Kawasan penyiaran | Semenanjung Malaysia |
---|---|
Slogan | Moi Num Moi |
Frekuensi | Berbeza-beza, bergantung kepada kawasan |
Tarikh siaran pertama | 3 Februari 1959 |
Format | Radio hit kontemporari |
Bahasa | Asli Melayu |
Pengenal terdahulu | Radio 7 (1959-2005) |
Pemilik | Radio Televisyen Malaysia |
Saluran kembar | lihat Senarai stesen radio di Malaysia. |
Siaran web | rtmklik |
Tapak web | asyikfm |
Asyik FM ialah sebuah stesen radio kerajaan di Malaysia. Ia merupakan salah satu radio di bawah Jabatan Penyiaran Malaysia atau Radio Televisyen Malaysia (RTM). Ia mula beroperasi sejak 1959 dengan nama Radio 7 Unit Orang Asli, sebelum dijenamakan sebagai Asyik FM pada 2005. Ia disiarkan dalam dialek Jakun, Semai, Temiar dan Temuan.[1] Ia menggunakan slogan "Moi Num Moi" (Temiar: Lain Daripada Yang Lain) dan bersiaran dari jam 8 pagi sehingga 11 malam setiap hari.[2] Frekuensi siaran radio ini berkongsi dengan radio Salam FM yang dikendalikan RTM dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang bersiaran dari jam 11 malam hingga 8 pagi.[3]
Sejarah
Radio 7 Siaran Orang Asli pertama kali disiarkan pada 3 Februari 1959 di Radio Malaya Kuala Lumpur menerusi gelombang pendek 49 meter - 6100 Khz, disiarkan selama setengah jam mulai pukul 15:00 hingga 15:30 setiap hari.
Pada 22 September 1997, unit ini telah ditambah waktu siarannya selama 6 jam mulai 15:00 hingga 21:00. Menggunakan Gelombang Pendek 49 meter (6025 Khz) dan kali pertama menggunakan gelombang FM 91.1 Mhz. Loghat yang digunakan ialah dalam dialek Semai dan Temiar di samping menggunakan Bahasa Melayu baku.
Memandangkan betapa pentingnya sumber maklumat kepada masyarakat, maka sekali lagi Radio 7 melangkah ke era baru dengan menambah waktu siaran dari 13:00 hingga 22:00 selama 9 jam setiap hari. Ia bermula pada 1 April 2001. Malah penambahan dalam dua bahasa iaitu bahasa Temuan dan Jakun selain bahasa Semai dan Temiar menjadikannya unik dengan 4 bahasa.
Pada 31 Disember 2006, Info FM bersiaran buat kali terakhir dari jam 10:00 hingga 13:00, atas sebab Asyik FM menambahkan waktu siaran sebanyak 14 jam dari pukul 08:00 hingga 22:00 pada 1 Januari 2007.
Pada peringkat awal penubuhannya, objektif siaran ini adalah untuk memainkan peranan dari segi program gerak saraf. Tujuannya untuk memberi kesedaran kepada masyarakat orang asli tentang kepentingan keselamatan negara dari ancaman Komunis Malaya. Jelasnya, masyarakat Orang Asli didedahkan dengan program-program kerajaan yang boleh membawa mereka ke arah kemajuan supaya mereka terhindar dari fahaman Komunis Malaya.
Kini setelah negara kembali aman dan Komunis Malaya telah meletakan senjata, bermakna pengaruh komunis telah tiada. Isi siaran juga turut berubah mengikut arus perkembangan semasa iaitu lebih menumpukan perhatian kepada program Pembangunan Insan, sejajar dengan kehendak dan dasar kerajaan yang telah digariskan oleh RTM. Berbagai bentuk rancangan telah diadakan melibatkan golongan tua, muda dan kanak-kanak seperti pembangunan masyarakat, berita, drama, peristiwa semasa, permintaan lagu, lagu-lagu hiburan termasuk lagu-lagu tradisional masyarakat Orang Asli.
Malah akhir-akhir ini Asyik FM telah berjaya mencungkil bakat-bakat seni kalangan masyarakat Orang Asli sehingga ada yang berjaya menjadi artis rakaman seperti Kumpulan Jelmol. Selain itu juga berjaya menarik minat kebanyakan suku kaum orang asli menyertai program Pilihanku. Sekurang-kurangnya secara tidak langsung berjaya mewujudkan intergrasi antara suku kaum. Selaras dengan dasar dan matlamat yang mahukan liputan seluas-luasnya, siaran ini telah melakukan tanggungjawabnya dengan membuat liputan seluas-luasnya dalam berbagai aspek pembangunan orang asli terutamanya aspek kesihatan. Di mana telah diwujudkan program Ceramah Kesihatan bersama Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. Jelasnya Asyik FM terus melakukan perubahan yang diperlukan oleh masyarakat. Sesuai dengan keperluan maklumat yang diperlukan, Asyik FM terus memperbanyakan maklumat menerusi rancangan-rancangan, supaya ia menjadi sumber rujukan maklumat utama seperti mana diperlukan oleh masyarakat di pedalaman yang kehausan maklumat.
