Mohammed Hanif Omar | |
---|---|
Ketua Polis Negara Malaysia ke-4 | |
Dalam jawatan 8 Jun 1974 – 15 Januari 1994 | |
Raja | Abdul Halim Yahya Petra Ahmad Shah Iskandar Azlan Shah |
Menteri | Ghazali Shafie Musa Hitam Mahathir Mohamad |
Didahului oleh | Abdul Rahman Hashim |
Digantikan oleh | Abdul Rahim Mohd Noor |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Teluk Intan, Perak, Negeri-negeri Melayu Bersekutu (kini Malaysia) | 16 Januari 1939
Mati | 20 April 2024 No 21, Jalan Memanah 13/55A, Laman Seri, Seksyen 13, Shah Alam, Malaysia | (umur 85)
Cause of death | Penyakit buah pinggang |
Tempat semadi | Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur |
Pasangan | Toh Puan Hamidah Abdul Hamid |
Tempat belajar | Universiti Buckingham Universiti Malaya, Singapura |
Tun Mohammed Hanif bin Omar (16 Januari 1939 – 20 April 2024) merupakan Ketua Polis Negara Malaysia yang keempat dan juga Ketua Polis Negara yang paling lama berkhidmat di Malaysia iaitu selama 20 tahun. Beliau menggantikan Tan Sri Abdul Rahman Hashim yang telah terbunuh akibat serangan komunis.
Dilahirkan di Teluk Intan, negeri Perak, Hanif Omar menjadi Ketua Polis Melaka pada 7 September 1970, dan Ketua Polis Selangor pada 6 Disember 1971. Pada 1 Februari 1973, beliau menjadi Timbalan Ketua Polis Negara Malaysia.
Kerjaya
- Pegawai Penyiasat Melaka Tengah - April 1960
- Penolong Ketua Polis Daerah Jasin, Melaka - 20 November 1960
- Penolong Pegawai Penjaga Siasatan Jenayah (Selatan) Pahang - 2 Disember 1960
- Pegawai Turus Cawangan Khas, Bukit Aman, Kuala Lumpur - 16 Januari 1962
- Pegawai Turus Cawangan Khas Selangor - 8 Ogos 1966
- Ketua Polis Daerah Ipoh, Perak - 20 Julai 1967
- Ketua Pegawai Turus (Polis) Majlis Gerakan Negara - 18 Mei 1969
- Ketua Cawangan Khas Selangor - 20 Disember 1969
- Ketua Polis Melaka - 7 September 1970
- Ketua Polis Selangor - 6 Disember 1971
- Pengarah Cawangan Khas - 31 Januari 1973
- Timbalan Ketua Polis Negara - 1 Februari 1973
- Ketua Polis Negara - 8 Jun 1974 hingga 15 Januari 1994
Selepas bersara
Suruhanjaya Memantapkan Pengurusan dan Operasi-operasi PDRM 2004-2005
Pada 2004/2005 beliau dilantik sebagai ahli Suruhanjaya Memantapkan Pengurusan dan Operasi-operasi PDRM 2004-2005.
Panel khas siasatan kes Aminulrasyid
Tun Mohammed Hanif dilantik sebagai ahli Panel khas siasatan ke Aminulraashid Hamzah pada 2010. Pelajar sekolah, Aminulrasyid Amzah mati mengejut selepas ditembak mati oleh PDRM ketika memecut melarikan diri kerana memandu kereta tanpa lesen berhampiran rumahnya di Shah Alam.
Pengerusi Panel siasatan Perhimpunan Bersih 3.0
Pada 9 Mei 2012, beliau dilantik sebagai Pengerusi panel siasatan bebas menyiasat dakwaan kekasaran polis ketika Perhimpunan Bersih 2012 yang diadakan di Dataran Merdeka pada 28 April 2012. Kredibiliti beliau dipersoalkan kerana menganggap peserta perhimpunan itu ada kaitan anasir komunis. Lim Guan Eng, Saifuddin Abdullah dan Tuan Ibrahim Tuan Man antara yang meraguinya. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bimbang kerana siasatan ini menjadi kabur, bertukar menjadi ‘keganasan’ , menutup penderitaan mangsa-mangsa dan ‘coup d'état’ akan dicipta.[1] [2]
Turut dilantik ialah bekas Ketua Hakim Borneo Tan Sri Steve Sim, Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf Datuk Hussamuddin Yaacub, Penasihat Undang-undang Kumpulan Akhbar Sin Chiew Liew Peng Chuan, Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat Petronas Datuk Medan Abdullah dan Pakar Psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Dr Ruszmi Ismail.
