Gabungan Bersatu Sabah | |
---|---|
Singkatan | G.B.S |
Pengerusi | Joseph Pairin Kitingan |
Penolong Pengerusi | Maximus Johnity Ongkili Jeffrey Kitingan Joseph Kurup |
Ditubuhkan | 15 Mei 2018 |
Disahkan | - |
Dibubarkan | 2020 |
Didahului oleh | Barisan Nasional (BN) Sabah dan Gabungan Sabah (GS) |
Digantikan oleh | Gabungan Rakyat Sabah (Diasaskan oleh Hajiji Noor) |
Keanggotaan | PBS STAR Sabah PBRS UMNO Sabah |
Ideologi | Ketempatan |
Kedudukan politik | Tengah ke kanan |
Warna | |
Slogan | Perpaduan Orang-Orang Sabah Untuk Sabah (Sejak 2018) |
Dewan Undangan Negeri Sabah (2018): | 8 / 65
|
Laman sesawang | |
www | |
Politik Malaysia Parti politik Pilihan raya |
Gabungan Bersatu Sabah (GBS) ialah sebuah gabungan tidak rasmi parti politik pembangkang di Sabah yang diasaskan oleh Joseph Pairin Kitingan kerana kejatuhan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 2018 di Malaysia. Gabungan parti ini merupakan gabungan baharu bagi Parti Bersatu Sabah (PBS) dan memanggil kesemua calon BN[1] dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang diketuai Musa Aman untuk keluar gabungan parti BN-Sabah.[2] Bagaimanapun, parti ini tidak didaftarkan. Gabungan ini kemudiannya diikuti oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang diasaskan oleh Datuk Seri Panglima Hajiji Noor pada 12 September 2020 dan didaftarkan pada 11 Mac 2022.
GBS diasaskan oleh 5 parti politik di Sabah[3] iaitu Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR Sabah), Parti Progresif Sabah (SAPP), dan UMNO Sabah yang mempunyai autonomi tersendiri daripada UMNO Pusat di negeri Sabah.
Pada bulan Februari 2020, parti-parti dalam GBS memberi sokongan terhadap Perikatan Nasional (PN) bagi membentuk kerajaan pusat yang baharu menggantikan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan. PBRS menyertai semula BN, manakala SAPP dan STAR Sabah menyertai Parti PN. PBS pula kembali menjadi parti tunggal namun menyokong PN.[perlu rujukan]
Parti-parti ini kemudiannya bergabung menerusi gabungan masing-masing membentuk Gabungan Rakyat Sabah menghadapi Pilihan raya negeri Sabah pada September 2020.[perlu rujukan]
Lihat juga
Rujukan
- ^ Kristy Inus (12 Mei 2018). "Sabah BN coalition to be disbanded to pave way for Gabungan Bersatu". NST. Dicapai pada 26 Disember 2020. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ Wartawan NSTP (12 Mei 2018). "PBS keluar BN, bentuk Gabungan Bersatu". BHarian. Dicapai pada 26 Disember 2020. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ Bernama (24 Oktober 2018). "Empat parti politik di Sabah tubuh Gabungan Bersatu Sabah". Utusan Borneo. Dicapai pada 26 Disember 2020. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan)