Moto | Designing Your Future |
---|---|
Dirasmikan oleh | Sultan Sharafuddin Idris Shah |
Jenis sekolah | Politeknik |
Pengarah terkini | Lt. Kol. Bersekutu (PA) Ishanuddin bin Husin |
Timbalan Pengarah (Akademik) | Dr. Mazura binti Mansor |
Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) | Hj. Zulkifli bin Mat Nasir |
Lokasi | Sabak Bernam, Selangor |
Laman web | http://www.psis.edu.my |
Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) merupakan politeknik ke-17 yang ditubuhkan dibawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM). Penubuhan PSIS ini selaras dengan dasar kerajaan untuk melahirkan lebih ramai pekerja separa profesional yang berkualiti bagi menampung keperluan sektor awam dan swasta. Pekerja-pekerja yang dilahirkan ini turut berperanan dalam merealisasikan misi dan visi negara menuju Wawasan 2020. Politeknik ini terletak di Sungai Air Tawar, Sabak Bernam, Selangor.
Sejarah
Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) yang dahulunya dikenali sebagai Politeknik Sabak Bernam mula beroperasi pada 16 Mei 2003.
Visi
Menjadi Peneraju Institusi Latihan Vokasional dan Teknikal (TVET) Yang Unggul
Misi
- Menyediakan akses yang meluas kepada program TVET berkualiti dan diiktiraf.
- Memperkasa komuniti melalui pembelajaran sepanjang hayat.
- Melahirkan graduan holistik, bercirikan keusahawanan dan seimbang.
- Memanfaatkan sepenuhnya perkongsian pintar dengan pihak berkepentingan.