Republik Kosovo Republika e Kosovës Република Косово / Republika Kosovo | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Lagu kebangsaan: Himni i Republikës së Kosovës "Lagu Republik Kosovo" | |||||
![]() | |||||
Ibu negara dan bandar terbesar | Pristina (Prishtina, Priština) | ||||
Bahasa rasmi | Albania Serbia[1] | ||||
Regional languages | |||||
Kerajaan | Republik berparlimen | ||||
• Presiden | Vjosa Osmani | ||||
Albin Kurti (LVV) | |||||
Kemerdekaan daripada Serbia | |||||
17 Februari 2008 | |||||
Keluasan | |||||
• Jumlah | 10,908 km2 (4,212 bt2) | ||||
n/a | |||||
Populasi | |||||
• Perkiraan 2011 | 1,733,842[3] | ||||
• Bancian Penduduk 1991 | 1,956,1962 | ||||
220/km2 (569.8/sq mi) | |||||
KDNK (nominal) | 2009 | ||||
• Jumlah | $5.352 bilion[4] | ||||
$2,965 | |||||
Mata wang | Euro (€)3 ( EUR ) | ||||
Zon waktu | UTC+1 (CET) | ||||
• Musim panas (DST) | UTC+2 (CEST) | ||||
Arah memandu | kanan | ||||
Kod panggilan | +383 | ||||
|
Kosovo (Albania: Kosova, Kosovë; Serbia: Косово "Kosovo" atau Косово и Метохија "Kosovo i Metohija"[5]) ialah sebuah kawasan yang dipertikaikan di rantau Balkan. Republik Kosovo (Albania: Republika e Kosovës; Serbia: Република Косово, Republika Kosovo) sebuah negara yang mengisytiharkan kemerdekaan sendiri dan menerima pengiktirafan sesetengah negara sahaja, menguasai kebanyakan wilayahnya secara de facto, di samping penguasaan terhad di Kosovo Utara.[perlu rujukan] Serbia tidak mengiktiraf pemisahan Kosovo secara unilateral[6], sebaliknya menganggap Kosovo sebagai entiti tadbiran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di dalam wilayah kedaulatan Serbia, iaitu Wilayah Autonomi Kosovo dan Metohija (Serbia: Аутономна Покрајина Косово и Метохија, Autonomna Pokrajina Kosovo i Metohija), menurut Perlembagaan Serbia 2006.[7] Metohija (Albania: Dukagjini or Rrafshi i Dukagjinit) adalah bahagian barat di seluruh wilayah berkenaan.
Kosovo yang tiada pantai bersempadan dengan Serbia Tengah di utara dan timur, Republik Macedonia di selatan, Albania di barat dan Montenegro di barat laut (ketiga-tiga negara tersebut selain Serbia mengiktiraf kedaulatan Republik Kosovo). Bandar raya terbesar dan ibu negara Kosovo ialah Pristina (juga dieja Prishtina atau Priština), diiringi bandar raya lain seperti Peć (Albania: Peja), Prizren, Đakovica (Albania: Gjakova), dan Kosovska Mitrovica (Albania: Mitrovica).
Pada baharian klasik, wilayah yang lebih kurang berpadanan dengan Kosovo masa kini pernah diduduki oleh bangsa Dardani.[8] Kemudian, wilayah Dardani ditakluki oleh empayar-empayar Rom, Byzantine, Bulgaria dan Serbia. Berikutan Pertempuran Kosovo pada tahun 1389, wilayah berkenaan menjadi sebahagian Empayar Uthmaniyyah; maka kawasan ini mendekati Timur Tengah dan penduduknya memeluk agama Islam. Pada akhir abad ke-19, Kosovo menjadi pusat kebangkitan kebangsaan Albania. Pada tahun 1912, wilayah Uthmaniyah ini terbelah di antara Montenegro dan Serbia, kedua-duanya kemudian menganggotai Yugoslavia pada tahun 1918. Pada Perang Dunia Kedua, kebanyakan tanah Kosovo jatuh dalam wilayah Albania tawanan Itali, diikuti pendudukan Jerman Nazi sebelum menjadi wilayah autonomi di RPS Yugoslavia.
Setelah Perang Kosovo dan pengeboman NATO di Yugoslavia pada tahun 1999,[9] wilayah Kosovo menerima pentadbiran sementara dari Misi PBB di Kosovo (UNMIK), yang kemudian menyerahkan kebanyakan peranannya kepada Misi Kedaulatan Undang-Undang Kesatuan Eropah di Kosovo (EULEX) pada Disember 2008.[10] Pada Februari 2008, Perhimpunan Kosovo mengisytiharkan kemerdekaan Kosovo sebagai Republik Kosovo. Kemerdekaannya diiktiraf oleh dan Republik China (Taiwan). Pada 8 Oktober 2008, atas permintaan Serbia, Perhimpunan Agung PBB menerima resolusi yang meminta Mahkamah Keadilan Antarabangsa untuk pendapat nasihat mengenai isu pengisytiharan kemerdekaan Kosovo.[11] Pada 22 Julai 2010, ICJ memutuskan bahawa perisytiharan kemerdekaan Kosovo tidak menyalahi undang-undang antarabangsa, yang mana presidennya menyatakan tiadanya "larangan terhadap perisytiharan kemerdekaan".[12]
Lihat juga
Nota
Rujukan
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamabein12
- ^ "Municipal language compliance in Kosovo". OSCE Minsk Group. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 March 2021. Dicapai pada 17 February 2021.
Turkish language is currently official in Prizren and Mamuşa/Mamushë/Mamuša municipalities. In 2007 and 2008, the municipalities of Gjilan/Gnjilane, southern Mitrovicë/Mitrovica, Prishtinë/Priština and Vushtrri/Vučitrn also recognised Turkish as a language in official use.
