اونيۏرسيتي تيكنيكال مليسيا ملاك | |
Nama lama | Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM) |
---|---|
Moto | Kompetensi Teras Kegemilangan |
Jenis | Universiti awam, Universiti teknikal |
Ditubuhkan pada | 1 Disember 2000 |
Canselor | Tun Ali Rustam |
Naib Canselor | Prof. Ts. Dr. Massila binti Kamalrudin[1] |
Staf akademik | 878 |
Staf pentadbiran | 2,110 |
Pelajar | 12,319 |
Siswazah | 10,916 |
Ijazah/Sarjana | 1,403 |
Pelajar lain | 26455 (alumni) |
Alamat | Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Jalan Hang Tuah Jaya , , , 76100 , 2°18′30″N 102°19′04″E / 2.3083321°N 102.317665396°EKoordinat: 2°18′30″N 102°19′04″E / 2.3083321°N 102.317665396°E[2] |
Kampus | Kampus induk di Durian Tunggal Kampus bandar di Bandar Melaka Kampus teknologi di Ayer Keroh |
Bahasa | Bahasa Melayu, English |
Laman sesawang | www |
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), yang ditubuhkan sebagai Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM), merupakan sebuah universiti awam yang bertempat di Jalan Hang Tuah Jaya, Melaka. UTeM merupakan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) serta universiti teknikal pertama yang diwujudkan di Malaysia. Walaupun UTeM telah ditubuhkan pada 1 Disember 2000, UTeM telah dinaik taraf menjadi sebuah universiti pada 1 Februari 2007.[3]
UTeM mengandungi dua kampus secara keseluruhannya; kampus utama (Kampus Induk) yang terletak di Durian Tunggal, Melaka; dan kampus ketiga (Kampus Teknologi) yang terletak di Ayer Keroh, Melaka.
Visi, Misi dan Objektif
Visi
Visi Universiti Teknikal Malaysia Melaka adalah untuk menjadi universiti teknikal yang kreatif dan inovatif yang terkemuka di dunia.
Misi
Misi Universiti Teknikal Malaysia Melaka adalah untuk bertekad menerajui sumbangan kepada kesejahteraan negara dan dunia dengan:
- Memartabatkan ilmu melalui pendidikan, penyelidikan dan kesarjanaan teknikal yang inovatif;
- Membentuk pemimpin bersahsiah murni yang profesional; dan
- Menjana pembangunan lestari bersama industri dan komuniti.
Matlamat
Matlamat Universiti Teknikal Malaysia Melaka adalah seperti berikut:
- Mengendalikan program akademik dan profesional berlandaskan kepada keperluan industri;
- Melahirkan graduan dengan pengetahuan relevan, kompetensi dalam kemahiran teknikal, kemahiran insaniah dan peka kepada tanggungjawab sosial;
- Menyemai dikalangan graduan kaedah saintifik, berfikiran kritikal, kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan;
- Menggalakkan pembangunan penyelidikan dan aktiviti dengan kerjasama industri demi menjana kemakmuran negara;
- Melengkapkan graduan dengan nilai-nilai kepimpinan, komunikasi dan pembelajaran berterusan;
- Melahirkan graduan berkemahiran teknousahawan dan pengurusan; dan
- Melahirkan graduan yang menghargai sastera dan budaya serta menyedari kepentingan budaya hidup sihat.
Sejarah
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) ditubuhkan pada 1 Disember 2000 sebagai IPTA Teknikal pertama di Malaysia dengan nama Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM). Pada 1 Februari 2007, nama tersebut telah ditukar kepada Universiti Teknikal Malaysia Melaka sebagai sebuah penjenamaan semula.
Kemudahan
Dewan
Dewan Canselor (dahulu dikenali sebagai Dewan Besar) ialah sebuah dewan bertingkat dua yang digunakan untuk majlis-majlis rasmi dan sebagai dewan peperiksaan. Dewan ini dilengkapi sebuah ruang lobi, dewan jamuan dan bilik VVIP.
Masjid
Terdapat sebuah masjid utama di UTeM iaitu Masjid Sayyidina Abu Bakar yang boleh menampung 4,000 orang jemaah. Masjid ini dilengkapi dengan pejabat pentadbiran, bilik bacaan dan dewan solat utama.
Di samping masjid ini, terdapat juga surau-surau yang terletak di segenap kampus untuk kemudahan sembahyang.
Kolej kediaman
Terdapat 7 buah kolej kediaman di UTeM dengan enam buah berada di dalam kawasan Kampus Induk manakala sebuah lagi disewa daripada pihak luar. Kolej kediaman yang terletak di dalam Kampus Induk ialah Kolej Kediaman Lestari dan Kolej Kediaman Satria yang terdiri daripada lima buah blok, iaitu Tuah, Jebat, Lekir, Lekiu dan Kasturi. Manakala kolej kediaman yang disewa ialah Kolej Kediaman UTeM Sri Utama. Kolej kediaman yang berada di Kampus Induk boleh memuatkan 6,020 orang pelajar manakala Kolej Kediaman UTeM Sri Utama boleh memuatkan sebanyak 1,152 orang pelajar.
Kolej Kediaman Satria
Pada 2015, sebuah kolej kediaman baharu dibina bagi menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah.[4] Majlis perasmian pecah tanah telah dilakukan pada 2 April oleh Yang di-pertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob yang juga Canselor UTeM. Pembinaan kolej kediaman yang bermula pada 13 Mac[5][nota 1] ini merangkumi lima buah blok kolej kediaman pelajar 10 tingkat termasuk pejabat pentadbiran asrama; lima unit kediaman pengetua asrama; 10 unit kediaman felo; seunit kafeteria dengan muatan 1,000 orang dalam satu-satu masa; dan kemudahan gelanggang sukan termasuk futsal, bola tampar dan bola keranjang di atas sebidang tanah seluas 7.28 hektar.[7] Kolej kediaman ini mampu menampung seramai 5,000 orang pelajar bagi menambah muatan sebuah kolej sedia ada di kampus induk yang hanya berkapasiti 1,020 orang bilamana bilangan pelajar ketika itu mencecah 11,000 orang. Pembinaan kolej kediaman ini dilaksanakan oleh Syarikat Nadi Cergas Sdn Bhd[8] di samping Syarikat Naluri Etika[9] sebagai syarikat bertujuan khas dan memakan belanja sebanyak RM 296.90 juta[10] dengan tempoh konsesi dan pajakan masing-masing selama 22.5 dan 20 tahun.[6] Kolej ini yang dinamakan Kolej Kediaman Satria telah siap dan mula beroperasi pada September 2017 sebelum dirasmikan pada 12 Mac 2018 ketika Majlis Pelancaran jalur lebar rangkaian penyelidikan dan pendidikan Malaysia (MYREN) yang dijenamakan semula sebagai MYREN-X.[11][12]
Perpustakaan
Perpustakaan Laman Hikmah merupakan perpustakaan utama UTeM yang mempunyai himpunan buku-buku, majalah dan surat khabar.
Kompleks Sukan
Kompleks Sukan yang terletak di UTeM terdiri daripada sebuah stadium, Dewan Sukan dan gimnasium luar. Selain itu, terdapat juga padang ragbi, padang bola sepak, padang hoki sintetik, padang bola lisut, lapang sasar memanah, gelanggang petanque, gelanggang tenis, gelanggang bola tampar, gelanggang futsal, gelanggang bola baling, tembok tiruan, terbang kelawar (flying fox) dan kemudahan berkayak. Terdapat 14 unit peralatan sukan untuk kegunaan pelajar dan staf di gimnasium luar.
Stadium yang disediakan dilengkapi dengan sebidang padang bola sepak dengan tempat duduk yang mampu menampung seramai 500 orang penonton. Sebuah trek sintetik berlorong lapan yang berukuran 400 meter mengelilingi padang tersebut.
Di dalam Dewan Sukan pula disediakan gelanggang badminton, gelanggang bola jaring, gelanggang bola keranjang, gelanggang sepak takraw dan gimnasium.
Kampus
UTeM terletak di negeri Melaka yang diiktiraf sebagai Bandaraya Warisan Dunia oleh UNESCO di dalam kawasan seluas 766 ekar yang lengkap dengan semua kemudahan dan dikelilingi kehijauan alam sekitar.
