| Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur | |
|---|---|
| Lokasi | |
| Cheras, Kuala Lumpur Malaysia | |
| Maklumat | |
| Jenis | Polis, latihan |
| Moto | Ilmu Asas Khidmat |
| Ditubuhkan | 31 Januari 1999 |
| Laman sesawang | [1] |
Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur adalah sebuah institusi pendidikan polis yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Ia bertanggungjawab melatih pegawai kanan Polis Diraja Malaysia. Maktab ini juga menganjurkan kursus untuk pegawai polis dari pelbagai negara diantaranya termasuk Singapura, Brunei, Thailand, China, United Kingdom dan Nigeria.[1]
Sejarah
Idea untuk Kolej Pegawai Kanan pertama kali dicadangkan oleh Ketua Polis Negara ketika itu, Yang Berhormat Tun Mohd Hanif bin Omar, setelah melakukan kajian mengenai keperluan untuk memperbaiki keadaan institusi latihan. Perkarangan Kolej itu dipecah tanah pada 7 Januari 1994 di Pusat Pasukan Briged Polis, Cheras, bertentangan dengan Kolej Polis sebelumnya. Pembinaan fizikal kolej ini bermula pada 16 Januari 1996, dan institusi ini mula beroperasi sebahagiannya pada 31 Januari 1999.[1]
Kolej Pegawai Kanan melaksanakan fungsi empat institusi latihan sebelumnya iaitu:
- Kolej Polis, Kuala Kubu Bahru, Selangor
- Kolej Siasatan Jenayah, KL
- Sekolah Latihan Cawangan Khas, KL
- Sekolah Latihan Lalu Lintas, Cheras, KL
Kolej ini dibuka secara rasmi pada 10 Julai 2004 oleh mantan Perdana Menteri dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Malaysia, Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi
Struktur Maktab
Maktab ini diketuai oleh seorang Komandan dengan pangkat Deputi Komisioner Polis (DCP) yang bertanggungjawab untuk Pusat Pengajian dan Bahagian Pentadbiran seperti di bawah:
- Pusat Pengajian Sains Pengurusan
- Pusat Pengajian Sains Penyiasatan & Pendakwaan
- Pusat Pengajian Sains Perisikan & Kajian Strategik
- Pusat Pengajian Ketenteraman Awam/Trafik dan Pencegahan Jenayah
- Pusat Penyelidikan Sumber dan Kajian Kurikulum
- Bahagian Kepolisan Am/Latihan
- Kem Komandan
- Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard
- Bahagian Latihan
Lihat juga
Rujukan
- ^ a b Khalid Abu Bakar (8 Julai 2017). "Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur". Harian Metro. Dicapai pada 7 Ogos 2020.
Pautan luar
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur |








