Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Lucimar Ferreira da Silva | ||
Tarikh lahir | 8 Mei 1978 | ||
Tempat lahir | Planaltina, Daerah Persekutuan, Brazil | ||
Ketinggian | 1.88 m (6 ka 2 in)[1] | ||
Posisi permainan | Bek tengah | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Brasiliense | ||
Nombor | 3 | ||
Kerjaya remaja | |||
1995–1997 | Planaltina EC[2] | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
1997 | Guará | 0 | (0) |
1997–2000 | Internacional | 49 | (5) |
2001–2004 | Bayer Leverkusen | 92 | (15) |
2003[3] | Bayer Leverkusen II | 1 | (0) |
2004–2009 | Bayern Munich | 144 | (7) |
2009–2012 | Inter Milan | 96 | (3) |
2012 | Juventus | 1 | (0) |
2013 | São Paulo | 10 | (1) |
2014–2015 | Palmeiras | 25 | (2) |
2015–2016 | FC Goa | 19 | (0) |
2018 | Gama | 0 | (0) |
2018– | Brasiliense | 17 | (1) |
Pasukan kebangsaan | |||
2000–2011 | Brazil | 105 | (4) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 13:43, 12 Julai 2019 (UTC) |
Lucimar Ferreira da Silva (lahir 8 Mei 1978), atau dikenali sebagai Lúcio, merupakan seorang pemain bola sepak Brazil yang beraksi di posisi bek tengah untuk kelab Brasiliense.
Lúcio memulakan kariernya pada tahun 1998 bersama kelab Sport Club Internacional. Selepas tiga tahun bersama kelab itu, beliau berpindah ke Bayer Leverkusen dan berjaya melangkah ke final Liga Juara-Juara 2002 namun akur dalam kekalahan kepada Real Madrid walaupun beliau menjaringkan gol dalam aksi final tersebut. Pada tahun 2004, beliau berpindah ke kelab gergasi Jerman, Bayern Munich dan berjaya merangkul tiga gelaran Piala Jerman dan tiga trofi Bundesliga. Sejak Louis van Gaal mula mengambil alih jawatan jurulatih Bayern, beliau tidak banyak diberi peluang untuk beraksi. Hal ini menyebabkan beliau melakukan perpindahan ke Inter Milan pada musim panas 2009 dan membantu kelabnya meraih kejuaraan Liga Juara-Juara dengan menentang kelab lamanya, Bayern Munich.
Bersama pasukan kebangsaan Brazil, Lúcio telah menikmati beberapa kejayaan di peringkat antarabangsa antaranya memenangi Piala Dunia 2002, Piala Konfederasi 2005 dan Piala Konfederasi 2009. Sejak persaraan Kaká, beliau merupakan satu-satunya pemain Brazil yang menjuarai Piala Dunia 2002 yang masih aktif dalam meneruskan karier bola sepak.
Kerjaya kelab
Kerjaya awal
Lúcio memulakan kariernya dengan beraksi untuk kelab tempatan,[4] Planaltina di posisi penyerang.[5] Pada tahun 1997, beliau mula beraksi di posisi pertahanan dan dipinjam ke kelab Guará untuk menghadapi perlawanan Copa do Brasil 1997 menentang penyandang juara Brazil pada masa itu, Internacional. Walaupun tewas 0–7,[6] beliau telah menarik perhatian kelab Porto Alegre itu untuk membelinya.
