Nama penuh | Football Club Internazionale Milano S.p.A. | |||
---|---|---|---|---|
Gelaran |
| |||
Diasaskan | 9 Mac 1908 | |||
Stadium | San Siro (Kapasiti: 80,018) | |||
Pemilik | International Sports Capital HK Ltd. (70%)[1] Internazionale Holding S.r.l. (29.5%)[2] Pirelli (0.5%)[3] | |||
Presiden | Zhang Kangyang | |||
Ketua jurulatih | Zlatan | |||
Liga | Serie A | |||
2022–23 | Serie A, ke-3 | |||
Tapak sesawang | Laman kelab | |||
| ||||
Musim semasa |
F.C. Internazionale Milano,[4] ataupun disebut sebagai Internazionale (disebut [ˌinternattsjoˈnaːle]) atau secara ringkasnya Inter, dan di luar Itali ia disebut sebagai Inter Milan atau Inter Milano,[5] merupakan sebuah kelab bola sepak profesional Itali yang berpangkalan di Milan, Lombardy. Kelab ini telah bermain di Serie A sejak berdirinya pada tahun 1908.
Inter telah memenangi 30 trofi domestik termasuk 18 kejuaraan liga, tujuh Coppa Italia dan lima Supercoppa Italiana. Dari tahun 2006 hingga 2010, kelab ini memenangi lima kejuaraan liga berturut-turut.[6] Inter juga telah memenangi tiga gelaran Liga Juara-Juara. Inter merupakan satu-satunya kelab Itali berjaya melengkapkan siri treble dalam satu musim pada tahun 2010 dengan memenangi scudetto, Coppa Italia dan Liga Juara-Juara.[7] Selain itu, kelab ini juga memenangi tiga Piala UEFA, dua Piala Antara Benua dan satu Piala Kelab Dunia FIFA.
Inter bermain di laman sendiri di Stadium San Siro (berkapasiti 80,018), atau dikenali sebagai Stadio Giuseppe Meazza. Inter berkongsi stadium terbesar di Itali ini dengan pesaing utama, A.C. Milan. Perlawanan antara Inter dan Milan antara perlawanan dinanti-nantikan oleh penonton bukan sahaja di Itali, malah di seluruh dunia. Pertembungan kedua-dua pasukan ini dikenali sebagai Derby della Madonnina.[8] Sehingga 2010, Inter merupakan kelab kedua di Itali memiliki peminat teramai dan keenam paling ramai peminat di Eropah. Inter salah satu kelab paling berharga di Itali dan di dunia bola sepak.[9] Kelab ini turut merupakan salah satu pengasas G-14, iaitu kumpulan yang mewakili 18 kelab bolasepak paling besar dan berprestij di Eropah sebelum ia dibubarkan.
Sejarah
Tahun awal penubuhan
Inter ditubuhkan pada 9 Mac 1908 di bawah nama Football Club Internazionale selepas berpecah dengan kelab Milan Cricket and Football Club (kini A.C. Milan). Nama kelab ini, Inter diperoleh daripada kehendak penubuh yang menerima pemain asing serta pemain Itali.
Kelab ini memenangi kejuaraan liga buat pertama kali pada tahun 1910 dan kali kedua pada 1920. Kapten dan jurulatih pasukan yang meraih kejuaraan pertama, Virgilio Fossati terbunuh ketika berkhidmat untuk tentera Itali dalam Perang Dunia Pertama.
Pada tahun 1921, Inter hanya mampu mengumpul 11 mata dan berada di tangga tercorot. Inter berjaya mengelakkan penyingkiran dari Serie A apabila menang dalam dua perlawanan play-off. Pada tahun 1928 ketika era rejim Fasis, Inter dipaksa menukar nama kelab menjadi "Società Sportiva Ambrosiana" selepas bergabung dengan "Unione Sportiva Milanese" pada tahun 1928. Pasukan ini memakai jersi putih dan salib merah terpampang di bahagian tengah jersi. Reka bentuk jersi ini diinspirasikan oleh bendera dan lambang kota Milan. Pada tahun 1929, presiden kelab, Oreste Simonotti menukarkan nama kelab ini kepada Associazione Sportiva Ambrosiana. Walau bagaimanapun, peminat tetap menyebut pasukan ini sebagai Inter dan seterusnya pada tahun 1931, presiden baru iaitu Pozzani mengubah nama kelab ini menjadi Associazione Sportiva Ambrosiana-Inter.
