Nama lain | Cane corso | ||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | Itali | ||||||||||||||||
| |||||||||||||||||
| |||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Cane corso Itali[a] atau hanya cane corso[b] ialah satu baka mastif Itali. Ia biasanya dibela sebagai anjing teman atau anjing pengawal; ia mungkin juga digunakan untuk melindungi haiwan ternakan. Pada masa lampau, ia digunakan untuk memburu buruan besar dan juga untuk menggembala lembu.
Sejarah
Menurut piawaian baka Persekutuan Kinologi Antarabangsa, cane corso pernah tersebar ke seluruh semenanjung Itali, tetapi pada masa lalu terkini hanya terdapat di Puglia, di Itali selatan.[1][2] Selepas keruntuhan sistem pawah mezzadria pada tahun 1960-an, anjing ini menjadi jarang. Baka moden diterbitkan daripada pembiakbakaan terpilih dari kira-kira tahun 1980 daripada beberapa ekor haiwan yang masih hidup.[3] Sebuah persatuan baka, Società Amatori Cane Corso, dibentuk pada tahun 1983.[4]:107[5] Baka ini diiktiraf oleh Ente Nazionale Cinofilia Italiana pada tahun 1994;[3] ia diterima sementara oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada tahun 1996 dan menerima penerimaan penuh pada tahun 2007.[6] Ia diiktiraf oleh American Kennel Club di Amerika Syarikat pada tahun 2010.[7]
Dalam tempoh 2011–2019, bilangan pendaftaran tahunan di Itali adalah dalam lingkungan 3000–4250.[8]
Ciri
Cane corso ialah anjing besar daripada jenis molossoid dan berkait rapat dengan mastif Napoli. Ia cukup berotot[7] dan kurang gempal berbanding dengan kebanyakan baka mastif lain. Menurut piawaian antarabangsa, jantan patut berdiri kira-kira setinggi 62–70 cm (24–28 in) pada paras kelasa dan berukuran seberat 45–50 kg (99–110 lb); betina adalah kira-kira 4 cm (1.6 in) lebih kecil dan kira-kira 5 kg (11 lb) lebih ringan.[1]
Kepalanya besar dengan panjang sedikit melebihi sepertiga daripada ketinggian pada paras kelasa dan stop jelas. Bahagian atas tengkorak adalah rata dan sedikit menumpu ke arah muncung. Matanya berbentuk bujur dan terletak cukup berjarak antara satu sama lain. Iris mata patut segelap yang mungkin.[2]
Lapis bulunya pendek, padat, dan berkilat. Lapis bulunya mungkin hitam, pelbagai cahaya warna kelabu (kelabu plumbum, kelabu muda, atau kelabu loh) atau perang kekuning-kuningan (perang kekuning-kuningan gelap, perang kekuning-kuningan cerah, atau merah rusa), atau gandum gelap (fromentino); mungkin brindle. Tanda-tanda putih kecil pada dada, kaki, atau hidung boleh diterima.[1][2]
Cane corso cenderung secara genetik terhadap displasia siku dan pinggul, kehelan tempurung lutut, dan displasia retina. Ia memiliki kerentanan atas purata terhadap demodikosis, ektropion, entropion, epilepsi idiopati, hipotiroidisme, otitis mikosis, prolaps kelenjar kelip (mata ceri), dan volvulus pendilatan gastrik (kembung).[9]:129
Pada tahun 2017, sebuah kajian terhadap 232 ekor cane corso dari 25 buah negara mendapati purata jangka hayat sebanyak 9.3 tahun, berbeza-beza menurut warna bulu berbeza. Yang paling lama hidup merupakan anjing brindle hitam (10.3 tahun), diikuti oleh: brindle (10.1 tahun); brindle kelabu (9.8 tahun); hitam, perang kekuning-kuningan, dan kelabu (semuanya 9.0 tahun); dan anjing warna lain (8.1 tahun).[10] Sebuah kajian tentang anjing di United Kingdom, yang diterbitkan pada tahun 2024, mendapati purata jangka hayat untuk baka ini sebanyak 8.1 tahun secara keseluruhan.[11] Sebuah kajian Itali tahun 2024 pula mendapati jangka hayat sebanyak 9 tahun untuk baka ini berbanding dengan 10 tahun secara keseluruhan.[12]
Kegunaan
Cane corso biasanya dibela sebagai anjing pendamping atau anjing pengawal; ia juga mungkin digunakan untuk melindungi haiwan ternakan. Pada masa lalu, ia digunakan untuk memburu buruan besar dan juga untuk menggembala lembu.[8]
Ia tertakluk kepada ujian kerja: untuk melayakkan diri untuk pendaftaran, anjing mesti menunjukkan ketenteraman di hadapan orang asing yang tidak berniat buruk, sikap acuh tak acuh terhadap tembakan, dan pertahanan agresif bagi pihak pemilik menentang pihak penyerang.[1]:2[13]
-
Brindle kelabu
-
Brindle perang
-
Brindle hitam
-
Perang kekuning-kuningan
Catatan
- ^ Jawi: کاني کورسو , Sebutan bahasa Melayu: [kane kɔrso]; Itali: cane corso , sebutan bahasa Itali: [ˈkaːne ˈkɔrso]
- ^ Jawi: کاني کورسو ايتالي ; Itali: cane corso italiano ; bahasa Inggeris: Italian cane corso
Rujukan
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Cane corso |
- ^ a b c d e f "FCI-Standard N° 343 CANE CORSO ITALIANO (Italian Cane Corso)" [Piawaian FCI No. 343 Cane Corso Itali] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Disemak oleh Renée Sporre-Willes. Dipinda terkini oleh Ente Nazional Cinofilia Italiana. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 13 Oktober 2023. Dicapai pada 9 Januari 2024.CS1 maint: others (link)
- ^ a b c Cane Corso (dalam bahasa Itali). Ente Nazionale Cinofilia Italiana. Dicapai pada 9 Januari 2024.
