Moto | Unimas Gemilang "Glorious Unimas" |
---|---|
Jenis | Awam |
Ditubuhkan pada | 24 Disember 1992 |
Canselor | TYT Tun Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar[1] Yang di-Pertua Negeri Sarawak |
Naib Canselor | YBrs Prof Dr Ahmad Hata Rasit |
Lokasi | , |
Kampus | Kampus utama di Kota Samarahan, kampus lain di bintulu |
Penggabungan | ASAIHL |
Laman sesawang | https://www.unimas.my |
Universiti Malaysia Sarawak merupakan salah sebuah universiti baharu yang terdapat di Malaysia.
Detik sejarah UNIMAS bermula apabila diumumkan pada 1 Oktober 1992 oleh Menteri Pendidikan pada masa itu, YB Tan Sri Datuk Amar Dr Sulaiman Haji Daud melantik Profesor Dato Zawawi Ismail sebagai Naib Canselor pengasasnya dan diperbadankan pada 24 Disember 1992.
UNIMAS merupakan universiti awam kelapan dan yang pertama ditubuhkan sesudah Wawasan 2020 diilhamkan. Bermula dengan kira-kira 30 staf akademik, UNIMAS membuka pintunya kepada kumpulan pertama 118 pelajar pada 8 Ogos 1993. Para pelajar telah didaftarkan di dalam dua fakulti perintis, Fakulti Sains Sosial dan Fakulti Sains dan Teknologi Sumber. Dua pusat sokongan akademik telah juga ditubuhkan: Pusat Pembelajaran Gunaan dan Multimedia, dan Pusat Khidmat Maklumat Akademik.
Pada tahun berikutnya (1994) empat lagi fakulti membuka pintu mereka untuk kursus ijazah: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti teknologi Maklumat. Bilangan kakitangan dan pelajar meningkat sebanyak empat kali ganda. Sementara itu, profil UNIMAS mula meningkat kerana kebanyakan fakulti mula menawarkan program siswazah. Aktiviti penyelidikan mula berakar umbi dengan penubuhan Institut Biodiversiti dan Pemuliharaan Alam Sekitar, yang memberi tumpuan kepada kepelbagaian flora dan fauna di Borneo. Hubungan dengan pelbagai universiti di luar negara telah juga ditubuhkan. Pada tahun yang sama, Pusat Pemindahan Teknologi dan Perundingan, memenangi kontrak untuk kajian EIA Projek Hidroelektrik Bakun, projek terbesar yang pernah EIA di negara ini.
Tempoh di antara Januari 1995 dan akhir Disember 1996 menyaksikan peningkatan di dalam pemantapan struktur akademik dan penyelidikan universiti. Dua lagi fakulti, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (1995) dan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan (1996) mula mengambil dalam kelompok perintis pelajar masing-masing. Ini mejadikan jumlah fakulti kepada lapan, seperti yang asalnya dirancang. Pusat Pengajian Bahasa & Komunikasi mula menawarkan program TESL, sebagai tambahan kepada kursus-kursus bahasa generik. Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti, dan Institut Teknologi Perisian ditambah ke senarai institut penyelidikan.
Tahun bersejarah tahun 1997 menyaksikan kumpulan perintis graduan menerima ijazah mereka pada majlis konvokesyen sulung Universiti. Pada tahun ini juga Institut Pengajian Asia Timur ditubuhkan.
Pada tahun 2000 Profesor Datuk Yusuf Hadi telah dilantik sebagai Naib Canselor kedua bagi menggantikan Naib Canselor, Profesor Dato' Zawawi. Profesor Datuk Dr Abdul Rashid Abdullah telah dilantik sebagai Naib Canselor ke-3 pada 1 Februari 2005. Prof Datuk Dr Khairuddin Ab Hamid kemudiannya dilantik pada tahun 2008. Seterusnya, pada 1 April 2013, Prof Dato Dr Morshidi Sirat telah dilantik selaku Naib Canselor ke-5 dan diganti oleh Prof Dato Dr Mohamad Kadim Suaidi sebagai Naib Canselor UNIMAS ke-6 pada 16 April 2013 sehingga beliau bersara pada Disember 2023. Prof Dr Haji Ahmad Hata Rasit mengambil alih sebagai Naib Canselor ke-7 pada 8 Januari 2024.[2]
Dengan berkonsepkan Kampus Kota, UNIMAS mudah dikunjungi oleh orang ramai yang ingin menggunakan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan kerana ia berkonsep terbuka. Tempat pejalan kaki dibina sebagai satu rangkaian untuk menghubungi semua bangunan bagi menjamin keselesaan pengguna jalan kaki.
Kemudahan untuk golongan istimewa juga tidak ketinggalan agar mereka dapat menjalani kehidupan yang selesa di kampus. Kampus UNIMAS yang mampu menampung 20,000 pelajar akan meneruskan penekanan terhadap teknologi seperti yang diamalkan sebelum ini dengan memberi keutamaan kepada teknologi ICT bukan sahaja dalam bidang pengajaran dan pembelajaran tetapi juga pengurusan.
