Ai FM (爱 FM) (radio ini dikenali sebagai Radio Malaya Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (RMSFOM atau Radio Malaya), Perkhidmatan Bahasa Cina, Rangkaian Merah, Radio Malaysia, Rangkaian Hijau, Radio 5 dan Radio Malaysia Saluran 5) (secara rasmi ditanda panggil sebagai Perkhidmatan Bahasa Cina dan Rangkaian Merah) ialah stesen radio nasional Bahasa Mandarin tertua di Malaysia untuk masyarakat Cina Malaysia dijalankan oleh Radio Televisyen Malaysia. Ia disiarkan 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Ini juga merupakan radio pertama Bahasa Mandarin di Malaysia. Moto utamanya adalah 有情有爱,自由自在 (You Qing You Ai, Zi You Zì Zai).
Ai FM utamanya ialah di Tingkat 4 Selatan, Wisma Radio, Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur.
Liputan Ai FM meliputi hampir keseluruhan sempadan Malaysia–Brunei, Malaysia–Indonesia, Malaysia–Singapura, Malaysia–Filipina dan Malaysia–Thailand di darat dan laut.
Sejarah
Pada 1 April 1946, Radio Malaya Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (RMSFOM atau Radio Malaya) (Jabatan Penyiaran Malaya) sebelum ini Radio Televisyen Malaysia (RTM) atau Jabatan Siaran Radio telah rasmi ditubuhkan di Bukit Caldecott, Singapura diikuti dengan penubuhan Jabatan Penyiaran secara rasmi menjadi tarikh keramat bermulanya sejarah radio di Malaya dan stesen ini bermula sebagai Radio Malaya Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (RMSFOM atau Radio Malaya). Dua stesen radio pertama ialah Rangkaian Merah (memulakan siarannya dari 12:00 tengah hari hingga 2:00 petang dan 6:30 petang hingga 11:00 malam melalui gelombang 225 meter dari 12:00 tengah hari hingga 2:00 petang pada 4.823 mes/see melalui gelombang 61 jalur meter dalam bahasa Cina dan dari 6:00 petang hingga 7:00 malam dan 9:30 malam hingga 11:00 malam pada 4.78 mes/see melalui gelombang 61 jalur meter dalam bahasa Tamil) dan Rangkaian Biru (memulakan siarannya dari 12:00 tengah hari hingga 2:00 petang dan 6:30 petang hingga 11:00 malam dalam gelombang 225 meter dari 12:00 tengah hari hingga 2:00 petang pada 7.2 mes/see dengan dalam gelombang 61 jalur meter dalam bahasa Melayu dan dari 6:00 petang hingga 7:00 malam dan 9:30 malam hingga 11:00 malam pada 4.78 mes/see dalam gelombang 61 jalur meter dalam bahasa Inggeris). Siaran dari Jajahan Mahkota Pulau Pinang (kini Pulau Pinang) pada masa itu dibuat dalam bahasa Melayu, Cina dan Tamil adalah terhad dan bercorak tempatan manakala siaran berita disambung dari ibu pejabat berita di Singapura. Pada masa itu, stesen ini dikenali sebagai Perkhidmatan Bahasa Cina atau Rangkaian Merah. Ketua Perkhidmatan Cina pada keseluruhannya bernama Shi Zu Xian manakala Ketua Bahagian Cina yang pertama ialah Leong Teng Sun dan Lim Eng Mao sebagai penolongnya di Jajahan Mahkota Pulau Pinang (kini Pulau Pinang).
Radio Malaya kemudiannya bertempat di Jalan Young (kini Jalan Cenderawasih), Kuala Lumpur pada 1 Januari 1950. Leong Teng Sun bertukar sebagai Ketua Perkhidmatan Cina dan Wong Kim Pok dari Radio Rediffusion ditugaskan sebagai Pengelola Rancangan Cina. Siaran Cina dari stesen Kuala Lumpur ketika itu adalah bermula dari pada pukul 12:00 tengah hari sehingga 1:15 tengah hari iaitu berita dan laporan Indeks harga Komoditi Utama manakala dari pukul 5:00 petang sehingga 7:00 malam adalah siaran kampung atau petani dan dasar kerajaan yang diterang dalam loghat Hakka, Kongfu dan Hokkien. Semasa zaman darurat (1948-1960) pula, Perkhidmatan Cina membuat rakaman dakyah menyeru pengganas komunis untuk menyerah diri.
