Rencana ini perlu dikemas kini.(Ogos 2022) |
Kerajaan Liechtenstein كراجان ليختنشتاين Fürstentum Liechtenstein | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Cogan kata: Für Gott, Fürst und Vaterland Untuk Tuhan, Putera dan Tanah Air | |||||
Lagu kebangsaan: Oben am jungen Rhein "Di Sungai Rhine yang Muda" | |||||
Ibu negara | Vaduz | ||||
Bandar terbesar | Schaan | ||||
Bahasa rasmi | bahasa Jerman | ||||
Demonim | Liechtensteiner (lelaki), Liechtensteinerin (perempuan) | ||||
Kerajaan | Demokrasi berparlimen di bawah Raja Berperlembagaan | ||||
• Putera | Hans-Adam II | ||||
Alois | |||||
Daniel Risch | |||||
Arbert Frick | |||||
Badan perundangan | Landtag Liechtenstein | ||||
Kemerdekaan sebagai kerajaan | |||||
1806 | |||||
• Kemerdekaan daripada Konfederasi Jerman | 1866 | ||||
Keluasan | |||||
• Jumlah | 160 km2 (62 bt2) (ke-210) | ||||
boleh diabaikan | |||||
Populasi | |||||
• Perkiraan 2008 | 38,557[1] (ke-204) | ||||
• Bancian Penduduk 2000 | 33,307 | ||||
221/km2 (572.4/sq mi) (ke-52) | |||||
KDNK (PPP) | 2007 | ||||
• Jumlah | AS$4.16 bilion[2] | ||||
AS$118,000[2] (No. 1) | |||||
KDNK (nominal) | 2007 | ||||
• Jumlah | AS$4.576 bilion[2][3] | ||||
AS$129,101[2][3] (No. 1) | |||||
Mata wang | Franc Swiss ( CHF ) | ||||
Zon waktu | UTC+1 (CET) | ||||
• Musim panas (DST) | UTC+2 (CEST) | ||||
Arah memandu | kanan | ||||
Kod panggilan | +423 | ||||
DPT internet | .li |
Liechtenstein (disebut [/ˈliːçtənʃtaɪn/ ]) atau nama rasminya Kerajaan Liechtenstein (Jerman: Fürstentum Liechtenstein , ˈfʏʁstəntuːm ˈliːçtənʃtaɪn , bahasa Inggeris: Principality of Liechtenstein ) ialah sebuah negara mikro terletak di Eropah Barat. Ia bersempadan dengan Switzerland di barat dan selatan serta Austria di timur. Luas negara ini hanya sedikit melebihi 160 km² (kira-kira 61.7 batu persegi) manakala jumlah penduduknya dianggarkan seramai 35,000. Ibu negaranya ialah Vaduz, manakala bandar terbesarnya pula ialah Schaan.
Liechtenstein merupakan negara berbahasa Jerman terkecil di dunia dan satu-satunya negara Alp yang keseluruhannya terletak di Banjaran Alp. Ia juga merupakan negara berbahasa Jerman yang tidak berkongsi sempadan dengan Jerman. Liechtenstein ialah sebuah negara Raja Berperlembagaan yang dibahagkan kepada 11 perbandaran. Kebanyakan kawasan permukaan bumi Liechtenstein bergunung-ganang, menjadikannya destinasi sukan musim sejuk. Sektor kewangan negara yang kukuh terletak di ibu negara Vaduz, dan dikenali dengan nama syurga cukai. Liechtenstein ialah ahli Perjanjian Perdagangan Bebas Eropah. Walau bagaimanapun, Liechtenstein bukan sebahagian daripada Kesatuan Eropah.
Geografi
Negara ini terletak di antara Switzerland (Kanton St. Gallen di barat dan Graubünden di selatan) dengan Austria (Vorarlberg) di timur. Liechtenstein berkeluasan 160 km2, menjadikan negara ini sebagai negara keenam terkecil di dunia.[4] Sungai Rhine mengalir dan membentuk sempadan barat negara. Puncak tertinggi negara ialah Grauspitz dengan ketinggian 2,599 m.