Dengan perkembangan ini, Asyik FM mengharapkan masyarakat orang asli akan mendapat maklumat kerajaan dan seterusnya dapat mengubah sikap, semangat berdidekasi serta mempunyai wawasan selari dengan perubahan semasa. Antara pelopor siaran ini ialah Encik Bah Daniel, Encik Long Rais, Encik Adeng Kerah dan Encik Ajom Alang.
Asyik FM kini bersiaran di Lembah Klang (sekitar Kuala Lumpur) pada dua frekuensi sahaja (91.1 MHz dan 102.5 MHz).
Rancangan utama
Segmen | Masa Siaran |
---|---|
Gah Ju Asyik | 08:00:00 - 10:59:59 |
My Hik Asyik | 11:00:00 - 14:59:59 |
Rentak Genen | 15:00:00 - 16:59:59 |
Mateh Mareh | 17:00:00 - 18:59:59 |
Gah Nu Harik | 19:00:00 - 20:59:59 |
Pilihan Asyik | 20:00:00 - 22:59:59 |
Frekuensi
Radio
Frekuensi | Kawasan | Pemancar | Kuasa Pemancar |
---|---|---|---|
91.1 MHz | Kuala Lumpur | Menara Kuala Lumpur | 1000 kW |
102.5 MHz | Selangor dan Pahang Barat | Gunung Ulu Kali | |
95.6 MHz | Melaka dan Johor Utara | Gunung Ledang | |
89.3 MHz | Ulu Tembeling, Jerantut, Pahang | Gunung Tahan | |
105.1 MHz | Cameron Highlands, Pahang | Gunung Batu Brinchang | |
93.1 MHz | Lenggong, Perak | Bukit Ladang Teh | |
99.9 MHz | Damak, Pahang | Bukit Botak |
- Asyik FM 102.5MHz Gunung Ulu Kali di Langkap, Bidor, Sungkai, Kampung Gajah dan Kampar gangguan dengan IKIM 102.7MHz Gunung Kledang manakala Asyik FM 105.1MHz Gunung Brinchang di Bidor, Tapah, Langkap dan Sungkai gangguan dengan Zayan 104.9MHz Gunung Ulu Kali dan Suria FM 105.3MHz Gunung Ulu Kali, namun, Asyik FM boleh didengari di Langkap, Bidor dan Sungkai secara online di rtmklik.rtm.gov.my atau aplikasi rtmklik.
- Asyik FM 95.6MHz Gunung Ledang di beberapa kawasan Johor diganggu oleh MY 95.4MHz Gunung Pulai, namun, boleh didengari secara online di rtmklik.rtm.gov.my atau aplikasi rtmklik.
- Asyik FM 95.6MHz di beberapa kawasan Melaka dan Negeri Sembilan diganggu oleh Negeri FM 95.7MHz Bukit Tampin, namun, boleh didengari secara online di rtmklik.rtm.gov.my atau aplikasi rtmklik.
Televisyen
Platform TV | Saluran |
---|---|
Astro/NJOI | 875 |
MYTV | 706 |
Sejarah waktu siaran Asyik FM
- 1959: 15:00 hingga 15:30
- 1961: 11:00 hingga 12:00
- 1973: 14:00 hingga 16:00
- 28 Disember 1994: 12:00 hingga 16:00
- 1 Ogos 1998: Memulakan siaran Agama Islam melalui loghat Semai & Temiar
- 1 April 2001: 13:00 hingga 22:00
- 1 Januari 2007: 08:00 hingga 22:00
- 31 Ogos 2011: Siaran berakhir pada 23:00 tetapi masih mengekalkan waktu pembukaan pada 08:00. Ini berlaku kerana penutupan siaran gelombang pendek Suara Islam dan juga Suara Malaysia yang diganti oleh Salam FM.
Rujukan
- ^ Sathiabalan, S. Indra. "The voice of his people". thesun.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-07-19.
- ^ Manap, Abnor Hamizam Abd (2024-01-23). "AsyikFM perkenal segmen baharu". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-07-19.
- ^ "Radio Jakim, SALAM FM mula siaran percubaan - Hiburan | mStar". www.mstar.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2009-02-18. Dicapai pada 2024-07-19.