Perlis FM merupakan stesen radio yang terdapat di Perlis milik Radio Televisyen Malaysia. Pejabatnya terletak di Kompleks Penyiaran Negeri Perlis, Kangar. Perlis FM adalah dibawah pentadbiran Jabatan Penyiaran Malaysia Kawasan Utara yang berpusat di Georgetown, Pulau Pinang.
Radio ini dapat diikuti dari seluruh negeri Perlis dan kawasan sekitarnya seperti Kedah dan Satun di Thailand dengan menggunakan frekuensi 102.9 MHz dari Padang Pauh.
Radio Malaysia Perlis ditukar nama Perlis FM pada 1 April 2005.
Perlis FM disambung siar dari Radio Klasik
Perlis FM disambung siar dari Nasional FM bermula jam 12 tengah malam hingga 6 pagi setiap hari sehingga 1 Januari 2025.
Mulai 1 Januari 2025, Perlis FM kini disambung siar dari Radio Klasik bermula jam 12 tengah malam hingga 6 pagi setiap hari.
Sejarah
Penyampai
Rancangan utama
Setiap Hari (Isnin - Ahad)
Segmen | Penyampai | Masa Siaran |
---|---|---|
Xpresi Kayang | - | 06:00:00 - 09:59:59 |
Rencah Feminin | - | 10:00:00 - 13:59:59 |
Sembang Selampit | - | 14:00:00 - 17:59:59 |
Santai Nakawan | - | 18:00:00 - 20:59:59 |
Ranggi 102.9 | - | 21:00:00 - 23:59:59 |