Fail:Logo PKT.png | |
Ditubuhkan pada | 1 Januari 1999 |
---|---|
Pengarah terkini | Dr Hj Mohd Daud Bin Isa |
Timbalan Pengarah (Akademik) | En Abd Halim Bin Ahmad |
Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) | En. Marzuki Bin Hussain |
Lokasi | Kuala Terengganu, Terengganu |
Nama lama politeknik | Politeknik Kota Kuala Terengganu |
Laman web | http://www.pkkt.edu.my |
Politeknik Kuala Terengganu terletak di bandar Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.
Sejarah
Politeknik Kuala Terengganu (PKT) merupakan politeknik ke-12 di tubuhkan pada 1 Januari 1999 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Bermula dengan beberapa kakitangan yang diterajui oleh En. Hasyim Bin Buyung yang beroperasi di bekas Kampus Maktab Perguruan Pasir Panjang, Jalan Pasir Panjang Kuala Terengganu. Pada Jun 1999 PKT telah berpindah ke tapak lama bangunan Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Terengganu di Jalan Sultan Ismail. Pengambilan pertama adalah seramai 80 orang pada Julai 1999 untuk Progran Sijil Teknologi Maklumat dan Sijil Kejuruteraan Elektrik .
Konsep kampus dalam kota telah disuarakan oleh Ketua Pengarah BPTV ( pada masa itu) telah mengubah nama Politeknik Kuala Terengganu kepada Politeknik Kota Kuala Terengganu atau ringkasnya PKKT. Hanya dua buah politeknik yang menggunakan Politeknik Kota pada masa itu (satu lagi adalah Politeknik Kota Melaka)
Pada peringkat permulaannya, Politeknik Kuala Terengganu hanya menerima sekumpulan pelajar pertamanya sejumlah 80 orang pada bulan Julai 1999. Namun bilangan kemasukan ini meningkat dari setahun ke setahun. Ketika itu, PKT mengendalikan 2 kursus diperingkat SIJIL iaitu Sijil Kejuruteraan Elektrik dan Sijil Teknologi Maklumat. Manakala, Sijil Kejuruteraan Awam dan Sijil Kejuruteraan Mekanikal telah dijalankan dibawah Jabatan Kejuruteraan Awam dan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal pada Sesi Julai 2000. Namun, setelah Politeknik Dungun (sekarang ini dikenali sebagai Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin -PSMZA) beroperasi kedua kursus tersebut telah dijumudkan.
Kini dibawah naungan Kementerian Pendidikan Tinggi , PKT telah mula menawarkan Program di peringkat DIPLOMA mulai Sesi Julai 2008. Bermula sesi Julai 2009, tiada program diperingkat sijil lagi ditawarkan untuk kemasukan ke politeknik.
Pada 4 Jun 2010, secara rasminya Politeknik Kota Kuala Terengganu ditukar nama ke Politeknik Kuala Terengganu.