Internacional
Di Internacional, Lúcio menjadi tonggak pertahanan yang utama dan beliau menjanjikan aksi yang terbaik ketika tahun 2000 apabila dipanggil oleh Brazil dan diberikan anugerah Bola de Prata untuk pertahanan terbaik dalam kejohanan Campeonato Brasileiro 2000.[7]
Bayer Leverkusen
Pada Januari 2001, beliau berpindah ke kelab yang beraksi di Bundesliga iaitu Bayer Leverkusen. Dalam musim berikutnya, kelab tersebut terpaksa menelan pahit dan manis apabila kelab tersebut gagal mengutip mata yang lebih bagi meneruskan penguasaan liga setelah mereka tewas dua daripada tiga perlawanan Bundesliga. Kesempatan ini segera diambil oleh Borussia Dortmund yang meraih tiga kemenangan berturut-turut sekali gus berjaya dinobatkan sebagai jaura liga. Leverkusen juga menghadapi kekalahan dalam final DFB-Pokal kepada Schalke 04 dengan jaringan 4–2 serta kecundang dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara kepada Real Madrid. Walaupun secara keseluruhannya ia merupakan keputusan yang mengecewakan, tetapi Lúcio mempamerkan prestasi yang menonjol sehingga menarik perhatian beberapa kelab terkemuka Eropah. Pada Julai 2003, Roma telah melakukan bidaan rasmi ke atasnya tetapi rundingan terpaksa telah gagal daripada diteruskan.[8]
Bayern Munich
Pada tahun 2004, Lúcio menandantangani kontrak selama enam tahun bersama kelab gergasi Jerman, Bayern Munich. Beliau telah dijadikan sebagai tonggak utama pasukan. Setelah Oliver Kahn mengumumkan persaraan pada tahun 2008, Mark van Bommel telah dinamakan sebagai kapten pasukan Bayern manakala Lúcio dijadikan sebagai naib-kapten. Semasa aksi pusingan 16 Liga Juara-Juara 2006-07, beliau telah menjaringkan gol kemenangan bagi memastikan kemaraan Bayern ke peringkat suku akhir. Namun, mereka tewas di peringkat selanjutnya kepada bakal juara edisi tersebut, Milan. Dalam perlawanan DFB-Pokal 2008–09, beliau telah menjaringkan gol untuk Bayern dalam aksi suku akhir menentang kelab lamanya, Leverkusen. Sebelum jaringan gol tersebut, Bayern telah ketinggalan 3-0. Setelah beliau menjaringkan gol, Miroslav Klose telah menjaringkan gol Bayern lagi untuk merapatkan kedudukan namun Stefan Kießling telah menambah duka Bayern dengan menggandakan lagi jaringan Leverkusen bagi memastikan keputusan permainan dengan skor 4–2.[9]
Inter Milan
Pada 16 Julai 2009, Lúcio berpindah ke kelab Itali, Inter Milan selepas menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama juara Serie A itu.[10] Beliau telah diberi jersi skuad bernombor 6. Beliau menjaringkan gol sulungnya untuk Inter pada 23 September 2009 ketika menentang Napoli melalui tandukan hasil daripada sepakan penjuru. Lúcio juga pernah menjaringkan gol sendiri ketika aksi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara menentang Dynamo Kyiv yang berkesudahan perlawanan terikat seri. Sepanjang musim sulungnya di Inter, Lúcio bersama rakan sepasukannya di posisi yang sama, Walter Samuel telah dipuji kerana prestasi mereka yang cemerlang.[11] Pada 22 Mei, Lúcio merupakan sebahagian daripada pasukan Inter yang berjaya merangkul trofi Liga Juara-Juara selepas menewaskan kelab lamanya, Bayern Munich, 2–0. Beliau meraikan kejuaraan treble bersejarah dan menamatkan penantian selama 45 tahun untuk menjulang trofi keramat itu.[12] Pada 24 September 2011, Lúcio telah melakukan penampilannya ke-100 bersama Inter ketika perlawanan Serie A menentang Bologna.[13] Pada 29 Jun 2012, Lúcio diumumkan akan meninggalkan Inter setelah keputusan persetujuan antara kedua-dua belah pihak dicapai untuk menamatkan kontraknya yang berbaki selama dua tahun.[14]
Juventus
Pada 4 Julai 2012, Lúcio menandantangani kontrak selama dua tahun bersama juara Serie A, Juventus.[15] Walaupun pada mulanya beliau diletakkan di posisi pertahanan dalam sistem tiga orang pertahanan tengah dengan beraksi dalam perlawanan Supercoppa Italiana 2012 menentang Napoli pada 11 Ogos,[16] beliau telah diketepikan daripada perancangan Juventus setelah bergelut dengan kecederaan selain mempamerkan persembahan yang tidak konsisten dan memberangsangkan. Hal ini telah mendorong Juventus untuk meletak Giorgio Chiellini, Leonardo Bonucci dan Andrea Barzagli di barisan pertahanan. Secara keseluruhannya, beliau hanya beraksi dalam empat perlawanan untuk Juventus dalam semua kejohanan selama tempoh enam bulannya bersama kelab Turin itu. Oleh kerana beliau kurang diberi peluang untuk beraksi, Lúcio telah meninggalkan Juventus pada 17 December 2012 selepas kontraknya ditamatkan melalui persetujuan antara kedua-dua pihak.[17]
São Paulo
Pada 18 Disember 2012, sehari selepas meninggalkan Juventus, Lúcio menandantangani kontrak selama dua tahun bersama kelab Brazil, São Paulo.[18] Selepas 12 tahun berkelana di Eropah, beliau menyatakan bahawa beliau perlu menyesuaikan dirinya semula di tanah airnya, Brazil.[19] Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk São Paulo ketika menentang Botafogo pada 7 April 2013.