- ^ a b Marelli, Stefano Paolo; Monaghé, A.; Polli, Michele; Guidobono Cavalchini, Luigi (2003). "Body measurements and morphological evaluation of Italian Cane Corso = Studio biometrico e valutazione morfologica del Cane Corso" [Ukuran badan dan penilaian morfologi bagi cane corso Itali = Kajian biometrik dan penilaian morfologi bagi cane corso]. Italian Journal of Animal Science (dalam bahasa Inggeris). Taylor & Francis. 2 (sup1): 88–90. doi:10.4081/ijas.2003.11675924 (Tidak aktif 30 November 2024). hdl:2434/65226. ISSN 1828-051X. S2CID 86150821.CS1 maint: DOI inactive as of November 2024 (link)
- ^ Rino, Falappi (2009). Cani - Conoscere, riconoscere e allevare tutte le razze canine più note del mondo [Anjing: Mengenali, Mengenal Pasti, dan Membiakbakakan Semua Baka Anjing Paling Ketara di Dunia] (dalam bahasa Itali). Novara, Itali: De Agostini. ISBN 9788841854068. OCLC 799938466.
- ^ Cane corso italiano (dalam bahasa Itali). Società Amatori Cane Corso. Diarkibkan pada 21 Mei 2021.
- ^ "FCI breeds nomenclature: CANE CORSO ITALIANO (343)" [Tatanama baka FCI: CANE CORSO ITALI (343)] (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Dicapai pada 9 Januari 2024.
- ^ a b Get to Know the Cane Corso (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Diarkibkan pada 19 Mei 2015.
- ^ a b Cane Corso (dalam bahasa Itali). Ente Nazionale Cinofilia Italiana. Dicapai pada 9 Januari 2024.
- ^ Bell, Jerold S.; Cavanagh, Kathleen; Tilley, Larry P.; Smith, Francis W. K. (Februari 2012). Veterinary Medical Guide to Dog and Cat Breeds [Panduan Perubatan Veterinar untuk Baka Anjing dan Kucing] (dalam bahasa Inggeris). Jackson, Wyoming, Amerika Syarikat: Teton NewMedia. ISBN 9781482241419. OCLC 878262855.
- ^ Korec, Evžen; Chalupa, Ondřej; Hančl, Matyáš; Korcová, Jana; Bydžovská-Komínková, Marie (13 Jun 2017). "Longevity of Cane Corso Italiano dog breed and its relationship with hair colour" [Kelanjutan usia baka cane corso Itali dan hubungannya dengan warna bulu]. Open Veterinary Journal (dalam bahasa Inggeris). African Journals OnLine. 7 (2): 170–173. doi:10.4314/ovj.v7i2.15. ISSN 2218-6050. PMC 5475242. PMID 28652985. S2CID 1840414.
- ^ McMillan, Kirsten Marie; Bielby, Jon; Williams, Carys Louisa; Upjohn, Melissa Mary; Casey, Rachel Alison; Christley, Robert Matthew (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death" [Kelanjutan usia baka anjing teman: yang berisiko untuk kematian awal]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 14 (1): 531. Bibcode:2024NatSR..14..531M. doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check
|pmc=
value (bantuan). PMID 38302530 Check|pmid=
value (bantuan). S2CID 267382263 Check|s2cid=
value (bantuan). - ^ Roccaro, Mariana; Salini, Romolo; Pietra, Marco; Sgorbini, Micaela; Gori, Eleonora; Dondi, Maurizio; Crisi, Paolo Emidio; Conte, Annamaria; Dalla Villa, Paolo Felice; Podaliri Vulpiani, Michele; Ciaramella, Paolo; Di Palma, Cristina; Passantino, Annamaria; Porciello, Francesco; Gianella, Paola; Guglielmini, Carlo; Alborali, Giovanni Loris; Rota Nodari, Sara; Sabatelli, Sonia; Peli, Angelo (17 Februari 2024). "Factors related to longevity and mortality of dogs in Italy" [Faktor-faktor yang berkaitan dengan kelanjutan usia dan mortaliti anjing di Itali]. Preventive Veterinary Medicine (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 225: 106155. doi:10.1016/j.prevetmed.2024.106155. hdl:11585/961937. ISSN 1873-1716. PMID 38394961 Check
|pmid=
value (bantuan). S2CID 267743971 Check|s2cid=
value (bantuan). - ^ CAL (Certificato di attitudine al lavoro) (dalam bahasa Itali). Società Amatori Cane Corso. Diarkibkan pada 23 Ogos 2021.