Pada 31 Ogos 1957, Radio Malaya Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (RMSFOM atau Radio Malaya) (kini Radio Malaysia) berpindah ke tingkat 5 dan 6 di Rumah Persekutuan sehingga pada 8 Mei 1972. Pada 1hb Januari 1959, Rangkaian Hijau mengambilalih penerbitan dan siaran berita dari stesen Singapura dan waktu siarannya juga dilanjutkan dari pukul 6:30 pagi sehingga 11:00 malam melalui gelombang sederhana dan pendek. Mulai tahun 1960 ke 1970, Rangkaian Hijau meningkatkan penerbitan rakaman luar khasnya di luar bandar dan kawasan pertanian. Ramai kakitangan dan pelakon drama diserap ke Rangkaian Hijau untuk melancarkan pertandingan bakat, ciptaan lagu petriotik dan penerbitan drama. Ia mencipta sejarah dan keistimewaan iaitu menubuhkan kumpulan koir yang berkaliber dan berjaya mengeluarkan beberapa album karya. Dengan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957, Radio Malaya telah terbelah dua; studio asal di Singapura telah ditukar kepada Radio Singapura dan Radio Malaya berpindah ke Kuala Lumpur mula bersiaran daripada tempat baru pada 1hb Januari 1959.
Pada 16hb September 1963, Radio Malaya yang dikenali sebagai Radio Malaysia dengan penghantaran bermula dengan perkataan tanda dagangannya Inilah Radio Malaysia pada hari Malaysia hari ini, sebuah persekutuan yang terdiri dari Negeri-Negeri Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura (sehingga 1965) telah dilahirkan. Pada hari yang sama, Radio Sabah, Radio Sarawak dan Radio Singapura menjadi sebahagian daripada rangkaian Radio Malaysia sebagai stesen negeri masing-masing untuk pendengar Sabah, Sarawak dan Singapura mula diungkapkan oleh juruhebah serentak dengan pembentukan Malaysia pada masa yang sama.
Pada 19hb Januari 1971, Empat rancangan-rancangan disiarkan dalam empat bahasa iaitu Melayu (Perkhidmatan Bahasa Melayu), Inggeris (Perkhidmatan Bahasa Inggeris), Mandarin (Perkhidmatan Bahasa Cina) dan Tamil (Perkhidmatan Bahasa Tamil) yang rasmi dikenali rangkaian:
- Rangkaian Nasional (Bahasa Melayu, sekarang Radio Klasik dan Nasional FM).
- Rangkaian Biru (Bahasa Inggeris, sekarang TraXX FM).
- Rangkaian Hijau (Bahasa Mandarin, sekarang Ai FM).
- Rangkaian Merah (Bahasa Tamil, sekarang Minnal FM).
Pada 9 Mei 1972, semua perkhidmatan Radio Malaysia memulakan siaran dari Wisma Radio di Angkasapuri RTM iaitu percantuman TV Malaysia dengan Radio Malaysia telah menyusun semula organisasi.
Pada 6 September 1989, Rangkaian Hijau yang dikenali sebagai Radio 5.
Pada 28 Disember 1994, Radio 5 memulakan siaran 24 jam sehari. Stesen ini beroperasi selama 24 jam sehari dan telah menambahkan siaran kepada 24 jam sehari.
Pada 1 September 1998, Radio 5 yang dikenali sebagai Radio Malaysia Saluran 5.
Pada 1 April 2005, Radio Malaysia Saluran 5 yang dikenali sebagai Ai FM.
Pada 1 April 2025, Ai FM meraikan dua dekad sempena dengan penjenamaan semula Radio RTM pada tahun 2005.
Pada 1 April 2026, RTM, Radio Klasik, Nasional FM, TraXX FM, Ai FM dan Minnal FM meraikan ulangtahunnya yang ke-80 dan Orkestra RTM meraikan ulangtahunnya yang ke-65.