UNIMAS adalah sebuah universiti yang mendapat persijilan ISO. Ia telah diberikan pensijilan berprestij MS ISO 9001:2000 untuk kecemerlangan dalam proses pengurusan terasnya yang bermula dengan pengambilan pelajar baru sehingga kepada pengijazahan graduan. Program sarjana muda UNIMAS telah direka untuk memenuhi keperluan masyarakat dan industri. Penekanan kepada teknologi yang kukuh telah menyebabkan UNIMAS dianugerahkan status Koridor Raya Multimedia (MSC) yang cukup berprestij pada 17 November 2003. Anugerah tersebut diberikan di atas peranan dan keupayaan UNIMAS di dalam membangunkan tenaga kerja untuk MSC dan keperluan yang berkaitan, melalui pembelajaran strategik dan program-program latihan di sini.
UNIMAS telah memenangi Premiere Information Technology Award daripada Kerajaan Malaysia di dalam Anugerah AFACT eAsia di dalam kategori "Merapatkan Jurang Digital". Selain itu, ia juga telah memenangi Industry Innovators Award for System Development and Application dari Persatuan berasaskan satelit Profesional Antarabangsa (SSPI), bagi kejayaan dalam menubuhkan telecentre di dalam komuniti terpencil di Bario, Sarawak, untuk membantu masyarakat dalam komunikasi, pendidikan, e-dagang, kesihatan dan perkhidmatan kerajaan.
UNIMAS telah berjaya dalam perolehan geran penyelidikan, dengan penerbitan dan penemuan saintifik yang berguna. Institut Perubatan Kesihatan dan Masyarakat universiti telah berjaya membangunkan satu vaksin calon untuk denggi melalui kerjasama dengan syarikat antarabangsa, Bavaria Nordic. Dan Fakulti Sains dan Teknologi Sumber telah berjaya membangunkan satu proses untuk menukar kanji sagu kepada asid laktik bagi menghasilkan plastik mesra alam.
Komitmen UNIMAS di dalam bidang penyelidikan telah diiktiraf oleh pelbagai pihak termasuk rakan-rakan dalam industri melalui peruntukan khazanah untuk penubuhan lapan kerusi penyelidikan; ini termasuk Kerusi Tun Zaidi untuk Kimia Perubatan, Kerusi Tun Openg untuk Teknologi Sagu, Kerusi Shell untuk Kajian Alam Sekitar, dan Kerusi Sapura untuk ICT.
Kini, UNIMAS mempunyai 10 fakulti, 3 institut dan 7 pusat.
Terdapat 10 Fakulti yang menawarkan pelbagai program pengajian iaitu:
- Fakulti Ekonomi dan Perniagaan
- Fakulti Kejuruteraan
- Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
- Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia
- Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat
- Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
- Fakulti Sains dan Teknologi Sumber
- Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif
- Fakulti Bahasa dan Komunikasi
- Fakulti Alam Bina
UNIMAS telah melaksanakan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) yang menepati standard ISO/IEC 27001:2005 dan MS ISO/IEC 27001:2007. Skop pensijilan meliputi Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat bagi Pengurusan Pusat Data UNIMAS yang merangkumi perkakasan, perisian sistem, pangkalan data dan sistem operasi untuk aplikasi kritikal universiti.
