Dinamakan sempena | Michael Bloomberg |
---|---|
Jenis/bentuk sah | Perkongsian terhad |
Industri | Perkhidmatan kewangan, Media massa |
Ditubuhkan | 1 Oktober 1981[1] |
Pengasas | Michael Bloomberg Thomas Secunda |
Ibu pejabat | Bloomberg Tower Bandar Raya New York, A.S. |
Tokoh penting | Peter Grauer (Pengerusi) Dan Doctoroff (Presiden & CEO) |
Hasil | ▲ AS$ 7.92 bilion (2012)[2] |
Pemilik | Michael Bloomberg(88%) Merrill Lynch(12%)[3] |
Bilangan kakitangan | ~15,000 (2011)[4] |
Anak syarikat | Bloomberg News |
Tapak web | Bloomberg.com |
sunting · sunting di Wikidata |
Bloomberg L.P. ialah sebuah syarikat milik persendirian dalam bidang perisian kewangan, berita dan data, yang menyumbangkan satu pertiga kepada pasaran data kewangan sedunia yang bernilai $16 bilion[5] dengan hasil pendapatan kira-kira $6.6 bilion.[6] Bloomberg L.P. diasaskan oleh Michael Bloomberg dengan bantuan Thomas Secunda dan rakan-rakan yang lain (bekas rakan sekerja Bloomberg dari Salomon Brothers) pada tahun 1981 dan pelaburan hak milik 30% oleh Merrill Lynch. Syarikat ini menyediakan peralatan perisian kewangan seperti platform analitis dan perdagangan ekuiti, perkhidatan data dan berita kepada syarikat-syarikat dan pertubuhan-pertubuhan kewangan di seluruh dunia menerusi keluarannya yang paling lumayan, Bloomberg Terminal (melalui Bloomberg Professional Service[7] ). Ramai pelanggan hanya memanfaatkan sebilangan kecil daripada 30,146 fungsi mesin-mesin ini.[8] Bloomberg L.P. juga telah berkembang dengan perkhidmatan berita sedunia, termasuk televisyen, radio, Internet dan media cetak.
Ibu pejabatnya sekarang terletak di Bloomberg Tower, 731 Lexington Avenue di Midtown Manhattan, Bandar Raya New York. Wisma ini juga dikenali sebagai "One Beacon Court" kerana suar berbentuk segiempat tepat yang melitupi menara ini serta laman dalam yang berturap di tingkat bawah.[9]
Syarikat Bloomberg diasaskan sebagai sebuah Perkongsian Terhad Delaware pada tahun 1981, dan berniaga sejak tahun 1983. Michael Bloomberg memiliki 85% kumpulan ini. Perniagaan teras Bloomberg ialah menyewa terminal kepada pelanggan. Ia juga mengendali stesen televisyen kewangan, Bloomberg Television, dan stesen radio niaga, WBBR di Bandar Raya New York. Kini terdapat lebih kurang 287,500 pelanggan Bloomberg Terminal di seluruh dunia.[10] Pesaing-pesaingnya termasuk SNL Financial, Thomson Reuters, Capital IQ, Dow Jones Newswires, FactSet Research Systems dan syarikat kecil seperti New York Financial Press. Pada akhir tahun 1996, Bloomberg membeli balik satu pertiga pegangan 30% Merrill Lynch dalam syarikatnya dengan harga $200 juta[11]. Pada Julai 2008, Merrill Lynch bersetuju untuk menjual pegangan 20% yang selebihnya kepada Bloomberg untuk $4.43 bilion, menjadikan nilai firma ini pada sekitar $22.5 bilion.[12][13]
Rujukan
- ^ "Washington Friday Journal". C-SPAN. 26 April 1996. Dicapai pada 10 Januari 2010.
Started the company the day after I left Salomon Brothers, October 1, 1981, so we're coming on our fifteenth year -- anniversary.
Italic or bold markup not allowed in:|publisher=
(bantuan) - ^ "Bloomberg L.P. Financial Statements". Institute of Media and Communications Policy. Dicapai pada 17 September 2012.
- ^ "The 400 Richest Americans: #8 Michael Bloomberg". Forbes. 17 September 2008. Dicapai pada 17 September 2009.
- ^ a b "Press Room – At A Glance". Bloomberg. Dicapai pada 8 April 2013.
- ^ Clifford, Stephanie; Creswell, Julie (November 15, 2009). "At Bloomberg, Modest Strategy to Rule the World". The New York Times. New York. Dicapai pada 2010-07-17.
Since emerging out of nowhere in 1981, Bloomberg now controls a third of the $16 billion global financial data market, according to year-end 2008 numbers from Inside Market Data Reference, a research firm.
Unknown parameter|second author=
ignored (bantuan); Unknown parameter|first author=
ignored (bantuan); Unknown parameter|curly=
ignored (bantuan) - ^ Clifford, Stephanie; Creswell, Julie (15 November 2009). "At Bloomberg, Modest Strategy to Rule the World". The New York Times. New York. Dicapai pada 2010-07-17.
This operation accounts for 85 percent of Bloomberg’s revenue... roughly 280,000 customers who each pay about $20,000 annually (extrapolated: 280,000X$20,000=5.6 Billion/.85=$6.6 Billion)
Unknown parameter|second author=
ignored (bantuan); Unknown parameter|first author=
ignored (bantuan); Unknown parameter|curly=
ignored (bantuan) - ^ Kennon, Joshua (unk). "What is a Bloomberg Terminal or Bloomberg Machine?". About.com. New York. Dicapai pada 2010-07-17.
When someone talks about their Bloomberg, it is not so much a piece of computer hardware as it is a subscription... the Bloomberg Professional Service, as the subscription is known
Unknown parameter|curly=
ignored (bantuan); Check date values in:|date=
(bantuan) - ^ Clifford, Stephanie (14 November 2009). "At Bloomberg, Modest Strategy to Rule the World". New York Times. New York. Dicapai pada 2010-07-17.
Many customers use only a small fraction of the machines’ 30,146 functions.
Text "Co-author first: Julie" ignored (bantuan); Unknown parameter|curly=
ignored (bantuan); Unknown parameter|Co-author last=
ignored (bantuan) - ^ Gregor, Alison (May 24, 2006). "A Tower Goes Up, and a Neighborhood Perks Up". The New York Times. New York. Dicapai pada 2008-12-08.
The Bloomberg Tower at 731 Lexington Avenue, with an upscale residential portion called One Beacon Court...
Unknown parameter|curly=
ignored (bantuan) - ^ "Bloomberg Terminal". WikiInvest. New York. Dicapai pada 2010-07-17.
There are currently 287,500 Bloomberg Terminal subscribers worldwide.
Cite has empty unknown parameter:|curly=
(bantuan) - ^ "Bloomberg LP Company history". FundingUniverse.com. New York. 17 Julai 2008. Dicapai pada 2010-07-17.
In late 1996 Bloomberg bought back one-third of Merrill Lynch's 30 percent stake in his company for $200 million.
Unknown parameter|curly=
ignored (bantuan) - ^ de la Merced, Michael J. (17 Julai 2008). "Bloomberg Expected to Buy Merrill's Stake in His Firm". The New York Times. New York. Dicapai pada 2008-12-08. Unknown parameter
|curly=
ignored (bantuan); Unknown parameter|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan) - ^ "Bloomberg Stays Modest on His $16.2 Billion Worth". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-08-13. Dicapai pada 2010-11-27. Cite journal requires
|journal=
(bantuan)
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Bloomberg L.P. |