Politik
Negara ini mempunyai Putera Liechtenstein sebagai ketua negara. Perdana Menteri pula bertanggungjawab sebagai ketua kerajaan yang dibantu oleh empat orang kaunselor kerajaan (menteri). Kuasa legislatif adalah tertakluk pada Landtag, parlimen ekadewan yang terdiri daripada 25 kerusi dengan penggal hingga empat tahun.
Pembahagian pentadbiran
Liechtenstein dibahagikan kepada 11 buah perbandaran (gemeinde) seperti di bawah:
- Vaduz
- Schaan
- Balzers
- Triesen
- Eschen
- Mauren
- Triesenberg
- Ruggell
- Gamprin
- Schellenberg
- Planken
Demografi
Jumlah penduduk Liechtenstein ialah 38,557 orang setakat Jun 2019. Kebanyakan daripada penduduk Liechtenstein adalah berketurunan Alamanni manakala kira-kira sepertiga penduduk negara ialah warganegara asing, lazimnya orang Eropah.[1] Bahasa Jerman ialah bahasa rasmi negara, dan kebanyakan dalam kalangan masyarakat bertutur dalam loghat Alamanni. Kristian Katolik ialah agama rasmi menurut perlembagaan negara, dan semua agama dijanjikan perlindungan dalam perlembagaan itu.[5]
Ekonomi
Liechtenstein memiliki nilai KDNK sebanyak $6.215 billion (nominal, 2018)[6] dan memiliki nilai KDNK per kapita sebanyak $165,028 setakat 2016, salah satu nilai-nilai tertinggi dunia.[7] Negara ini menjalinkan hubungan kastam dengan Switzerland dan menggunakan mata wang Franc Swiss.
Kebudayaan
Oleh kerana saiz negara yang kecil, Liechtenstein sangat dipengaruhi oleh budaya luar, terutama dari kawasan selatan Eropah berbahasa Jerman seperti Austria, Baden-Wuttemberg, Bavaria, Switzerland dan khususnya Tirol serta Vorarlberg. Persatuan Sejarah Kerajaan Liechtenstein berperanan dalam melestarikan budaya dan sejarah negara ini.
Rujukan
- ^ a b "Bevölkerungsstatistik" (PDF) (dalam bahasa Jerman). Amt für Statistik Fürstentum Liechtenstein. 30 Julai 2019. Dicapai pada 7 Mei 2020.
- ^ a b c d "Central Intelligence Agency". The World Factbook. Central Intelligence Agency. 7 February 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-07-10. Dicapai pada 24 February 2020.
- ^ a b Key Figures for Liechtenstein Diarkibkan 2009-09-17 di Wayback Machine, Landesverwaltung Liechtenstein.
- ^ "Tiny Liechtenstein gets a little bigger", 29 Disember 2006.
- ^ Jeroen Temperman (30 May 2010). State-Religion Relationships and Human Rights Law: Towards a Right to Religiously Neutral Governance. BRILL. m/s. 44–45. ISBN 978-90-04-18148-9. Dicapai pada 31 July 2012.
- ^ "GDP (current US$) - Liechtenstein". data.worldbank.org (dalam bahasa Inggeris). World Bank. Dicapai pada 15 Januari 2020.
- ^ "GDP per capita (current US$) - Liechtenstein". data.worldbank.org (dalam bahasa Inggeris). World Bank. Dicapai pada 15 Januari 2020.
Pautan luar
Ketahui lebih lanjut tentang Liechtenstein di Wikipedia: | |
Takrifan dari Wikikamus | |
Imej dan media dari Commons | |
Sumber pembelajaran dari Wikiversity | |
Berita dari Wikiberita | |
Petikan dari Wikipetikan | |
Teks sumber dari Wikisumber | |
Buku teks dari Wikibuku |
- Liechtenstein Diarkibkan 2008-05-26 di Wayback Machine - Tapak rasmi Kerajaan Liechtenstein
- The Princely House of Liechtenstein
- Landtag
- Tourism Liechtenstein
- National Art Museum of Liechtenstein