Pada Julai 2013, selepas pelantikan Ney Franco sebagai jurulatih baru kelab, Lúcio telah disingkirkan daripada pasukan. Episod ini mula timbul setelah kekalahan 1–0 kepada Internacional dalam aksi liga. Lúcio tidak dapat menepis kritikan oleh Paulo Autuori yang mendakwa jaringan gol Leandro Damião hasil kesilapan mudah oleh bekas kapten pasukan Seleção itu. Oleh sebab itu, Autuori lebih cenderung untuk menyingkirkan Lúcio daripada stafnya.[20]
Selepas insiden itu, Lúcio tidak mengikuti jelajah kelab ke Jerman untuk menyertai kejohanan Piala Audi 2013. Kehadirannya ke kejohanan tersebut telah dipinta oleh kelab lamanya, Bayern Munich. Tanpa kehadirannya, São Paulo memperoleh kurang €40,000 daripada pendapatan awal.[21]
Lúcio tidak menjalani latihan bersama dengan staf-staf kelab yang lain sekali gus menimbulkan satu "masalah" kepada kelab. Beliau juga menolak tawaran oleh kelab-kelab dari Timur Tengah dan Jepun sebaliknya belih lebih cenderung untuk kekal di Brazil. Namun, Lúcio tetap mendapat pendapatan yang menguntungkan meskipun beliau sendiri tidak beraksi.[22] Dengan ketibaan pemain pertahanan seperti Antônio Carlos dan Roger Carvalho, Lúcio secara jelasnya telah hilang peluangnya untuk beraksi lagi. Hal ini menyebabkan beliau mendesak São Paulo untuk memindahkannya ke kelab Eropah sebelum jendela perpindahan ditutup tetapi malangnya ia tidak berjaya.[23] Pada Disember 2013, selepas hampir enam bulan, Lúcio memecahkan kesunyian dengan menyatakan hubungannya yang buruk bersama kelab.[24]
Palmeiras
Pada 1 Januari 2014, Lúcio menamatkan kontraknya bersama São Paulo dan berpindah ke musuh tradisi Tricolor', Palmeiras. Selepas pemergian bekas kapten pasukan dan pemain pertahanan iaitu Henrique, Lúcio kini menerajui kepimpinan barisan pertahanan pasukan bersama dengan kapten pasukan semasa iaitu Fernando Prass. Selepas menandantangani kontrak bersama kelab, Lúcio bersetuju untuk memperoleh satu pertiga daripada gaji yang diraih olehnya di São Paulo.[25]
Hujung karier
Pada 7 Jun 2015, Lúcio disahkan berpindah ke kelab Liga Super India, FC Goa.[26] Beliau telah tampil dalam 14 perlawanan ketika musim sulungnya di India dan menyaksikan Goa menghuni tangga kedua liga. Pada musim berikutnya, beliau kurang bernasib baik apabila hanya melakukan lima kemunculan dan menyaksikan Goa mengakhiri kempen di tangga tercorot liga.