Kepimpinan
Ahli Lembaga Pengarah:
- Pengerusi: Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong bin Matjeraie
- Naib Canselor: Prof Dr Ahmad Hata bin Rasit
- Wakil Ilmuan dan Berpengalaman: Dato' Seri Dr Syed Hussian Aljunid
- Wakil Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia: Encik Ahmad Rizal bin Adnan
- Wakil Kementerian Kewangan: Encik Leonard Wilfred Yussin
- Wakil Alumni: Encik Abdur Rahman Abdul Rahim
- Wakil Senat: Prof Dr Mohammad Zulkarnaen Ahmad Narihan
- Wakil Sektor Swasta: Puan Norzilah binti Mohammed
- Wakil Sektor Swasta: Dr Abdul Razak Ahmad
- Wakil Sektor Swasta: Datu Ik @ Pahon anak Joyik
- Wakil Komuniti: Datu Dr Muhammad Abdullah bin Zaidel
Jawatankuasa Eksekutif
- Naib Canselor: Prof Dr Ahmad Hata Rasit
- Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi): Prof Ir Dr Siti Noor Linda Taib
- Menjalankan Fungsi Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa): Prof Ir Dr Siti Noor Linda Taib
- Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni): Professor Ir Dr Al-Khalid bin Hj Othman
- Penolong Naib Canselor: Prof Datu Mohd Fadzil bin Abd Rahman
- Ketua Pegawai Digital: Prof Dr Wan Hashim bin Wan Ibrahim
- Pendaftar: Tuan Haji Azlan bin Ramli
- Bendahari: Tuan Haji Mazlan Kiflie
- Pengarah Pembangunan: Ts Humphrey Rayang Janang
- Pengarah Pusat Perancangan Strategik, Kualiti dan Risiko: Prof. Gs. Dr. Tarmiji bin Masron
- Pengarah Kanan Pusat Penyelidikan, Inovasi dan Perusahaan: Prof Dr Lo May Chiun
- Pengarah Hospital Pengajar dan Pusat Perubatan UNIMAS: Prof. Dr. Ehfa binti Bujang Safawi
- Penasihat Undang-undang: Puan Mavis Goh
- Pengarah Perpustakaan Tun Abdul Rahman Ya'kub (PeTARY): Puan Levas Mejus
- Pengarah Pusat Digital Tun Abang Haji Openg (TAHODC): Ts Latifah Loh Abdullah
- Pengarah UNIMAS Corporate: Encik Zulkarnaen Ali
Kedudukan UNIMAS
Tahun | Kedudukan | Penganugerah |
---|---|---|
2012 | 161-170 | QS Asian University Rankings |
2013 | 181-190[3] | QS Asian University Rankings |
2014 | 201-250[4] | QS Asian University Rankings |
2015 | 201[5] | QS Asian University Rankings |
2016 | 251[6] | QS Asian University Rankings |
2017 | 251-300[7] | QS Asian University Rankings |
2018 | 247[8] | QS Asian University Rankings |
2019 | 236[9] | QS Asian University Rankings |
2020 | 243[10] | QS Asian University Rankings |
2021 | 251-260[11] | QS Asian University Rankings |
2022 | 227[12] | QS Asian University Rankings |
2023 | 271-280[13] | QS Asian University Rankings |
Kekuatan UNIMAS
Hari ini, kekuatan UNIMAS di dalam penyelidikan yang diakui oleh pelbagai organisasi di dalam sekurang-kurangnya tiga bidang khusus penyelidikan:
- Penyelidikan bioteknologi epidemiologi (denggi, JE, HFMD, malaria), biogeografi (phylogenetics) dan pertanian (sagu);
- ICT, khusus kepada komunikasi di luar bandar dan analisis imej;
- Biodiversiti, sumber semula jadi dan pengurusan alam sekitar.
Pengurusan universiti telah menaiktaraf status beberapa kumpulan penyelidikan mereka, berdasarkan kekuatan di dalam bidang penyelidikan mereka melalui Pusat Kecemerlangan UNIMAS iaitu:
- Pusat Penyelidikan Malaria
- Pusat Penyelidikan Air
- Informatik Luar Bandar
- Analisis Imej dan Teknologi Spatial
- Semantik Teknologi dan Augmented Reality
- Tenaga Diperbaharui
- Penyelidikan Sagu
Teknologi pendidikan
Sejak 2006, UNIMAS telah mula menggunakan sistem pengurusan pembelajaran sumber terbuka berasaskan teknologi Moodle yang diberi nama Morpheus, sebelum ditukarkan kepada eLeap.
Alumni UNIMAS
•Azhan Rani , pelakon & pengamal sukan pendakian - Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif
Rujukan
- ^ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1311824/wan-junaidi-dimasyhur-canselor-unimas-keempat
- ^ https://mohe.gov.my/hebahan/kenyataan-media/kenyataan-media-pelantikan-naib-canselor-universiti-malaysia-sarawak. Missing or empty
|title=
(bantuan) - ^ "Universiti Malaysia Sarawak". Quacquarelli Symonds. Dicapai pada 1 Julai 2023.
- ^ "Universiti Malaysia Sarawak". Quacquarelli Symonds. Dicapai pada 1 Julai 2023.
- ^ "Universiti Malaysia Sarawak". Quacquarelli Symonds. Dicapai pada 1 Julai 2023.
- ^ "Universiti Malaysia Sarawak". Quacquarelli Symonds. Dicapai pada 1 Julai 2023.
- ^ "Universiti Malaysia Sarawak". Quacquarelli Symonds. Dicapai pada 1 Julai 2023.
- ^ "Universiti Malaysia Sarawak". Quacquarelli Symonds. Dicapai pada 1 Julai 2023.
- ^ "Universiti Malaysia Sarawak". Quacquarelli Symonds. Dicapai pada 1 Julai 2023.
- ^ "Universiti Malaysia Sarawak". Quacquarelli Symonds. Dicapai pada 1 Julai 2023.
- ^ "Universiti Malaysia Sarawak". Quacquarelli Symonds. Dicapai pada 1 Julai 2023.
- ^ "Universiti Malaysia Sarawak". Quacquarelli Symonds. Dicapai pada 1 Julai 2023.
- ^ "Universiti Malaysia Sarawak". Quacquarelli Symonds. Dicapai pada 1 Julai 2023.