Bandar | Seremban |
---|---|
Kawasan penyiaran | Negeri Sembilan |
Slogan | Ingat Sampai Bila-Bila |
Frekuensi | 92.6 MHz |
Bahasa | Melayu (dialek Negeri Sembilan) |
Pemilik | |
Saluran kembar | |
Tapak web | negerifm |
Negeri FM ialah sebuah stesen radio milik kerajaan Malaysia, di bawah pengurusan Radio Televisyen Malaysia. Negeri FM Frekunesi 92.6 MHz Gunung Telapak Buruk daerah Seremban, dipancarkan ke seluruh Negeri Sembilan. Beroperasi sejak tahun 1990, kini ia beroperasi Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Sungai Gadut, Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.
Sejarah
Mula beroperasi pada tahun 1990 di Jalan Raja Ali, Seremban, hasil idea mantan Menteri Penerangan, Datuk Seri Mohammad Rahmat.
Lokasi kini terletak di Jalan Sungai Gadut sejak 2007.
Pada 2008, ia dengan rasminya dinamakan Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad yang disempurnakan oleh DYMM Tuanku Yang Di Pertuan Besar pada ketika itu, Almarhum Tuanku Ja’afar ibni Tuanku Abdul Rahman.
Nama Tuanku Muhammad diambil bersempena dengan nama nenda Almarhum Tuanku Ja’afar Dikenali sebagai NEGERIfm sejak tahun 2005.
Sebelum ini ia diberi nama Radio 3 Seremban (1990) dan Radio Malaysia Negeri Sembilan (1998).
Bersiaran langsung setiap hari selama 18 jam sehari dari pukul 6 pagi hingga 12 tengah malam.
Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad dilengkapi dengan kemudahan siaran digital dan Auditorium Tengku Puan Cik (sempena nama nenda Almarhum Tuanku Ja’afar) yang boleh memuatkan seramai 1,000 orang penonton.
Siaran radio NEGERIfm boleh diikuti menerusi frekuensi 92.6 MHz Gunung Telapak Burok, 95.7MHz Bukit Tampin dan 107.7 MHz Gunung Ledang.
Waris NEGERIfm iaitu merupakan satu saluran interaktif berbentuk sistem pesanan ringkas (SMS) yang disediakan untuk mendekatkan hubungan NEGERIfm dengan para pendengar.
Siaran stesen ini juga boleh didengari menerusi laman web negerifm.rtm.gov.my.
Penyampai
Rancangan-utama
Isnin - Jumaat
Segmen | Penyampai | Masa Siaran |
---|---|---|
Radar Pagi | Shafiq & Zu | 06:00 - 10:00 |
Santai@NEGERIfm | Alin Anje & Ammar | 10:00 - 14:00 |
Monchak Potang | Farhan & Nen Tebabo | 14:00 - 18:00 |
Xpresi Malam | Aizad, Asyraf, Fadzril & Khalaf | 18:00 - 00:00 |