Sejarah siaran berita radio Ai FM
- Berita Radio Malaya Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (RMSFOM atau Radio Malaya) (1 April 1946-15 September 1963) (rasmi tanda panggil)
- Berita Radio Perkhidmatan Bahasa Cina (1 April 1946-18 Januari 1971) (rasmi tanda panggil)
- Berita Radio Rangkaian Merah (1 April 1946-18 Januari 1971) (rasmi tanda panggil)
- Berita Radio Malaysia (16 September 1963-10 Oktober 1963) (rasmi tanda panggil)
- Berita Radio Rangkaian Hijau (19 Januari 1971-5 September 1989)
- Berita Radio 5 (6 September 1989-31 Ogos 1998)
- Berita Radio Malaysia Saluran 5 (Radio 5) (1 September 1998-31 Mac 2005)
- Berita Radio Ai FM (1 April 2005-kini)
Sejarah nama Ai FM
- Radio Malaya Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (RMSFOM atau Radio Malaya) (1 April 1946-15 September 1963) (rasmi tanda panggil)
- Perkhidmatan Bahasa Cina (1 April 1946-18 Januari 1971) (rasmi tanda panggil)
- Rangkaian Merah (1 April 1946-18 Januari 1971) (rasmi tanda panggil)
- Radio Malaysia (16 September 1963-10 Oktober 1969) (rasmi tanda panggil)
- Rangkaian Hijau (19 Januari 1971-5 September 1989)
- Radio 5 (6 September 1989-31 Ogos 1998)
- Radio Malaysia Saluran 5 (1 September 1998-31 Mac 2005)
- Ai FM (1 April 2005-kini)
Jadual siaran berita dari Wisma Berita RTM
Segmen | Masa Siaran |
---|---|
重点新闻 (Zhong Dian Xin Wen) | 07:00 - 07:10 |
新闻快讯 (Xin Wen Kuai Xun) | 08:00 - 08:03 |
重点新闻 (Zhong Dian Xin Wen) | 09:00 - 09:10 |
新闻快讯 (Xin Wen Kuai Xun) | 10:00 - 10:03 |
国际新闻 (Guo Ji Xin Wen) | 11:00 - 11:05 |
新闻快讯 (Xin Wen Kuai Xun) | 12:00 - 12:03 |
重点新闻 (Zhong Dian Xin Wen) | 13:00 - 13:10 |
新闻快讯 (Xin Wen Kuai Xun) | 14:00 - 14:03 |
新闻快讯 (Xin Wen Kuai Xun) | 15:00 - 15:03 |
新闻快讯 (Xin Wen Kuai Xun) | 16:00 - 16:03 |
重点新闻 (Zhong Dian Xin Wen) | 17:00 - 17:10 |
新闻快讯 (Xin Wen Kuai Xun) | 18:00 - 18:03 |
新闻快讯 (Xin Wen Kuai Xun) | 19:00 - 19:03 |
晚间新闻 (Wan Jian Xin Wen) | 20:00 - 20:05 |
福建话新闻 (Hok Kiàn Ue Sin Bun) (Hokkien) | 20:05 - 20:10 |
晚间新闻 (Wan Jian Xin Wen) | 21:00 - 21:05 |
潮州话新闻 (Die Ziu Ue Sing Bhung) (Teochew) | 21:05 - 21:10 |
晚间新闻 (Wan Jian Xin Wen) | 22:00 - 22:05 |
客家话新闻 (Hak Ka Fa Sin Vun) (Hakka) | 22:05 - 22:10 |
晚间新闻 (Wan Jian Xin Wen) | 23:00 - 23:05 |
粤语新闻 (Jyut Jyu San Man) (Kantonis) | 23:05 - 23:10 |
新闻快讯 (Xin Wen Kuai Xun) disiarkan pada jam 8:00 pagi, 10:00 pagi, 12:00 tengah hari, 2:00 petang, 3:00 petang, 4:00 petang, 6:00 petang dan 7:00 malam dalam masa 3 minit.
重点新闻 (Zhong Dian Xin Wen) disiarkan pada jam 7:00 pagi, 9:00 pagi, 1:00 tengah hari dan 5:00 petang dalam masa 10 minit.
国际新闻 (Guo Ji Xin Wen) disiarkan pada jam 11:00 pagi dalam masa 5 minit.
晚间新闻 (Wan Jian Xin Wen) disiarkan pada jam 8:00 malam, 9:00 malam, 10:00 malam dan 11:00 malam dalam masa 5 minit.
