lebedev (Вячеслав Лебедев) | |||||
Badan perundangan | Perhimpunan Persekutuan | ||||
Majlis Persekutuan | |||||
Duma Negara | |||||
Pembentukan | |||||
• Novgorod dibina | 862 | ||||
879 | |||||
• Duci Agung Moskow | 1283 | ||||
• Ketsaran Rusia | 16 Januari 1547 | ||||
22 Oktober 1721 | |||||
15 Mac 1917 | |||||
• Persekutuan Rusia | 8 Disember 1991[c] | ||||
• Perlembagaan semasa | 12 Disember 1993 | ||||
• Politi terakhir dimasukkan | 18 Maret 2014 | ||||
• Pindaan terakhir | 4 Jul 2020 | ||||
Keluasan | |||||
• Jumlah | 17,098,246 km2 (6,601,670 bt2)[4] (tanpa Krimea)[d] (Ke-1) | ||||
13[6] (termasuk kawasan paya) | |||||
Populasi | |||||
• Perkiraan 2020 | (ke-9) | ||||
8.4/km2 (21.8/sq mi) (ke-225) | |||||
KDNK (PPP) | 2020 | ||||
• Jumlah | ▲ $4.519 trillion[8] (ke-5) | ||||
▲ $30,819[8] (ke-50) | |||||
KDNK (nominal) | 2020 | ||||
• Jumlah | ▲ $1.657 trillion[8] (ke-11) | ||||
▲ $11,305 (ke-61) | |||||
Gini (2018) | 37.5[9] sederhana · ke-98 | ||||
HDI (2018) | ▲ 0.824[10] sangat tinggi · ke-49 | ||||
Mata wang | Rubel Rusia (₽) ( RUB ) | ||||
Format tarikh | dd.mm.yyyy | ||||
Arah memandu | kanan | ||||
Kod panggilan | +7 | ||||
Kod ISO 3166 | RU | ||||
DPT internet |
Rusia, (Rusia: Россия, tr. Rossiya IPA: rɐˈsʲijə; atau Persekutuan Rusia,[11][e]), ialah sebuah negara rentas benua yang terletak di Eropah Timur dan Asia Utara. Dengan meliputi kawasan seluas 17,125,200 kilometer persegi (6,612,100 bt2),[12] ia merupakan negara terbesar di dunia mengikut keluasan, merentangi lebih daripada satu perlapan kawasan tanah yang didiami di Bumi,[13][14] menjangkau sebelas zon masa, dan bersempadan dengan 16 negara berdaulat. Wilayah Rusia meluas dari Laut Baltik di barat ke Lautan Pasifik di Timur, dan dari Lautan Artik di utara ke Laut Hitam dan Caucasus di selatan. Dengan 146.7 juta penduduk tinggal dalam 85 Subjek Persekutuan negara tersebut,[7] Rusia merupakan negara paling ramai penduduk di Eropah dan kesembilan di dunia.[15][16] Bandar terbesar dan ibu kota Rusia ialah Moskow; kawasan bandar utama yang lain termasuk Saint Petersburg, Novosibirsk, Yekaterinburg, Nizhny Novgorod, Kazan dan Chelyabinsk.
Etimologi
Nama asal negara ini ialah Rus' (Русь), sebuah negara zaman pertengahan yang diduduki oleh kaum Slav Timur. Akan tetapi, nama khas ini lebih menonjol kemudian, maka negara ini mendapat gelaran "Russkaya Zemlya" (Русская Земля), iaitu "Tanah Rus'". Untuk membezakan negara ini daripada negeri-negeri lain yang berasal daripadanya, ia digelar Kievan Rus' dalam kerja historiografi moden.
Nama Rus' ada satu nama Latin lama itu Ruthenia yang lazimnya digunakan untuk kawasan barat dan selatan Rus' yang berdekatan dengan rantau Eropah Katolik. Nama negara ini sekarang, "Rossiya" (Россия), berasal dari nama Rus' versi Yunani iaitu Rosía (Ρωσία) iaitu nama Kievan Rus' dalam Empayar Byzantium.[17]
Sejarah
Sejarah Rusia bermula dengan kisah silam kaum Slav Timur.[18][19] Tarikh permulaan tradisi sejarah Rusia spesifik adalah penubuhan negara Rus di utara pada tahun 862 yang diperintah oleh Viking.[20] Rus Kiev, negara Slav Timur bersatu yang pertama, ditubuhkan oleh pewaris Rurik, Oleg dari Novgorod pada tahun 882.[21] Negara ini memeluk agama Kristian daripada Empayar Byzantium pada tahun 988,[22] maka bermulanya persepaduan kebudayaan Bizantium dan Slav yang mencorakkan budaya Rusia selama seabad yang seterusnya.[23] Kievan Rus' akhirnya cerai-berai akibat Serangan Mongol terhadap Rus' pada tahun 1237–1240. Ketika itu, munculnya sebilangan kuasa serantau, khususnya Novgorod dan Pskov, yang merebut warisan budaya dan politik Kievan Rus'.
Selepas abad ke-13, Moskow mulai mendominasi bekas pusat kebudayaan itu.[23] Pada tahun 1547, Adipati Agung Ivan Ganas ditabalkan sebagai Tsar pertama Rusia. Menjelang abad ke-18, Duci Agung Moskow berkembang menjadi Empayar Rusia yang terbentang luas dari Komanwel Poland-Lithuania ke arah timur hingga Lautan Pasifik. Peluasan wilayah ke arah barat mencelikkan lagi kefahaman Rusia akan betapa terpisahnya daripada seluruh Eropah, sekaligus memecahkan keterpencilan yang dialaminya pada awal peluasan. Rejim demi rejim yang bersilih-ganti pada abad ke-19 menangani tekanan sedemikian dengan pembaharuan yang tidak bersungguh-sungguh serta penindasan. Perhambaan di Rusia dimansuhkan pada tahun 1861, tetapi pemansuhan itu tercapai atas dasar-dasar yang tidak menyebelahi kaum petani dan terus menghangatkan lagi tekanan untuk berrevolusi. Dari masa pemansuhan perhambaan hingga meletusnya Perang Dunia Pertama pada tahun 1914, pembaharuan Stolypin, perlembagaan 1906 dan Duma Negara melakukan perubahan ketara pada ekonomi dan politik Rusia,[24]tetapi tsar (maharaja) masih tidak sanggup melepaskan pemerintahan autokrasi atau berkongsi kuasa.[25] Akhirnya, kerakusan kuasa kerabat diraja membawa padah kepada Tsar Nikolai II selaku Maharaja terakhir yang digulingkan di penghujung Perang Dunia Pertama.
Revolusi Rusia pada tahun 1917 dicetuskan oleh keruntuhan ekonomi, kelelahan daripada berperang, dan ketidakpuasan hati rakyat terhadap sistem kerajaan autokratik, sehingga pemerintahan beraja diganti oleh kerajaan sementara campuran liberal dan sosialis sederhana, tetapi kegagalan dasar-dasar mereka menyebabkan pada 25 Oktober, tampuk pemerintahan negara ini jatuh di tangan Bolshevik Komunis yang memerintah secara sistem satu parti[26] mulai tahun 1918. Pada tahun 1922, Rusia bersama beberapa republik lain di Eropah Timur yang memeluk fahaman sosialis membentuk Kesatuan Soviet, sebuah negara berasaskan ideologi komunisme yang kemudiannya disertai oleh beberapa lagi republik sosialis