Pada 7 Disember 2017, Lúcio kembali ke kampung halamannya di Brazil dan beliau beraksi untuk kelab Gama dengan menerajui pasukan itu bagi menghadapi Campeonato Brasiliense 2018.[27] Pada 16 April 2018, Lúcio menyertai kelab Brasiliense.[28]
Kerjaya antarabangsa
Dalam kejohanan Piala Dunia 2002, beliau telah melakukan kesilapan yang membolehkan pemain England, Michael Owen untuk menjaringkan gol pembukaan permainan dalam aksi suku akhir. Jurulatih Luiz Felipe Scolari telah membela nasib beliau berikutan kesilapan yang dilakukan olehnya. Beliau telah beraksi dalam perlawanan akhir kejohanan tersebut dengan menentang Jerman dan menyaksikan Brazil dinobatkan sebagai juara dunia buat kali kelima setelah menumbangkan Jerman 2–0. Beliau merupakan antara tiga pemain yang telah beraksi selama 630 minit atau sepanjang kejohanan tersebut bersama dengan penjaga gol Marcos dan kapten Cafu.
Semasa kejohanan Piala Dunia 2006, Lúcio telah mencipta satu rekod FIFA dengan beraksi selama 386 minit tanpa melakukan kekasaran atau faul dan rekod itu akhirnya sampai ke penghujungnya ketika aksi suku akhir menentnag Perancis.
Pada Ogos 2006, Lúcio telah dilantik menjadi kapten pasukan Brazil oleh jurulatih Dunga.
Lúcio seterusnya mewakili Brazil ke kejohanan Piala Konfederasi 2009. Pada 29 Jun 2009, kapten Brazil itu menjaringkan gol kemenangan Brazil dalam perlawanan akhir Piala Konfederasi menentang Amerika Syarikat. Lúcio menanduk masuk bola ke arah gawang pasukan lawan hasil sepakan penjuru oleh Elano sekali gus menewaskan penjaga gol Amerika Syarikat, Tim Howard.[29]
Kejohanan Piala Dunia 2010 merupakan edisi Piala Dunia ketiga yang disertai Lúcio. Beliau beraksi untuk Seleção' dalam perlawanan pembukaan menentang Korea Utara dengan berkesudahan kemenangan tipis 2–1 berpihak kepada Brazil. Dalam kejohanan tersebut, beliau bergandingan dengan Juan di posisi bek tengah. Dalam Kumpulan E, Brazil meraih kemenangan ke atas Ivory Coast dan terikat seri tanpa jaringan ketika menentang Portugal sekali gus mengesahkan kemaraan Brazil ke peringkat kalah mati. Namun, Brazil terkandas di peringkat suku akhir kepada Belanda hasil dua jaringan oleh Wesley Sneijder untuk meranapkan impian Brazil bagi meneruskan kemaraannya.
Selepas Dunga telah dipecat, Konfederasi Bola Sepak Brazil melantik Mano Menezes sebagai ketua jurulatih yang baru. Menezes telah menanam kepercayaan terhadap pemain yang berpengalaman iaitu Lúciom. Posisi Lúcio dikekalkan manakala temannya, Juan telah digugurkan daripada skuad Brazil sebaliknya Thiago Silva menjadi gandingan baru Lúcio di barisan pertahanan tengah.
Pada 4 Jun 2011, Lúcio telah beraksi dalam perlawanan ke-100nya untuk Brazil.[30] Statistiknya itu terdiri daripada 98 perlawanan rasmi dan dua perlawanan tidak rasmi iaitu perlawanan persahabatan ketika menentang Sevilla pada tahun 2005 dan menentang Luzern pada tahun 2006.[31][32]
Lúcio telah disenaraikan ke dalam skuad Brazil bagi menghadapi kejohanan Copa América 2011. Brazil berjaya melepasi saingan peringkat kumpulan namun tersingkir di peringkat suku akhir kepada Paraguay menerusi penentuan penalti.
Pada akhir tahun 2011, Menezes telah menggugurkan Lúcio daripada skuad Brazil manakala Robinho telah diangkat menjadi kapten pasukan Brazil yang baru. Lúcio melakukan kemunculan terakhirnya untuk Brazil pada September 2011.
Kehidupan peribadi
Lúcio telah melangsungkan perkahwinan bersama pasangan pilihannya, Dione dan pasangan tersebut telah memiliki tiga orang anak iaitu Victoria, João Vítor dan Valentinna.[33] Beliau merupakan penganut Kristian Evangelikalisme.