Inter meraih kejuaraan Coppa Italia (Piala Itali) pertama pada musim 1938-39 ketika Inter mempunyai pemain ikonik ketika itu, Giuseppe Meazza. Inter tetap berjaya meraih kejuaraan liga kelima pada tahun 1940 walaupun Meazza bergelut dalam kecederaan. Selepas Perang Dunia Kedua, kelab ini akhirnya meletakkan nama asalnya kembali dan meraih kejuaraan scudetto pada tahun 1953 dan 1954.
Grande Inter
Pada tahun 1960, Helenio Herrera menjadi pengurus baru Inter dari Barcelona. Beliau membawa pemain tengah dari Barcelona, Luis Suárez, yang merangkul anugerah Pemain Terbaik Eropah pada tahun yang sama atas persembahannya ketika di Barcelona. Herrera kemudian membimbing Inter menjadi salah satu kelab gergasi Eropah. Beliau mengubah suai taktik 5-3-2 yang dikenali sebagai "Verrou" ("pintu selak") termasuk fleksibiliti besar bagi melakukan serangan balas. Sistem catenaccio telah diperkenalkan oleh seorang jurulatih dari Austria, Karl Rappan. Sistem asal Rappan dilaksanakan dengan empat pemain pertahanan, bermain secara sistem orang-ke-orang dan menambah seorang playmaker di tengah padang yang membawa gerak bola bersama dua pemain sayap. Herrera hanya menambah seorang pemain di bahagian pertahanan dan meletak sweeper dan libero di belakang posisi bek tengah. Sweeper dan libero berperanan sebagai pemain bebas untuk berhubung dengan mana-mana penyerang pasukan melalui bek tengah. Inter menamatkan kempen Serie A di tempat ketiga pada musim pertama, kedua dan ketiga di bawah kendalian Herrera. Kemudian, Inter meraih kejayaan Piala Eropah pada 1964 dan 1965 dan seterusnya Herrera diberi gelaran "il Mago" ("Wizard").
Pada tahun 1964, Inter melangkah ke perlawanan akhir Piala Eropah menentang Real Madrid, pasukan yang telah mencapai tujuh kemenangan daripada sembilan perlawanan akhir setakat ini. Sandro Mazzola menjaringkan dua gol untuk Inter dan akhirnya Inter menang 3-1. Selain itu, pasukan ini juga meneruskan rentak cemerlang apabila menewaskan Independiente pada kejohanan Piala Antara Benua. Setahun kemudian, Inter mengulangi kejayaan setahun lalu apabila menewaskan juara dua kali, Benfica pada perlawanan akhir Piala Eropah yang berlangsung di San Siro dan Inter sekali lagi menumbangkan Independiente pada kejuaraan Piala Antara Benua. Pada tahun 1967, Inter kehilangan dua pemain utama mereka akibat mengalami kecederaan iaitu Jair dan Suárez, lalu Inter tewas pada perlawanan akhir Piala Eropah menentang Celtic 2-1. Pada tahun yang sama, kelab ini menukaran namanya kepada Football Club Internazionale Milano.
Turun naik
Selepas zaman kegemilangan Inter pada era 1960an, Inter berjaya memenangi kejuaraan liga kali ke-11 pada tahun 1971 dan ke-12 pada tahun 1980. Inter tewas buat kali kedua pada perlawanan akhir Piala Eropah, kali ini tewas 2-0 kepada skuad Ajax yang dibintangi pemain legenda, Johan Cruyff pada 1972. Pada era 1970an dan 1980an, Inter meraih dua kejuaraan Coppa Italia pada tahun 1978 dan 1982.
Gandingan duo Jerman Andreas Brehme dan Lothar Matthäus dan pemain Argentina, Ramón Díaz berjaya membantu Inter meraih scudetto pada tahun 1989. Kedatangan seorang lain pemain Jerman, Jürgen Klinsmann membantu Inter untuk meraih kejuaraan Supercoppa Italiana pada musim berikutnya namun Inter tidak dapat menahan gelarannya.
Pada era 1990an boleh dilihat dekad mengecewakan bagi peminat Inter. Pesaing rapat Inter, Milan dan Juventus telah mencapai pencapaian cemerlang sama ada di peringkat domestik dan Eropah manakala Inter jauh ketinggalan dengan keputusan tidak memberangsangkan. Lebih-lebih lagi, Inter berada hanya satu mata daripada zon penyingkiran. Walau bagaimanapun, Inter meraih tiga kejayaan Piala UEFA pada tahun 1991, 1994 dan 1998.
Massimo Moratti mengambil alih sebagai presiden kelab daripada Ernesto Pellegrini pada tahun 1995. Selepas pengambil alihan itu, Inter sebanyak dua kali memecah rekod perpindahan pemain termahal dunia (£19.5 juta untuk Ronaldo dari Barcelona pada 1997 dan £31 juta buat Christian Vieri dari Lazio dua tahun kemudian). Walau bagaimanapun, dekad 1990 tetap sedikit mengecewakan apabila inilah satu-satunya dekad dalam sejarah Inter di mana Inter tidak dapat meraih kejuaraan liga.
Moratti kemudian menjadi sasaran peminat terutamanya apabila beliau memecat jurulatih kesayangan peminat Inter, Luigi Simoni hanya selepas beberapa perlawanan memasuki musim 1998-99 dan baru menerima anugerah Pengurus Terbaik Itali pada tahun 1998 sebelum Simoni dipecat. Pada musim itu juga, Inter gagal menyertai mana-mana kejohanan Eropah buat pertama kali dalam masa 10 tahun selepas hanya menduduki tempat kelapan.
Pada musim berikutnya, Moratti melantik Marcello Lippi sebagai ketua jurulatih dan membeli beberapa pemain seperti Angelo Peruzzi, Laurent Blanc dan Vladimir Jugović. Pasukan ini hampir meraih kejohanan piala domestik pertama sejak 1989 apabila melangkah ke perlawanan akhir Coppa Italia namun tewas kepada finalis, Lazio.
Pada musim 2000-01, nasib lain melanda. Inter hampir memenangi Supercoppa Italiana menentang Lazio dan mendahului perlawanan namun Inter tewas 4–3. Inter juga tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara selepas tewas kepada kelab Sweden, Helsingborgs IF pada pusingan kelayakan. Lippi dipecat serta merta selepas perlawanan pembukaan musim baru menentang Reggina yang berkesudahan Inter tewas. Marco Tardelli dipilih untuk menggantikan Lippi tetapi beliau juga gagal meningkatkan prestasi pasukan dan ia sentiasa diingati di kalangan peminat Inter apabila tewas memalukan 6-0 kepada pasukan musuh, Milan pada musim 2000-01.
Pada tahun 2002, Inter hampir meraih kejuaraan scudetto apabila perlawanan menentang Lazio menjadi penentu dan Inter memerlukan sekurang-kurangnya kelebihan satu gol di tempat lawan. Namun, Lazio merapatkan kedudukan 2-2 dan menghalang Inter meraih kejuaraan sebaliknya Juventus memenangi kejuaraan kali ini. Pada musim seterusnya, Inter gagal ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara apabila tewas kepada Milan, 1-1 berdasarkan gol di tempat lawan walaupun kedua-dua perlawanan itu berlangsung di satu stadium, Stadio Giuseppe Meazza.
Kebangkitan
Pada 1 Julai 2004, Inter melantik Roberto Mancini sebagai ketua jurulatih baru. Pada musim pertamanya, Inter mengumpul 72 mata dan menjuarai Coppa Italia dan seterusnya meraih Supercoppa Italiana. Pada 11 Mei 2006, Inter mempertahankan kejuaraan Coppa Italia apabila menewaskan Roma dengan agregat 4-1.
Inter dianugerahkan kejuaraan Serie A 2005–06 selepas mata yang dikumpul Juventus dan Milan dipotong oleh kerana skandal pengaturan perlawanan. Pada musim berikutnya, Inter melakar rekod baru apabila memenangi 17 perlawanan berturut-turut dalam Serie A bermula pada 25 September 2006 dengan kemenangan 4-1 ke atas Livorno di tempat sendiri dan kemenangan ini berterusan sehinggalah pada 28 Februari 2007, apabila Inter terikat seri 1-1 bertemu Udinese di San Siro. Pada 22 April 2007, Inter meraih kejuaraan scudetto buat kali kedua berturut-turut.
Inter memulakan musim 2007-08 dengan baik di Serie A dan berada di tangga teratas liga pada separuh pertama musim selain melangkah ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara. Selepas kekalahan yang dialami Inter ketika menentang Liverpool pada pusingan kalah mati Liga Juara-Juara, tempat Mancini sebagai ketua jurulatih di Inter menjadi persoalan. Mancini akhirnya mengumumkan untuk melepaskan jawatannya. Pada hari terakhir musim 2007-08, Inter meraih kejuaraan liga buat kali ketiga berturut-turut namun sebaliknya Mancini dipecat selepas pengumuman yang disebutnya sebelum ini.[10]
Pada 2 Jun 2008, Inter melantik bekas pengurus Porto dan Chelsea, José Mourinho sebagai ketua jurulatih. Pada musim pertamanya, pasukan Nerazzurri memenangi Suppercoppa Italiana dan kejuaraan liga keempat berturut-turut namun pasukan ini tewas dalam pusingan pertama kalah mati buat kali ketiga berturut-turut selepas tewas kepada Manchester United. Selepas membolot kejuaraan keempat berturut-turut, Inter sertai Torino dan Juventus sebagai satu-satunya kelab selain Turin melakukan demikian.
Inter menikmati kejayaan Liga Juara-Juara pada musim 2009-10 apabila menewaskan Bayern Munich 2–0 pada perlawanan akhir hasil jaringan Diego Milito.[11] Inter juga memenangi kejuaraan liga dan juga Coppa Italia.[12] Ini membuatkan Inter kelab Itali pertama berjaya melengkapkan "treble" dalam satu musim. Mourinho meninggalkan Inter dan berpindah ke Real Madrid dan tempat Mourinho digantikan oleh Rafael Benítez.[13]
Pada 21 Ogos 2010, Inter menewaskan Roma 3-1 dan memenangi Supercoppa Italiana 2010, trofi keempat Inter bagi tahun ini. Pada Disember 2010, Inter meraih kejuaraan Piala Kelab Dunia FIFA 2010 buat pertama kali selepas menewaskan TP Mazembe, 3-0 dalam perlawanan akhir.[14] Inter akhirnya melengkapkan Quintuple, menjadi pasukan keempat di dunia yang berjaya melakukannya selepas Liverpool pada 2001, Al-Ahly pada 2006 dan Barcelona pada 2009. Walau bagaimanapun selepas kemenangan ini, berikutan prestasi lemah yang dipamerkan Inter dalam Serie A, pasukan ini mengumumkan Benitez bakal berpindah. Pada hari berikutnya, Leonardo menjadi ketua jurulatih Inter.[15]
Masa kini
Leonardo bermula dengan mengumpul 30 mata dalam 12 perlawanan dan purata 2.5 mata per perlawanan dan ia satu pencapaian hebat berbanding jurulatih sebelum ini; Benitez dan Mourinho. Pada 6 Mac 2011, Leonardo meletakkan rekod baru Serie A dengan berjaya memungut 33 mata dalam 13 perlawanan. Leonardo hanya berjaya membawa Inter ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara selain menjulang trofi Coppa Italia. Walau bagaimanapun pada penghujung musim, beliau dipecat dan digantikan oleh Gian Piero Gasperini, Claudio Ranieri dan Andrea Stramaccioni.
Pada 1 Ogos 2012, Moratti menjual beberapa faedah Inter Milan kepada konsortium China, Kenneth Huang.[16] Pada hari yang sama, Inter mengumumkan mereka telah membentuk satu rundingan dengan China Railway Construction Corporation Limited untuk projek membina sebuah stadium barua [17] Pada 30 Jun 2013, Moratti's Internazionale Holding S.r.l. memegang 98.2% ke atas F.C. Internazionale Milano S.p.A. dan rundingan berama pihak China nampaknya telah runtuh.[18]
Pada 15 Oktober 2013, wakil konsortium Indonesia (International Sports Capital HK Ltd.) yang diketuai oleh Erick Thohir, Handy Soetedjo dan Rosan Roeslani menandatangani sebuah perjanjian untuk memperoleh 70% saham Inter dari Internazionale Holding S.r.l.[19][20][21] Dengan serta merta selepas perjanjian itu, Moratti's Internazionale Holding S.r.l. masih memegang 29.5% saham F.C. Internazionale Milano S.p.A.[22] Selain itu, Thohir juga memiliki sebuah kelab Major League Soccer (MLS), D.C. United dan kelab Liga Super Indonesia (ISL), Persib Bandung.
Imej
Salah satu penubuh kelab Inter, Giogio Muggiani yang juga merupakan seorang pelukis telah dipertanggungjawabkan untuk mereka bentuk logo pertama Inter pada tahun 1908. Reka bentuk pertamanya telah menggabungkan perkataan "FCIM" dan diletakkan di tengah bulatan lambang. Elemen-elemen asas reka bentuk ini kekal berterusan walaupun unsur-unsur yang lebih halus telah diubahsuai sejak beberapa tahun. Bermula musim 1999-2000, lambang asal kelab telah dikurangkan saiznya untuk memberi tempat penambahan nama dan tahun penubuhan kelab (1908) itu di bahagian atas dan bawah logo.
Sejak penubuhannya pada tahun 1908, Inter memakai kit berjalur biru hitam. Dikatakan hitam mewakili malam manakala biru pula dipilih untuk mewakili langit.[23] Jersi berjalur biru hitam ini membolehkan Inter mendapat nama samaran Nerazzurri.[24] Walau bagaimanapun pada era sebelum Perang Dunia Kedua, Inter dipaksa untuk meninggalkan pakaian biru hitam mereka. Pada tahun 1928, nama dan falsafah Inter yang dibuat oleh pemerintah Parti Fasis menyebabkan pasukan Inter menjadi resah. Sebagai keputusannya, Inter menukar namanya kepada Unione Sportiva Milanese malah kitnya juga ditukar menjadi Società Sportiva Ambrosiana.[25] Kit yang ditukar itu berdasarkan bendera Milan (salib merah berlatakarkan warna putih) menggantikan warna tradisional mereka iaitu biru dan hitam.[26] Selepas Perang Dunia Kedua sekali gus runtuhnya kuasa Fasis, kelab ini kembali menggunakan nama dan warna asalnya semula. Pada tahun 2008, Inter meraikan ulang tahun ke-100 penubuhannya dengan mereka jersi baru iaitu salib merah seperti jersi Inter yang digunakan ketika rejim Fasis. Jersi ini dipakai untuk bermain di tempat lawan. Jersi ini terus dipakai sehingga musim 2009-10.
Haiwan juga digunakan untuk mewakili mana-mana kelab bola sepak di Itali. Inter menggunakan ular rumput dan ia dipanggil Il biscione atau Serpente bagi mewakili Inter. Ular merupakan simbol penting bagi kota Milan kerana ia terdapat dalam heraldik Milan. Simbol ini terkenal kerana ia terdapat dalam lambang Kerabat Sforza (kerajaan yang memerintah Itali dari Milan ketika zaman Renaissance), kota Milan, Duchy Milan (sebuah negeri dalam Empayar Suci Rom dan Insubria (sebuah wilayah bersejarah yang merangkumi Milan). Untuk musim 2010-11, jersi pelawat Inter menampilkan corak ular di bahagian lengan.
Stadium
Gelanggang tuan rumah Inter ialah San Siro ataupun secara rasminya dikenali sebagai Stadio Giuseppe Meazza yang mempunyai kapasiti 80,018 tempat duduk. Nama Giuseppe Meazza dipilih bagi memperingati pemain yang pernah bermain untuk kedua-dua kelab ini, Milan dan Inter. Nama San Siro pula diambil dari daerah yang terletaknya stadium ini. San Siro telah menjadi gelanggang Milan sejak tahun 1926. Pembinaan ini dibantu oleh 120 pekerja dan mengambil masa 13 bulan setengah untuk siap. Stadium ini dimiliki Inter sehinggalah ia dijual kepada Majlis Kota pada 1935. Pada tahun 1947, Milan setuju untuk berkongsi stadium ini dengan Inter.
Perlawanan pertama berlangsung di stadium ini pada 19 September 1926 apabila Inter menewaskan Milan 6-3 dalam satu perlawanan persahabatan. Stadium ini asalnya boleh memuatkan 35,000 penonton namun stadium ini memperbesarkan kapastinya sebagai persiapan Piala Dunia FIFA 1990 dan sejak itu, stadium ini mempunyai 85,700 tempat duduk bersama atap bumbung. Pada musim panas 2008, tempat duduk stadium ini dikurangkan kepada 80,018 untuk mematuhi peraturan yang dikeluarkan UEFA.