yang berjiran dengannya di Eropah Timur dan Asia Barat dan Tengah. Bagaimanapun, pendekatan sosialisme yang diamalkan oleh Kesatuan Soviet berbeza-beza dari zaman ke zaman, bermula dengan ekonomi campuran dan kepelbagaian masyarakat dan kebudayaan pada tahun 1920-an yang digantikan oleh ekonomi perancangan pusat dan kezaliman zaman Joseph Stalin hingga "zaman genangan" pada 1980-an. Di sebalik keperitan itu, Kesatuan Soviet tetap melakar detik-detik terpenting dalam sejarah manusia, misalnya menyertai Pihak Berikat yang menjadi pihak yang menang dalam Perang Dunia Kedua (1937–1945) ke atas ancaman Kuasa Paksi (German Nazi dan Empayar Japan), cuba meluaskan ideologi dan pengaruh Komunisme ke seluruh dunia hingga membimbangkan Amerika Syarikat dan kuasa-kuasa lain lalu mencetuskan Perang Dingin yang berlarutan sejak akhir Perang Dunia hingga akhir 1980-an; melancarkan satelit buatan manusia pertama serta menghantar manusia pertama, Yuri Gagarin, ke angkasa lepas. Pada akhir 1980-an, akibat kelemahan struktur ekonomi dan politik yang makin meruncing, kepimpinan Komunis melakukan pembaharuan besar-besaran yang menyebabkan tumbangnya Kesatuan Soviet.[27]
Semenjak ditubuhkan pada tahun 1991, Persekutuan Rusia diakui sebagai pewaris sah kepada Kesatuan Soviet di mata dunia.[28] Bagaimanapun, Rusia kehilangan taraf kuasa terbesarnya kerana berdepan dengan cabaran getir dalam usahanya untuk membentuk sistem politik dan ekonomi pasca-Soviet yang baru. Dengan menggugurkan ekonomi terancang sosialis dan pemiliknegaraan harta dari zaman Soviet, Rusia cuba membina ekonomi yang berunsur kapitalisme pasaran tetapi tidak kurang mendapat hasil yang memilukan.[27] Sehingga hari ini, Rusia mewarisi banyak kesinambungan budaya politik dan struktur sosialnya daripada zaman silam Tsar dan Soviet.
Politik
Pemerintahan
Vladimir Putin Presiden |
Mikhail Mishustin Perdana Menteri |
Menurut Perlembagaan Rusia, negara ini merupakan sebuah persekutuan asimetrik dan republik separa presiden. Presiden ialah ketua negara[29] dan Perdana Menteri ialah ketua kerajaan. Persekutuan Rusia pada dasarnya berstruktur demokrasi berperwakilan berbilang parti, dengan kerajaan persekutuan yang terdiri daripada tiga cabang:
- Perundangan: Perhimpunan Persekutuan dwidewan yang terdiri daripada Duma Negara (450 ahli) dan Majlis Persekutuan (170 ahli), menerima undang-undang persekutuan, mengisytiharkan perang, meluluskan perjanjian, mengawal perbelanjaan dan berkuasa mendakwa Presiden.
- Eksekutif: Presiden ialah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera, boleh membatalkan rang undang-undang sebelum dijadikan undang-undang, serta melantik Jemaah Menteri dan pegawai-pegawai lain yang mentadbir dan menguatkuasa undang-undang dan dasar-dasar persekutuan.
- Kehakiman: Mahkamah Perlembagaan, Mahkamah Agung dan makhamah-makhamah persekutuan rendah. Para hakim mahkamah-mahkamah tersebut dilantik oleh Majlis Persekutuan atas nasihat Presiden, mentafsir undang-undang dan membatalkan undang-undang yang didapati bercanggah dengan perlembagaan.
Presiden dipilih oleh rakyat mengundi untuk penggal enam tahun (layak hingga dua penggal sahaja, tetapi bukan penggal ketiga berturut-turut).[30] Jemaah Menteri terdiri daripada Perdana Menteri dan timbalan-timbalan, menteri-menteri, dan individu-individu lain yang terpilih; kesemua mereka dilantik oleh Presiden atas nasihat Perdana Menteri (sementara pelantikan Perdana Menteri memerlukan persetujuan Duma Negara). Parti-parti politik utama di Rusia termasuk Rusia Bersatu, Parti Komunis, Parti Demokratik Liberal Rusia, dan Rusia Adil. Pada tahun 2019, Rusia diletakkan di tempat ke-134 daripada 167 negara dalam Indeks Demokrasi, yang disusun oleh Unit Perisikan The Economist,[31] sementara Projek Keadilan Dunia, setakat tahun 2014, meletakkan Rusia di tempat ke-80 daripada 99 negara ditinjau dari segi peraturan perundangan.[32]
Bahagian politik
- Subjek persekutuan
Mengikut Perlembagaan, negara tersebut terdiri daripada lapan puluh lima subjek persekutuan,[33] termasuk Republik Krimea dan bandar raya persekutuan Sevastopol yang dipertikai.[34] Pada tahun 1993, apabila Perlembagaan diguna pakai, terdapat lapan puluh sembilan subjek persekutuan yang disenaraikan, tetapi kemudian ada sesetengah daripada mereka digabungkan. Subjek-subjek tersebut mempunyai perwakilan sama rata—dua wakil untuk setiap subjek—dalam Majlis Persekutuan.[35] Bagaimanapun, subjek-subjek ini berbeza dari segi tahap autonomi yang dinikmati.
- 46 oblast (wilayah): jenis subjek persekutuan yang terbanyak, dengan gabenor lantikan persekutuan dan perundangan lantikan setempat.
- 22 republik: berautonomi atas nama; setiap satu mempunyai perlembagaan, presiden dan parliment sendiri. Republik dibenarkan menetapkan bahasa rasmi sendiri di samping bahasa Rusia tetapi diwakili oleh kerajaan persekutuan dalam hal-ehwal luar negara. Republik dimaksudkan sebagai tanah air kelompok etnik minoriti tertentu.
- 9 krai (jajahan): pokoknya sama dengan oblast. Nama "krai" adalah bersejarah, asalnya diberikan kepada kawasan sempadan dan juga bahagian pentadbiran yang terdiri daripada okrug berautonomi atau oblast berautonomi.
- 4 okrug (negeri autonomi): asalnya entiti berautonomi dalam oblast dan krai yang dibentuk untuk kelompok minoriti etnik, tarafnya dinaikkan kepada subjek persekutuan pada 1990-an. Semua pentadbiran okrug berautonomi masih tertakluk kepada krai atau oblast yang dianggotainya kecuali Negeri autonomi Chukotka.
- 1 oblast autonomi (Wilayah autonomi Yahudi): asalnya oblast berautonomi selaku unit pentadbiran di bawah taklukan krai. Pada tahun 1990, semuanya kecuali WA Yahudi dinaik taraf kepada republik.
- 3 bandar persekutuan (Moskow, St. Petersburg dan Sevastopol): bandaraya besar yang berfungsi sebagai kawasan berasingan.
- Daerah persekutuan
Subjek-subjek persekutuan dikumpulkan kepada lapan daerah persekutuan, setiap satunya ditadbir oleh seorang duta lantikan Presiden Rusia.[36] Berbeza dengan subjek persekutuan, daerah persekutuan ini bukan peringkat kerajaan subnasional, sebaliknya merupakan tahap pentadbiran dalam kerajaan persekutuan. Duta daerah persekutuan berkhidmat sebagai penghubung antara subjek-subjek dan kerajaan persekutuan, dan bertanggungjawab terutamanya untuk memantau kepatuhan subjek-subjek dengan undang-undang persekutuan.
Geografi
Rusia merupakan negara terbesar di dunia; jumlah keluasannya ialah 17,075,200 kilometer persegi (6,592,800 bt2).[37][38] Hal ini menjadikannya lebih besar daripada benua Oceania, Eropah dan Antartika. Ia terletak di antara latitud 41° dengan 82° U, dan longitud 19° T ke 169° B.
Perkembangan wilayah Rusia adalah sebahagian besar dicapai pada akhir abad ke-16 di bawah Cossack Yermak Timofeyevich semasa pemerintahan Ivan Ganas, pada suatu masa apabila negara kota yang bersaing di kawasan barat Rusia berkumpul bersama untuk membentuk sebuah negara. Yermak mengumpulkan sebuah pasukan tentera dan menolaknya ke timur. Beliau menawan hampir kesemua tanah yang pernah dimiliki Orang Mongol, menewaskan pemerintah mereka, Khan Kuchum.[39]
Rusia mempunyai sebuah tapak sumber asli yang luas, termasuk deposit utama kayu balak, petroleum, gas asli, batu arang, bijih dan sumber mineral yang lain.
Ekonomi
Ekonomi Rusia merupakan sebuah ekonomi pendapatan tengah atas[40] campuran dan peralihan. Ia merupakan ekonomi negara terbesar kelima di Eropah, KDNK nominal terbesar kesebelas di dunia, dan ekonomi negara terbesar kelima di dunia mengikut pariti kuasa beli.
Minyak, gas asli, logam dan kayu merangkumi 80% eksport Rusia.[41] Sejak 2003, eksport barang mentah mula berkurang seiring dengan membaiknya pasar dalam negeri. Meskipun dengan harga tenaga yang tinggi, petroleum dan gas asli hanya menyumbang dalam 5.7% KDNK Rusia.[42] Pendapatan minyak membolehkan Rusia meningkatkan rizab luar negara dari $12 bilion pada 1999 menjadi $597.3 juga pada 2008 - ketiga terbesar di dunia.[43] Di bawah Menteri Kewangan Alexei Kudrin, pendapatan yang berlebih disimpan ke dalam Dana Penstabilan Rusia.[44] Pada 2006, Rusia membayar hampir semua hutang utamanya,[45] menjadilan Rusia sebagai salah satu negara-negara dengan hutang luar negeri terendah dalam kalangan negara-negara utama dunia.[46] Tabung dana ini membantu Rusia keluar dari krisis kewangan global dalam keadaan yang jauh lebih baik daripada yang anggapan pemerhati kewangan.[44]
Demografi
Rusia memiliki jumlah penduduk sebanyak 142.8 juta orang berdasarkan bancian rasmi 2010[47] dan meningkat kepada 145.5 juta orang (anggaran Januari 2022).[48] Ini ialah negara dengan jumlah penduduk terbanyak di Eropah serta kesembilan terbesar di dunia dengan kepadatan sembilan orang per kilometer persegi.[49] Jangka hayat purata penduduk Rusia ialah 73.2 tahun (lelaki: 68.2 tahun, wanita: 78.0 tahun).[50]
Penduduk Rusia terdiri daripada 193 kelompok etnik di seluruh negara.[51] Dalam bancian 2010, kira-kira 81% penduduk ialah golongan etnik Rusia,[51] dan selebihnya tergolong dalam etnik-etnik minoriti,[52] dengan lebih empat per lima penduduk adalah berketurunan Eropah,[52] kebanyakannya golongan Slav,[53] dengan minoriti ketara warga Finnik dan Germanic.[54][55] Jumlah imigran Rusia ialah lebih 11.6 juta orang,[56] ketiga terbesar dunia, dengan kebanyakan daripada mereka datang dari bekas wilayah Soviet.[57]
Bahasa
Bahasa Rusia ialah satu-satunya bahasa rasmi negara, tetapi republik-republik Rusia turut menetapkan bahasa tempatan mereka sebagai bahasa rasmi di samping bahasa Rusia. Abjad Cyril pula merupakan bentuk tulisan rasmi negara. Bahasa Rusia juga merupakan bahasa rasmi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu; kebanyakan buku di dunia ditulis dalam bahasa Inggris dan Bahasa Rusia. Ada lebih 100 bahasa minoriti yang ditutur di Rusia.[58]
Kebudayaan
Rusia ialah sebuah negara multibudaya yang dipengaruhi oleh aneka macam budaya. Budaya dominan Rusia adalah budaya Gereja Ortodoks Yunani yang telah meresap ke dalam kehidupan rakyat Rusia. Kebudayaan Slav Ortodoks, orang Tatar yang berasaskan Islam, suku Buryat bercirikan nomad dan paganisme di Timur Jauh menambah lagi keragaman budaya di Rusia.
Nota
- ^ Krimea, yang dilampirkan oleh Rusia pada 2014, kekal diiktiraf di peringkat antarabangsa (Resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 68/262) sebagai sebahagian daripada Ukraine.[1] Wilayah Donetsk, Luhansk, Kherson dan Zaporizhzhia, yang merupakan dilampirkan—walaupun hanya sebahagiannya diduduki—pada 2022, juga kekal diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai sebahagian daripada Ukraine. Kepulauan Kuril paling selatan telah menjadi subjek pertikaian wilayah dengan Jepun sejak pendudukan mereka oleh Kesatuan Soviet pada akhir Perang Dunia II.
- ^ Krimea yang diilhak Rusia, masih diiktiraf di peringkat antarabangsa (Ketetapan 68/262 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu) sebagai sebahagian daripada Ukraine yang ditunjukkan dalam hijau muda.[2][3]
- ^ Soviet Agung RSPS Rusia memeterai perjanjian tersebut pada 12 Disember, mengutukkan perjanjian tahun 1922.
- ^ Apabila termasuk Republik Krimea dan Sevastopol, jumlah keluasan Rusia meningkat kepada 17,125,191 km2 (6,612,073 bt2)[5]
- ^ Bahasa Rusia: Российская Федерация , tr. Rossiyskaya Federatsiya,IPA: [rɐˈsʲijskəjə fʲɪdʲɪˈratsɨjə], bahasa Inggeris: Russian Federation
Rujukan
- ^ Pifer, Steven (17 March 2020). "Crimea: Six years after illegal annexation". Brookings Institute. Dicapai pada 30 November 2021.
- ^ "Republic of Crimea". The Territories of the Russian Federation 2020. Routledge. 2020. ISBN 9781003007067.
Nota: Wilayah semenanjung Crimea, yang terdiri daripada Bandar Sevastopol dan Republik Krimea, kekal diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai sebahagian daripada Ukraine, berikutan pengilhakan mereka oleh Rusia pada Mac 2014.
- ^ Taylor, Adam (22 March 2014). "Crimea has joined the ranks of the world's 'gray areas.' Here are the others on that list". The Washington Post. Dicapai pada 27 March 2014.
- ^ "World Statistics Pocketbook 2016 edition" (PDF). United Nations Department of Economic and Social Affairs. Statistics Division. Dicapai pada 24 April 2018.
- ^ "Information about availability and distribution of land in the Russian Federation as of 1 January 2017 (by federal subjects of Russia)" Сведения о наличии и распределении земель в Российской Федерации на 1 January 2017 (в разрезе субъектов Российской Федерации). Rosreestr.
- ^ "The Russian federation: general characteristics". Federal State Statistics Service. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 July 2011. Dicapai pada 5 April 2008.
- ^ a b c Оценка численности постоянного населения на 1 января 2020 года и в среднем за 2019 год [Estimated population as of 1 January 2020 and on the average for 2019] (XLS). Russian Federal State Statistics Service (dalam bahasa Rusia). Dicapai pada 21 June 2020.
- ^ a b c "World Economic Outlook Database, October 2019". IMF.org. Tabung Kewangan Antarabangsa. Dicapai pada 18 Januari 2020.
- ^ "GINI index (World Bank estimate) – Russian Federation". World Bank. Dicapai pada 22 March 2020.
- ^ "Human Development Report 2019" (dalam bahasa Inggeris). UNDP. 10 December 2019. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-04-30. Dicapai pada 10 December 2019.
- ^ "The Constitution of the Russian Federation". (Article 1). Dicapai pada 25 June 2009.
The names 'Russian Federation' and 'Russia' shall be equal.
- ^ "General Information". Russian Embassy, Washington DC.
- ^ "Территория и население Российской Федерации". Diarkibkan daripada yang asal pada 16 April 2016.
- ^ "Рекорды и антирекорды России". Diarkibkan daripada yang asal pada 9 March 2016. Dicapai pada 4 February 2019.