方言新闻时段 (Wan Yan Xin Wen Shi Duan) disiarkan pada jam 8:05 malam (Hokkien), 9:05 malam (Teochew), 10:05 malam (Hakka) dan 11:00 malam (Kantonis) dalam masa 5 minit.
Penyampai
- 黄敏明 (Huang Minming)
- 梁金龙 (Liang Jinlong)
- 陈国俊 (Chen Guojun)
- 邓佩银 (Deng Peiyin)
- 谢劲程 (Xie Jincheng)
- 叶恩慈 (Ye Enci)
- 丘淑霖 (Qiu Shulin)
- 黄晓涵 (Huang Xiaohan)
- 李籽莹 (Li Ziying)
- 朱敏瑜 (Zhu Minyu)
- 黎燕红 (Li Yanhong)
- 纪日婷 (Ji Riting)
- 李燕晶 (Li Yanjing)
Bekas Penyampai
- 杨理强 (Li Qiang)
Rancangan-utama
Setiap hari
Segmen | Masa Siaran |
---|---|
Lagu Kebangsaan Malaysia: "Negaraku" (Vokal) | 06:00 |
Isnin-Jumaat
Segmen | Masa Siaran |
---|---|
爱谈天下事 (Ai Tan Tian Xia Shi) | 06:00 - 09:59 |
爱生活 (Ai Sheng Huo) | 10:00 - 11:59 |
爱要及时 (Ai Yao Ji Shi) | 12:00 - 15:59 |
4到8再出发 (Si Dao Ba Zai Chu Fa) | 16:00 - 19:59 |
Isnin-Khamis
Segmen | Masa Siaran |
---|---|
今晚不一Young (Jin Wan Bu Yi Yong) | 20:00 - 23:59 |
Jumaat-Ahad
Segmen | Masa Siaran |
---|---|
俊情三条线 (Jun Qing San Tiao Xian) | 20:00 - 23:59 |
Sabtu-Ahad
Segmen | Masa Siaran |
---|---|
爱谈大小事 (Ai Tan Da Xiao Shi) | 06:00 - 09:59 |
就是爱周末 (Jiu Shi Ai Zhou Mo) | 10:00 - 14:59 |
周末爱放松 (Zhou Mo Ai Fa Song) | 15:00 - 19:59 |
Carta muzik
Sabtu
Segmen | Masa Siaran |
---|---|
新新音乐龙虎榜 (Xin Xin Yin Yue Long Hu Bang) | 18:00 - 19:59 |
Ahad
Segmen | Masa Siaran |
---|---|
我们的排行榜 (Wo Men De Pai Hang Bang) | 18:00 - 19:59 |
Lagu kebangsaan
Pada pukul 6:00 pagi setiap hari bersama semua stesen radio kebangsaan dan serantau RTM lagu kebangsaan dimainkan sebagai pembukaan.
Frekuensi
Radio
Frekuensi | Kawasan | Pemancar |
---|---|---|
89.3 MHz | Kuala Lumpur dan Putrajaya | Menara Kuala Lumpur |
106.7 MHz | Selangor, Pahang Barat dan Perak Selatan | Gunung Ulu Kali |
101.3 MHz | Perlis, Alor Setar, Kedah dan Pulau Pinang | Gunung Jerai |
106.1 MHz | Taiping, Perak | Bukit Larut |
Kuantan, Pahang | Bukit Pelindung | |
92.1 MHz | Ipoh, Perak | Gunung Kledang |
89.7 MHz | Seremban, Negeri Sembilan | Gunung Telapak Buruk |
100.4 MHz | Melaka dan Johor Utara | Gunung Ledang |
104.9 MHz | Johor Bahru, Johor, Singapura dan Kota Batam/Kepulauan Riau, Indonesia | Gunung Pulai |
89.1 MHz | Rompin, Pahang dan Mersing, Johor | Bukit Tinggi |
90.5 MHz | Kuala Terengganu, Terengganu | Bukit Besar |
105.7 MHz | Kota Bharu, Kelantan | Telipot |
90.7 MHz | Kuching, Sarawak | Gunung Serapi |
92.3 MHz | Labuan | Bukit Timbalai |
91.9 MHz | Kota Kinabalu, Sabah | Bukit Lawa Mandau |
Televisyen
Platform TV | Saluran |
---|---|
Astro/NJOI | 874 |
MYTV | 704 |