Berdasarkan model Inggeris, San Siro dibina untuk perlawanan bola sepak, berbanding dengan stadium lain di Serie A yang mempunyai pelbagai kemudahan lain. Oleh itu, San Siro amat terkenal dengan jarak tempat duduk penonton dan padang yang amat rapat. Ini menimbulkan masalah apabila segelintir penyokong mudah untuk membaling mercun, bunga api atau benda berbahaya ke arah padang.
Penyokong dan pesaing
Inter merupakan salah satu kelab memiliki jumlah peminat tertinggi di Itali menurut akhbar La Repubblica pada tahun 2007. Diikutkan sejarahnya, sebahagian besar peminat Inter dari kota Milan merupakan orang kelas pertengahan manakala peminat Milan berasal dari kelas pekerjaan.[27]
Kumpulan ultras Inter ialah Boys San. Mereka menempuh sejarah Inter yang berpanjangan oleh kerana mereka adalah salah satu ultras yang tertua sejak penubuhannya pada tahun 1969. Secara politik, ultras Inter biasanya dianggap sebagai sayap kanan dan mereka mempunyai hubungan yang baik dengan ultras Lazio. Selain Boys San, mereka juga terdapat tiga lagi peminat fanatik iaitu Viking, Irriducibili, Ultras dan Brianza Alcoolica.
Derby della Madonnina (Pertembungan Milan) antara Internazionale dan Milan merupakan pertembungan yang amat dinanti-nantikan peminat bola sepak Itali dan persaingan ini telah wujud sejak Inter berpecah daripada Milan pada tahun 1908.[28] Nama pertembungan ini merujuk kepada patung Virgin Mary yang terdapat dalam tarikan utama kota Milan, Katedral Milan. Pertembungan ini penuh dengan kontroversi apabila terdapatnya rusuhan, rasa tidak berpuas hati atas keputusan pengadil dan lain-lain. Bunga api juga dibawa oleh kedua-dua belah pasukan dan contohnya ketika perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara 2004-05 antara Milan dan Inter pada 12 April apabila bunga api dibaling peminat Inter meluru tepat ke arah bahu pemain Milan, Dida.[29]
Selain Milan, Juventus juga pesaing ketat bagi Inter dan perlawanan kedua-dua pasukan ini disebut sebagai Derby d'Italia (Pertembungan Itali). Sehingga skandal Calciopoli 2006 yang menyaksikan Juventus tersingkir ke Serie B, Inter hanyalah satu-satunya kelab Itali yang tidak pernah tersingkir dari Serie A. Selepas peristiwa Calciopoli, Roma pula menjadi pesaing Inter apabila hanya Roma menjadi naib juara pada setiap musim Inter mendominasi scudetto pada tahun 2006 hingga 2010. Kedua-dua pasukan ini juga bertemu dalam 5 perlawanan akhir Coppa Italia dan empat Supercoppa Italiana sejak 2006. Selain itu, Atalanta dan Napoli antara pesaing kuat Inter.[30]
Pemain
Skuad semasa
- Sehingga 10 Januari 2024[31]
Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.
|
|
Keluar secara pinjaman
- Sehingga 4 Februari 2024
Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.
|
|
Pemain satu kelab
No. | Pemain | Warganegara | Posisi | Debut Inter | Perlawanan terakhir |
---|---|---|---|---|---|
1 | Piero Campelli | Itali | Penjaga gol | 30 Januari 1910 | 9 November 1924 |
2 | Ermanno Aebi | Itali | Penyerang | 10 April 1910 | 12 November 1922 |
3 | Armando Castellazzi | Itali | Pemain tengah | 24 Februari 1924 | 8 Mac 1936 |
4 | Giacinto Facchetti | Itali | Bek kiri | 3 Mei 1961 | 7 Mei 1978 |
5 | Sandro Mazzola | Itali | Pemain tengah menyerang | 10 Jun 1961 | 8 November 1977 |
6 | Giuseppe Bergomi | Itali | Pertahanan | 30 Januari 1980 | 23 Mei 1999 |
Nombor disimpan
3 – Giacinto Facchetti, bek kiri, 1960–1978 (penghormatan selepas kematian). Nombor ini mula tidak digunakan pada 8 September 2006. Pemain terakhir yang menggunakan nombor ini adalah Nicolás Burdisso, dan akhirnya dia memilih nombor 16 untuk penghujung musim.[32]
4 – Javier Zanetti, pemain tengah, bermain sebanyak 858 perlawanan untuk Inter dari tahun 1995 hingga persaraannya pada musim panas 2014. Presiden Inter Erick Thohir mengesahkan nombor 4 tidak digunakan untuk memperingati Zanetti.[33][34]
Kakitangan pengurusan
- Sehingga 21 Ogos 2016
Posisi | Nama |
---|---|
Ketua jurulatih | Frank de Boer |
Pembantu jurulatih | Orlando Trustfull |
Pembantu jurulatih | Michel Kreek |
Pembantu jurulatih | Michele Santoni |
Jurulatih penjaga gol | Adriano Bonaiuti |
Ketua kakitangan perubatan | Piero Volpi |
Ketua jurulatih kecergasan | Alessandro Schoenmaker |
Jurulatih kecergasan | Andrea Scanavino |
Jurulatih kecergasan | Giuseppe Bellistri |
Jurulatih pemulihan | Massimiliano Marchesi |
Ketua psikoterapi | Nicola Biscotti |
Ketua psikoterapi | Marco Dellacasa |
Pakar psikoterapi | Massimo Dellacasa |
Pakar psikoterapi | Andrea Belli |
Pakar psikoterapi | Andrea Galli |
Pakar psikoterapi | Matteo Vigano |
Pakar psikoterapi | Ramon Cavallin |
Doktor | Daniele Casalini |
Doktor | Alessandro Corsini |
Penganalisa perlawanan | Marco Fumagalli |
Penganalisa bola sepak | Michele Salzarulo |
Senarai presiden dan pengurus
Presiden
Berikut senarai presiden Inter dari tahun 1908 hingga sekarang.
|
|
|
Pengurus
Berikut merupakan senarai pengurus Inter dari tahun 1908 hingga sekarang.[35]
|
|
Kejayaan
Inter telah memenangi 30 kejuaraan domestik yang termasuk kejuaraan Serie A sebanyak 18 kali, Coppa Italia tujuh kali dan lima gelaran Supercoppa Italiana five. Dari tahun 2006 hingga 2010, kelab ini memenangi lima kejuaraan liga berturut-turut dan menjadi rekod kemenangan liga paling cemerlang sepanjang zaman.[36] Mereka juga memenangi Liga Juara-Juara sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 1964, 1965 dan 2010. Selain itu, kejayaan terbesar Inter dalam bola sepak Itali ialah memperoleh gelaran "treble" apabila memenangi Liga Juara-Juara, scudetto dan Coppa Italia pada tahun 2010.[37] Kelab ini juga memenangi tiga Piala UEFA, dua Piala Antara Benua dan satu Piala Kelab Dunia FIFA.
Domestik
- Kejuaraan liga
- Serie A 19:
- Piala
Eropah
Dunia
Rekod dan statistik kelab
Javier Zanetti memegang rekod kemunculan Inter dengan bermain 838 perlawanan rasmi dan 600 perlawanan Serie A.[38] Giuseppe Meazza menjadi penjaring terbanyak Inter sepanjang zaman dengan menghasilkan 284 gol dalam 408 perlawanan.
Helenio Herrera merupakan penjawat jurulatih Inter paling lama iaitu selama sembilan tahun dan salah satu jurulatih cemerlang dalam sejarah Inter apabila memperoleh tiga gelaran Scudetti, dua Piala Eropah dan dua Piala Antara Benua. José Mourinho tidak kurang hebatnya apabila beliau membimbing Inter untuk menjadi kelab Itali pertama dalam sejarah meraih treble selepas menjulang trofi Serie A, Coppa Italia dan Liga Juara-Juara Eropah pada musim 2009-10.
Pengeluar jersi dan penaja
Tempoh | Pengeluar jersi | Penaja |
---|---|---|
1979–1981 | Puma | |
1981/1982 | Inno-Hit | |
1982–1986 | Mecsport | Misura |
1986–1988 | Le Coq Sportif | |
1988–1991 | Uhlsport | |
1991/1992 | Umbro | FitGar |
1992–1995 | Fiorucci | |
1995–1998 | Pirelli | |
1998–2018 | Nike |
Nota kaki
- ^ Gelaran ini merupakan anugerah daripada mahkamah berikutan skandal Calciopoli.
Rujukan
- ^ name=Inter2015bilancio
- ^ name=Inter2015bilancio
- ^ name=Pirelli2014bilancio
- ^ "Organization Chart". F.C. Internazionale Milano – Official website. Dicapai pada 6 July 2013.