- ^ "European Countries by population (2020)".
- ^ "Countries in the world by population (2020)".
- ^ Milner-Gulland, R. R. (1997). The Russians: The People of Europe. Blackwell Publishing. m/s. 1–4.
- ^ "History of Russia – Slavs in Russia: from 1500 BC". Historyworld.net. Dicapai pada 14 July 2016.
- ^ Hosking, Geoffrey; Service, Robert, penyunting (1998). Russian Nationalism, Past and Present. Springer. m/s. 8. ISBN 9781349265329.
- ^ "Повесть временных лет".
- ^ Encyclopædia Britannica: Kievan Rus
- ^ "Kievan Rus' and Mongol Periods". Sam Houston State University. Dicapai pada 2007-07-20.
- ^ a b Kievan Rus' and Mongol Periods, excerpted from Glenn E. Curtis (ed.), Russia: A Country Study, Department of the Army, 1998. ISBN 0-16-061212-8.
- ^ See Jacob Walkin, The Rise of Democracy in Pre-Revolutionary Russia: Political and Social Institutions under the Last Three Czars, Praeger, 1962.
- ^ http://www.ciaonet.org/atlas/countries/ru_data_loc.html#a0 CIAO – Atlas – Russia]
- ^ Revolutions and Civil War, excerpted from Glenn E. Curtis (ed.), Russia: A Country Study, Department of the Army, 1998. ISBN 0-16-061212-8.
- ^ a b See Donald A. Filzer, Soviet Workers and the Collapse of Perestroika: The Soviet Labour Process and Gorbachev's Reforms, 1985–1991, Cambridge University Press, 1994. ISBN 0-521-45292-9.
- ^ Misalnya, lihat Country Profile for the Russian Federation, oleh British Foreign and Commonwealth Office. Diambil pada 21 Julai 2007.
- ^ "The Constitution of the Russian Federation". (Article 80, §1). Dicapai pada 27 Disember 2007.
- ^ "The Constitution of the Russian Federation". (Article 81, §3). Dicapai pada 27 Disember 2007.
- ^ "Democracy at a standstill" (PDF). World Justice Project. 2013. m/s. 7. Dicapai pada 9 August 2014.
- ^ "WJP Rule of Law Index® 2018–2019". data.worldjusticeproject.org.
- ^ "The Constitution of the Russian Federation". pravo.gov.ru (dalam bahasa Russian). 11 April 2014. m/s. 19, 21. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 April 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Treaty Between the Russian Federation and the Republic of Crimea on Ascension to the Russian Federation of the Republic of Crimea and on Establishment of New Subjects Within the Russian Federation" (dalam bahasa Rusia). Kremlin.ru. 18 March 2014. Dicapai pada 10 April 2014.
- ^ "The Constitution of the Russian Federation". (Article 95, § 2). Dicapai pada 27 December 2007.
- ^ Russian Classificaton of Economic Regions (OK 024–95) of 1 January 1997 as amended by the Amendments #1/1998 through #5/2001. Section I. Federal Districts)
- ^ "General Information". Russian 6Embassy. Dicapai pada 14 February 2016.
- ^ Regions of Russia. Social and economic indicators 2015 Diarkibkan 9 April 2016 di Wayback Machine Russian Federal State Statistics Service
- ^ Alton S Donnelly, The Russian Conquest of Bashkiria, 1968, pages 23 and 127; Lincoln, W. Bruce. The Conquest of a Continent: Siberia and the Russians. New York: Random House, 1994, p. 30
- ^ [1], Bank Dunia
- ^ "Russia - The World Factbook". The World Factbook (dalam bahasa Inggeris). Agensi Perisikan Pusat. Dicapai pada 26 Disember 2007.
- ^ "Russia fixed asset investment to reach $370 bln by 2010–Kudrin". RIA Novosti. Dicapai pada 27 Disember 2007.
- ^ "International Reserves of the Russian Federation in 2008". The Central Bank of the Russian Federation. Dicapai pada 30 Julai 2008.