- ^ Bancian separa dijalankan pada 2011, bilangan penduduk Kosovo dianggarkan pada 1.9 hingga 2.4 juta orang. Dua bancian penduduk yang dijalankan pada tahun 1981 dan 1991 masing-masing menganggarkan bilangan penduduk Kosovo pada 1.6 juta dan 1.9 juta, tetapi bancian 1991 mungkin terkurang hitung kaum Albania. Anggaran 2001 oleh OSCE menganggarkan 2.4 juta. World Factbook menyatakan anggaran 2,126,708 untuk tahun 2007 (rujuk "Kosovo". CIA World Factbook (ed. 2025). Agensi Perisikan Pusat.).
- ^ "Kosovo". International Monetary Fund. Dicapai pada 2010-04-21.
- ^ Constitution of the Republic of Serbia
- ^ Staff (23 July 2010) "Serbia rejects UN legal ruling on Kosovo's secession" BBC News
- ^ "Documents by Opinion and Study". Venice.coe.int. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-08-05. Dicapai pada 2009-07-20.
- ^ Pannonia and Upper Moesia. A History of the Middle Danube Provinces of the Roman Empire. A Mocsy. Ms. 9, 26, 65.
- ^ Michael Montgomery (2009-04-10). "Europe | Horrors of KLA prison camps revealed". BBC News. Dicapai pada 2009-07-20.
- ^ "EU launches Kosovo police mission", BBC, 9 December 2008. – Retrieved on 19 May 2009.
- ^ "U.N. backs Serbia in judicial move on Kosovo | International". Reuters. 2008-10-08. Dicapai pada 2009-07-20.
- ^ "World court: Kosovo's independence was legal". Associated Press. 2010-07-22. Dicapai pada 2010-07-22.
Sumber
- Cocozelli, Fred (2016). "The Serbs of Kosovo". Dalam Ramet, Sabrina (penyunting). Ethnic Minorities and Politics in Post-Socialist Southeastern Europe. Cambridge University Press. ISBN 978-1-316-98277-8. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 July 2022. Dicapai pada 4 July 2022.
- Curta, Florin (2006). Southeastern Europe in the Middle Ages, 500–1250. Cambridge: Cambridge University Press. ISBN 978-0-521-81539-0.
- Egleder, Julia (2013). Peace Through Peace Media?: The Media Activities of the International Missions (KFOR and UNMIK) and Their Contribution to Peacebuilding in Kosovo from 1999 till 2008. Münster: LIT Verlag. ISBN 978-3-643-90354-9.
- Elsie, Robert (2004), Historical Dictionary of Kosova, Scarecrow Press, ISBN 978-0-8108-5309-6
- Fine, John Van Antwerp (1994). The Late Medieval Balkans: A Critical Survey from the Late Twelfth Century to the Ottoman Conquest. Ann Arbor: University of Michigan Press. ISBN 978-0-472-08260-5. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 July 2023. Dicapai pada 24 September 2023.
- Herscher, Andrew (2010). Violence taking place: The architecture of the Kosovo conflict. Stanford: Stanford University Press. ISBN 978-0-8047-6935-8.
- Humphreys, Brendan (2013). The Battle Backwards A Comparative Study of the Battle of Kosovo Polje (1389) and the Munich Agreement (1938) as Political Myths (PhD). University of Helsinki. ISBN 978-952-10-9085-1.
- Lellio, Anna Di (2006), The case for Kosova: passage to independence, Anthem Press, ISBN 978-1-84331-229-1
- Malcolm, Noel (1998), Kosovo: A Short History, Macmillan, ISBN 978-0-333-66612-8
- Papazoglu, Fanula (1978). The Central Balkan Tribes in pre-Roman Times: Triballi, Autariatae, Dardanians, Scordisci and Moesians. Amsterdam: Hakkert. m/s. 131. ISBN 978-90-256-0793-7. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 September 2023. Dicapai pada 27 September 2020.
- Rausch, Colette; Banar, Elaine (2006). Combating serious crimes in postconflict societies: A handbook for policymakers and practitioners. Washington, D.C.: US Institute of Peace Press. ISBN 978-1-929223-95-4.
- Teichner, Felix (2015). "Ulpiana - Iustiniana secunda (Kosovo): das urbane Zentrum des dardanischen Bergbaubezirks". Ephemeris Napocensis. 25.
Pautan luar
- President of Kosovo Diarkibkan 1 Julai 2023 di Wayback Machine – (dalam bahasa Albania)
- Prime Minister of Kosovo Diarkibkan 2 Januari 2023 di Wayback Machine – (dalam bahasa Albania)
- Parliament of Kosovo Diarkibkan 5 Jun 2023 di Wayback Machine – (dalam bahasa Albania)
- EULEX Diarkibkan 5 Julai 2023 di Wayback Machine – (dalam bahasa Inggeris)
- Kosovo Diarkibkan 4 Februari 2021 di Wayback Machine at The World Factbook by Central Intelligence Agency (CIA)
Page Modul:Sister project links/bar/styles.css has no content.
- Pages with TemplateStyles errors
- Semua rencana dengan kenyataan tidak bersumber dari July 2010
- Rencana dengan sumber bahasa Albania (sq)
- Rencana dengan pengenalan kawasan MusicBrainz
- Rencana dengan pengenalan UKPARL
- Kosovo
- Negara di Eropah
- Wilayah dipertikaikan
- Republik
- Negara dan wilayah berbahasa Serbia
- Negara dan wilayah berbahasa Bosnia