- ^ "Inter Milan arrives in Jakarta to prepare for two friendlies". The Jakarta Post. 24 May 2012. Dicapai pada 25 July 2013.
- ^ name="Italy – List of Champions">"Italy – List of Champions". RSSSF.[pautan mati kekal]
- ^ name="treble">"Inter join exclusive treble club". uefa.com. Dicapai pada 9 August 2012.
- ^ "Is this the greatest derby in world sports?". Theroar.com.au. 26 January 2010. Dicapai pada 28 September 2011.
- ^ name="Football Team Valuations">"The World's Most Valuable Soccer Teams". Forbes. 17 April 2013. Dicapai pada 13 July 2013.
- ^ name="mancini_inter">"F.C. Internazionale statement". FC Internazionale Milano. 29 May 2008. Dicapai pada 29 May 2008.
- ^ "Bayern Munich 0–2 Inter Milan". BBC Sport. 22 May 2010. Dicapai pada 24 May 2010.
- ^ "Jose Mourinho's Treble-chasing Inter Milan win Serie A". BBC Sport. 16 May 2010. Dicapai pada 24 May 2010.
- ^ "Mourinho unveiled as boss of Real". BBC Sport. British Broadcasting Corporation. 31 May 2010.
- ^ "TP Mazembe 0–3 Internazionale". ESPN Soccernet. 18 December 2010. Dicapai pada 18 December 2010.
- ^ "Welcome Leonardo! Inter's new coach". inter.it. 24 December 2010.
- ^ name=Huang>"Press release: Internazionale Holding S.r.l". F.C. Internazaionale Milano. 1 August 2012. Dicapai pada 5 June 2015.
- ^ name=Huang
- ^ name=Inter2013bilancio>F.C. Internazionale Milano S.p.A. bilancio (financial report and accounts) on 30 June 2013, PDF purchased from Italian C.C.I.A.A.
- ^ "Inter Milan Sells 70% Stake To Indonesia's Erick Thohir At $480M Valuation". 16 October 2013.
- ^ "F.C. Internazionale statement". F.C. Internazaionale Milano. 15 November 2013. Dicapai pada 5 June 2015.
- ^ "FC Internazionale Milano SpA signs an agreement to open capital to new investors". F.C. Internazaionale Milano. 15 October 2013. Dicapai pada 6 June 2015.
- ^ name=Inter2014bilancio>F.C. Internazionale Milano S.p.A. bilancio (financial report and accounts) on 30 June 2014, PDF purchased from Italian C.C.I.A.A.
- ^ name=ninteenzeroeight>"9 marzo 1908, 43 milanisti fondano l'Inter". ViviMilano.it. 24 June 2007.
- ^ name="autogenerated1">"AC Milan vs. Inter Milan". FootballDerbies.com. 25 July 2007.
- ^ "Emeroteca Coni". Emeroteca.coni.it. Dicapai pada 7 January 2013.
- ^ name="ambrosianacolours">"Ambrosiana S.S 1928". Toffs.com. 24 June 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-20. Dicapai pada 2016-06-02.
- ^ name="autogenerated1"
- ^ name="autogenerated1"
- ^ "Milan game ended by crowd trouble". BBC. 25 July 2007.
- ^ "INTER : gli Ultras avversari – Rangers 1976 Empoli Ultras". Rangers.it. Dicapai pada 7 January 2013.
- ^ "Inter Prima Squadra". FC Internazionale Milano. Dicapai pada 7 September 2022.
- ^ "Inter withdraw the number 3 shirt". Inter.it. 8 September 2006.
- ^ ""Internazionale retire No4 shirt in honour of Javier Zanetti", The Guardian, 30 June 2014". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-05-29. Dicapai pada 2016-06-02.
- ^ "Inter make Zanetti vice-president & retire No.4 jersey", Goal.com, 30 June 2014
- ^ "coaches". inter.it. 8 March 2013.
- ^ name="Italy – List of Champions"
- ^ name="treble"
- ^ name=recordholders>"record holders". inter.it. Dicapai pada 8 March 2013.
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan F.C. Internazionale Milano |
- Tapak web rasmi (Itali) (Inggeris) (Sepanyol) (Jepun) (Cina) (Indonesia)
- F.C. Internazionale Milano at Serie A (Inggeris) (Itali)
- F.C. Internazionale Milano at UEFA
- F.C. Internazionale Milano Diarkibkan 2017-05-29 di Wayback Machine at FIFA