- ^ a b "Kudrin and Fischer honoured by Euromoney and IMF/World Bank meetings in Washington". Euromoney. Dicapai pada 4 Mac 2011.
- ^ "Russia's foreign debt down 31.3% in Q3—finance ministry". RIA Novosti. Dicapai pada 27 Disember 2007.
- ^ Debt – external Diarkibkan 2019-03-17 di Wayback Machine, CIA World Factbook. Dicapai 22 Mei 2010.
- ^ Russian Federal State Statistics Service (2011). Всероссийская перепись населения 2010 года. Том 1 [2010 All-Russian Population Census, vol. 1]. Всероссийская перепись населения 2010 года [2010 All-Russia Population Census] (dalam bahasa Rusia). Federal State Statistics Service.
- ^ Предварительная оценка численности постоянного населения на 1 января 2022 года и в среднем за 2021 год (XLS). Perkhidmatan Statistik Negara Persekutuan Rusia (dalam bahasa Rusia). Dicapai pada 30 Januari 2022.
- ^ "Population density (people per sq. km of land area)". The World Bank. Dicapai pada 16 Jun 2021.
- ^ "Life expectancy and Healthy life expectancy, data by country". Pertubuhan Kesihatan Sedunia. 2020. Dicapai pada 19 April 2021.
- ^ a b "EAll- Russian population census 2010 – Population by nationality, sex and subjects of the Russian Federation". Demoscope Weekly. 2010. Dicapai pada 7 Julai 2021.
- ^ a b "ВПН-2010". perepis-2010.ru. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Januari 2012.
- ^ "Russia – The Indo-European Group". Encyclopedia Britannica. Dicapai pada 18 Julai 2021.
East Slavs—mainly Russians but including some Ukrainians and Belarusians—constitute more than four-fifths of the total population and are prevalent throughout the country.
- ^ Taagepera, Rein (2013). The Finno-Ugric Republics and the Russian State. New York City: Routledge. ISBN 978-0-415-91977-7.
- ^ Sabine Ipsen-Peitzmeier, Markus Kaiser (Hrsg.): Zuhause fremd – Russlanddeutsche zwischen Russland und Deutschland. Bielefeld 2006, ISBN 3-89942-308-9.
- ^ Kirk, Ashley (21 Januari 2016). "Mapped: Which country has the most immigrants?". The Daily Telegraph. Dicapai pada 30 Jun 2021.
- ^ Ragozin, Leonid (3 April 2019). "Russia and Ukraine Fight, But Their People Seek Reconciliation". Bloomberg L.P. Dicapai pada 19 April 2021.
- ^ "Russia - Language, Culture, Customs and Etiquette". Kwintessential.co.uk. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Mei 2013.
Pautan luar
Ketahui lebih lanjut tentang Rusia di Wikipedia: | |
Takrifan dari Wikikamus | |
Imej dan media dari Commons | |
Sumber pembelajaran dari Wikiversity | |
Berita dari Wikiberita | |
Petikan dari Wikipetikan | |
Teks sumber dari Wikisumber | |
Buku teks dari Wikibuku |
Cari Россия, Россия, atau Русь dalam Wikikamus bahasa Melayu, kamus bebas. |
- Kerajaan
- Portal rasmi pemerintah Rusia
- Ketua Negara dan Ahli Kabinet
- Agensi berita Rusia, Ria Novosti
- Voice of Rusia
- Maklumat am
- Rusia di Curlie
- Atlas Wikimedia Russia
- "Russia". CIA World Factbook (ed. 2024). Agensi Perisikan Pusat.
- Rusia di UCB Libraries GovPubs
- Rusia dalam BBC News
- Rusia dalam Encyclopædia Britannica
- Lain-lain
- Post-Soviet Problems dalam Arkib Digital Hal-Ehwal Luar Dean Peter Krogh
- Panduan pelancongan rasmi Rusia
- Konsulat Rusia
{{#switch:||Kategori=