Statistik kerjaya
Kelab
- Sehingga 12 Mei 2019.
Kelab | Musim | Liga | Piala | Benua[nb 1] | Lain[nb 2] | Jumlah | |||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | ||
Guará | 1997 | 0 | 0 | 1 | 0 | — | 1 | 0 | |||
Internacional | 1998 | 10 | 0 | 0 | 0 | — | 10 | 0 | |||
1999 | 19 | 2 | 2 | 0 | 21 | 2 | |||||
2000 | 20 | 3 | 4 | 0 | 24 | 3 | |||||
Jumlah | 49 | 5 | 6 | 0 | — | 55 | 5 | ||||
Bayer Leverkusen | 2000–01 | 15 | 5 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 15 | 5 |
2001–02 | 29 | 4 | 4 | 1 | 18 | 3 | 0 | 0 | 51 | 8 | |
2002–03 | 21 | 3 | 1 | 1 | 6 | 0 | 0 | 0 | 28 | 4 | |
2003–04 | 27 | 3 | 1 | 1 | — | 28 | 4 | ||||
Jumlah | 92 | 15 | 6 | 3 | 24 | 3 | — | 122 | 21 | ||
Bayern Munich | 2004–05 | 32 | 3 | 6 | 0 | 9 | 0 | 1 | 0 | 48 | 3 |
2005–06 | 30 | 2 | 5 | 0 | 7 | 0 | 1 | 0 | 43 | 2 | |
2006–07 | 26 | 0 | 2 | 0 | 8 | 2 | 1 | 0 | 37 | 2 | |
2007–08 | 24 | 1 | 6 | 0 | 13 | 2 | 3 | 0 | 46 | 3 | |
2008–09 | 32 | 1 | 4 | 1 | 8 | 0 | — | 44 | 2 | ||
Jumlah | 144 | 7 | 23 | 1 | 45 | 4 | 6 | 0 | 218 | 12 | |
Internazionale | 2009–10 | 31 | 1 | 4 | 1 | 12 | 0 | 1 | 0 | 48 | 2 |
2010–11 | 31 | 1 | 4 | 0 | 11 | 0 | 1 | 0 | 47 | 1 | |
2011–12 | 34 | 1 | 0 | 0 | 7 | 1 | 0 | 0 | 41 | 2 | |
Jumlah | 96 | 3 | 8 | 1 | 30 | 1 | 2 | 0 | 136 | 5 | |
Juventus | 2012–13 | 1 | 0 | 0 | 0 | 2 | 0 | 1 | 0 | 4 | 0 |
São Paulo | 2013 | 10 | 1 | 0 | 0 | 10 | 0 | 11 | 1 | 31 | 2 |
Palmeiras | 2014 | 25 | 2 | 7 | 0 | — | 15 | 0 | 47 | 2 | |
Goa | 2015 | 14 | 0 | — | 14 | 0 | |||||
2016 | 5 | 0 | 5 | 0 | |||||||
Jumlah | 19 | 0 | — | 19 | 0 | ||||||
Gama | 2018 | — | 7 | 0 | 7 | 0 | |||||
Brasiliense | 2018 | 9 | 1 | — | 9 | 1 | |||||
Jumlah kerjaya | 445 | 34 | 51 | 5 | 111 | 8 | 42 | 1 | 649 | 48 |
- ^ Termasuk kejohanan Piala Super UEFA, Piala Dunia Kelab FIFA dan Recopa Sudamericana
- ^ Termasuk kejohanan DFL-Ligapokal, Supercoppa Italiana, Campeonato Paulista dan Campeonato Brasiliense
Antarabangsa
Pasukan kebangsaan Brazil | ||
---|---|---|
Tahun | Kmncln | Gol |
2000 | 1 | 0 |
2001 | 12 | 0 |
2002 | 11 | 0 |
2003 | 9 | 0 |
2004 | 2 | 0 |
2005 | 13 | 2 |
2006 | 10 | 0 |
2007 | 8 | 1 |
2008 | 8 | 0 |
2009 | 14 | 1 |
2010 | 8 | 0 |
2011 | 9 | 0 |
Jumlah | 105 | 4 |
Gol antarabangsa
# | Tarikh | Lokasi | Pasukan lawan | Skor | Keputusan | Kejohanan |
---|---|---|---|---|---|---|
9 Februari 2005 | Hong Kong, China | Hong Kong | Piala Carlsberg 2005 | |||
12 November 2005 | Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu | Emiriah Arab Bersatu | Persahabatan | |||
9 September 2007 | Chicago, Amerika Syarikat | Amerika Syarikat | ||||
28 Jun 2009 | Johannesburg, Amerika Selatan | Amerika Syarikat | Piala Konfederasi 2009 |
Pencapaian
Kelab
|
Antarabangsa
Individu
|
Catatan
- ^ "Lúcio" (dalam bahasa Portuguese). Palmeiras Official Site. Dicapai pada 18 January 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "São Paulo acerta com Lúcio por duas temporadas" (dalam bahasa Portuguese). São Paulo. 18 December 2012. Dicapai pada 18 December 2012.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Lúcio". Fussballdaten.de (dalam bahasa German). Dicapai pada 19 January 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Trajetória de sucesso" (dalam bahasa Portuguese). São Paulo. 18 December 2012. Dicapai pada 18 December 2012.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Trajetoria". l3lucio.com.br (dalam bahasa Portugis). Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Ogos 2014. Dicapai pada 11 April 2016. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "Guará 0 x 7 Internacional, 18/02/1997". futpédia (dalam bahasa Portugis). Dicapai pada 11 April 2016.