-
Kampus Induk UTeM
-
Kampus Teknologi UTeM
Akademik
Fakulti, Institut & Pusat Akademik
- Fakulti Kejuruteraan Elektronik Dan Kejuruteraan Komputer
- Fakulti Kejuruteraan Elektrik
- Fakulti Kejuruteraan Mekanikal
- Fakulti Kejuruteraan Pembuatan
- Fakulti Teknologi Maklumat Dan Komunikasi
- Fakulti Pengurusan Teknologi Dan Teknousahawan
- Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik
- Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal Dan Pembuatan
- Pusat Bahasa Dan Pembangunan Insan
- Institut Pengurusan Teknologi Dan Keusahawanan
Teknologi pendidikan
Sejak 2009, UTeM telah mula menggunakan sistem pengurusan pembelajaran sumber terbuka berasaskan teknologi Claroline yang diberi nama SPeL.[13]
Matlamat pendidikan
- Mengendalikan program akademik dan profesional berlandaskan kepada keperluan industri;
- Melahirkan graduan dengan pengetahuan relevan, kompetensi dalam kemahiran teknikal, kemahiran insaniah dan peka kepada tanggungjawab sosial;
- Menyemai dikalangan graduan kaedah saintifik, berfikiran kritikal, kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan;
- Menggalakkan pembangunan penyelidikan dan aktiviti dengan kerjasama industri demi menjana kemakmuran negara;
- Melengkapkan graduan dengan nilai-nilai kepimpinan, komunikasi dan pembelajaran berterusan;
- Melahirkan graduan berkemahiran teknousahawan dan pengurusan;
- Melahirkan graduan yang menghargai sastera dan budaya serta menyedari kepentingan budaya hidup sihat.
Lihat juga
Nota
Rujukan
- ^ Naib Canselor UTEM
- ^ https://latitude.to/articles-by-country/my/malaysia/28997/universiti-teknikal-malaysia-melaka
- ^ "UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka - Fast Facts". Tapak rasmi UTeM (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-21. Dicapai pada 21 Mei 2018. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ "UTeM bina kolej kediaman baharu untuk 5,000 pelajar" (PDF). Melaka Hari Ini. Ayer Keroh, Melaka: MHI Sdn. Bhd. (diterbitkan 26 Mac 2015). 25 Mac 2015. m/s. 4. Dicapai pada 20 April 2018 – melalui mhi.com.my. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ Shazzuan Shah Mohd. Saleh (2 April 2015). "Mohd. Khalil rasmi Pecah Tanah Asrama UTeM" (PDF). Melaka Hari Ini. Ayer Keroh, Melaka: MHI Sdn. Bhd. (diterbitkan 3 April 2015). m/s. 3. Dicapai pada 20 April 2018 – melalui mhi.com.my. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ a b Laporan Tahunan 2015 (PDF) (Laporan). UTeM. 2015. m/s. 100. ISBN 977-0-1273-0400-8 Check
|isbn=
value: invalid prefix (bantuan). Dicapai pada 20 April 2018. Unknown parameter|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Norliza Mohamad Zakaria (3 April 2015). "Asrama RM180j bagi 5,000 pelajar Utem". Utusan Online. Gambar oleh Nursuraya Zulkifli. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-20. Dicapai pada 20 April 2018. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ Zulfatria Abdullah (2 April 2015). Fazidah Ithnin (penyunting). "Kolej Kediaman Pelajar UTeM bakal Beri Keselesaan" (PDF). Berita@UTeM. Jurufoto: Mohd Farid Supangi (ed. Mac-Raya 2015). UTeM (diterbitkan 3 April 2015). m/s. 16. Dicapai pada 20 April 2018. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ Bernama (2 April 2015). "Utem bina asrama tampung 5,000 pelajar". Sinar Online. Foto oleh Bernama. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-20. Dicapai pada 20 April 2018. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ "Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) | Nadi Cergas Sdn Bhd". Nadi Cergas Sdn Bhd. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-20. Dicapai pada 20 April 2018. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ "Pelancaran Kampus Pintar UTeM 12 Mac". Melaka Hari Ini. Ayer Keroh, Melaka: MHI Sdn. Bhd. 8 Mac 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-20. Dicapai pada 20 April 2018 – melalui gallery.utem.edu.my. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ Harith Nizar (12 Mac 2018). "Kampus pintar buka lembaran baharu di universiti awam". Utusan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-20. Dicapai pada 20 April 2018. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ Mohamed Amin Embi; Mohd Najib Adun, penyunting (2010). e-Pembelajaran di IPTA Malaysia. Selangor: Pusat Pembangunan Akademik UKM. m/s. 27–28. ISBN 978-967-5878-21-3.