Roda-Roda Kuala Lumpur | |
---|---|
Genre | Drama, aksi, prosedur polis |
Pencipta | Yusof Haslam (idea dan karya asal) |
Dibangunkan oleh | |
Pengarah |
|
Lagu pembukaan |
|
Lagu penutup |
|
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan musim | 6 |
Bilangan episod | 186 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif |
|
Penerbit | Yusof Haslam |
Penyunting |
|
Lokasi | |
Tempoh siaran | 43 minit |
Syarikat penerbitan | Skop Productions |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV2 |
Format gambar | 480i (SDTV) 1080i (HDTV) |
Format audio |
|
Siaran asal | 5 Oktober 1998 – 23 September 2013 |
Kronologi | |
Rancangan berkaitan |
|
Roda-Roda Kuala Lumpur (juga dikenali sebagai Roda-Roda KL) ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia terbitan Skop Productions dengan idea dan konsep asal oleh Yusof Haslam. Pertama kali bersiaran pada 1998 di RTM, pelakon asalnya terdiri daripada A. Galak, AC Mizal, Shaharon Anuar dan Deen Maidin. Drama ini dihentikan pada 1999 apabila Gerak Khas mula bersiaran dan dihidupkan semula pada 2008 dan bersiaran sehingga 2013.[1]
Berbeza dengan Gerak Khas, Roda-Roda Kuala Lumpur mengisahkan usaha murni anggota polis trafik dalam menggalas tugasan seharian mereka dan mengetengahkan kes-kes jenayah trafik yang sering berlaku seperti lumba haram, pemanduan secara berbahaya dan melanggar lampu isyarat.[2]
Pelakon
Siri pertama (1998-1999)
- A. Galak sebagai Sjn Senin
- AC Mizal sebagai Kpl Jefri
- Deen Maidin sebagai L/Kpl Maniam
- Mus Ikmal sebagai L/Kpl Mustafa
- Shaharon Anuar
- Rima Rashidi
Siri kedua (2008-2013)
- Zack Kool sebagai Sjn Manan (Musim 1 -7)
- Lando Zawawi sebagai L/Kpl Mohamad @ Mamat (Musim 2-7)
- Shah Iskandar sebagai L/Kpl Shahrul (Musim 2)
- Serina Redzuawan sebagai Koperal Rina (Musim 1-7)
- Jalaluddin Hassan sebagai Supt Razif (Musim 2-7)
- Abby Aziz sebagai ASP Azman (Musim 1-3)
- Fauziah Latiff sebagai Inspektor Fauziah (Musim 7)
- Roy Azman[a] sebagai Koperal Karim (Musim 3-7)
- Z. Zamri sebagai Koperal Zaidi (Musim 6-7)
- Hanny Harmi sebagai L/Kpl Hani (Musim 1-7)
- Memey Suhaiza sebagai L/Kpl Haiza (Musim 1-7)
- Lisdawati sebagai Kpl Nadia (Musim 5)
- Farid Amirul sebagai Sarjan Mejar Lim (Musim 6-7)
- Nash Lefthanded sebagai Koperal Malik (Musim 7)
- Aishah Atan sebagai Aishah, isteri Sjn Manan & Ibu Syafiq, Fika
- Syafiq Yusof sebagai Syafiq,
anak Sjn Manan (bertindak pengarah episod)
- Afiqah Malek sebagai Fika, anak Sjn Manan
Pelakon dari Cawangan Trafik & Bukit Aman
- Sarjan Mejar Sofian Saad sebagai Sarjan Mejar Sofian (Musim 1-2)
- Koperal G. Nagarajan sebagai Koperal Rajan (Musim 1-7)
- ASP Saipul Anuar Razali sebagai ASP Saiful (Musim 3-7)
Watak Crossover dari drama Gerak Khas (untuk beberapa episod/musim)
- A. Galak sebagai Sub Inspektor (B) @ Pak Hashim
- Zulkifli Ismail sebagai Supt Razlan
- C. Kumaresan sebagai ASP Kumar
- Salina Saibi sebagai Inspektor Salina
Lihat juga
- Gerak Khas (1999–2011; 2014–2021)
- Metro Skuad (2012–2013)
Catatan
- ^ Beliau pernah menjayakan watak undangan dalam siri asal 1998.
Rujukan
- ^ Budiey (18 September 2008). Serina Redzuawan, Zack Kool dalam Roda-Roda Kuala Lumpur Sensasi Selebriti. Dicapai pada 28 November 2013.
- ^ Budiey (7 April 2009). Drama Roda-Roda KL lakonan Serina Redzuawan, Jalaluddin Hassan dan Memey Suhaiza Sensasi Selebriti. Dicapai pada 24 Oktober 2010.