- ^ "Bola de Prata Placar 2000". Placar (dalam bahasa Portugis). 7 August 2015. Dicapai pada 11 April 2016.
- ^ "Statement regarding Brazilian footballer Lucio" (PDF) (dalam bahasa Italian). AS Roma. 10 July 2003. Dicapai pada 3 November 2012.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "DFB-Pokal 2008/2009" (dalam bahasa German). DFB. Dicapai pada 11 June 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Lucio to Inter". Bayern Munich. 16 July 2009. Dicapai pada 16 July 2009.
- ^ SW Lim (29 August 2015). "Miranda: Murillo and I are like Lucio and Samuel". goal.com. Dicapai pada 5 February 2016.
- ^ "Bayern Munich 0 – 2 Internazionale". ESPN Soccernet. 22 May 2010. Dicapai pada 24 May 2010.
- ^ "Bologna 1-3 Inter: Pazzini, Milito and Lucio score". inter.it. 24 September 2011. Dicapai pada 27 March 2019.
- ^ "Inter exit for Lucio". Sky Sports. 29 July 2012. Dicapai pada 29 July 2012.
- ^ "Official: Lucio completes Juventus switch". Goal.com. 4 July 2012. Dicapai pada 4 July 2012.
- ^ Marco Gaetani (11 August 2012). "Supercoppa alla Juve Ma il Napoli è furioso". La Repubblica (dalam bahasa Italian). Dicapai pada 5 February 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Lucio, contract terminated". juventus.com. 17 December 2012. Dicapai pada 17 December 2012.
- ^ "Lúcio acerta por dois anos e é oficializado como reforço são-paulino". gazetaesportiva.net (dalam bahasa Portuguese). 18 December 2012. Dicapai pada 18 December 2012.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Acostumado à Europa, Lúcio tenta deixar timidez de lado no Brazil". gazetaesportiva.net (dalam bahasa Portuguese). 17 January 2013. Dicapai pada 17 January 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "São Paulo descarta Lúcio após zagueiro não aceitar críticas de Autuori" (dalam bahasa Portuguese). saopaulofc.com.br. 29 Julai 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Julai 2013. Dicapai pada 29 Julai 2013. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link) - ^ Ferrari, Carlos Augusto (16 August 2013). "Ausência de Lúcio faz São Paulo perder parte da cota da Copa Audi" (dalam bahasa Portuguese). globoesporte.globo.com. Dicapai pada 4 September 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Mattos, Rodrigo (12 August 2013). "Sem zagueiros, São Paulo vê impasse com o descartado Lúcio" (dalam bahasa Portuguese). rodrigomattos.blogosfera.uol.com.br. Dicapai pada 13 August 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Com contratos longos, SP pode levar reforços fracassados para 2014" (dalam bahasa Portuguese). esporte.uol.com.br. 22 August 2013. Dicapai pada 22 August 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Lúcio fala pela primeira vez após afastamento: 'Me senti humilhado'" (dalam bahasa Portuguese). GloboEsporte.com. 13 December 2013. Dicapai pada 14 December 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Abramvezt e Marcelo Hazan, David (2 January 2014). "Lúcio rescinde com São Paulo e acerta com Palmeiras por um terço do salário" (dalam bahasa Portuguese). globoesporte.globo.com. Dicapai pada 2 January 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Lucio joins FC Goa as marquee". Goal.com. 7 June 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-06-09. Dicapai pada 8 June 2015.
- ^ "Aos 39 anos, zagueiro Lúcio acerta com o Gama e volta ao futebol do Distrito Federal". Globoesporte.com. 7 December 2017. Dicapai pada 7 December 2017.
- ^ "Aos 39 anos, Lúcio acerta com o Brasiliense e vai disputar a Série D em 2018". Globoesporte.com. 16 April 2018. Dicapai pada 12 May 2018.
- ^ "US 2–3 Brazil". BBC Sport. 28 June 2009. Dicapai pada 29 June 2009.
- ^ "100 games for Lucio". sambafoot.com. 4 June 2011. Dicapai pada 6 June 2011.
- ^ "Seleção Brasileira (Brazilian National Team) 2004–2005". rsssfbrasil.com. Dicapai pada 6 June 2011.
- ^ "Seleção Brasileira (Brazilian National Team) 2006–2007". rsssfbrasil.com. Dicapai pada 6 June 2011.
- ^ "Vaterfreuden für Lucio" (dalam bahasa German). Bayern Munich. 13 April 2007. Dicapai pada 13 April 2007.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Lúcio – Century of International Appearances". RSSSF. Dicapai pada 25 July 2012.
- ^ "Bola de Prata Placar 2000". Placar (dalam bahasa Portuguese). 20 Mac 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Mac 2016. Dicapai pada 5 Februari 2016. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link) - ^ "Bundesliga Historie 2000/01" (dalam bahasa German). kicker.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Bundesliga Historie 2001/02" (dalam bahasa German). kicker.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Bundesliga Historie 2002/03" (dalam bahasa German). kicker.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Bundesliga Historie 2003/04" (dalam bahasa German). kicker.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Bundesliga Historie 2004/05" (dalam bahasa German). kicker.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Bundesliga Historie 2005/06" (dalam bahasa German). kicker.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Karel Stokkermans (14 March 2007). "ESM XI". RSSSF. Dicapai pada 29 November 2015.
- ^ Bhas Kunju (22 June 2014). "Aquarius World Cup interview – Lucio". Goal.com. Dicapai pada 5 February 2016.
- ^ "Users pick Top 11". FIFA.com. Fédération Internationale de Football Association. 30 June 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-10. Dicapai pada 30 June 2013.
- ^ "FIFPro proudly presents 2010 FIFA FIFPro World XI". FIFPRo.org. 10 January 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-28. Dicapai pada 5 February 2016.
- ^ "INTER CLUB: A LUCIO IL "PIRATA D'ORO"". Inter.it. Dicapai pada 5 March 2015.
Pautan luar
|
|
|
|
- Kelahiran 1978
- Orang hidup
- Pemain bola sepak Brazil
- Pemain Sport Club Internacional
- Pemain FC Bayern Munich
- Pemain Bayer 04 Leverkusen
- Pemain Bayer 04 Leverkusen II
- Pemain F.C. Internazionale Milano
- Pemain Juventus F.C.
- Pemain São Paulo FC
- Pemain Sociedade Esportiva Palmeiras
- Pemain FC Goa
- Pemain Sociedade Esportiva do Gama
- Pemain Piala Konfederasi FIFA 2001
- Pemain Piala Dunia FIFA 2002
- Pemain Piala Konfederasi FIFA 2005
- Pemain Piala Dunia FIFA 2006
- Pemain Piala Konfederasi FIFA 2009
- Pemain Piala Dunia FIFA 2010
- Pemain Copa América 2011