Anugerah
Kehormatan Malaysia
- Malaysia :
- Kesatria Mangku Negara (KMN) (1970)[3]
- Panglima Mangku Negara (PMN) – Tan Sri (1976)[3]
- Seri Setia Mahkota (SSM) – Tun (1993)[4][5]
- Perak :
- Pingat Pekerti Terpilih (PPT) (1969)[6]
- Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) – Dato' Seri (1974)[7]
- Darjah Seri Panglima Taming Sari (SPTS) – Dato' Seri Panglima (1978)[7]
- Darjah Dato' Seri Azlanii (DSA) – Dato' Seri (2009)[3]
- Darjah Seri Paduka Sultan Nazrin Shah (SPSN) – Dato' Seri DiRaja (2016)[3][8][9]
- Johor :
- Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) – Dato' (1980)[10]
- Pahang :
- Darjah Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) – dahulunya Dato', kini Dato' Indera (1981)[11]
- Selangor :
- Darjah Kebesaran Dato' Seri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSSA) – Dato' Seri (1992)[3]
- Negeri Sembilan :
- Darjah Seri Paduka Negeri Sembilan (SPNS) – Dato' Seri Utama (1992)[3]
- Sarawak :
- Datuk Amar Bintang Kenyalang (DA) – Datuk Amar (1993)[3]
- Kedah :
- Dato' Paduka Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (DHMS) – Dato' Paduka (1990)[3]
Dalam budaya masyhur
Tun Hanif Omar dilakonkan oleh Norman Hakim dalam filem 2013, Tanda Putera arahan Shuhaimi Baba.
Rujukan
- ^ Hanif Omar: Jangan ragui saya, tengok rekod lama Sinar
- ^ Tun Hanif Omar Pengerusi Panel Penasihat Bebas Enam Anggota mStar
- ^ a b c d e f g h "SEMAKAN PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT". Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 September 2018. Dicapai pada 9 Oktober 2021.
- ^ "Senarai Penuh Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 1993" (PDF).
- ^ "Hanif heads list of 1,415 people honoured on King's 65th birthday". New Straits Times. 5 June 1993. m/s. 4.
- ^ "174 orang terima anugerah harijadi Sultan Perak Paling ramai terima pingat tahun ini". Berita Harian. 15 September 1969. m/s. 5.
- ^ a b "CARIAN REKOD PENERIMA DARJAH KEBESARAN/PINGAT Negeri Perak Darul Ridzuan". pingat.perak.gov.my. Dicapai pada 9 Oktober 2021.
- ^ "Hanif Omar heads list of 333 recipients of Perak honours". New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). 5 November 2016. Dicapai pada 9 Oktober 2021.
- ^ "Former IGP among 333 in Perak Sultan's 60th birthday awards". The Star (dalam bahasa Inggeris). 5 November 2016. Dicapai pada 9 Oktober 2021.
- ^ "Tun Mohammed Haniff Bin Omar". Arkib Negara Malaysia. Dicapai pada 9 Oktober 2021.
- ^ "Trengganu Ruler tops awards list". New Straits Times. 24 October 1981. m/s. 4.
Pautan luar
- Tun Mohammed Hanif bin Omar Diarkibkan 2016-01-24 di Wayback Machine Portal Rasmi Polis Diraja Malaysia
Penyandang Terdahulu | Ketua Polis Negara 8 Jun 1974 – 15 Januari 1994 |
Penyandang Kemudian |
Tan Sri Abdul Rahman Hashim |
Tan Sri Rahim Noor |
- Penerima Seri Setia Mahkota
- Kelahiran 1939
- Kematian 2024
- Orang dari Teluk Intan
- Orang dari Perak
- Orang Malaysia berketurunan Melayu
- Muslim Malaysia
- Pegawai polis Malaysia
- Ketua Polis Negara Malaysia
- Penerima Darjah Seri Utama Negeri Sembilan
- Penerima Darjah Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor
- Penerima Panglima Mangku Negara
- Penerima Darjah Dato' Seri Azlanii
- Penerima Darjah Sri Indera Mahkota Pahang